Ads

Asas AI Bakal Diajar Di Sekolah Rendah Mulai 2027, Bantu Asah Pemikiran Kritis

Anak-anak zaman sekarang semakin bijak dan cepat menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi. Jika dahulu penggunaan komputer dan internet dianggap sesuatu yang baharu, kini kanak-kanak bakal didedahkan pula kepada asas AI atau teknologi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) seawal peringkat sekolah rendah.

Menariknya, pendedahan ini bukan sekadar mengajar anak menggunakan teknologi canggih, tetapi turut membuka peluang untuk mereka mengasah pemikiran kritis, menyelesaikan masalah dan membuat pertimbangan dengan lebih matang.

Malah, kemahiran ini dilihat semakin penting dalam dunia pendidikan moden kerana anak-anak bukan sahaja perlu tahu mencari maklumat, tetapi juga memahami, menilai dan membezakan maklumat yang benar dengan yang meragukan.

KPM Perkenal Asas AI Dalam Kurikulum Persekolahan 2027

Asas AI Bakal Diajar Di Sekolah Rendah Mulai 2027, Bantu Asah Pemikiran Kritis

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan asas kecerdasan buatan (AI) menerusi mata pelajaran Teknologi dan Digital di sekolah rendah melalui Kurikulum Persekolahan 2027.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, pembelajaran berkaitan AI juga akan diperkukuhkan melalui mata pelajaran berkaitan di peringkat sekolah menengah.

Menurut beliau, pendekatan ini bertujuan memastikan murid bukan sahaja mahir menggunakan teknologi, malah mempunyai keupayaan untuk menyemak fakta, mempersoalkan jawapan yang meragukan dan menggunakan pertimbangan sewajarnya.

“Anak-anak mesti belajar menyemak fakta, mempersoalkan jawapan yang meragukan dan menggunakan pertimbangan yang sewajarnya,” katanya ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat pada 29 Oktober lalu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Merbok, Mohd Nazri Abu Hassan berhubung perancangan KPM mengintegrasikan literasi AI dalam silibus persekolahan.

Dalam masa sama, Fadhlina memaklumkan seramai 329,414 guru telah menerima latihan berkaitan AI, manakala kira-kira 1.5 juta murid telah mendapat pendedahan dalam bidang STEM, pengaturcaraan, robotik dan inovasi digital.

Usaha ini menunjukkan pendidikan negara sedang bergerak seiring dengan perkembangan teknologi bagi menyediakan generasi muda menghadapi cabaran masa depan.

Artikel Trending: STR 2027: Bantuan Hingga RM150 Sebulan, Keluarga Anda Layak Terima Berapa? Ini Syarat & Tarikh Penting Permohonan

Artikel Trending: KKM Dedah Penyakit Berkaitan Jerebu Meningkat, Amaran Bahaya Untuk Kanak-Kanak & Warga Emas

Artikel Trending: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!

Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya

Ads

Pendedahan Asas AI Boleh Bantu Anak Berfikir Lebih Matang

Asas AI Bakal Diajar Di Sekolah Rendah Mulai 2027, Bantu Asah Pemikiran Kritis

Bagi ibu ayah, pengenalan AI dalam pendidikan mungkin menimbulkan pelbagai persoalan. Adakah anak-anak akan semakin bergantung kepada teknologi? Adakah mereka masih mampu berfikir sendiri apabila jawapan begitu mudah diperoleh?

Sebenarnya, apabila digunakan dengan bimbingan yang betul, AI berpotensi menjadi alat pembelajaran yang membantu perkembangan pemikiran anak-anak.

Antara manfaat terbesarnya ialah melatih anak supaya tidak menerima sesuatu maklumat secara bulat-bulat.

Sebagai contoh, apabila AI memberikan jawapan kepada sesuatu soalan, anak boleh diajar untuk menyemak semula jawapan tersebut menggunakan buku teks, bahan bacaan atau bertanya kepada guru.

Proses ini secara tidak langsung menggalakkan anak berfikir, membandingkan maklumat dan mencari bukti sebelum membuat kesimpulan.

Selain itu, AI juga boleh membantu meningkatkan rasa ingin tahu kanak-kanak. Anak yang gemar bertanya tentang haiwan, angkasa lepas, alam sekitar atau sains boleh meneroka topik tersebut dengan lebih mendalam melalui aktiviti pembelajaran yang bersesuaian dengan usia.

Namun, ibu ayah perlu memastikan anak bukan sekadar mendapatkan jawapan segera, sebaliknya benar-benar memahami perkara yang sedang dipelajari.

Bantu Anak Jadi Lebih Kreatif Dan Berani Mencuba

Asas AI Bakal Diajar Di Sekolah Rendah Mulai 2027, Bantu Asah Pemikiran Kritis

Ads

Pendedahan kepada AI juga berpotensi merangsang kreativiti kanak-kanak apabila mereka diberi peluang menghasilkan idea, menyelesaikan tugasan atau meneroka sesuatu projek.

Misalnya, dalam aktiviti pembelajaran, anak boleh menggunakan teknologi sebagai sumber inspirasi untuk mencipta cerita, merancang eksperimen mudah atau menghasilkan projek inovasi.

Apa yang penting, idea dan hasil kerja tersebut tetap datang daripada usaha serta pemikiran anak sendiri.

Di sinilah peranan guru dan ibu ayah diperlukan untuk memastikan teknologi digunakan sebagai alat sokongan, bukannya menggantikan proses pembelajaran.

Pendedahan kepada asas AI sejak sekolah rendah juga boleh membantu anak-anak memahami bahawa teknologi bukan sekadar tempat mendapatkan jawapan, tetapi alat untuk meneroka ilmu dan mengembangkan idea sendiri.

Pada masa sama, kemahiran menggunakan AI secara berhemah juga boleh membantu anak-anak lebih bersedia menghadapi dunia masa depan yang semakin dipengaruhi teknologi digital.

Mereka bukan sahaja mempelajari cara menggunakan teknologi, tetapi turut memahami tanggungjawab, keselamatan dan etika ketika menggunakannya.

Ibu Ayah Tetap Main Peranan Penting

Walaupun pengenalan AI dalam pendidikan membawa banyak potensi manfaat, penggunaannya dalam kalangan kanak-kanak tetap memerlukan pemantauan.

Ads

Fadhlina turut menegaskan bahawa pendedahan awal kepada AI mesti disertai bimbingan supaya murid memahami kepentingan penggunaan teknologi secara selamat dan beretika.

“Anak-anak diberikan pendedahan awal tentang AI ini, tetapi mesti dipandu dan diberikan pedoman dalam konteks bahawa menggunakan AI itu dengan selamat dan juga beretika,” katanya.

Bagi ibu ayah, bimbingan ini boleh dimulakan di rumah dengan menggalakkan anak bertanya, berbincang dan memberikan pendapat sendiri.

Apabila anak mendapat sesuatu maklumat daripada internet atau AI, cuba ajak mereka berfikir tentang kesahihan jawapan tersebut.

Ibu ayah juga perlu mengingatkan anak supaya tidak berkongsi maklumat peribadi, gambar atau butiran keluarga dengan aplikasi AI tanpa kebenaran dan pengawasan orang dewasa.

Dalam masa sama, penggunaan teknologi perlu diseimbangkan dengan aktiviti membaca, bermain, bersukan dan berinteraksi secara bersemuka.

Artikel Trending: Jerebu Sangat Berbahaya Kepada Bayi, KKM Beri Amaran Ibu Ayah Jangan Ambil Mudah!

Artikel Trending: Wanita Wajah Cantik Lebih Ramai Anak, Ini Fakta Kajian Saintis Yang Ramai Tak Tahu

Arttikel Trending: Bella & Syed Saddiq Kahwin, Ramai Nak Tahu Status Mahram & Aurat Anak Tiri, No. 7 Paling Ramai Tak Tahu!

Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah

Anak yang bijak bukan hanya tahu menggunakan teknologi, tetapi juga mampu berfikir sendiri, memahami perasaan orang lain dan membuat keputusan dengan bertanggungjawab.

Hakikatnya, pengenalan AI dalam pendidikan merupakan satu langkah untuk mempersiapkan anak-anak menghadapi perubahan dunia. Namun, teknologi secanggih mana sekalipun tidak mampu menggantikan kasih sayang, didikan dan nilai kemanusiaan yang diterapkan oleh ibu ayah.

Biarlah anak-anak membesar sebagai generasi yang celik teknologi, kreatif dan berani meneroka ilmu baharu, tetapi dalam masa yang sama tetap matang berfikir, beradab dan bijak menilai sesuatu perkara.

Sumber: Kosmo

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

PMX Dedah Dua Buku Menarik Untuk Kanak-Kanak, Bantu Anak Berfikir Di...

Buku kanak-kanak pilihan PMX, Treasure Island dan The Wonderful Wizard of Oz, boleh membantu ibu ayah mengasah pemikiran kritis anak melalui pembacaan.