Bersempena bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba, Think Quran (ThinkQuran.com) bersama Kumpulan Karangkraf melancarkan kempen #FahamKhatamAlQuran bagi memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa al-Quran bukan sekadar dibaca tetapi perlu difahami dan dihayati maknanya.
Kempen tersebut dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Think Quran, Dato’ Abdul Radzeen Abdul Rahman. Turut hadir, Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamudin Yaacob dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff.
“Bulan Ramadan amat dinantikan setiap tahun oleh semua orang. Think Quran amat teruja untuk berkongsi bersama dengan sahabat yang lain berkenaan kaedah berkesan untuk memahami dan menghafal al-Quran.
“Dengan penghayatan yang lebih mendalam, saya berharap Think Quran dapat membantu kita melalui bulan puasa yang lebih barakah,” ujar Dato’ Abdul Radzeen ketika berucap bersempena melancarkan kempen berkenaan di Kumpulan Karangkraf.
Dalam pada itu menyentuh mengenai usaha sama Think Quran dan Kumpulan Karangkraf berhubung kempen ini, beliau berkata, pengalaman kumpulan itu dilihat akan dapat melahirkan masyarakat yang sayang dan cintakan kitab suci berkenaan.
“Saya melihat Karangkraf (menerusi Yayasan Warisan Ummah) merupakan organisasi yang berjaya melaksanakan perkara yang luar biasa contohnya menerusi Quran Time, World Quran Hour dan sebagainya. Saya lihat mempunyai visi yang sama dengan kami untuk membawa cahaya al-Quran kepada manusia,” jelasnya lagi.
Sementara itu, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, dengan kehadiran aplikasi berkenaan, usaha umat Islam untuk memahami kandungan al-Quran diharap dapat dipertingkatkan lagi.
“Dengan adanya kerjasama atau kolaborasi sebegini, ia lebih mudah direalisasikan,” ujar Datuk Hussamuddin.
ThinkQuran.com adalah satu kaedah mudah bagi mempelajari bahasa Arab al-Quran yang memang direka khusus buat umat Islam yang tidak ada sebarang bahasa Arab. Mempelajari bahasa Arab al-Quran dengan Think Quran sangat berbeza kerana Think Quran lebih memfokuskan kepada penguasaan kalimah-kalimah yang paling kerap berulang di dalam al-Quran.
Dengan lebih 300,000 pengguna di Malaysia, Singapura dan Indonesia, modul aplikasi Think Quran amat berkesan dalam menawarkan modul ringkas yang padat dalam masa yang singkat. Cara pembelajaran Think Quran yang agak santai kerana menggunakan telefon pintar, ia sangat efektif kerana ThinkQuran.com boleh mengenal pasti kalimah yang telah dipelajari mengikut tahap pembelajaran dan menyediakan modul latihan mengikut tahap kemampuan individu.
Aplikasi interaktif yang sesuai digunakan kanak-kanak mahupun orang dewasa ini membolehkan pembelajaran dan penghayatan al-Quran dapat diadakan di mana-mana sahaja untuk mengisi ruang masa ketika bulan Ramadan. Hanya dengan 15 minit sehari pengguna mampu mengukur prestasi secara kendiri dalam aplikasi.
Pengguna boleh mengakses kempen tersebut melalui laman web rasmi Think Quran, platform Sinar Harian, Karya Bestari, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan MyQuranTime di TV Digital.
Bersempena dengan pelancaran kempen ini Think Quran menawarkan satu set percuma ‘Al-Quran Amazing’ dengan setiap langganan seumur hidup pada harga RM399.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau nak bawa anak-anak berjalan jauh, penting untuk mama papa pastikan keselesaan mereka. Bila anak selesa, mereka seronok dan lebih menghayati perjalanan dan pastinya ‘drama’ di dalam kenderaan dapat dielak! Bukan mudah nak pastikan anak-anak behave sehingga tiba ke destinasi, jadi mama papa perlu sentiasa bersedia supaya perjalanan lebih lancar.
Bukan saja mama papa mahu pastikan keselesaan anak tetapi juga keselamatan mereka sepanjang perjalanan. Untuk keluarga besar terutamanya, ruang yang sempit di dalam kereta mungkin menjadi faktor anak-anak tidak selesa bahkan berbahaya dari segi keselamatan sekiranya mereka terpaksa berhimpit tanpa mengenakan tali pinggang keledar atau car seat.
Ada beberapa cara yang boleh mama papa buat untuk pastika keselesaan dan keselamatan anak terjamin sepanjang perjalanan:
Gunakan Car Seat
Sebenarnya penggunaan car seat bukan hanya penting dari segi keselamatan anak tetapi juga memberi ruang kepada mereka untuk lebih selesa berada di tempat duduk sendiri.
Mereka juga lebih selesa untuk bermain atau tidur di atas car seat. Pilihlah car seat yang sesuai mengikut spesifikasi anak untuk memastikan keselesaan anak.
Berhenti & Rehat
Perjalanan yang lama akan membuatkan anak merasa bosan dan mula meragam. Untuk mengelakkan masalah ini, sekurang-kurangnya berhentilah dua kali sepanjang perjalanan untuk merehatkan tubuh yang kepenatan kerana duduk lama.
Ini juga sangat penting untuk mama papa yang memandu kerana kita cenderung mengantuk sekiranya terpaksa mengharungi perjalanan yang lama. Berhenti seketika dapat membantu kita untuk refresh semula.
Sediakan Makanan & Hiburan
Antara persediaan yang perlu dibuat adalah menyediakan makanan dan hiburan untuk anak. Ia dapat mengalih perhatian anak yang mungkin merasa bosan apabila terpaksa berada lama di dalam kereta. Makanan ringan seperti sandwic atau biskut sudah memadai, sekadar untuk mengalas perut.
Bukan itu saja, mama papa boleh sediakan hiburan seperti mainan untuk anak. Pasang juga lagu kegemaran mereka di dalam kereta. Tahukah anda sekiranya anak mendengar muzik atau lagu yang digemari boleh merangsang rasa mengantuk. Oleh itu, mereka lebih tenang dan mudah untuk tertidur.
Perjalanan Lebih Enjoy Dengan Mitsubishi XPANDER!
Berjalan jauh dengan kereta yang selesa akan membuatkan perjalanan lebih enjoy dan mengujakan. Itulah sebabnya mama papa perlu pertimbangkan untuk memiliki Mitsubishi XPANDER. Lebih luas, lebih selesa!
* Guna Enjin MIVEC
Menggunakan enjin MIVEC Aluminium Block Engine yang menggabungkan keseimbangan kuasa yang sempurna dan lebih efisen. Kurang bunyi dan jimat minyak, memang terbaik!
* Sistem ARM & ABS Berkualiti
Bagi memastikan kita lebih peka ketika memandu, Mitsubishi XPANDER didatangkan dengan sistem All-Round Monitor (ARM) yang sangat berfungsi terutamanya untuk melihat titik buta. Ia juga didatangkan dengan ABS yang berkualiti bagi memastikan keselamatan pemandu dan penumpang.
* MPV 7 Tempat Duduk
Lebih luas dan selesa kerana MPV ini mempunyai tujuh tempat duduk yang pastinya sangat sesuai untuk keluarga besar.
* Peredaran Udara Penghawa Dingin Terbaik
Peredaran udara penghawa dingin terbaik bagi memastikan semua penumpang selesa dan merasai kedinginan yang menenangkan.
* Pemanduan Lebih Stabil
Mitsubishi XPANDER menjanjikan kestabilan pemanduan yang lebih selamat sepanjang perjalanan.
Saat diri disahkan hamil, setiap wanita pasti merasa bahagia. Indahnya perasaan apabila mengetahui bakal mendapat cahaya mata. Tentunya kita mahukan yang terbaik sepanjang proses kehamilan ini. Sewaktu hamil, amat penting untuk ibu mendapat nutrisi secukupnya. Ini sangat penting bukan sahaja untuk perkembangan janin dalam kandungan tetapi juga untuk kesihatan ibu yang mengandung.
Ketika hamil, adalah normal untuk ibu merasa mual, kurang tenaga dan asyik letih. Sekiranya kesihatan ibu hamil tidak diberikan perhatian secukupnya, ia mungkin akan membawa kepada pelbagai masalah kesihatan yang lain. Salah satunya, osteoporosis!
Untuk ibu yang sedang hamil, sangat penting untuk menjaga pemakanan. Selain untuk khasiat buat si manja dalam kandungan, diet yang seimbang juga penting bagi memastikan ibu bebas dari gangguan kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi atau rendah dan sebagainya. Bukan itu sahaja, pengambilan makanan yang sihat juga dapat membekalkan tenaga kepada ibu memandangkan keperluan nutrisi yang meningkat secara drastik.
Kena Minum Susu
Selain pengambilan makanan yang sihat, sangat penting untuk ibu hamil mengamalkan susu sepanjang proses mengandung. Ada sesetengah ibu yang mungkin mengalami loya dan tidak berselera untuk minum susu. Namun begitu, ia bukanlah alasan untuk mengelak pengambilan susu kerana ia sangat penting untuk membekalkan pelbagai jenis nutrisi. Kebaikan nutrisi ini bukan sahaja penting untuk perkembangan sihat si manja dalam kandungan bahkan untuk kesihatan ibu juga.
Ibu harus bijak memilih susu yang terbaik untuk membantu perkembangan janin yang sihat. Bukan semua susu dapat membekalkan nutrisi lengkap untuk si ibu. Penting untuk para ibu mendapatkan susu yang diformulasi khas buat wanita hamil.
Pilihlah susu terbaik dan berkualiti ketika hamil. Pastikan anda mengamalkan susu sekurang-kurangnya dua gelas setiap hari. Dengan pengambilan susu secara konsisten, ia dapat membekalkan protein, kalsium, zat besi, asid folat, vitamin, kolin dan DHA. Bagusnya! Tahukah anda, susu khas untuk ibu hamil dan menyusu yang mempunyai segala kebaikan nutrisi ini adalah Karihome Mama Milk?
Bagusnya Karihome Mama Milk Untuk Ibu Hamil & Menyusu Badan!
Karihome Mama Milk merupakan susu kambing yang pertama dan terbaik dengan formulasi istimewa, sesuai buat ibu hamil dan selepas bersalin. Ia membekalkan nutrisi yang cukup lengkap untuk para ibu dengan pengambilan dua gelas setiap hari secara konsisten.
Selain itu, Karihome Mama Milk juga mengandungi lapan jenis nutrien penting buat ibu hamil dan menyusukan badan. Bagi mengekalkan kualiti terbaik, Karihome Mama Milk hanya diperbuat daripada susu kambing dari New Zealand. Itulah sebabnya, Karihome Mama Milk merupakan susu kambing tepung formula khas untuk ibu mengandung dan menyusu badan yang terbaik sejak ia dihasilkan!
Karihome Mama Milk berperisa vanila yang sedap dan sangat sesuai bagi mengelakkan rasa mual ibu hamil. Ia juga sangat baik dalam membekalkan nutrisi yang lengkap untuk perkembangan sel, otot dan pertumbuhan tulang janin. Juga diperkaya dengan pelbagai nutrisi seperi protein, kalsium dan banyak jenis vitamin.
Seperti mana ia bagus untuk ibu hamil, Karihome Mama Milk juga bagus untuk ibu yang menyusu badan. Pengambilan susu ini secara konsisten dapat membantu penghasilan susu badan serta membekalkan tenaga buat ibu. Susu ini merupakan salah satu elemen penting yang diperlukan untuk membantu ibu kekal aktif dan tidak letih biarpun menyusukan si manja. Antara kebaikan lain yang terdapat di dalam susu ini adalah seperti asid folat, vitamin C, DHA dan banyak lagi.
Kebaikan Karihome Mama Milk
Susu ini juga mengandungi DHA yang sangat penting untuk membantu perkembangan otak janin serta anak yang menyusu badan.
Bagi ibu menyusu yang rungsing dengan susu badan yang kurang memberangsangkan, pengambilan Karihome Mama Milk dapat membantu. Selain itu, ibu menyusu perlu menjaga pemakanan untuk mengelak risiko simptom kekurangan nutrisi.
Salah satu kebaikan susu kambing ini adalah kerana ia lebih mudah dihadam berbanding susu lembu. Ini dapat membantu untuk mengelakkan masalah sembelit atau gangguan proses penghadaman. Dengan vitamin A dan E dalam susu kambing ini, ia dapat mengekalkan kecantikan kulit ibu. Mengamalkan susu kambing dapat menjadikan kulit lebih lembap dan sihat.
Ketika hamil dan menyusukan anak, wanita mudah mengalami masalah tulang rapuh kerana kekurangan kalsium. Karihome Mama Milk membekalkan kalsium untuk membantu masalah kehilangan kalsium ketika hamil atau menyusu badan.
Setelah sekian lama bercuti panjang, inilah masa terbaik untuk anda kembali menceriakan kehidupan anak-anak dengan membawa mereka bercuti sebelum “sesi” persekolahan bakal bermula tidak lama lagi. Keseronokkan bercuti pastinya membuatkan minda anak-anak kembali segar untuk ke sekolah.
Kini Sunway City Kuala Lumpur tampil memberi sinar dalam kehidupan malah kembali memberi keriangan dalam kehidupan anak-anak kecil kita. “Bercuti dengan selamat” – inilah yang cuba disampaikan oleh Sunway City Kuala Lumpur. Jadi ibu bapa tidak perlu merasa was-was untuk membawa anak bercuti kerana Sunway City amat menitikberatkan aspek keselamatan semua pengunjungnya.
Bukan mudah untuk kembali memberikan perkhidmatan kepada semua namun Sunway City Kuala Lumpur cuba yang terbaik dalam memastikan percutian keluarga anda selamat daripada wabak yang menghantui kita semua.
Kempen Ke Sana Ke Sini Ke Sunway
Dalam usaha menyuntik kembali industri pelancongan negara, Sunway City Kuala Lumpur tampil melancarkan Kempen Ke Sana Ke Sini Ke Sunway yang pastinya menjanjikan sebuah percutian paling bermakna buat anak-anak yang sudah lama terperap di rumah.
Menariknya Kempen Ke Sana Ke Sini Ke Sunway ini menampilkan pakej menarik dengan tawaran harga yang hebat iaitu dengan potongan harga sebanyak 70%. Pastinya ia merupakan percutian bermakna yang sangat menjimatkan.
Kempen yang dilancarkan ini juga selaras dengan pengumuman kerajaan yang membenarkan perjalanan antara negeri sepanjang tempoh PKPP daripada 10 Jun dan 31 Ogos.
“Ini merupakan pakej yang amat menarik bagi penduduk tempatan, terutamanya selepas kerajaan mengumumkan pelepasan cukai sebanyak RM1, 000 untuk pelancongan domestik. Pastinya percutian menjadi perkara yang cukup menyeronokkan dengan keluarga serta rakan-rakan di Sunway City Kuala Lumpur.
“Kami percaya bahawa kempen ini juga akan memberi manfaat kepada perniagaan komersial di sekitar bandar ini. Malah kami juga menjanjikan Sunway City Kuala Lumpur sebagai destinasi percutian yang mesti dilawati, “kata HC Chan.
Antara pakej menarik yang boleh dinikmati adalah pakej bernilai RM499 termasuk penginapan tiga hari dua malam di Sunway Pyramid Hotel untuk dua orang dewasa dan dua kanak-kanak dan turut disertakan tiket percuma untuk ke Sunway Lagoon.
Bukan itu sahaja, pembeli juga bakal menerima kejutan berbentuk pemberian Baucar Kejutan dari Sunway Pyramid bernilai RM 200. Wow!
Dengan nilai asal pakej ini berjumlah RM 1, 599, tawaran harga serendah RM499 pastinya sangat berbaloi untuk percutian singkat anda sekeluarga. Bertindak segera kerana tawaran hebat ini bermula daripada 6 Julai hingga 20 Julai ini sahaja. Cepat, tawaran terhad!
Pelanggan boleh menikmati pakej melawat Sunway City Kuala Lumpur bermula 7 Julai hingga 31 Oktober 2020. Jangan lepaskan peluang ini!
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai pakej Ke Sana Ke Sini Ke Sunway, sila layari laman sesawang www.sunway.city/kesanakesini
Bercuti Dengan Selamat
Memilih untuk bercuti dengan pakej lengkap di Sunway City Kuala Lumpur ini pastinya tidak merugikan kerana lokasi percutian yang terletak di Subang Jaya ini, pastinya buat anda gembira kerana berada berdekatan dengan kotaraya Kuala Lumpur yang penuh dengan tarikan untuk dilawati. Malah ia berdekatan dengan tempat tarikan lain di sekitar ibu kota.
Anda tidak perlu merasa gusar apabila memikirkan soal keselamatan anak-anak kerana Sunway City Kuala Lumpur amat mengutamakan aspek keselamatan malah menitik beratkan kebersihan dan mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi menjamin keselamatan sepanjang percutian.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Mall dan Taman Tema, HC Chan, “Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan nombor satu kami dalam menawarkan perkhidmatan. Malah, menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan keselamatan kakitangan, pelawat dan komuniti setempat kami terjaga,” kongsinya.
Segala SOP yang dikeluarkan kerajaan serta WHO akan dilaksanakan dengan sebaiknya bagi memastikan wabak ini terus dibendung dan keselamatan semua pengunjung terjamin.
Membeli Belah Dengan Selamat
Jika anda ingin membeli belah pula, usah risau kerana sebanyak 82 rangkaian Sunway Malls akan turut diperketatkan dengan 4,000 CCTV, bekalan cecair pencuci tangan yang mencukupi di setiap outlet bagi memastikan pengunjung terus bercuti sambil membeli belah dengan selamat.
Bukan itu sahaja malah peraturan penjarakan sosial juga akan turut diperketatkan agar pengunjung mematuhi SOP yang digariskan oleh kerajaan.
Untuk tujuan ini, pihak Pusat Beli-Belah Sunway telah menempatkan 2,000 orang pegawai sekitar pusat beli-belah untuk memastikan pengunjung akan mematuhi syarat tersebut, dan juga memberi ‘Care Kit’ kepada pengunjung warga emas.
Sanitasi Lengkap Di Taman Tema
Begitu juga dengan dua tarikan iaitu Sunway Lagoon dan Sunway Lost World of Tambun yang turut sama menjaga kesemua SOP yang disarankan agar ibu bapa merasa lebih yakin untuk bermain dan beriadah bersama keluarga.
Bukan itu sahaja, malah proses sanitasi juga telah dilakukan lebih awal sebelum menerima kunjungan pengunjung ke taman tema. Salah satu langkah dalam proses sanitasi ini adalah penggunaan system pengairan berklorin khusus untuk aktiviti air, yang mana pengurus kolam akan memeriksa tahap sanitasi kolam setiap 2 jam. Dapatlah anak-anak bermain dengan selamat.
Tak perlu risau kerana pihak Sunway City Kuala Lumpur juga melakukan proses sanitasi terlebih dahulu bagi membolehkan pengunjung merasa lebih yakin baik di taman tema mahupun di kompleks membeli belah. Begitu juga dengan pemeriksaan suhu yang dijalankan di pintu masuk utama.
Menginap Selesa Dan Terjamin Selamat
Manakala di hotel pula, selain proses sanitasi, pengunjung juga akan menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki hotel. Begitu juga ketika proses mendaftar masuk di kaunter penyambut tetamu.
Bilik-bilik penginapan juga turut disanitasi bagi memastikan pengunjung tidak ragu-ragu untuk kembali menginap di hotel.
Lebih yakin, berikut adalah antara SOP wajib yang dijalankan oleh pihak hotel demi memastikan keselamatan penginap lebih terjamin:
Pemeriksaan suhu badan akan dilakukan di pintu masuk utama hotel. Begitu juga dengan bekalan pencuci tangan atau hand sanitizer yang dibekalkan di setiap ruang dan kawasan yang melibatkan keluar masuk pengunjung.
Penjarakan sosial juga turut dilakukan di setiap ruang yang melibatkan pengunjung yang ramai terutama di ruang lobby juga di dalam lif di mana hanya pengunjung yang terhad dibenarkan menggunakan lif.
Papan lutsinar akrilik juga dipasang untuk menghadkan interaksi secara dekat dengan pegawai penyambut tetamu.
Pemakaian mask atau topeng muka menjadi keperluan terutama di ruang terbuka seperti ruang lobby dan kawasan lain yang melibatkan ramai pengunjung.
Bukan itu sahaja, malah key card dan beg pengunjung juga akan disanitasi terlebih dahulu bagi membolehkan pengunjung merasa lebih yakin.
Kesemua ini pastinya memberikan lebih keyakinan untuk pengunjung bercuti dengan gembira bersama anak-anak.
Jadi jom tempah pakej Ke Sana Ke Sini Ke Sunway di sunway.city/kesanakesini dan bercuti sekarang! Pakej terhad!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat julung-julung kalinya, Pa&Ma membawakan Edutainment Fest Simpan SSPN 2024 yang telah berlangsung pada 24 & 25 Ogos lalu di Datum Jelatek Shopping Centre, Kuala Lumpur yang diinspirasikan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).