Tahniah kepada penyanyi, Ariff Bahran yang telah selamat menimang cahaya mata keduanya pada Sabtu lalu.
Isteri Ariff, Amirah Syazwani selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.5kg di sebuah pusat perubatan di Shah Alam.
Ariff meluahkan rasa syukurnya kerana isteri dan anak keduanya berada dalam keadaan baik dan sihat.
“Isteri dan bayi dalam keadaan selamat. Syukur semaunya berjalan lancer dan dipermudahkan,” katanya berkongsi.
Tambah Ariff lagi, dia bersyukur kerana dapat menemani isteri ketika proses melahirkan anak keduanya itu.
Ads
“Saya dapat teman isteri ketika bersalin,” ujarnya.
Terdahulu, Ariff dan isterinya Amirah mendirikan rumah tangga pada 3 September 2021. Pasangan ini turut dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Luth Mikhael yang kini berusia dua tahun.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Ads
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Pengalaman bersalin setiap ibu adalah berbeza. Begitu juga dengan pengalaman bersalinkan setiap anak, tentu juga berbeza. Ada yang mengalami sakit bersalin dan ada juga yang bernasib baik melahirkan anak tanpa masalah.
Salah satu sebab ibu tidak mengalami kesukaran semasa bersalin adalah kerana terdapat teknik yang boleh diamalkan untuk mengurangkan rasa sakit semasa bersalin. Persediaan awal adalah penting bagi membantu ibu mengatasi rasa sakit hendak bersalin.
Mengapa ibu hamil akan merasai sakit bersalin?
Sakit bersalin adalah normal untuk setiap ibu hamil. Ini kerana otot badan ketika proses kelahiran, akan bekerja keras untuk mengeluarkan bayi di dalam rahim. Kontraksi pada otot rahim dan tekanan pada serviks semasa tempoh bersalin akan membuatkan anda mengalami ketegangan pada bahagian abdomen, pangkal paha dan belakang badan.
Selain itu, bakal ibu juga akan rasa sakit hendak bersalin kerana berlakunya tekanan pada kantung dan usus yang menyebabkan kepala bayi semakin meregang ke arah tempat kelahiran.
Tips atasi kesakitan semasa bersalin
1 Suntik persekitaran kelahiran yang menenangkan. Semasa hampir tempoh kelahiran, pasangkan alunan zikir dan lagu yang menenangkan anda. Selain itu, peralatan untuk bersalin juga mestilah yang dapat membantu anda memudahkan kelahiran seperti tilam yang lembut. Jika anda bercadang untuk bersalin dengan posisi yang berbeza, sediakan peralatan yang perlu seperti bola kelahiran atau bangku kecil. Walau bagaimanapun, pastikan polisi hospital bersalin anda membenarkan anda untuk mencuba posisi berbeza.
2 Lengkapkan diri dengan ilmu bersalin sebelum tempoh kelahiran anda. Anda boleh dapatkannya melalui buku, majalah, laman sesawang, video, kelas pranatal atau bertanya kepada doktor. Pelbagai informasi dapat membantu anda menghadapi keadaan semasa bersalin.
3 Atasi ketakutan anda dengan cara meluahkannya kepada orang terdekat anda seperti suami ataupun ibu anda. Doktor juga adalah orang yang terbaik untuk menasihati anda tentang cara-cara mengatasi rasa takut semasa bersalin.
4 Latihan teknik pernafasan adalah kunci paling penting untuk membantu memudahkan proses bersalin anda. Bagi mempelajarinya, hadirilah kelas pranatal yang akan membantu anda mempelajari teknik pernafasan yang betul untuk menghadapi kontraksi sebelum bersalin. Caranya adalah dengan melepaskan tekanan pada setiap hembusan dan cuba juga menarik nafas laju pada setiap 2 atau 3 saat iaitu 20 hingga 30 kali seminit. Jika anda kehilangan tempo, minta pertolongan pasangan anda untuk membantu anda mendapatkan semula rentak melalui pergerakan mata, tangan atau kepala.
5 Tumpukan perhatian anda pada sesuatu perkara yang boleh membuatkan anda gembira (seperti wajah pasangan anda, gambar yang dapat memberi inspirasi atau benda kegemaran anda). Keadaan ini dapat merangsang deria anda dan mengurangkan kesakitan. Selain itu, dengan mendengar muzik, suara yang menenangkan atau rakaman alunan ombak dan membayangkan anda berada pada persekitaran yang menenangkan juga dapat membantu mengurangkan kesakitan.
6 Hangatkan tubuh dengan mandi air panas. Ini bagi melegakan kesakitan kontraksi, merehatkan minda anda malah ada kalanya ia juga membantu anda untuk mempercepatkan proses kelahiran. Cara terbaik adalah dengan keadaan anda duduk di atas bangku dan halakan pancuran air panas terus ke abdomen anda atau bahagian belakang tubuh anda.
7 Bagi mempermudahkan proses kelahiran, banyakkan pergerakan terutama semasa menghampiri proses bersalin. Kontraksi akan lebih menyakitkan jika anda hanya berbaring di atas katil tanpa melakukan sebarang pergerakan. Anda boleh berjalan, bersandar, bergoyang atau mencangkung mengikut posisi yang anda selesa. Bagaimanapun, sentiasa berhati-hati pada setiap pergerakan anda!
8 Sentuhan atau urutan daripada suami juga dapat membantu melegakan sakit bersalin anda. Anda boleh minta suami menggenggam tangan anda, membelai pipi atau rambut anda, atau mungkin juga menepuk-nepuk tangan atau bahu anda semasa proses kelahiran.
Bila berpuasa, salah satu masalah yang dihidapi oleh semua orang ialah tubuh mengalami hidrasi. Hal ini termasuklah ibu menyusu.
Ramai maklum bahawa dalam proses penghasilan susu ibu yang lancar, sebaik-baiknya si ibu menyusu perlu minum lebih daripada 3 liter air setiap hari.
Bagaimana caranya untuk cukupkan minum air kosong sebanyak 3 liter di bulan puasa? Panduan ini sedikit sebanyak mungkin boleh membantu para ibu menyusu.
Minumlah air 500ml di setiap 2 jam. Paling tidak pun 250ml air setiap 1 jam. 250ml air bersamaan dengan segelas air. Dengan 12 kali minum, anda berupaya melengkapkan keperluan minum 3 liter setiap hari.
Tetapkan dalam minda bahawa hal ini mudah sahaja. Jadi, anda tidak akan teragak-agak untuk minum dan mempunyai anggapan bahawa perut penuh dengan air apabila minum air terlalu kerap dalam sela masa yang singkat.
Langkah demi langkah
Semasa berbuka puasa, pastikan anda minum air kosong. Sediakan 250ml air untuk tujuan itu. Selepas makan, minum 250ml air lagi.
Sekiranya anda menunaikan solat terawih di surau atau masjid, bawa bekalan 500ml air kosong. Setiap kali selesai 2 rakaat solat, minum air yang dibawa itu sehingga habis.
Sebelum tidur, minum lagi 500ml air kosong. Bawa bekalan air masuk ke bilik tidur. Setiap kali terjaga malam untuk menyusukan anak, minumlah air itu.
Sebaik jaga daripada tidur untuk menyediakan hidangan bersahur pula, minum 250ml air. Selepas makan sahur minumlah baki 250ml lagi. Dengan yang demikian, anda berupaya mencukupkan keperluan harian minum air sebanyak 3 liter!
Cara lain
Selain daripada itu, cara lain untuk melengkapkan keperluan 3 liter air ini ialah anda boleh minum 250ml air kosong sebelum menyusu dan 500ml selepas menyusukan anak.
Jika anda kerap ke tandas di waktu malam, minum air kosong setiap kali selepas ke tandas untuk menggantikmn semula cecair yang telah dikeluarkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak pelengkap keluarga, kehadiran mereka memeriahkan lagi kehidupan berumah tangga. Tambah meriah bila lengkap punya anak lelaki dan perempuan dalam keluarga, sempurna seadanya.
Bagi pasangan Siti Aisyah Abu, 34 serta pasangannya, Mohamad Khairunizam Ismail, 40 yang mana impian mereka untuk memiliki anak perempuan akhirnya tercapai setelah dikurniakan empat orang anak lelaki.
12 tahun kahwin, dapat 4 anak lelaki
12 tahun usia perkahwinan, menurut laporan Mstar, pernah Khairunizam bernazar untuk kelahiran anak yang keempat jika mereka dikurniakan anak perempuan.
“Anak sulung sampai nombor empat semua lelaki. Memang nak sangat anak perempuan sebenarnya. Tapi masa mengandung anak keempat, saya tak tahu lagi jantina dia masa tu. Suami bernazar cakap pada saya ‘Kalau yang ni dapat girl, saya nak simpan rambut panjang. Awak dah bersalin baru saya potong.”
“Suami saya ni rambut dia jenis kerinting jadi dia malu sikit nak simpan sebab nanti semua orang kutuk. Tapi demi untuk anak ke empat, dia sanggup bernazar tak nak potong rambut.
“Masa saya pergi scan awal mengandung tak nampak lagi jantina bayi. Sampai dah tujuh bulan pun baby tak nak tunjuk jadi doktor kata kemungkinan perempuan tapi doktor tak nak bagi harapan pada saya,” jelasnya kepada Mstar.
Tambah Siti lagi yang menguatkan nalurinya dan suami tentang anak perempuan, ketika hamil kali keempat, dirinya suka bersolek dan berhias berbeza ketika mengandungkan tiga anak yang terdahulu.
“Saya perasan masa mengandung anak keempat ni saya asyik nak melawa je. Saya suka make up dan bergaya. Masa anak yang lain saya jadi malas sikit nak berdandan.
“Jadi bila suami perhatikan sikap saya tu, dia pun cakap kemungkinan besar saya mengandung baby girl.
“Saya pun dengan yakin ambil keputusan beli barang untuk anak dalam kandungan saya ni siap-siap sebab teruja. Saya beli baju warna pink dan barang-barang lain semua warna untuk anak perempuan,” jelasnya lagi.
Doktor sahkan anak keempat pun lelaki
Setelah melakukan pemeriksaan sekali lagi, keputusan yang dikongsi oleh doktor tidak seperti yang disangka. Anak dalam kandungan Siti kali itu juga adalah lelaki.
“Masa saya sarat nak bersalin, doktor scan lagi sekali dan beritahu yang anak saya sebenarnya ‘boboy’. Dalam hati saya masa tu cakap tak apalah, asalkan anak saya sihat dan selamat pun dah cukup bersyukur.
“Tapi masa nak beritahu suami tu ada juga perasaan hampa sikit, risau dia kecewa sebab dah excited sangat nak ada baby girl.
empat orang anak lelaki pasangan ini
“Lepas saya beritahu suami yang doktor scan tadi kata anak ni boy, suami pun senyum sambil kata tak apa. Dia pun tak kisah sama ada lelaki atau perempuan asalkan baby sihat, walaupun ada juga nampak kekecewaan sikit pada mukanya,” kongsi Siti lagi.
Ditanya tentang rambut yang disimpan, menurut Siti suaminya tidak memotong rambut sehinggalah anak keempat yang diberi nama Mohammad Airil Zaquan dilahirkan pada 26 Jun 2018.
Anak keempat Siti & Khairunizam
Akhirnya anak kelima perempuan
Wanita ini turut mengakui bawaha wajah anak keempatnya yang kini sudah berusia 5 tahun kelihatan comel dan lembut persis bayi perempuan. Perkara itu turut diakui oleh orang sekeliling.
Namun sudah tertulis rezeki pasangan ini untuk mempunyai anak perempuan, setahun selepas melahirkan anak keempat, Siti hamil anak kelima dan telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Kyra Kaisara pada 28 Mei 2020.
“Setahun lepas dapat anak keempat saya mengandung pula. Kali ni memang pasti anak perempuan tapi saya dah tak beli baju baru pink. Saya beli semua warna putih, biru dan hijau saja untuk dia.
“Alhamdullilah ada juga rezeki kami nak dapat anak perempuan. Merasa juga ada anak perempuan dalam keluarga kami. Suami pun senyum lebar,” akhiri Siti ketika ditemubual oleh Mstar.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ni, Fattah Amin sempat buat satu sesi live santai bersama keluarganya. Pada awalnya, ramai yang sangka ia cuma sesi biasa artis berkongsi masa...