Merebus telur separuh masa menggunakan air fryer sememangnya lebih menjimatkan masa. Hanya mengambil masa selama 5 hingga 10 minit, ini cara tepat merebusnya dengan betul.
Perkongsian tip lengkap dengan suhu dan cara memasaknya seperti yang dikongsikan oleh Arina Rashid ini anda kena cuba. Memang senang!
Ada peminat telur separuh masak kat sini? Ni kalau sekali buat, kena buat lebih daripada 2 biji sebab anak-anak pun suka. Tapi yang kuning tu dia bagi kat mama, sabar jelah.
Meh rina nak share cara paling senang. Takyah guna air atau bekas macam kat kedai makan tu. Tapi kena ada air fryer.
Kalau tengok kat gambar ada 2 jenis kan. Dia beza sikit pada kuning telur tu. Cuba perati apa beza dia. Haa.
Ok cara Rina buat telur separuh masak ni senang sangat. Basuh dulu telur bersih-bersih. Takyah lap, masuk je terus dalam bekas air fryer.
Ads
Telur straight amek dari counter (room temperature) bukan dari peti ais. Set kan suhu AF 100°C, masa 10 minit.
Selesai 10 minit, kalau korang suka kuning telur dia cair macam gambar telur A, korang kena keluarkan terus lepas AF stop.
Tapi kalau suka jenis kuning telur firm sikit macam telur B, lepas 10 minit tadi, korang biarkan je dia dulu dalam AF tu.
Ads
Biarkan jela dalam 5-10 minit ke. Ikutlah, asalkan jangan keluarkan terus lepas AF berbunyi tittt..tittt.
Setting ni banyak kali dah Rina guna. Memang menjadi setiap kali buat. Tak kisah kuantiti telur. Setakat rina buat, outcome dia sama. Alhamdulillah.
Ads
Korang try and error dulu eh. Rina lagi suka jenis A.
Sama ada anda hamil atau sedang melalui proses penyusuan, pastinya anda pernah mendengar beberapa kepercayaan berkaitan ibu menyusu badan. Adakah ia benar atau sekadar mitos?
Adakalanya apa yang dikatakan mungkin boleh mengundang rasa kelakar. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan ada kepercayaan tentang proses penyusuan ini adalah benar. Apa yang benar atau yang mitos? Jom bongkar!
1.Pelbagai rasa
Apa yang ibu makan, itulah juga yang akan dimakan si kecil nanti. Ini bermakna jika anda suka makan sayur bayam, kemungkinan bayi anda juga akan menyukainya, benarkah?
Kepercayaan ini dikatakan benar. Ini kerana seperti ketika mengandung, bayi akan dapat merasa makanan yang dimakan ibunya melalui cecair amniotik (ketuban), maka keadaan yang sama turut berlaku ketika proses penyusuan.
Malahan ada kajian mengatakan ibu menyusu badan dan tidak cerewet dalam soal pemakanan akan turut dapat menjadikan si kecil sebagai kanak-kanak yang tidak memilih makan.
2. Proses penyusuan berpanjangan punca anak lebih manja
Sudah tentu ia adalah perkara yang tidak benar. Mana mungkin anak anda menjadi manja semata-mata kerana susu badan yang diberikan? Malahan tempoh penyusuan adalah hak mutlak dan pilihan ibu.
Anak akan menjadi manja apabila segala kehendak yang tidak berpatutan dipenuhi semata-mata kerana tidak mahu mereka terus menangis atau merengek. Memberikan anak susu badan yang secukupnya adalah 1 kaedah bagi memenuhi keperluan nutrisi untuk perkembangannya.
3. Sentuhan kulit ke kulit tingkatkan bekalan susu
Ia mungkin kedengaran pelik.Tetapi jika ibu menyusu badan dapat mewujudkan hubungan fizikal kulit ke kulit dengan si kecil semasa proses penyusuan, tindakan anda itu boleh meningkatkan penghasilan susu.
Apabila kontak terus kulit ke kulit dilakukan dengan bayi, ia dapat merangsang pelepasan oksitosin (hormon ketenangan, kasih sayang), yang penting untuk penyusuan.
Malahan ia juga dikatakan dapat mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu dan anak. Benda baik, tidak salah untuk dicuba, bukan?
4. Minum banyak air kekalkan penghasilan susu
Kalau masa berpantang ikut petua orang lama, ibu-ibu tidak digalakkan untuk minum air dengan banyak. Kononnya kerana bimbang akan bentan, buncit atau rahim kembang. Tetapi bagi ibu menyusu badan pula perlu minum air dengan banyak untuk kekalkan penghasilan susu. Eh, masa berpantang tidak menyusukan anak ke?
Kedua-duanya adalah 1 mitos yang tidak tepat. Sudah tentu pengambilan air minuman yang banyak tidak akan meningkatkan penghasilan susu. Tetapi ia bergantung kepada faktor biologi seperti tisu kelenjar mencukupi, tahap normal hormon dan faktor kesihatan. Namun, ibu yang menyusu perlu mengambil air yang secukupnya bagi mengelakkan masalah dehidrasi dalam badan.
5. Kubis atasi masalah bengkak susu?
Eh, biar betul kubis boleh atasi masalah bengkak susu? Ya! Kedengaran seperti mustahil, tetapi petua orang lama ini sangat berkesan untuk mengatasi dan mengurangkan masalah bengkak susu.
Bengkak susu adalah 1 masalah biasa dan paling kerap dialami oleh ibu menyusu badan. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Tetapi bagaimana ia berfungsi? Umumnya, daun kubis yang diletakkan pada payudara akan memberikan kesan kepada cecair interstisial payudara.
Ia tidak memberi kesan pada sel penghasilan susu tetapi sangat membantu dalam mengurangkan pembengkakan payudara. Malahan, daun ajaib ini berguna untuk sebarang masalah bengkak di seluruh bahagian badan, sama ada sakit gigi hinggalah kaki yang terseliuh.
Tetapi bagi ibu yang mengalami masalah bengkak susu, disarankan untuk mengaplikasikan petua ini sekali atau dua kali sehari dan tidak diletakkan secara berterusan.
6. Bersenam buat susu badan masam
Adakah ini alasan untuk ibu yang menyusukan si kecil untuk tidak bersenam? Tetapi masam yang bagaimana, adakah seperti jeruk? Hakikatnya, susu badan anda tidak akan ‘rosak’ atau menjadi masam untuk diberikan kepada bayi selepas anda melakukan senaman.
Sememangnya tahap asid laktik meningkat selepas melakukan aktiviti intensiti, malahan ia akan kekal dalam badan sehingga hampir 90 minit. Keadaan ini yang mungkin menyebabkan rasa susu berubah – sehingga ada yang mengatakan rasanya masam.
Namun jika anda melakukan senaman intensiti ringan atau sederhana, tahap asid laktik tidak akan mengalami peningkatan. Walau apa pun, susu badan yang mengandungi asid laktik masih bernutrisi.
Yang lebih penting, si kecil yang diberikan susu selepas ibu bersenam, tampaknya seperti tidak kisah dengan sedikit perubahan rasa itu. Jadi tiada alasan untuk ibu tidak bersenam!
7. Bawang putih galakkan bayi untuk menyusu
Ada sesetengah bayi yang kurang menyusu badan, pastinya keadaan itu akan membuatkan hati ibu runsing, bukan? Untuk menggalakkan bayi menyusu dengan lebih baik, ada cadangan bagi ibu menyusu badan mengambil makanan berunsurkan bawang putih.
Ada kajian yang menyokong fakta ini dengan mengatakan ibu yang menyusukan bayi selepas 2 jam memakan bawang putih akan membuatkan si manja menyusu dengan lebih kuat dan lebih banyak.
8. Susu jadi masam kerana stres
Ia adalah 1 mitos yang tidak benar. Tekanan dan kemarahan adalah 1 perkara normal yang sukar dielakkan. Ia langsung tidak mempunyai kaitan terhadap perubahan rasa susu.Tekanan yang dirasai hanya mungkin akan menjejaskan penghasilan susu tetapi bukan rasanya.
9. Ibu tak sihat? Jangan menyusu!
1 kepercayaan yang tidak harus diikuti. Malahan, jika anda mempunyai selesema, demam atau sebarang jangkitan virus ringan, teruskan menyusu. Ini kerana susu tersebut dapat memberikan perlindungan kepada bayi dalam melawan kesakitan.
Antibodi yang terkandung di dalamnya membantu meningkatkan sistem imun bayi dalam melawan jangkitan dan penyakit. Namun, pastikan anda sentiasa mencuci tangan, elakkan daripada batuk mahupun bersin berdekatan bayi serta elakkan daripada mencium si kecil dalam masa beberapa hari, okay?
Semak dan kaji dahulu
Bukan semua kepercayaan orang dahulu tidak betul dan salah. Ada sesetengahnya memberikan kebaikan kepada proses penyusuan. Namun sebelum anda mempercayai apa yang dikatakan, sebaiknya lakukan semakan atau bertanyakan kepada pakar terlebih dahulu.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Doa ibu bapa adalah kekuatan buat anak-anak. Sejauh mana pun kejayaan anak-anak kita pasti terselit doa ikhlas yang tak pernah putus untuk mereka. Tambah pula bila menjadi ibu bapa, harapan nak anak berjaya, soleh dan solehah tu sentiasa ada.
Melalui perkongsian ini, sebenarnya sangat mudah untuk ibu ayah amalkannya demi memastikan anak-anak kita menjadi insan berjaya dunia akhirat.
Hajat pada anak.. Aku ada seorang kakak. Akak aku ni biasa-biasa je tapi Alhamdulillah anak-anak dia bijak bijak. Selalu terima anugerah kat sekolah.
Pagi tadi dia reveal satu petua. Sangat simple. Cuma tinggal rajin ke tak rajin je nak buat. Kalau kau malas memang tak kemana laa.
Caranya:
Setiap pagi kau baca ayat ke 82 surah Yaasiiin. “INNAMA AMRUHU IZA ARA DA SHAI AN AYYAQUULALAHU KUN FAYA KUUUN”
Ni aku galakkan kau baca yang jawi ye. Supaya sebutan tak lari.
Bila sampai part “KUN” (berhenti sekejap dan niatkan dalam hati kau apa sahaja hajat kau untuk anak kau. Nak cerdik ke nak pandai ke nak apa sahaja). Kemudian baru sambung “FAYA KUUN”.
Lepas tu kau tiup la atas ubun-ubun anak kau. Buat setiap pagi. Insya Allah.
Insya Allah bermanfaat.
Dalam perkahwinan, wang bukan segalanya tetapi perlu ada tiga kriteria ini dalam memastikan rumah tangga bahagia. Bagi seorang isteri, walaupun nampak tanggungjawab ini besar, namun jika dibiasakan dari awal tiada masalah.
Memetik laporan xtra, pengarah, penerbit dan ikon masakan, Sheila Rusly mendedahkan pernah beri tiga tips untuk kekal bahagia dalam perkahwinan kepada menantu kesayangannya, pelakon Elisya Sandha.
Jaga hati, memasak & hubungan intim
Antara tiga tips yang dikongsikan oleh selebriti ini adalah kepentingan menjaga hati suami, jaga perut (memasak) dan menjaga hubungan intim antara suami dan isteri.
Mengulas lebih lanjut, Sheila yang juga merupakan pelakon berkaliber berkata pasangan suami isteri pada zaman sekarang hanya mengutamakan hubungan intim mereka.
“Saya selalu berkongsi tips dengan Elisya. Saya kata kalau nak bahagiakan suami ni sangat senang. Pertama, kena jaga hati dia, kedua jaga perut dia, dan ketiga baru jaga hubungan intim suami isteri. Zaman sekarang hubungan intim dulu, salah!
“Tiga perkara itu sahaja. Jaga hati dia, jangan buat benda yang suami tak suka. Rajin memasak untuk ikat perut suami. Barulah buat hubungan intim sekali atau dua kali seminggu,” katanya dengan nada tegas namun sempat berseloroh.
Elisya menantu yang rajin
Disoal sama ada Elisya rajin memasak, Sheila berkata dia sangat memuji kerajinan adik kepada pelakon Fasha Sandha itu yang tidak henti mencuba menu baharu untuk menambat hati suaminya, Uzair Haqimy.
“Tiap kali bila saya di dapur, dia akan tanya saya masak apa. Dia akan tanya pelbagai soalan tentang resepi yang saya masakkan itu. Kalau dulu masa baru bertunang dia akan catit resepi di buku nota.
“Sepanjang setahun dia jadi menantu saya jadi bila saya cakap tentang resepi tu dia mudah faham. Bila dia cuba masak, sekali atau dua kali terus jadi,” ujarnya lagi.
Luka Caesarean memerlukan penjagaan rapi selepas bersalin. Ketahui 7 tip penting termasuk berjalan awal, pemakanan seimbang, penyusuan susu ibu dan penjagaan luka untuk mempercepatkan proses pemulihan.