Ads

BOH Perkenal ‘Permata Cameron’, Angkat Warisan Teh Malaysia Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026

Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, keunikan warisan dan cita rasa tempatan terus menjadi antara tarikan yang boleh diperkenalkan kepada pelancong dari dalam dan luar negara.

Selain keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian budaya, industri teh tanah tinggi turut menjadi sebahagian daripada pengalaman menarik yang mencerminkan identiti Malaysia.

Bagi meraikan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026, BOH memperkenalkan ‘Permata Cameron’, teh edisi terhad yang mengangkat warisan teh di Malaysia dan menawarkan pengalaman menikmati keistimewaan rasa teh tanah tinggi yang terkenal di negara ini.

Teh edisi istimewa ini dihasilkan dari kebun teh BOH di Cameron Highlands menawarkan keunikan cita rasa Malaysia.

BOH Perkenal ‘Permata Cameron’, Angkat Warisan Teh Malaysia Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026

Berasaskan pengalaman selama 97 tahun menanam dan mengadun teh, BOH terus menghasilkan teh yang memiliki karakter dan keunggulan kualiti yang tersendiri. ‘Permata Cameron’ adalah lambang kepada kekayaan warisan ini, menyatukan seni dan kepakaran yang telah membentuk tradisi pembuatan teh BOH turun temurun.

Ads

“Ketika Malaysia mengalu-alukan kedatangan pelancong dari seluruh dunia sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, ‘Permata Cameron’ menyajikan pengalaman menikmati warisan teh negara kita,” kata Jason Foo, Ketua Pegawai Eksekutif Teh BOH. “Kami berharap adunan eksklusif daun teh hitam premium dari kebun Teh BOH Sungei Palas di Cameron Highlands menawarkan kesegaran dan keunikan rasa teh tanah tinggi agar pelancong pulang bersama kenangan indah saat berada di Malaysia.”

‘Permata Cameron’ menggabungkan teh hitam dengan nota sitrus dari buah lemon, mandarin dan bergamot, menghasilkan minuman yang beraroma, cukup berperisa dan memberi kesegaran yang menyenangkan. Profil rasanya mencerminkan keunikan dan kemeriahan budaya teh di Malaysia di samping menawarkan pengalaman menikmati teh yang eksklusif.

Setiap kotak mengandungi 12 uncang piramid teh yang membolehkan adunan premium ini terseduh sepenuhnya bagi menghasilkan rasa terbaik. Selaras dengan komitmen BOH terhadap kelestarian, uncang ini mesra alam dan boleh terurai secara semula jadi, manakala kotak dan pembungkus teh boleh dikitar semula.

Ads

‘Permata Cameron’ boleh didapati sepanjang Tahun Melawat Malaysia 2026 di lokasi jualan terpilih seperti di lapangan terbang, lokasi pelancongan dan Pusat Teh BOH di Cameron Highlands, pada harga RM19.90 sekotak.

Diasaskan pada 1929 oleh J.A. Russell di Cameron Highlands, BOH terkenal sebagai penanam dan pengeluar teh terbesar di Malaysia. BOH terus mengorak langkah menghasilkan teh istimewa dengan perjalanan paling singkat ‘daripada kebun teh ke cawan’. Ianya merangkumi warisan budaya, pesona landskap dan cita rasa Malaysia.

Ciri-ciri Produk

Ads

BOH Perkenal ‘Permata Cameron’, Angkat Warisan Teh Malaysia Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026

Profil Rasa Yang Unik: Teh hitam berperisa penuh yang diperkaya dengan nota sitrus daripada lemon, mandarin, dan bergamot, menghasilkan minuman yang harum, menyegarkan dan menaikkan semangat.

Bahan Premium: Dihasilkan daripada teh yang dipetik dari kebun Teh BOH Sungei Palas di Cameron Highlands.

Pembungkusan Praktikal & Lestari: Setiap kotak mengandungi 12 uncang teh piramid untuk seduhan optimum. Uncang teh ini boleh terurai secara semula jadi, manakala kotak dan pembungkus teh boleh dikitar semula.

Koleksi Edisi Terhad: Ditawarkan secara eksklusif sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 di lokasi jualan terpilih dan Pusat Teh BOH di Cameron Highlands.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

7 Barang Ini Tak Patut Ada Dalam Katil Bayi, Kosong Lagi Selamat!

7 Barang Ini Tak Patut Ada Dalam Katil Bayi, Kosong Lagi...

Barang dalam katil bayi seperti bantal, selimut, patung dan pelapik katil boleh meningkatkan risiko lemas serta SIDS. Ketahui 7 barang yang perlu dielakkan demi memastikan ruang tidur bayi lebih selamat.