Dalam gembira menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga ada ibu mengandung yang tertekan dan bimbang setiap kali disahkan mengandung kerana sudah berderet mempunyai ramai anak perempuan sebelum ini.

Bukan tak bersyukur dikurniakan anak perempuan tapi bimbang dikecam oleh ibu mentua dan suami kerana menyalahkannnya yang konon asyik mengandung anak perempuan sahaja. Ia bukan kisah saja-saja tapi berlaku dalam masyarakat serba moden hari ini.

Dalam zaman yang penuh dengan kemajuan teknologi masih wujud lagi golongan yang tak tahu bersyukur tetapi nak menyalahkan pihak wanita yang mengandung kononnya dialah punca dapat anak sama jantina sahaja.

Asyik Dipersalahkan Mentua Dan Suami Gara-Gara Mengandung Anak Perempuan Berderet, Penjelasan Dr. Amalina Melegakan!

Kisah ini dikongsi oleh Dr Amalina Bakri di laman Twitternya tentang seorang wanita yang bertanya kepadanya. Wanita tersebut bersedih kerana kerap dipersalahkan oleh keluarga mentua dan suaminya kerana setiap kali mengandung mesti dia melahirkan anak perempuan.

Baca: “1 Hingga 11 Semuanya Boy.” Jangan Stres Kalau Sederet Anak Lelaki, Kisah Ibu Ini Menginspirasikan

Twit Dr Amalina yang menjelaskan hal tersebut pendek sahaja tapi cukup padu dan patut dihadamkan oleh golongan yang tak bersyukur sebaliknya hendak menyalahkan ibu mengandung sahaja.

Menurut Dr Amalina, jantina anak dalam kandungan ibu ditentukan oleh suami bukannya isteri. Bahkan doktor muda ini turut berkata sepatutnya suami wanita tersebut bersyukur kerana dikurniakan zuriat tak kisahlah apa jantinanya berbanding ada pasangan yang masih berusaha bertahun-tahun tetapi masih lagi belum dikurniakan anak.

IKLAN

Sudahlah ibu tersebut menanggung segala kepayahan dan kesakitan sepanjang mengandung dan melahirkan anak, tahu-tahu dia pula yang dipersalahkan oleh pihak keluarga yang sepatutnya memberi sokongan dan semangat kepadanya.

Bahkan penjelasan daripada Dr Nimelesh yang dikongsi dalam Twitternya menerusi gambar rajah bagaimana jantina seseorang bayi ditentukan menunjukkan bahawa sperma lelaki membawa kromosom XY sebagai penentu jantina anak yang bakal dilahirkan.

Asyik Dipersalahkan Mentua Dan Suami Gara-Gara Mengandung Anak Perempuan Berderet, Penjelasan Dr. Amalina Melegakan!
Gambarajah menunjukkan bahawa sperma lelaki membawa kromosom XY sebagai penentu jantina anak yang bakal dilahirkan.

Dr Zubaidi Ahmad pula berkongsikan bagaimana perjalanan sperma bertemu ovum dalam proses persenyawaan yang menghasilkan jantina bayi dalam kandungan ibu.

Secara genetik, pembentukan janin akibat pembelahan dan pengembangan melalui proses mitosis dan meiosis, terjadi apabila genetik dari suami yang dibawa oleh sperma dan sementara genetik yang dibawa oleh isteri melalui ovum.

IKLAN

Baca: Berderet 10 Lelaki Dapat Bayi Perempuan. Abang Teruja Pakaikan Gaun Cantik, Jaga Adik

Genetik pada sperma mempunyai dua jenis kromosom, iaitu X atau Y. Setiap sperma membawa salah satu kromosom, sama ada X atau Y yang bakal dikongsi. Sementara genetik pada ovum pula hanya memiliki kromosom X sahaja.

Asyik Dipersalahkan Mentua Dan Suami Gara-Gara Mengandung Anak Perempuan Berderet, Penjelasan Dr. Amalina Melegakan!

Ini bermakna, sperma suami yang akan menentukan sama ada jantina janin itu lelaki atau wanita.

IKLAN

Jika sperma yang mengandungi kromosom X bercampur dengan ovum yang hanya mempunyai kromosom X, maka hasil perkongsian itu janin akan mempunyai kromosom XX iaitu janin perempuan.

Manakala jika sperma yang mengandungi kromosom Y bercampur dengan ovum yang mempunyai kromosom X, maka hasil perkongsian ini, janin yang terhasil adalah kromosom XY iaitu janin lelaki.

Sperma yang membawa kromosom X biasanya bergerak perlahan tetap ganas, dan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang. Manakala sperma yang mempunyai kromosom Y bergerak pantas, kecil tetapi mempunyai jangka hayat yang pendek.

Bila berlaku hubungan suami isteri pada waktu ovulasi, sperma yang mengandungi kromosom Y akan berenang dengan cepat dan sampai kepada ovum dahulu. Ini kerana ketangkasan sperma yang mengandungi kromosom itu.
Bila waktu jika beberapa hari sebelum ovulasi, selalunya sperma yang membawa kromosom X yang akan dikongsikan dengan ovum yang mengandungi kromosom X . Ini kerana semua sperma yang mempunyai kromosom Y telah mati dahulu keran ajangka hayatnya yang pendek. Walaupun sperma yang mengandungi kromosom X lambat berenang namun ia hidup lebih lama untuk menunggu sehingga ovum dikeluarkan dari ovari.

Dalam Islam ada menjelaskan melalui hadis berikut:
“Air(sperma) lelaki berwarna putih dan air perempuan berwarna kuning. Jika kedua-duanya berkumpul, lalu sperma lelaki mengalahkan sperma wanita, maka bayi yang lahir InshaAllah lelaki, sedangkan sperma betina mengalahkan sperma jantan, maka bayi yang lahir InshaAllah perempuan” (Sahih Muslim : 315)

Jadi tak payahlah kita nak pertikaikan kerja Tuhan, tentu ada hikmah di sebalik setiap apa yang Allah kurniakan kepada kita. Asalkan anak yang lahir itu sihat sempurna maka didiklah dia menjadi anak yang solehah dan insan berguna kepada keluarga, agama, bangsa dan negara.

Sumber: Dr Amalina & Dr Zubaidi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI