Aishah Abdul Rahman atau Eisya, sudah mempunyai tiga orang anak sebelum Muhammad Aqil Rizqy. Jadi ibu ini sudah mempunyai pengalaman melihat perkembangan anak-anak di depan mata. Jadi apabila dia melihat perlakuan Aqil yang berbeza sedikit, dia tahu ada sesuatu yang tidak kena.
Cari Maklumat Di Internet Dan Join Grup Autisme
“Ciri-ciri autism pada Aqil semakin ketara bila dia masuk dua tahun. Waktu kalau kita bercakap dengan dia, memang tak ada eye contact. Kita pun susah nak tahu sama ada dia mendengar atau tidak. Kalau dia marah lagi teruk, dia akan hentak kepala dia kuat-kuat di dinding.
Aqil juga tak suka berkawan dengan kanak-kanak lain. Dia suka menyendiri. Kalau dia main pun, dia suka dengan objek yang berputar. Kalau tidak, dia yang akan putarkan objek tu. Memang dia suka sangat dengan objek yang berputar. Saya lebih perasan akan ciri autisme ni bila saya lihat Aqil akan pegang tangannya sendiri kalau nak mencapai sesuatu objek. Kemudian kalau dia nakkan sesuatu pun, dia tidak akan tunjuk dengan jari. Memang tak pernah tengok dia pointing finger.
Saya tak nak buang masa, saya cari maklumat tentang autisme ni. Bukan saja pencarian di internet, saya juga join grup berkaitan autisme. Untuk tambah pengetahuan. Waktu bawa dia untuk check up di Klinik Kesihatan, saya beritahu doktor semuanya. Kemudian kes Aqil ni dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan oleh pakar pula.
Suami Banyak Membantu, Cari Kelas Terapi Untuk Aqil
Bila dah nampak semua ciri-ciri ni dan kumpul maklumat, saya ceritakan hal ini pada suami. Dia tak cakap apa pun, cuma mendengar dengan tenang. Waktu tu, Aqil ni tak disahkan lagi ada austime tapi suami nasihatkan saya untuk redha walau apa pun yang berlaku. Katanya lagi, kalau kita redha, semua urusan Allah SWT akan permudahkan.
Ads
Alhamdulillah, saya bersyukur sangat dengan penerimaan suami. Kami tak putus berusaha untuk memahami tentang autisme. Suami memang banyak membantu, dialah yang cari pusat terapi untuk Aqil sebab kalau di hospital sesinya cuma sebulan sekali. Suami saya juga daftarkan Aqil untuk mengikuti kelas renang khas untuk anak autisme. Kami juga hantar anak kami ni ke sesi playgroup untuk terapi pertuturan di Bangi.
Selain kelas-kelas yang kami daftarkan untuk Aqil, saya sendiri ambil kursus berkaitan terapi anak autisme. Saya percaya, terapi terbaik adalah apabila ibu dan ayah tu sendiri buat bersama dengan anak. Saya ikuti kelas autisme secara online dan mengikuti playgroup juga. Selain itu, kalau ada seminar yang dianjurkan oleh Permata Kurnia, saya akan join sekali.
Boleh Mengira 123 Dan Obses Dengan ABC
Ads
Alhamdullilah, sebelum ini anak saya speech delay dan non verbal tetapi hasil terapi yang dibuatkan dia mula sebut beberapa patah perkataan sepertti ‘I want eat’ bila dia lapar. Jika tidak, sebelum ini Aqil akan masukkan tangan ke mulut dan gigit-gigit tangannya bila lapar. Bila dia pegang sesuatu dia akan sebut ‘What it is’, dan ketika itulah juga saya terangkan pada Aqil untuk membantu Aqil menyebut lebih banyak perkataan.
Paling membanggakan kami, Aqil dah boleh baca ABC dan mengira 123. Dia sangat obses dengan ABC. Sekarang ni, dia dah mula ada eye contact bila bercakap dan boleh menerima arahan. Aqil juga boleh bermain dengan kanak-kanak lain cuma ada kesukaran untuk berkomunikasi.
Tantrum Takutkan Haiwan Tunggangan
Ads
Kesukaran pada awalnya tu sebab tak faham lagi apa itu autisme. Waktu tu kita pelik bila tengok perkembangan anak tak selaras dengan umurnya. Bila pergi berjalan ke shopping complex, memang tak boleh lalu langsung di Kawasan yang ada kanak-kanak bermain atau taman permainan. Dia akan tantrum, menangis sekuat hati. Kalau nak dipujuk, hanya saya yang boleh. Kalau suami cuba nak pujuk, dia punya mengamuk tu, tenaganya lebih kuat daripada ayahnya.
Ada satu hari tu, kami bawa dia ke IOI Mall. Kebetulan ada haiwan yang boleh kanak-kanak tunggang untuk keliling satu kawasan tu. Kami tak tahu yang dia takut, habis dia mengamuk. Menangis sekuat-kuatnya. Tantrum dia waktu tu sangat teruk sampai dia hentak-hentakkan kepalanya pada suami saya. Waktu itu kiranya dia memang mengamuk habislah.
Untuk mulakan terapi sangat memerlukan kesabaran yang tinggi. Tak boleh putus asa. Autisme ni adalah spektrum, berwarna-warni seperti pelangi. Ada cara dan keunikan sendiri.
Mula-mula sahaja rasa sukar tapi bila kita dah mula faham kehendak dan keperluan anak yang mengalami autisme ini, maka kita akan mudah menguruskannya. Alhamdulillah sekarang Aqil sudah banyak perubahan yang dia tunjukkan. Awal tahun ni, dia dapat bersekolah di Genius Kurnia di Sentul. Dah tak ada mengamuk dan boleh ikut kita solat sampai selesai. Memang kami bangga sangat dengan dia.”
Sesungguhnya anak autisme ini mempunyai keistimewaan mereka sendiri. Biasanya mereka akan menunjukkan minat terhadap sesuatu dan jika diberi sokongan yang betul, anak-anak ini akan cemerlang dalam bidang yang mereka suka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak yang pemalu ini biasanya apabila orang dewasa suka berlebih-lebihan ketika memuji sehingga ada yang mencubit kegeraman. Justeru, dia rasa malu dan “terancam” setiap kali berjumpa dengan orang dewasa kerana sudah menjangkakan apa yang akan berlaku. Di kalangan rakan sebaya, mereka tidak memperlakukannya seperti mana orang dewasa.
Tambahan lagi, apabila setiap kali ahli keluarga atau orang dewasa yang lain datang menyapanya, sudah tentu anda akan mengatakan “Dia ni pemalu…”, “Pemalu sangat budak ni…”, “Dia ni memang macam ni. Pemalu sangat, tak tau nak buat macam mana…” atau mungkin orang yang datang menyapanya akan berkata “Mana budak cantik ni…”, “Mana budak cantik yang pemalu tu…”. Ia adalah sebahagian kata yang mungkin pernah diucapkan.
Anak anda sudah memahami kata-kata orang dewasa. Jadi dia rasa malu. Apatah lagi sekiranya anda dan juga orang lain memang melabelnya sebagai pemalu. Mungkin pada asalnya dia tidak tahu pun dia sebenarnya pemalu. Tetapi oleh kerana perkataan itu yang selalu disebut dan ditujukan kepadanya, membuatkan dia telah menyerapkan ke dalam diri. Lalu, dia menganggap yang dia adalah pemalu dan akan berbuat demikian setiap kali bertemu orang dewasa.
3 tip mengurangkan rasa malu anak;
Jangan disebut-sebut lagi kata-kata seperti, “Adik yang pemalu” atau “Si cantik yang pemalu” dan sebagainya. Jangan sebut panggilan yang mengaitkannya dengan pemalu. Ini akan hanya menguatkan lagi rasa malunya dan dia akan terus berperangai sedemikian. Beritahu juga ahli keluarga dan rakan agar turut sama membantu anda merealisasikan perkara ini.
Jika dikunjungi oleh rakan dan ahli keluarga, teruslah mengajar anak-anak bersalam dengan tetamu dan tidak memanjakannya kerana tahu dia akan menyorok di sebalik kaki ibu. Tetapi jangan memarahi dan meninggikan suara pula. Cukup lah dengan mendakapnya dan hadapkan badannya kepada tetamu dan hulurkan tangannya. Selepas itu ucapkan “Pandai.” atau “ Good girl.” atau kata yang biasa disebut untuk memuji perbuatan baiknya.
Berikan sedikit masa untuknya berubah dan tidak mengharapkan perubahan sekelip mata.
Jangan berputus asa untuk mendidik anak untuk menjadi lebih berkeyakinan. Keyakinan yang ada pada ibu bapa itu pasti akan berjangkit kepada anak anda kelak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kira beruntunglah rumah bersepah tu tandanya rumah kita diserikan dengan anak-anak kecil. Jika di beri pilihan kepada mereka yang tiada anak pasti jawapan mereka “tak kisah rumah bersepah asal dikurniakan anak, dapat seorang pun jadilah’.
Jadi sebagai ibu bapa anda redalah rumah bersepah walaupun sekali-sekala terdetik juga di hati rasa geram nak marah. Tapi tak semestinya anda buat tak tahu saja bila anak bersepah. Ajarlah untuk si kecil kemas walaupun hasilnya tak sempurna seperti diharapkan.
Lagi satu tengoklah dari sudut positif anak-anak kita ni sebenarnya satu nikmat. Mungkin kita nampak rumah bersih, tersusun elok lega tapi anak pula tak sihat dan sunyi. Automatik kita rindu suasana ceria dalam rumah kan? Jadi syukurlah Allah bagi itu semua untuk ibu bapa terus menghargai kehadiran anak-anak dan mendidik mereka menjadi yang terbaik.
Berikut perkongsian dari seorang bapa, Muhammad Hassan mengenai anak itu sebagai nikmat.
Abi nak peluk, nak main sorok sorok.
Ya Allah bahagia sangat sangat. Anak demam tempoh hari terus saya buat amalan yang Nabi Muhammad S.A.W suruh,iaitu bersedekah.
Hari ini anak betul-betul sihat dan terus ajak main. Rupanya dalam rumah jadi sunyi je bila anak tak sihat,biasanya pergi ruang tamu mesti bersepah dengan permainan dia,kadang kadang masuk bilik mesti dia dok main lompat lompat atas katil,lari lari dalam rumah,jerit jerit,ketawa,ajak main sorok sorok,main tembak tembak,panjat grill tingkap,tarik tudung umie.
Yang kita kadang kadang rasa serabut, tak suka anak bising, tak suka anak sepahkan rumah, itulah moments yang kita selalu rindukan nanti.
Sebab itulah saya selalu cakap kat wife, semua yang anak buat itu adalah nikmat. Pandang semua itu nikmat. Berapa ramai kanak-kanak hari ini tak boleh main lari-lari dalam rumah sebab tiada kaki. Berapa ramai kanak kanak yang tak boleh jerit jerit sebab tiada suara. Berapa ramai kanak kanak tak boleh main lompat-lompat katil sebab lumpuh.
Jika kita hargai anak itu sebagai nikmat, maka kita akan bahagia, tenang, rezeki melimpah ruah, semua orang akan sayang kita, bahkan Allah dan Rasul menyintai kita.
Sahabat. Peluklah anak sebagaimana Nabi s.a.w sentiasa peluk dan cium anak-anak dan cucu-cucu Baginda. Indahnya islam ajar agar kita mendidik anak-anak Bismillah kerana taatnya kita kepada الله Rasul bukan kerana benci,berdendam dan sebagainya.
Carilah emas, intan, berlian yang ada dalam jiwa anak-anak supaya kita sentiasa menghargai mereka lebih dari diri kita. Jika kita kasihi, cintai keluarga ini kerana kasih sayang kepada الله,maka الله akan balas berganda ganda sayangnya DIA Kepada kita.
Kenapa Tulisan Anak Anda ‘Cakar Ayam’? Ini Rahsia Yang Ramai Tak Tahu!
Dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak, tulisan tangan adalah kemahiran asas yang mencerminkan perkembangan motorik dan kognitif seseorang anak. Namun, bagaimana jika tulisan si kecil kelihatan tidak teratur, sukar dibaca, atau seperti ‘cakar ayam’? Ramai ibu bapa terlepas pandang bahawa keadaan ini mungkin lebih serius daripada sekadar “tulisan buruk”. Video menarik dari saluran Bintang Kecil membongkar punca sebenar masalah ini dan menawarkan jalan penyelesaian yang praktikal. Mengetahui hal ini bukan sahaja penting untuk membantu anak lebih berjaya di sekolah, malah memberi mereka keyakinan diri yang besar dalam kehidupan seharian.
Lawatan ke Pusat Terapi – Teknologi Membantu Anak
Video ini membawa penonton melawat sebuah pusat rawatan kanak-kanak yang dilengkapi dengan kemudahan canggih seperti bilik terapi robotik. Di sini, kanak-kanak yang mengalami masalah otot tangan atau ketegangan sendi diberi rawatan berstruktur. Menariknya, setiap sesi rawatan direka supaya menyeronokkan, supaya anak-anak berasa gembira sambil memperbaiki kemahiran motor halus mereka. Ini membuktikan bahawa masalah tulisan bukan hanya tentang “latihan banyak”, tetapi perlukan pendekatan terapi yang tepat.
Bukan Malas – Mungkin Ada Masalah Disleksia
Satu pendedahan penting dalam video ini ialah kemungkinan tulisan buruk berkait dengan disleksia – gangguan pembelajaran yang mempengaruhi cara kanak-kanak memproses huruf dan perkataan. Tanpa diagnosis dan intervensi awal, kanak-kanak mungkin mengalami tekanan emosi, rasa rendah diri, dan ketinggalan dalam akademik. Oleh itu, ibu bapa perlu peka dengan tanda-tanda awal seperti tulisan bercampur-campur, jarak tidak sekata, atau kesukaran membentuk huruf dengan betul.
Peranan Penting Ibu Bapa – Sokongan Awal Membawa Perubahan Besar
Ibu bapa adalah barisan pertama dalam mengesan dan membantu anak-anak. Pemerhatian kecil seperti cara anak memegang pensel, cepat letih ketika menulis, atau tulisan yang sentiasa sukar difahami perlu diambil serius. Memberi sokongan emosi, mengelakkan kritikan yang menjatuhkan semangat, serta mendapatkan bantuan profesional sejak awal boleh mengubah perjalanan pendidikan anak. Ini bukan hanya soal tulisan cantik, tetapi membina asas keyakinan dan potensi diri anak untuk masa depan mereka.
Tips Membantu Anak Menulis Dengan Lebih Baik
Untuk ibu bapa yang ingin membantu anak di rumah, berikut beberapa tips praktikal:
✏️ Latih Motor Halus Secara Seronok: Aktiviti seperti bermain plastisin, melukis, menggunting, atau memasang lego boleh menguatkan otot jari dan tangan.
✏️ Gunakan Alat Tulis Yang Sesuai: Pensel yang ergonomik dan kertas bergaris besar boleh membantu anak lebih fokus dan stabil dalam menulis.
✏️ Amalkan Latihan Sedikit Tapi Konsisten: 10–15 minit sehari menulis huruf atau perkataan sudah mencukupi untuk membina tabiat positif.
✏️ Berikan Galakan, Bukan Tekanan: Pujian kecil atas usaha mereka, walaupun hasil tidak sempurna, akan meningkatkan motivasi anak.
✏️ Dapatkan Penilaian Profesional Jika Perlu: Jika nampak tanda-tanda serius seperti kekangan ekstrem atau ketidakupayaan membaca, rujuk pakar perkembangan kanak-kanak.
Dengan teknik yang betul dan pendekatan positif, anak anda boleh mengubah tulisan daripada ‘cakar ayam’ menjadi cantik dan kemas!
Jangan Pandang Ringan — Masa Depan Anak Anda Bermula Dari Sekarang
Masalah tulisan buruk bukan sekadar isu kosmetik dalam pembelajaran. Ia mungkin tanda awal masalah perkembangan yang memerlukan perhatian serius. Dengan pendedahan dari video Bintang Kecil ini, kita belajar bahawa intervensi awal, teknologi moden dan sokongan penuh daripada keluarga adalah kunci utama. Ibu bapa yang prihatin dan bertindak cepat bukan sahaja membantu anak-anak mereka menulis dengan lebih baik, malah membuka pintu kepada kejayaan dan kebahagiaan sepanjang hayat. Ingat, setiap langkah kecil yang anda ambil hari ini, membentuk masa depan cemerlang anak anda esok.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.