Apam Pisang Kukus Guna 3 Bahan, Idea Sarapan Untuk Bayi 7 Bulan Ke Atas

Share

Resipi apam pisang moist perkongsian ibu ini memang nampak sedap dan ‘moist’ sungguh! Bahan-bahan yang diguna pun mudah je. Jom cuba buat untuk sarapan pagi anak anda. Sesuai untuk bayi 7 bulan ke atas.


Apam Pisang

Salam mommies semua, harini saya nak share idea untuk breakfast hee.. apam pisang 3 bahan je..

Bahan-bahan:

3sdm oat
Pisang 1 biji
Susu full cream setengah kotak

Cara-cara:

Blend kesemua bahan. Letak dalam acuan. Kukus selama 30minit

Siap!

Ni saya buat pagi tadi untuk breakfast anak saya, selesai 4 biji dia makan. Anak saya umur 7 Bulan 20 Hari.. saya tak letak telur sebab belum intro telur lagi.. apam tak kembang sangat tapi memang lembut.

Selamat mencuba ya mommies

Kebaikan Pisang

Pisang sebenarnya kaya dengan pelbagai nutrien penting. Antaranya kalium, iaitu mineral yang membantu mengawal tekanan darah dan mengelakkan kerapuhan tulang.

Berbeza dengan apa yang ramai percaya, pisang sebenarnya bukanlah penyebab sembelit. Sebaliknya, ia boleh menjadi sumber serat yang membantu melawaskan pencernaan.

Untuk pengetahuan Mama, bagi setiap 120gm pisang, terdapat lebih kurang 3gm serat. Keperluan serat bagi anak-anak berumur 3-5 tahun adalah 8-10 gram sehari. Jadi dengan mengambil 2-3 biji pisang setiap hari sudah memadai.

Pisang juga mengandungi banyak antioksidan yang bermanfaat bagi tubuh. Antioksidan yang terkandung dalam pisang ini dapat membantu mengurangkan kerosakan dari radikal bebas dan menjadi risiko penyakit.

Selain itu vitaminnya pun banyak, seperti vitamin B6 dan vitamin C selain magnesium, tembaga, mangan, karbohidrat, protein dan sedikit lemak.

Kredit: Nur Ashikin

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

IKLAN