Aktor Ashraf Muslim menyambut kelahiran anak keempatnya. Dia turut mengharapkan kelahiran anak perempuan kedua dalam keluarganya itu menambah keakraban mereka.
Bayi perempuan yang dilahirkan oleh isteri kedua Ashraf, Sakinah pada jam 5.35 petang pada 3 Sept 2018. Ashraf sudah memiliki tiga orang anak iaitu Sarah, 4 tahun, Adam dan Anas, 3 tahun.
Berita ini dikhabarkan menerusi posting Instagram Ashraf yang memaparkan foto dia bersama isteri-isteri dan anak-anaknya serta bayi yang baru lahir.
Assalammualaikum semua
Syukur, Alhamdulillah. Keluarga AM @ashrafslegacy bertambah lagi. Terima kasih Allah utk kurniaan yang tidak ternilai ini. Alhamdulillah, isteriku, Sakinah telah selamat melahirkan seorang anak perempuan seberat 3.07kg pada jam 5.35 petang semalam (3 Sept 2018). Terima kasih ibu!
Selamat datang ke dunia anakku. Ayah, mama, ibu, Sarah, Adam dan Anas semuanya excited tau.. Semoga menjadi anak yg solehah, sri kandi yg hebat di mata Allah, sihat dan seorang yg penyayang spt kakak dan abg2 kayh. Satu lagi ,semoga kehadiranmu anakku membawa ukhwah kita sekeluarga bertambah erat. Amin, insyaAllah. Doakan AM sekeluarga yea.
Ads
Terima kasih kepada Dr Mazita, semua staf nurse dan juga warga Avisena Specialist Hospital diatas layanan yg diberikan. Tq so much. Semoga Allah memberkati dan merahmati kesemuanya.
Bila memikirkan kontraksi, memang tidak dapat digambarkan. Ibu ini berkongsi pengalaman bersalinnya. Mujurlah suami ada disisi.
Kehadiran suami semasa proses bersalin sangat membantu. Tidak sia-sia pasangan ini menghadiri kelas antenatal kerana ia sangat membantu. Lebih menarik apabila dia menghadirinya sebanyak dua kali.
Puan Nor Hazirah Amalina & suami Mohammad Ashraf berkongsi pengalamannya saat membuat persediaan menyambut kelahiran cahaya mata mereka Muhammad Ashaz Hadif (1 tahun). Selain membuat persediaan dari segi material, mereka turut memperlengkapkan ilmu melalui kehamilan & saat-saat kelahiran dengan menghadiri kelas antenatal.
“Semasa check up ketika usia kandungan mencecah dua bulan, saya ada ternampak flyers kelas antenatal yang bakal dijalankan di sebuah hospital. Kemudian, saya start membuat carian di Internet danmembaca tentang kelas antenatal. Dari situ saya berminat dan mula mengajak suami untuk ke kelas antenatal. Alhamdulilah suami pun berminat dan bersama-sama dengan saya cari antenatal kelas yang perlu kami pergi,” kata Amalina.
IKUTI KELAS ANTENATAL DUA KALI
Amalina berpendapat kelas antenatal sangat penting panduan ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata. “Walaupun terdapat buku tentang kehamilan dijual di kedai buku. Bagi saya tak sama apa yang kita baca dan apa yang kita dapat di dalam kelas. Di antenatal kelas, kita berpeluang bersemuka dengan yang pakar dan lebih arif untuk menjawab segala kemusykilan yang kita ada.
“Disebabkan kedua-dua kelas tidak menyediakan 100% modul yang sama. Sebelum ke kelas antenatal, kami akan memastikan kami tahu modul apa yang disediakan supaya boleh membandingkan kelas mana yang perlu kami hadir.”
Perbezaan yang saya Nampak adalah kelas yang pertama lebih banyak focus pada penjagaan ketika sedang hamil seperti yang dikatakan tadi, teknik senaman, cara urutan yang boleh membantu isteri, nutrisi makanan yang baik ketika hamil dan cara penyusuan yang betul pada bayi.
ELAK PARANOID
Dalam kelas antenatal juga banyak menceritakan tentang penjagaan semasa berpantang, cara mandikan bayi, simptom yang akan ada pada bayi contoh seperti terdapatnya kesan gelap pada punggung bayi, bitnik-bintik di muka bayi, scalp dia kepala dan sebagainya. Selepas kelahiran anak kami, kami notice anak kami ada tanda-tanda seperti tadi, tapi bila ingat balik apa yang diterangkan oleh pakar kanak-kanak ketika hadir ke kelas antenatal kami tahu tanda-tanda itu normal. Sebab sebagai ibu bapa yang tiada pengalaman, kami cenderung untuk rasa ‘paranoid’.
SUAMI JUGA DAPAT BELAJAR
Suami Amalina, Ashraf juga mendapat pelbagai tips dan panduan. “Saya dapat belajar mengenai cara urutan yang boleh membantu isteri tidur dan kurangkan stress isteri. Selain itu dengan menghadiri kelas antenatal saya dapat belajar sesuatu yang baru dimana perjalanan kehamilan ini bukan ditanggung oleh isteri saya sahaja, malah saya juga perlu ‘involve’. Pengalaman paling menarik adalah, saya dapat belajar cara memotong tali pusat anak di mana saya dapat lakukan ketika di operation room,” kata Ashraf.
SENAMAN SEMASA HAMIL
Ada few senaman yang saya lakukan. Contoh nya seperti child pose, squat, pelvic floor dan swimming. pada mulanya saya agak takut untuk melakukan senaman sebab ada terbaca orang kata berbahaya untuk ibu hamil. Tapi selepas hadir ke kelas antenatal, kami diajar teknik senaman yang selamat dilakukan oleh ibu hamil.
ISTERI TAK TENTU ARAH
Melalui proses kelahiran anak sulung memang mendebarkan bagi setiap pasangan suami isteri. Ashraf & Amalina tidak terkecuali. Keputusan menghadiri kelas antenatal tidak sia-sia kerana Ashraf banyak membantu isteri ketika bersalin.
“Sebenarnya jika para suami hadir ke kelas antenatal, ianya adalah sebagai tanda sokongan kita pada isteri untuk menempuh dugaan sepanjang hamil. Saya masih ingat ketika tu isteri dah rasa contraction tapi dia masih mampu menahan, tapi selepas solat subuh isteri terus ajak ke hospital sebab rasa tak mampu tahan lagi. Ketika tu saya lihat keresahan isteri tak tentu arah,” kata Ashraf.
AJARKAN TEKNIK PERNAFASAN & BUAT URUTAN
Amalina juga mengakuinya. “Setiap kali kontraksi dah datang, saya sebenarnya dah tak boleh fikir apa dah. Memang layan je sakit tu. Dengan adanya suami, dia sangat membantu dan gunakan ilmu yang dah diajar di antenatal kelas seperti ajar saya teknik bernafas dengan betul, lakukan urutan bagi melegakan kesakitan yang saya hadapi dan ajar saya surah surah yang perlu saya bacakan,” kata Amalina.
Ingin mengetahui lebih lanjut tentang apa lagi yang dilakukan semasa dan selepas proses bersalin bayi mereka, anda boleh mengikuti pasangan ini rancangan TV Pa&Ma Musim Keempat dengan episod “Kelas Antenatal” jam 12 tengah hari & ulangan 9 malam di Astro Prima & Astro Prima HD. Banyak tip daripada pakar & perkongsian daripada ibu bapa boleh anda dapatkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berjaya menyusukan bayi hingga usia 2 tahun suatu kejayaan yang sangat bermakna buat seorang ibu. Bukan mudah untuk semua ibu lalui pengalaman ini. Bagi yang tak berjaya secara esklusif pun anda ibu yang hebat cuma mungkin disebabkan faktor tertentu usaha itu tak kesampaian.
Cumanya jadi masalah buat ibu yang berjaya menyusu sehingga anak dua tahun adalah anak susah nak lepaskan. Kadang-kadang sampai dah buntu.
Perkongsian dari Iffah Ghazali mengenai caranya wean off anak yang genap dua tahun mungkin boleh membantu.
-Alhamdulillah, 12 Disember lepas, genap 2 tahun menyusukan penyejuk mata, Ameena Hamraa. Nak berkongsi pengalaman dengan ibu yang nak cuba wean off anak-anak secara psikologi tanpa jejaskan emosi.
-Mak dan ayah kena bersedia, nak dekat dekat anak 2 tahun tu, kena kerap remind anak. “Hamraa dah nak 2 years, dah besar, tak boleh minum susu umi dah, nanti minum susu yang abi buat ya.”
-Start introduce susu yang nak bagi pada anak lepas umur 2 tahun nanti. Contohnya fresh milk, susu full cream. Saya start perkenalkan pada anak masa umur setahun lebih lagi. Saja nak bagi biasakan. Sekarang Hamraa minum Fernleaf full cream, alhamdulillah dia suka.
-Slowly reduce bekal susu pada pengasuh. Hamraa dari kecil saya bekalkan 2oz 4 botol masa umur 10 bulan. Kemudian kurangkan pada 3 botol, 2 botol dan bulan bulan nak dekat 2 tahun tu, saya bagi 1 botol je. Bekalkan juga susu backup (sama ada fresh milk/UHT susu kotak). Tapi, perlu kerjasama penuh dari pengasuh juga. Sesuai tak, meragam tak anak kalau tak cukup susu. Tapi inshaAllah bila dah anak start makan, demand susu akan start berkurang sebab dah dapat nutrisi dari makanan yang lain.
-Lepas dah settle tak minum susu sangat siang hari, tibalah kemuncak nak wean off untuk malamnya. Sebab hamraa memang habit perlu menyusu sebelum tidur. Mula mula saya minta tolong suami untuk tidurkan, tak jalan. Mengamuk nak susu juga. Kesiannya tak tahan tengok, saya bagi juga. Sambil menyusu, sambil ulang tak boleh susu umi dah lepas ni. Malam kedua, saya cuba lagi. Hamraa menangis juga nak susu. Saya peluk anak, tenangkan diri, saya bawa keluar dari bilik. Saya tengok mata anak, saya cakap,
“Hamraa, dalam Quran, Allah kata boleh minum susu sampai 2 tahun. Hamraa dah besar, dah 2 tahun. Susu nanti untuk adik pula (doakan murah rezeki, aaminn). Hamraa sayang Allah kan, Hamraa sayang umi kan?”
Saya ulang beberapa kali. Hamraa diam seperti faham apa yang saya cakap.
MashaAllah, lepas daripada tu, Hamraa tidur sendiri dah tak minta susu. Cuma sebelum tidur perlu minum susu fernleaf dengan cawan feveretnya. Terkejut juga pada awalnya. Tapi semua dengan izin Allah. Saya pula yang rasa sedih sebab rasa macam ‘lost’. Tapi kena cekalkan hati, perlu disiplin. Setiap aturan Allah ada hikmahnya.
-Yang penting, perlu dapatkan sokongan suami untuk tidurkan anak, pujuk anak dan sebagainya. Selalu selalu selalu doa Allah permudahkan urusan wean off, anak mudah faham dan lembut hati.
-Selalu bisik pada anak sejak baby, zikir Ya latif diulang ulang dan surah Toha (ayat 1 hingga 5). Moga anak -kita semuanya menjadi anak yang soleh solehah, penyejuk mata hati kita semua.
-Jangan stop menyusu secara mengejut, tapi slowly but steadily. Sampai sekarang, pernah juga Hamraa buat malu-malu minta susu, saya tahu dia rindu (saya pun rindu) hehe. Tapi kata mak, biasala anak dah 2 tahun melekap dengan kita, mestilah nak totally forgot tu ambik masa juga. Apa saya buat. Bagi je la Hamraa peluk sambil pegang buat lepas rindu.
Maaf panjang lebar menulis, nak kongsi kalau ada yang bermanfaat boleh amalkan. InshaAllah. Stay strong, bf mummies! You can do it.
Penyakit gila meroyan boleh menyebabkan ibu terdengar suara halus berbisik menyuruhnya membunuh si anak yang asyik menangis sahaja.
Bukan pertama kali kita dengar berita ibu kelar anak tanpa sedar selepas dengar ada suara halus berbisik di telinganya.
Seluruh negara terkejut mendengar berita tersebut dan terfikir macam mana seorang ibu sanggup mengelar anak sendiri dengan pisau sampai mati.
Ia bukan perkara mustahil. Ibu tersebut dikatakan tidak sedar semasa mengelar leher anaknya. Ibu itu sebenarnya menghadapi masalah gila meroyan.
Dr Afiq Rahim pernah menulis mengenai hal gila meroyan di kalangan wanita baru bergelar ibu. Fahami betul-betul apa simptomnya supaya rawatan awal dapat mencegah daripada berlaku perkara lebih buruk.
Apa itu Gila Meroyan aka Postpartum Psychosis?
Para ibu selepas bersalin berisiko tinggi mengalami kemurungan teruk dalam tempoh 42 hari selepas kelahiran anak.
Ianya disebabkan perubahan hormon, masalah psikologi selepas bersalin dan pelbagai faktor lain yang mengundang stress/gangguan emosi kepada isteri.
Selepas bersalin, para ibu kehilangan banyak tenaga dan berada pada keadan mental & fizikal yang LEMAH.
Perkara ini menyebabkan mereka mudah mengalami kemurungan.
Sehingga pada satu tahap kritikal, si ibu berisiko mencederakan diri sendiri atau orang lain.
Dan kanak-kanak adalah mangsa paling mudah dicederakan.
Oleh itu, pengesanan awal amat penting bagi mengelakkan kejadian buruk ini.
Tanda-Tanda Ibu Gila Meroyan
Antara tanda-tandanya adalah
– bercakap seorang diri
– berhalusinasi
– berfikir hal tidak rasional
– was-was
– keliru
– gagal menjalankan tanggungjawab
– tiada minat untuk melakukan apa-apa
– acap menangis
– sering mengadu
Dan pelbagai lagi masalah.
Antara komplikasi jika tidak segera dikawal adalah bertindak ganas seperti kes ini dan berisiko mendapat penyakit sakit jiwa yang lain seperti depresi.
Anggota keluarga terutama SUAMI yang merasakan perubahan pada isteri, WAJIB merujuk perkara berkenaan segera kepada pihak kesihatan.
Ini bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Rawatan Gila Meroyan
Antara rawatan kepada para ibu ini yang paling utama adalah sokongan padu kepada mereka.
Sokongan moral, emosi dan fizikal amat dibutuhkan oleh para ibu selepas bersalin.
Kemudian para ibu juga perlulah sentiasa berdamping dengan zikrullah, bacaan doa serta menambah ilmu agama di saat diri tidak boleh solat.
Jangan jadikan berpantang alasan untuk lalai kepada Tuhan. Kelak syaitan yang akan mengggangu nanti.
Cara lain adalah kaunseling dan ubat-ubatan jika masalah serius.
Ingat, kemurungan selepas bersalin boleh dielakkan.
Jika anda melihat ada tanda-tanda tersebut pada seorang ibu selepas bersalin, maklumkan segera kepada pihak kesihatan.
Dan wahai para suami, jangan abaikan tanggungjawab anda (ini adalah saranan umum dan tidak merujuk suami mangsa)
Isteri anda memerlukan pertolongan berterusan anda dalam menguruskan rumah tangga.
Kenali Dr Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan termuda Malaysia yang baru bergelar ayah. Usia muda, latar belakang perubatan dan nilai kekeluargaan menjadikan beliau simbol kepimpinan generasi baharu.