Kerap bagi anak gajet hanya nak suruh anak duduk diam, akan jejaskan  perkembangan pembelajaran anak sejak usia dua tahun lagi. Malah jika anak umur lima tahun masih belum boleh membaca dan belum mahir menulis, antara kesannya ialah akibat penggunaan gajet yang terlalu kerap sehingga menggangu perkembangan mental dan fizikal anak-anak.

Malah ia menghalang  anak untuk fokus dan jejas kemahiran motor halus.  Ini adalah antara kesannya jika ibu ayah tidak mengawal penggunaan gajet sejak dari kecil lagI.

Isu bahaya gajet kepada kanak-kanak sering dperkatakan dan diberi pendedahan kepada golongan ibu bapa. Namun ada segelintir masih belum bertindak sewajarnya.

Menurut Dekan, Sekolah Sains Sosial, Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka. Dr. Bustam Kamri , gajet  biasanya diberikan kepada  anak supaya berkelakuan baik dan duduk diam dalam kenderaan. Anak-anak kecil tidak mengganggu ibu yang sedang membuat kerja dan mengemas rumah. Semasa di pasaraya atau kedai makan akan kelihatan kanak-kanak sibuk menumpukan perhatian pada telefon pintar tanpa mengganggu ibu bapa yang sibuk membeli belah atau makan.

Sesetengah pakar keibubapaan mengganggap menggunakan skrin tablet sebagai sogokan atau daya tarikan seperti pertukaran barang dagangan. Anak-anak tidak mengganggu jika diberikan gajet dan ibu bapa dapat menyelesaikan masalah anaknya dari daripada diganggu.

Pakar keibubapaan dan ahli psikologi bimbang tentang kesan iPad, iPhone, Android dan gajet lain menggunakan skren sentuh pada kanak-kanak bawah tiga tahun. Apabila permainan video diperkenalkan pakar-pakar bimbang akan menjadikan kanak-kanak ganas. Sebelumnya televisyen juga pernah dipersalahkan kerana memberi kesan penglihatan kepada kanak-kanak.

IKLAN

Oleh kerana telefon pintar dan tablet masih baru, penyelidikan perubatan belum mendapat data-data untuk menjelaskan dan menjadikan pegangan dalam isu ini. Walau bagaimana pun kajian sains sosial dan psikologi kanak-kanak telah menjalankan kajian terhadap kesan penggunaan telefon pintar dan skrin tablet.

Kerap Bagi Anak Gajet Hanya Nak Suruh Anak Duduk Diam Akan ‘Bunuh’ Perkembangan Pembelajaran Anak Sejak Usia Dua Tahun Lagi. Jaga-Jaga Ibu Ayah!
American Academy of Pediatric (AAP) tidak menyarankan penggunaan skrin pada kanak-kanak di bawah umur dua tahun.

Keburukkan Pada Kanak-Kanak

Tanpa disedari terdapat kesan buruk kepada kanak-kanak yang menggunakan telefon pintar dan skrin tablet belebihan. Kesannya buruk ini berdasarkan penyelidikan awal dan pandangan para pendidikan kanak-kanak.

  1. Halang perkembangan otak

Pasa awal tahun kelahiran, otak kanak-kanak berkembang secara berterusan. Cara yang terbaik kanak-kanak kecil belajar dengan berinteraksi dengan orang bukan melalui skren. Sewaktu menggunakan skrin kepala  kanak-kanak tunduk dan tidak langsung ada perhubungan dan kontek mata dengan orang lain. Keadaan ini akan membahayakan otak yang sedang berkembang.

IKLAN
  1. Tiada interaksi

Jika terlalu asyik menggunakan skrin akan menghalang kanak-kanak berusia 2 tahun atau 3 tahun berinteraksi dengan ibu bapa, adik beradik dan kanak-kanak lain. Secara tidak langsung menghalang perkembangan bahasa, sosial dan emosi. Hal ini juga memberi kesan kepada kanak-kanak terhadap perkembangan  pandangan, empati, cara mengenali diri dan perhubungan sosial.

3. Tidak aktif dengan aktiviti fizikal

penggunaan gajet telefon pintar dan skrin tablet kanak-kanak berubah duduk diam asyik dengan gajet dan mendapatkan hampir semua ransangan daripada skrin. Kesannya pergerakan fizikal kanak-kanak tidak digunakan sepenuhnya dan mengganggu perkembangan motor kanak-kanak.

  1. Ganggu perkembangan anggota badan

Rangsangan daripada skrin ini tidak membina perkembangan anggota tubuh menerusi permainan yang menggunakan fizikal. Oleh sebab itu American  Academy of Pediatric (AAP) tidak menyarankan penggunaan skrin pada kanak-kanak di bawah umur dua tahun.

  1. Jejas perkembangan pembelajaran

Penggunaan yang kerap boleh menggangu perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Malah terdapat kajian menyatakan bayi dan kanak-kanak tatih lebih baik pembelajarannya menggunakan alatan yang diboleh sentuh dan pegang berbanding dengan melihat atas skrin. Konsep penerokaan tiga dimensi adalah lebih baik daripada dua dimensi untuk menggalakkan perkembangan kognitif.

IKLAN
  1. Kefahaman terjejas

Kajian juga menunjukkan kanak-kanak berumur 3 hingga 5 tahun di mana ibu bapanya membacakan buku kepada kanak-kanak peringkat umur ini dengan menggunakan buku eletronik mendapat skor rendah dalam kefahaman membaca berbanding ibu bapa yang menggunakan buku sebenar. Sebahagian besar sebab buku eletronik di skrin didapati gangguan bunyi loceng dan bunyi-bunyi lain daripada buku dalam peranti. Kanak-kanak dan ibu bapa terganggu daripada kesan bunyi yang dikeluarkan daripada memberi tumpuan sepenuhnya pada buku. Kajian lain menunjukkan kanak-kanak 2 tahun lebih cepat belajar perkataan menerusi interaktif berbanding cara pasif di skrin.

  1. Kurang selera makan

Para doktor juga turut merasa bimbang jika terlalu terdedah dengan skrin boleh memberi kesan pada masa penumpuan dan kawalan selera makan. Keadaan ini terjadi ekoran terlalu lama pengunaan gajet.

Kesimpulannya, boleh dikatakan telefon pintar dan tablet telah mengambilalih semua aktiviti. Kanak-kanak yang sudah besar sepatutnya menggunakan masa yang lebih dengan aktiviti luar, membaca, menggunakan masa untuk hobi atau menggunakan imaginasi dengan permainan bebas.

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI