Benarlah aura si comel Muhammad Aniq Redzuan atau lebih dikenali sebagai Bang Aji ini bukan biasa-biasa. Setiap kali melihat wajah dan keletah comelnya di media sosial, hati pasti tercuit rasa sayang. Apa lagi kala bertemu dengannya secara berdepan, aura Bang Aji memang luar biasa!
Pelawaan Bintang Kecil & Pa&Ma sebagai Cover Digital 2025 disambut baik oleh keluarga khusus bagi meninggalkan memori indah di zaman kecil buat anak mereka. Bapanya, Mohd Redzuan Zainol turut berkongsi kisah istimewa anak kecil ini yang bukan sahaja disayangi keluarga, malah disenangi ramai orang.
Kisah Bayi Comel Seberat 2.6kg
Bang Aji dilahirkan pada 10 Ogos 2021 dengan berat hanya 2.6kg. Ujar bapanya, Mohd Redzuan Zainol, Bang Aji satu-satunya anak yang paling kecil antara adik-beradik lain, namun membesar dengan sihat dan aktif. Dilahirkan sewaktu tempoh PKP, setiap detik kelahirannya meninggalkan kenangan mendalam buat keluarga.
“Berbanding abang dan dua kakaknya, berat Bang Aji boleh saya katakan paling kecil dengan 2.6kg sahaja ketika dilahirkan.
“Sama macam bayi lain, Bang Aji membesar macam biasa cuma dia memang suka minum susu.
“Saya masih ingat lagi waktu Bang Aji lahir, waktu tu zaman PKP jadi nak tak nak semua benda kena buat sendiri termasukkan mencukur rambutnya waktu bayi.
“Disebabkan bidan tak boleh datang ke rumah, saya buat sendiri, saya pegang kepala dan cukur rambut Bang Aji sendiri,” kongsi bapanya lagi.
Bang Aji Pemilik Karakter Kelakar
Di sebalik perwatakan bersahaja, Bang Aji memiliki karakter yang cukup kelakar dan mencuit hati. Kata bapanya, anak kecil kesayangan ramai ini sering membuatkan mereka sekeluarga terhibur dengan gelagat comelnya yang spontan dan tidak dijangka.
Ads
“Setiap benda yang dia buat di rumah, dari kecil lagi memang kelakar.
“Boleh saya katakan setiap pergerakan Bang Aji memang kelakar malah dia paling ramah berbanding abangnya,”ujarnya lagi.
Bang Aji Pandai Bergaya
Sentuhan kreatif jurugambar profesional @newbornbytakara berjaya mempotretkan aksi dan keletah Bang Aji dengan sempurna. Gaya matang dan bersahaja menjadikan setiap pose nampak semula jadi. Hanya dengan senyuman manis, aura Bang Aji jelas terpancar dan membuatkan semua yang melihat jatuh hati.
Kata bapanya lagi, Bang Aji sudah terbiasa dengan kamera dan mudah memberi kerjasama setiap kali bergambar atau merakam video untuk media sosial.
Mula Dikenali Ramai
Pada awalnya, keluarga tidak menyangka video Bang Aji boleh tular di media sosial. Video pertama nyanyian bersamanya mendapat sambutan luar biasa dengan jumlah tontonan yang tinggi. Dari situlah bermula perjalanan populariti Bang Aji yang kini dikenali ramai di platform TikTok dan media sosial lain.
Ads
“Video yang viral tu sebenarnya saja saya rekod dan tak sangka view video nyanyian mendapat perhatian ramai.
“Bila view tinggi, saya post lagi video Bang Aji dan semuanya tinggi. Bermula dari saat itu saya mula merakam dan post video Bang Aji di media social.
“Jujurkan saya sendiri jarang bermain media social dan pada mulanya kami sekeluarga agak terkejut dengan sambutan ramai pada Bang Aji tapi kami mula membiasakan diri.
“Saya tak nafikan Bang Aji ada aura dan daya tarikan untuk orang lain nak tengok dan suka Bang Aji. Dulu zaman tak ada Tik Tok tapi lain sekarang dengan kuasa Tik Tok yang begitu besar.
Ads
“Sekarang ini jujurnya kalau nak keluar berjalan terutama ke mall, saya biasanya pakaikan dia dengan topi tapi biasanya orang tetap kenal dia.
“Saya dan isteri tak ada masalah pun cuma kadang kala Bang Aji sendiri kurang selesa apatah lagi kalau disentuh orang ramai,” katanya lagi.
Akui bapanya lagi, tempias populari Bang Aji turut dirasai ahli keluarga lain.
“Kadang-kadang ada kawan-kawan anak lain yang suka datang hendak tengok Bang Aji dirumah. Begitu juga dengan kawan-kawan neneknya yang sentiasa menjadi peminat setia Bang Aji,” konsinya lagi.
Populariti Bang Aji turut memberi tempias kepada ahli keluarga lain. Malah rakan-rakan dan jiran turut datang ke rumah semata-mata ingin bertemu si comel ini.
Pastikan Bang Aji Jalani Hidup Normal
Sebagai bapa yang prihatin, Mohd Redzuan sentiasa memastikan anak bongsunya ini menikmati zaman kanak-kanak yang normal walaupun dikenali ramai. Beliau sering membawa pasukan sokongan setiap kali menghadiri acara bagi memastikan Bang Aji bebas bermain dan tidak terganggu dengan orang ramai.
“Biasanya kalau saya nak ke mana-mana, saya akan bawa team sendiri untuk pastikan Bang Aji terjaga dan selesa. Apa-apa pun, dia tetap anak yang manja dan sangat rapat dengan saya,” katanya lagi.
Doa Buat Bang Aji
Bang Aji kini bersedia memasuki alam persekolahan pada awal tahun hadapan. Semoga Bang Aji terus membesar dengan sihat, bahagia dan berjaya dalam apa jua yang dilakukan. Aura dan pesona Bang Aji sememangnya luar biasa, menjadikan si comel ini terus mendapat tempat di hati ramai!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak kecil jiwanya mudah dibentuk. Apa yang diajar ibu bapa itulah yang akan diingatinya sampai mereka besar. Dalam bab memberi salam, ibu bapa juga harus mula mengajar anak seawal mungkin.
Nampak macam remeh tapi inilah yang mengambarkan jiwa anak kecil yang luhur hatinya untuk terus mempunyai keperibadian unggul.
Ia kaedah yang terbaik bagi memulakan komunikasi dengan penuh keberkatan.
Latih anak-anak kecil dengan memberi salam kepada mereka dahulu
Benar, memberi salam kepada anak-anak adalah satu latihan kepada mereka supaya mengaplikasikan adab-adab syarak disamping menunjukkan sikap rendah hati dan lemah lembut.
Perkara ini merupakan adab yang paling asas untuk anak-anak terutama ibu bapa apabila masuk ke dalam rumah. InsyaAllah, lama-kelamaan adab memberi salam ini akan menjadi amalan kepada anak kita sehingga mereka meningkat dewasa.
Salam adalah doa. Doa itu positif pula.
Kebaikan itu bila kita bermula dan kebaikan akan kembali balik pada kita. What you give, is what you get back. Bila kita memberi salam dan senyum, orang lain juga akan balas perkara yang sama.
Oleh itu terapkanlah ke dalam jiwa anak-anak sejak mereka kecil lagi agar sentiasa menyebarkan kebaikan.
Salam dan senyum itulah kesan daripada apa yang telah kita lakukan. Senyum mengubah emosi diri dan juga orang sekeliling. InsyaAllah dengan ini kita juga berusaha menyediakan pintu rezeki yang terbuka luas kepada keluarga kita.
Bersama-samalah kita membina keluarga yang penuh berkat.
Sumber: Muhammad Naim Abd Manaf
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perasaan cepat takut atau risau pada ibu bapa akan ‘dipindahkan’ pada anak, ini faktanya. Apabila ibu bapa berasa takut atau risau, kemungkinan besar anda akan memindahkan ketakutan dan kerisauan itu kepada anak juga.
Perasaan Cepat Takut Atau Risau Pada Ibu Bapa Akan ‘Dipindahkan’Pada Anak
Perkongsian dari Perunding Keibubapaan Parent Connect, Puan Noor Afidah Abu Bakar ini menjelaskan situasi kenapa anak jadi penakut dalam situasi berbeza. Jangan salahkan anak lagi tapi tengok diri kita dulu.
Apabila anda cemas dan ‘anxious’ dengan subjek MATEMATIK dan anda juga sering menceritakan betapa susahnya Matematik di hadapan anak, kemungkinan besar anak juga akan menyerap ‘anxiety’ anda dan melihat subjek itu sebagai sesuatu yang sangat susah tanpa berusaha terlebih dahulu.
Ini Faktanya
Apabila anda menekan dan memaksa anak kerana cemas anak belum boleh MEMBACA pada usia 6 tahun, kemungkinan besar anda juga akan memindahkan rasa cemas dan ‘anxiety’ anda itu kepada anak. Tindakan yang sebegini tidak menjadikan anak cepat membaca malah menyebabkan tekanan kepada anak dan diri anda.
KANAK-KANAK TIDAK MEMPUNYAI RASA TAKUT DAN MEREKA JUGA MEMPUNYAI SIFAT INGIN TAHU YANG TINGGI TERHADAP PERSEKITARAN MEREKA. FOBIA ATAU KETAKUTAN TERHADAP SESUATU AKAN WUJUD DALAM DIRI KANAK-KANAK SEKIRANYA KANAK-KANAK ITU MELALUI PENGALAMAN YANG NEGATIF ATAU TRAUMATIK. SELAIN ITU FOBIA JUGA DIPELAJARI DARIPADA KETAKUTAN YANG DITUNJUKKAN OLEH AYAH ATAU IBU TERHADAP SESUATU.
Anak-anak menjadikan ibu bapa sebagai panduan ketika berhadapan dengan sesuatu. Jika ayah atau ibu kelihatan cemas, takut dan ‘anxious’, anak akan membuat kesimpulan bahawa situasi itu membahayakan, tidak selamat dan memerlukan perlindungan.
Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa tindak balas kita menyebabkan kita ‘memindahkan’ fobia, ‘anxiety’ dan stres kepada anak-anak. Ada anak yang mungkin tidak terpengaruh tetapi ada anak yang akan terkesan dengan tindak tanduk kita.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Maream memasak dapur berkecah, tapi Farah Lee cool. Asalkan dapat beri manfaat & bonding, kedua-dua anak ibu ini enjoy! Cookies yang disediakannya pun nampak sedap walaupun saiz tidak sama.
Anak-anak memang akan tertarik kepada aktviti yang dilakukan oleh ibu bapa. Sikap ingin tahun dan suka mencuba sesuatu juga membuak-buak. Apa yang dilakukan oleh Farah Lee ini boleh mama papa tiru. Farah meluangkan masa bersama Maream menyediakan biskut coklat.
Katanya, memang anak akan membuat sepah tapi ibu bapa perlu ‘pejam mata’ sebentar kerana manfaat memasak bersama ini akan menajamkan skil dan kemahiran kepada si kecil. Farah turut berkongsi beberapa tips bermanfaat iaitu cara untuk mendedahkan aktiviti kepada si kecil & tidak mengkritik hasil masakan.
So yesterday we made some cookies with the theme of ‘celebrate differences’ ? #kecikbesarkecikbesar je omma tengok cookies kau Maream…
Baking is one of the activities we can do with our kids at home be them girls nor boys. Let them do things themselves; according to their preference. You can also separate roles accordingly especially on hazardous ones. Even so, you can let them handle ‘risky’ roles but please keep safeguarding. Ask them if they need help or ask permission before offering help. This shows that parents respect their involvement.
Never critique the result or expect perfection (as what happened to our cookies, cool as a ROCKstar ?). Tell them that it’s okay to fail, because we can learn. What not okay is to not trying.
Apart from bonding time, this activity helps to stimulate their motor skills, creativity, self confidence, responsibility, effort making and result evaluation.
It teaches the kids about togetherness, collaboration and teamwork. The sense that their role in a family is important too — their efforts count.
Above all, doing fun (sometimes messy ?) activities together shows the kids that their parents enjoy having them around, willing to ‘make’ time for them, and appreciate their presence. They’ll grow up having self-worth inshaAllah ❤️ #FLparenting
Pssstt : Omma pun baru je ada kesedaran ni. Selalu asyik busyyy je and always make excuses ? Now kena selalu #pangkangdiri sendiri and MAKE time for Maream ?
Kisah benar Nourul Depp kanser membuka mata wanita tentang pentingnya pemeriksaan awal, keputusan berani membuang rahim dan ovari, serta perjalanan pulih yang penuh kekuatan dan inspirasi.