Atu Zero Dapat Anak Kedua. Berkongsi Tarikh Kelahiran, Yang Sama Atu Ucapkan Terima Kasih Kepada Isteri Kerana Berikan Hadiah Paling Bermakna Untuk Hari Jadinya Tahun Ini

Share

Alhamdulillah. Semalam Atu Zero sah menjadi bapa kepada dua orang anak. Dalam perkongsiannya di laman Instagram, Atu melahirkan rasa syukur serta berterima kasih kepada isterinya kerana memberi hadiah hari jadi paling bermakna untuknya.

Atu sempat merakam foto kenangan sebelum isterinya melahirkan anak kedua

Ketika Atu berkongsi berita gembira ini dengan peminatnya, mereka semua mengucapkan tahniah serta mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.

Atu dan isterinya, Syafeeqa Johari telah bernikah pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang kini telah pun berumur dua tahun.

Pa&Ma ingin mengucapkan tahniah kepada Atu sekeluarga. Selamat berpantang buat Syafeeqa, semoga yang baik-baik sahaja buat ibu dan anak.

Sumber: Akueatu

IKLAN