Avocado Antara Buah Yang Sangat Bagus Untuk Bayi. Membantu Perkembangan Otak & Sistem Imun

Share

Buah avokado mungkin menjadi pilihan pertama para ibu ketika ingin memperkenalkan bayi mereka kepada buah-buahan. Anda juga mungkin akan melakukan perkara yang sama jika tahu manfaat avocado kepada bayi anda.

Manfaat avocado kepada bayi

1. Perkembangan otak, kesihatan jantung dan faedah lain

Avokado adalah makanan berkalori tinggi yang mengandungi sehingga 160 kalori setiap 100 gram. 75 hingga 80 peratus daripada kalorinya berasal daripada lemak.

Walau bagaimanapun, majoriti lemak dalam avokado adalah asid oleik – sejenis lemak tak tepu (monounsaturated fat) yang memainkan peranan penting dalam pembentukan, fungsi, dan perkembangan otak serta sistem visual.

Memandangkan 2 tahun pertama kehidupan kanak-kanak adalah waktu pertumbuhan intelek utama mereka berlaku, avokado menjadi salah satu sumber makanan yang paling penting untuk ditambah dalam diet setiap kanak-kanak.

Tahap lemak tak tepu mono juga terbukti dapat meningkatkan kesihatan jantung dan meningkatkan penyerapan vitamin larut lemak lain seperti vitamin A, E, D, dan K.

2. Manfaat avocado – Peningkatan imuniti

Avokado sarat dengan pelbagai jenis vitamin dan mineral yang menjadikannya salah satu sumber makanan terbaik untuk meningkatkan sistem imuniti tubuh seseorang apatah lagi dengan rasanya yang enak.

Malah, dalam hanya satu hidangan avokado bayi boleh mendapat.

60 miligram folat (15 peratus daripada keperluan harian): Folat adalah penting untuk fungsi sel normal dan pertumbuhan tisu. Diet wanita hamil yang kaya dengan folat akan mengurangkan risiko janin mendapat kecacatan tiub neural

14 miligram vitamin K (19 peratus daripada keperluan harian): Vitamin K adalah penting untuk pembekuan darah, pembentukan protein dalam hati, dan perkembangan tulang yang sihat. Sekiranya bayi tidak mendapat vitamin K yang mencukupi dalam diet harian, mereka berisiko mengalami keadaan yang disebut sebagai pendarahan disebabkan kekurangan vitamin K di mana mereka tidak dapat sembuh daripada luka

6 miligram vitamin C (12 peratus daripada keperluan harian): Vitamin C membantu menguatkan gusi, tulang, dan saluran darah bayi. Ia juga menyumbang kepada pembentukan sel darah merah dan penyerapan zat besi yang efektif

343 miligram kalium (10 peratus daripada keperluan harian): Potassium atau kalium mengawal keseimbangan air tubuh, mengekalkan tekanan darah yang sihat dan dapat mengurangkan risiko osteoporosis serta batu karang dalam ginjal. Avokado mengandungi lebih banyak kalium daripada pisang, yang lebih terkenal sebagai makanan kaya kalium

3. Penyingkiran toksin

Selain daripada menyediakan pelbagai nutrien penting, avokado juga boleh berfungsi untuk menyingkirkan toksin dalam tubuh kerana ia mengandungi lebih banyak serat larut air dan bersifat antioksidan.

Jumlah serat yang tinggi menggalakkan pergerakan usus yang teratur sementara sebatian antioksidan dan antimikrob yang terdapat dalam avokado telah terbukti dapat meneutralkan dan menghapuskan radikal bebas serta bahan kimia beracun daripada tubuh manusia.

_

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

IKLAN