Dalam fasa kanak-kanak nak membesar, setahun sakit beberapa kali itu biasa. Ini kerana sistem imun anak masih belum matang dan anak lebih mudah terdedah kepada pelbagai jenis jangkitan terutamanya apabila berada dalam persekitaran yang ramai orang. Selain itu, anak-anak kecil ini juga masih belum faham mengenai kepentingan menjaga kebersihan diri.
Situasi ini menjadi cabaran kepada ibu bapa melindungi anak daripada jangkitan pelbagai penyakit. Dengan sesi persekolahan dan pusat jagaan kanak-kanak sudah mula beroperasi seperti biasa, kebimbangan itu sentiasa ada terutama dalam keadaan virus Covid-19 masih aktif.
Oleh itu, sangat penting untuk ibu bapa memastikan sistem imun anak sentiasa kuat dan mampu melawan penyakit.
Bagi memastikan kesihatan anak berada dalam keadaan optimum, ibu bapa perlu menggalakkan gaya hidup sihat sejak anak masih kecil. Ini untuk menyokong membina asas yang kuat bagi sistem imun anak dan mengurangkan risiko pelbagai jangkitan.
Terdapat beberapa perkara yang ibu bapa boleh lakukan untuk membantu anak-anak membina sistem imun yang kuat. Antaranya adalah:
Amalkan pemakanan sihat
Mulakan dengan diet seimbang dan pelbagaikan makanan sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, sumber protein dan karbohidrat. Sebaiknya galakkan anak makan buah dan sayur yang terdiri daripada pelbagai warna.
Cara ini penting untuk membekalkan sistem imun anak dengan pelbagai nutrien yang diperlukan selain dapat menghasilkan antibodi bagi melawan pelbagai penyakit. Bukan itu saja, ia juga penting untuk mengekaalkan kesihatan usus bagi melawan bakteria ‘baik’ dan ‘jahat’.
Ads
Sesetengah anak-anak mungkin ada yang picky eater. Apa kata ibu bapa cuba berikan hidangan buah atau sayur dengan kombinasi makanan kegemaran anak. Walaupun makan sedikit, sekurang-kurangnya anak dapat nutrisinya.
Ajar anak minum air kosong, kurangkan air manis
Galakkan anak untuk minum air kosong sejak dari kecil. Ini penting untuk mengekalkan tahap hidrasi yang baik. Selain itu, ia bagus untuk proses pencernaan anak.
Bagaimanapun, ibu bapa harus elakkan anak minum air manis. Bukan saja tak bagus untuk kesihatan tetapi lama-kelamaan anak jadi tak suka air kosong disebabkan dah terbiasa minum air berperisa. Nak lagi mudah, isi air kosong tersebut dalam botol yang cantik untuk tarik perhatian si kecil.
Kuatkan imun anak dengan suplemen
Ads
Kanak-kanak yang aktif, mereka memerlukan tenaga yang banyak. Jadi ibu bapa harus tahu, pemberian suplemen untuk anak ini sebagai alternatif untuk pastikan anak-anak sentiasa cergas dan ceria sepanjang hari.
Pelbagai suplemen ada di pasaran tetapi sebagai pilihan untuk ibu bapa, PNKIDS A to Z Multivitamin antara pilihannya. Ia diperbuat daripada pektin (kulit epal) dan tidak mengandungi gluten, laktosa serta GMO.
Yang bagusnya, rasa suplemen ini telah disesuaikan mengikut citarasa masyarakat Asia yang kurang gemarkan rasa manis. Usah dipertikaikan kebaikan suplemen ini kerana ia mengandungi 13 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh anak dalam satu gummy!
Ads
PNKIDS A to Z Multivitamin juga menyokong metabolisme serta keseluruhan perkembangan anak. Ia juga membantu menguatkan fungsi imuniti si manja tersayang! Ia berperisa rasberi yang pasti memikat selera anak anda. Ia tidak melekit pada gigi serta mudah dikunyah. Selain itu, pembelian suplemen ini didatangkan dengan mainan istimewa di dalam kotaknya. Mesti anak seronok!
Selain itu, anak-anak juga perlu diajar untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti fizikal secara konsisten. Sekurang-kurangnya seminggu 3 kali pun ok berbanding langsung tak melakukannya.
Bagi anak yang sedang membesar, waktu tidur perlu cukup untuk proses perkembangan dan kesihatannya. Ini penting kerana sistem imun berfungsi dengan lebih baik apabila tubuh badan mendapat rehat yang secukupnya.
Gaya hidup sihat ini perlu dibiasakan sejak dari kecil demi memastikan anak-anak dapat membesar dengan lebih sempurna mengikut perkembangan usia dan sistem imunnya akan lebih kuat.
Mama papa nak tahu maklumat lanjut tentang produk PNKIDS A to Z Multivitamin, klik SINI atau layari Facebook PNKids Malaysia
Ada sesetengah kanak-kanak memang ada masalah tiap kali nak buang air besar. Kadang sampai menangis-nangis meneran nak membuang. Tapi sudahnya gagal juga nak membuang. Kesian tengok si kecil yang ada masalah sebegini.
Dalam perkongsian yang dibuat oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad, perkara sebegitu sering menjadi persoalan yang diajukan kepadanya ketika bekerja di klinik mahupun ditanya di laman Facebook.
Menurut Dr Zubaidi sembelit bukanlah satu penyakit malah kalau si kecil anda membuang tiga hari sekali juga masih dikira normal. Dalam perkongsian tersebut, Dr Zubaidi turut memberi saranan kepada ibu ayah yang tidak mahu menggunakan ubatan sebagai solusi untuk masalah tersebut.
“Doktor, anak saya sudah tidak buang air besar semenjak semalam. Saya risaulah..”
Itu adalah pertanyaan yang sering saya terima sama ada ketika bekerja di klinik, atau menjawab soalan-soalan di facebook.
Saya sering memberitahu ibubapa bahawa sembelit bukanlah penyakit, dan ia tidak didiagnosakan dengan mengira bilangan hari mereka tidak buang air besar. Malah kalau tiga hari sekali masih dikira normal jika tiada tanda-tanda bayi atau kanak-kanak itu mengalami sembelit.
Antara tanda-tanda itu ialah bayi atau kanak-kanak itu menangis dan menunjuk rasa resah atau tidak selesa ketika membuang besar. Bagi kanak-kanak yang lebih besar akan mengadu rasa sakit atau mereka kelihatan meneran ketika sedang membuang air besar. Selain itu najis mereka kelihatan kering, keras, berbiji-biji seperti biji kacang. Kentut dan najis juga mungkin berbau lebih busuk.
Dalam kebanyakan kes yang berlaku, sembelit mula disyaki apabila bayi atau kanak-kanak itu hanya membuang air besar sebanyak tiga kali dalam seminggu. Ini menyebabkan mereka tiada selera untuk makan dan perut menjadi kembung.
Sering kali juga saya ditanya mengenai punca berlaku sembelit. Antara punca utama berlakunya sembelit ialah susu formula. Bayi yang diberikan susu formula mudah mendapat sembelit berbanding bayi yang diberikan susu ibu kerana susu formula sukar dihadamkan dan diserap masuk ke dalam usus.
Begitu juga jika bayi yang mula diberikan makanan separuh pejal juga mudah sembelit. Usus mereka yang tidak matang belum dapat berfungsi sepenuhnya dengan baik. Jadi pastikan makanan separuh pepejal yang hendak diberikan adalah makanan yang lembut dan mudah dihadam. Banyak kandungan air dalam makanan itu ketika menyediakannya.
Bayi dan kanak-kanak yang tidak selera untuk minum susu kerana demam, selsema, jangkitan pada tekak dan mula tumbuh gigi mudah mengalami sembelit kerana sebab kekurangan air dalam badan atau disebut dehidrasi. Bagi mengelakkan dehidrasi yang berterusan, selalunya tubuh akan menyerap lebih banyak air dari najis bagi menampung kekurangan air dalam badan. Ini menyebabkan najis menjadi lebih kering dan keras, akhirnya menyebabkan najis disimpan lebih lama dalam usus besar dan menyebabkan sembelit.
Saya tidak menafikan ada beberapa kes di mana punca sembelit disebabkan oleh penyakit kecacatan semasa lahir (congenital disease)yang disebut Hirschprung’s disease apabila lubang dubur agak ketat dan sukar membuang air besar. Begitu juga jika lubang dubur tidak dibentuk dengan sempurna seperti dalam kes penyakit anorectal malformation, spinal bifida dan cystic fibrosis.
Bagi bayi atau kanak-kanak yang sering mengalami sembelit, saya cadangkan dibawa untuk pemeriksaan doctor agar penyakit kecacatan semasa lahir seperti Hirchprung’s disease dapat dikenalpasti dengan lebih awal. Penyakit-penyakit seperti ini mungkin memerlukan rawatan yang lebih agresif seperti pembedahan, jika tidak masalah sembelit akan berulang, sehingga ada kalanya mereka tidak boleh membuang air besar untuk beberapa bulan dan menyebabkan abdomen mereka kembung.
Bagi ibu bapa yang mahu mengelakkan pemberian ubat, saya cadangkan melakukan beberapa cara :
1. Baringkan bayi dengan kaki ke atas dan cuba lakukan pergerakan seolah-olah sedang mengayuh basikal di udara. Ini akan merangsangkan pergerakan najis dalam usus.
2. Jika bayi yang berusia lebih enam bulan ke atas dan menyusu susu formula, boleh berikan makanan separuh pepejal seperti lobak yang dikisar dan disediakan secara segar. Berikan pada kadar yang berpatutan dan minta nasihat doctor. Ini akan menambah kandungan serat dalam pemakanan mereka dan memudahkan mereka buang najis dengan lebih mudah.
3. Bagi kanak-kanak yang berumur satu tahun ke atas boleh diberikan air buah-buahan seperti tembikai atau air mineral suam dalam kadar yang berpatutan. Memberikan jus betik yang dikisarkan juga sangat baik untuk mereka, kerana selain mempunyai banyak serat, betik juga mengandungi bahan semulajadi yang dapat merangsang pergerakan usus.
Jika ibubapa telah mencuba langkah-langkah tersebut tetapi tidak berjaya, maka bolehlah menggunakan ubat-ubat yang diberikan doctor. Antara ubat yang selamat digunakan untuk bayi enam bulan ke atas ialah Lactulose, kecuali bagi mereka yang mempunyai masalah galactose intolerant. Lactulose dijual sebagai ubat ‘over the counter’ iaitu pembeliannya tidak memerlukan preskripsi.
Lactulose boleh diambil sebanyak dua atau tiga kali sehari, dan selalunya mengambil masa empat jam untuk mendapat kesannya.
Bagi kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas, ubat Lactulose 3.1-3.7g/5ml oral solution diberikan 5-10 ml dua kali sehari.
Bagi bayi berumur 11 bulan hingga ke 5 tahun, ubat Lactulose 3.1-3.7g/5ml oral solution diberikan 2.5-5 ml dua kali sehari.
Bagi bayi berumur kurang dari setahun, perlukan pendapat ahli farmasi atau doctor kerana dosenya bergantung kepada berat bayi itu. Tanda sembelit bayi atau kanak-kanak itu telah pulih apabila mereka mengeluarkan najis yang lembut 2 atau 3 kali sehari. Bagi ubat-ubat lain yang lebih ‘kuat’ memerlukan pandangan doctor sebelum diberikan. Jika masalah sembelit masih tidak reda, dapatkan nasihat doctor.
Kebanyakan wanita sudah biasa mendengar tentang fibroid, namun sebanyak mana kita tahu tentangnya? Untuk pengetahuan, fibroid merupakan tumor bukan kanser yang tumbuh dalam rahim. Ia banyak berlaku pada wanita dan lebih teruk, mungkin terjadi ketika seseorang itu hamil.
Dalam kebanyakan kes, wanita dengan ketumbuhan fibroid tidak menyedari bahawa mereka memilikinya, mungkin kerana saiznya terlalu kecil sehinggalah ia menyebabkan komplikasi yang ketara.
Walau bagaimanapun, fibroid yang lebih besar dikhuatiri boleh mempengaruhi kehamilan, perkembangan janin, atau kelahiran. Ketahui tentang fibroid, simptom serta rawatan yang boleh dibuat seperti mana yang dipetik melalui portal Hello Doktor.
Apakah itu fibroid?
Fibroid ialah ketumbuhan abnormal yang terbentuk pada rahim wanita. Fibroid rahim tidak berkaitan dengan peningkatan risiko kanser rahim dan selalunya tidak pernah berkembang menjadi barah.
Kadangkala, tumor ini menjadi agak besar dan menyebabkan kesakitan abdomen yang teruk bersama darah haid yang terlalu banyak.
Dalam kes lain, ia tidak meninggalkan sebarang gejala atau simptom langsung.
Cara pengurusannya adalah dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.
Simptom fibroid
Simptom fibroid rahim boleh terbentuk perlahan selama beberapa tahun atau secara pantas dalam beberapa bulan.
Simptom paling biasa bagi fibroid rahim termasuklah:
-Pendarahan haid yang terlalu banyak
-Tempoh menstruasi berpanjangan melebihi seminggu
-Tekanan atau kesakitan pada pelvik
-Kencing dengan kerap
-Kesukaran mengosongkan pundi kencing
-Sembelit
-Sakit belakang atau sakit kaki
Ia boleh juga meningkatkan risiko untuk beberapa jenis komplikasi kehamilan seperti uri tercabut, gangguan tumbesaran fetus, dan kelahiran pramatang.
Antara gejala fibroid semasa mengandung termasuk:
-Kekejangan teruk, serupa dengan kekejangan haid
-Kesakitan dan ketegangan di perut
-Masalah pencernaan, seperti sembelit
-Sering terasa ingin membuang air kecil, kerana fibroid memberi tekanan pada pundi kencing
-Bakal ibu juga mungkin mengalami kesukaran membuang air kecil atau sakit belakang, tetapi simptom ini agak jarang berlaku.
Ini kesan fibroid ketika hamil
Fibroid secara umumnya tidak mempengaruhi kehamilan dengan ketara.
Walau bagaimanapun, kadangkala ia boleh menyebabkan:
-Keguguran
-Kelahiran pramatang
-Pecah membran pramatang janin (PROM)
-Pendarahan tidak lama sebelum bersalin
-Malpresentation, di mana janin tidak berada dalam kedudukan yang betul
–Obstructed labor (bayi tidak memasuki pelvis ibu semasa bersalin)
-Pendarahan selepas bersalin
-Nekrosis, mengganggu bekalan darah atau menyebabkan kematian sel
Fibroid juga kadangkala memberi kesan kepada kesuburan wanita, dengan menyebabkan kemandulan.
Penyelidik masih menyiasat bagaimana ia berlaku, tetapi mereka berpendapat ukuran dan kedudukan fibroid menentukan sejauh mana kesannya pada tubuh.
Selain itu, fibroid boleh mempengaruhi proses persenyawaan dengan menghalang tiub fallopio, saluran yang dilalui telur sebelum disenyawakan oleh sperma.
Oleh itu, telur yang disenyawakan mungkin tidak dapat melekat pada dinding rahim jika fibroid menghalangi.
Bagaimana fibroid dirawat semasa kehamilan?
Di dalam portal Hello Doktor juga ada berkongsi tentang rawatan fibroid ketika hamil. Semasa mengandung, rawatan untuk fibroid rahim adalah terhad kerana dikhuatiri akan merisikokan kesihatan janin.
Dalam kes yang sangat jarang berlaku, myomectomy dilakukan pada wanita dalam fasa separuh kedua kehamilan mereka.
Prosedur ini dilakukan untuk membuang fibroid dari bahagian luar rahim atau dari dalam dinding rahim tanpa mengganggu uterus.
Tetapi lain pula bagi fibroid yang tumbuh di rongga rahim, kerana biasanya ia dibiarkan kerana kemungkinan risiko terhadap janin.
Merawat fibroid sebelum kehamilan untuk meningkatkan kesuburan
Pil kawalan kelahiran hormon
Membiarkan fibroid rahim sebelum kehamilan boleh merisikokan kesuburan anda. Rawatan-rawatan fibroid yang sering dilakukan bagi mengekalkan kesuburan termasuk:
Myomektomi: Prosedur pembedahan ini digunakan untuk menghilangkan fibroid. Namun, kaedah ini mungkin meningkatkan risiko kelahiran caesar, dan anda perlu menunggu kira-kira 3 bulan selepas prosedur sebelum cuba untuk hamil
Pil kawalan kelahiran hormon: Sepanjang di bawah pengambilan pil ini, anda tidak akan dapat hamil. Tetapi alat kontraseptif ini mampu membantu meringankan gejala, seperti pendarahan berat dan haid yang menyakitkan
Peranti intrauterin (IUD): Seperti pil kawalan kelahiran, IUD juga berfungsi bagi mencegah kehamilan. Walau bagaimanapun, ia dapat membantu menghilangkan beberapa simptom sambil mengekalkan kesuburan
Gonadotropin-releasing hormone (Gn-RH) agonists: Jenis ubat ini akan menyekat pengeluaran hormon yang menyebabkan ovulasi dan haid, jadi anda tidak akan hamil semasa mengambil ubat tersebut. Pun begitu, ia dapat membantu mengecutkan fibroid
Myolisis: Prosedur ini berfungsi dengan menggunakan arus elektrik, laser, atau pancaran tenaga frekuensi radio untuk mengecilkan saluran darah yang memberi fibroid ‘makan’
Para wanita mungkin juga dapat menurunkan risiko terkena fibroid dengan menjaga diet yang sihat dan meminimumkan masa yang mereka habiskan di kawasan yang tercemar.
Produk makanan yang mengandungi pemanis tiruan, diproses, dan diawet turut meningkatkan peluang terbentuknya pertumbuhan fibroid.
Konklusinya…
Fibroid adalah ketumbuhan yang sering terjadi kepada kaum Hawa, malah para pakar menganggarkan ia telah mempengaruhi sebanyak 40% sehingga 80% golongan wanita.
Bagi sebilangan kes, pertumbuhan ini tidak akan memberi kesan dan tidak memerlukan rawatan, tetapi kadangkala ia mampu mempengaruhi kesuburan.
Di samping itu, bagi kes fibroid dalam kalangan wanita hamil boleh jadi sangat berbeza antara individu.
Sekiranya ia menimbulkan risiko kesihatan terhadap kehamilan, bakal ibu itu mungkin memerlukan rawatan pembedahan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan, dapatkan nasihat serta pandangan daripada doktor.
Pejuang Fibroid Berjaya Hamil Selepas 10 Tahun ‘TTC’
Produk Efferty merupakan salah satu jenama yang membantu wanita yang mengalami masalah kesuburan dengan harga mampu milik. Susu Efferty diformulasikan khas oleh Dr. Raihana Ismail dan telah diuji secara klinikal di makmal bertauliah untuk mendapatkan keberkesanan produk tersebut. Susu Efferty terdiri daripada bahan-bahan semula jadi serta multivitamin.
Efferty banyak berkongsi dan memberi kesedaran tentang masalah fibroid. Salah satu testimoni yang telah berjaya hamil selepas berikhtiar dengan Efferty adalah Pn. Nurshahir yang juga merupakan salah seorang pejuang fibroid.
Menurut sesi interviu Dr. Raihana bersama Pn. Nurshahir, wanita ini merupakan pejuang fibroid yang berusaha untuk hamil selama 10 tahun. Sudah mempunyai seorang cahaya mata, namun Pn. Nurshahir dan suaminya, En. Dzulfaizal, mengalami kesukaran untuk menambah cahaya mata disebabkan masalah fibroid.
Menurutnya, dia mengalami masalah haid tidak teratur sejak zaman persekolahan. Pada awalnya selepas kelahiran anak sulung, dia berhasrat untuk hamil semula selepas dua tahun. Pn. Nurshahir dan suami merancang sendiri tetapi masuk tahun ketiga, akhirnya mereka mula berusaha.
Cerita Pn. Nurshahir, dia berurut serta mengamalkan jamu tetapi tidak berkesan. Lebih teruk lagi, haidnya tidak berhenti serta dia terpaksa menukar tuala wanita setiap dua jam sekali. Selain itu, Pn. Nurshahir juga kerap membuang air kecil.
Risau dengan keadaan itu, dia merujuk masalah ini kepada doktor dan semasa ujian imbasan dibuat, mereka mendapati ada fibroid.
“Terus tanya doktor kalau besar saiz fobroid kena buang (rahim) ke doktor? Sebab biasanya kalau dengar kes besar ni kena buang. Doktor kata kita tengok dulu dan makan ubat, tak semestinya kena buang.
Kita check dulu, tengok kecut ke tak. Kalau kecut walaupun sikit kita takkan operate.”
Tambah Pn. Nurshahir, fibroidnya mengecut tetapi kemudian jadi semula cuma tidak seteruk kali pertama. Tempoh haid juga panjang tetapi tidaklah sebanyak seperti yang awal dahulu.
“Dalam 2021 macam tu, saya ada terbaca tentang Efferty cuma tangguhkan nak mencuba. Sampailah ada seorang kawan mak ni, dia memang minum Efferty dan hamil. Jadi, saya pun buat research tengok okay baru beli. Sebab saya memang dah cakap, masuk umur 40 tahun redalah kalau tak ada. Sebab kita pun dah ada anak seorang.
Saya minum selama enam bulan, suami pun sama-sama minum. Cuma sayalah yang minum straight enam bulan tu, suami sekejap je. Period makin okay, jadi 10 hari dari biasanya dua minggu. Kemudian saya pregnant.”
Biarpun ketika hamil Pn. Nurshahir didapati masih mempunyai fibroid dan cyst. Namun, selepas ujian imbasan untuk bulan berikutnya doktor memberitahu bahawa cyst tersebut tidak aktif. Lebih memeranjatkan fibroidnya tidak kelihatan.
Turut berkongsi tentang tip pemakanan, Pn. Nurshahir memberitahu dia tidak mengambil ayam dan makanan proses juga banyak makan buah kiwi.
Di dalam sesi interviu itu juga Dr. Raihana memberitahu tentang kepentingan sokongan suami sepanjang proses untuk hamil. Katanya lagi, tanpa semangat dari suami mungkin isteri juga akan tarik ‘hand brake’ (putus asa).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahun 2025 merupakan kali pertama diadakan Top Educator Pa&Ma yang menghimpunkan jenama-jenama hebat dari institusi kewangan, taska, pra sekolah, dan pusat perkembangan kanak-kanak untuk diraikan penuh makna.
Ia bukan sekadar penganugerahan tetapi satu pengiktirafan terhadap usaha, keringat dan komitmen mereka yang bekerja tanpa penat demi memastikan ibu bapa di Malaysia dapat memilih pendidikan terbaik untuk anak-anak. Buat julung kalinya telah menyaksikan satu nama yang cukup menonjol dan layak diangkat iaitu Hawary Education bagi anugerah Pusat Mesra Asuhan Kanak-Kanak & Taman Didikan Awal Kanak-Kanak Holistik.
Di sebalik perjalanan Hawary Education berdiri seorang tokoh pendidikan yang rendah hati namun besar wawasannya, Roszlinda Sham, atau mesra dipanggil Madam Linda. Beliau merupakan graduan Master Pendidikan Awal Kanak-Kanak, dan sejak awal sudah menanam tekad bahawa pendidikan awal bukan sekadar mengajar ABC dan 123, tetapi membina asas emosi, sosial dan karakter anak.
Kehalusan nilai seorang pendidik jelas terpancar dalam pendekatan kepimpinannya yang tegas pada standard, lembut pada jiwa dan sentiasa percaya bahawa setiap anak berhak mendapat asuhan berkualiti tinggi.
Selain keteguhan semangatnya dalam membina generasi baharu yang berkualiti, wanita hebat ini juga bergiat aktif dalam NGO bagi komuniti sokongan bagai B40 & asnaf sekitar Johor Bahru.
Hawary Education bermula pada tahun 2008, lahir daripada keinginan Madam Linda untuk menyediakan ruang pembelajaran yang lebih holistik dan mesra kanak-kanak. Apa yang ketika itu bermula sebagai satu pusat kecil kini berkembang menjadi 7 cawangan, hasil keyakinan ibu bapa serta budaya kerja yang konsisten dan penuh kasih.
Titik permulaan ini menjadi saksi bagaimana sebuah visi peribadi berubah menjadi institusi pendidikan yang dipercayai.
Kekuatan Hawary Education terletak pada pasukan pendidiknya. Dengan 65 pendidik terlatih serta 10 staf pentadbiran, setiap individu memainkan peranan penting dalam memastikan persekitaran pembelajaran bukan sahaja ceria, tetapi selamat dan menyeluruh.
Selari dengan misi mereka, setiap pendidik diperkasakan dengan latihan profesional, peka dengan isu semasa, mempraktikkan Dasar Perlindungan Kanak-Kanak (DPKK), dan menjadi role model kepada murid dan ibu bapa.
Hawary Education mempunyai misi yang jelas bagi memastikan semua pendidik berpengetahuan, penyayang, sabar dan profesional, serta sentiasa mempraktikkan perlindungan kanak-kanak sebagai asas kerja mereka.
Visi mereka pula memberi fokus kepada pendekatan Belajar Melalui Bermain, supaya lahir modal insan yang seimbang dari aspek intelek, rohani, jasmani, sosial dan komunikasi. Pendekatan ini bukan sahaja selari dengan keperluan kanak-kanak abad ini, tetapi juga mencerminkan identiti Hawary sebagai pusat pendidikan yang holistik dan berpaksikan kasih sayang.
Kepercayaan masyarakat terhadap Hawary Education bukan lagi satu persoalan apabila melihat deretan pencapaian yang berjaya diraih. Antaranya termasuk:
Setiap anugerah bukan sekadar simbol prestij, tetapi bukti komitmen Hawary dalam mengekalkan standard tinggi.
Melangkah ke fasa baharu, Hawary Education merangka perkembangan strategik antara tahun 2026 hingga 2030 dengan pembukaan 10 cawangan baharu, selain pembangunan 2 Pusat Latihan PAKK.
Fokus ini bukan sekadar pembesaran, tetapi usaha menyediakan lebih ramai pendidik awal kanak-kanak yang berkemahiran, dan seterusnya memperluaskan akses pendidikan berkualiti kepada pelbagai komuniti.
Hawary Education membawa satu harapan besar untuk masa depan pendidikan awal. Ini kata-lata Madam Linda tentang harapannya untuk masa depan Hawary Education:
“Hawary Education bertekad untuk terus memperkukuh kecemerlangan pendidikan awal kanak-kanak melalui peningkatan standard kualiti, peluasan program berimpak tinggi, serta pembangunan latihan bagi warga pendidik awal kanak-kanak (key player industry) yang kompeten dan berintegriti, demi memastikan setiap anak dididik dalam persekitaran yang holistik, selamat dan penuh nilai murni.”
Harapan ini menjadi nadi kepada setiap langkah mereka bahawa pendidikan awal yang berkualiti adalah hadiah pertama dan terpenting untuk setiap anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu ayah, jangan terlepas info penting ini! Bantuan tunai kerajaan melalui STR 2026 bakal memasuki fasa seterusnya. Buat keluarga yang bergantung pada bantuan ini untuk urusan anak-anak, keperluan sekolah dan perbelanjaan harian, pastikan semakan serta kemas kini maklumat dibuat supaya tidak terlepas bayaran yang layak diterima.