Bila berbicara soal anak-anak, bagi setiap ibu anaklah sumber kekuatan yang utama. Zahirnya nampak lemah lembut, namun jangan disangkal kekuatan seorang ibu terutama dalam menguruskan anak-anak.
Begitulah gambaran yang diberikan oleh penulis novel, Bonda Nor apabila bertemu pelakon cantik manis, Puteri Sarah Liyana. Ikuti perkongsian beliau.
Puteri Sarah Liyana. Heroin drama yang diadaptasi daripada novel saya yang berjudul SAYA TUNGGU AWAK.
Masa kami sampai, dia tengah shooting. Tampak dia menekuni wataknya dan cuba mengikut arahan pengarah. Saya tunggu saja dengan sabar.
Usai shooting scene tersebut, producer maklumkan padanya kehadiran saya.
Tapi saya lihat dia tergocoh-gacah mendapatkan dua orang anaknya. Mendukung, memujuk. Ragam anak kecil, biasalah.
Saya juga biasa membawa anak kecil ketika bekerja, memang faham sangat. Letih nak cuba fokus kerja sambil kena fikir segala keperluannya.
Saya biasa bawa seorang pun sudah terasa letihnya. Dia urus dua! Dua orang anak-anak kecil yang sedang aktif.
Saya ibu yang sudah banyak pengalaman pun kadang kalut juga. Dia cuma seorang ibu muda yang masih cetek ilmu dan pengalaman!
Allahu, saya mampu memahami kepayahannya!
Ads
Pihak produser memanggil-manggil lagi namanya, untuk dipertemukan dengan saya.
Sambil mendukung si anak, dia pantas datang mendapatkan kami. Saya serahkan bunga buatnya.
Tampak wajahnya seperti gelisah memikirkan rengek si anak, tapi tetap juga bibirnya tersenyum mesra.
Diajak bergambar, dia ikutkan saja. Ditanya sepatah dua, dia tetap menjawab dengan mesra.
Ya, lembut saja orangnya. Sentiasa tersenyum. Tiada riak kesombongan langsung walaupun dia – selebriti yang punya 1.4 juta followers!
Usai melayani kami, saya lihat dia mendukung anak perempuannya dengan tangan kanan, anak lelakinya dipimpin dengan tangan kiri, menuju ke tandas.
Sekejap lagi, dia sudah datang kembali, sudah bertukar baju, sedia untuk melakonkan scene seterusnya.
Ads
Namun, sebelum scene bermula, ketika krew dan pelakon lain sibuk bersembang, dia terus ralit melayani tingkah anak-anaknya. Subhanallah!
Saya tahu isu keretakan rumah tangganya ketika itu, lalu satu hal terdetik di hati, rasa kagum pada ibu muda ini.
‘Kuat semangat awak, Sarah! Kuat semangat awak membesarkan sendiri anak-anak ini walaupun tanpa suami di sisi. Awak boleh tinggalkan pada pengasuh, tapi tak. Bukan itu pilihan awak. Awak usung juga mereka ke sana sini. Dalam kesibukan awak, tetap juga awak mahu meluangkan masa bersama anak-anak.’
Sungguh, rasa kagum saya bercampur sebak!
Hari ini, saya dapat tahu dia memfailkan satu saman setelah 4 tahun dia cuba bersabar dan terus bertahan. Saya melihat video penjelasannya dan kali ini, air mata saya tumpah.
Ads
“Sarah terpaksa lakukan ini demi maruah, demi anak-anak Sarah.”
Allahu Akbar.
Dia seorang ibu yang setia berjuang untuk anak-anaknya. Lalu saya mendoakan keadilan buatnya, juga yang terbaik buat rumah tangganya.
Saya tidak pernah minat ambil tahu atau masuk campur mana-mana konflik dan gossip artis itu ini, tapi kerana antara sisi perjuangan wanita ini pernah berlaku di depan mata saya, maka saya terpanggil untuk menyatakan sokongan terhadapnya.
Stay strong, Puteri Sarah!
Kudos to all women who fight for their happines and for all moms who fight for their children!
Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan supaya pihak tentera membantu pihak polis dalam memantau dan memastikan pematuhan rakyat berada di dalam rumah masing-masing dalam memastikan rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (RMO)yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri bermula 18 sehingga 31 Mac ini.
Perkara ini disahkan oleh Menteri Kanan yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media sebentar tadi.
Sumber gambar: Astro Awani
“Pasukan tentera akan mula digerakkan pada hari Ahad ini supaya kawalan secara menyeluruh dapat dilaksanakan” – Datuk Seri Ismail.
Dari laporan pihak polis, jelas terdapat pematuhan RMO oleh rakyat, kerajaan mengucapkan terima kasih kepada yang mematuhi arahan RMO.
Namun masih ramai yang tidak mahu mendengar arahan pihak kerajaan dan lebih teruk tidak mahu mendengar arahan pihak polis.
Ada yang gagal untuk mematuhi arahan bersurai dengan terus bermain di taman, melepak di kedai mamak dan sebagainya.
Mengingatkan bahawa polis mempunyai hak kuasa dengan menggunakan Akta polis untuk mengambil tindakan yang lebih keras terhadap rakyat yang berdegil.
Ramai yang mempersoalkan atas alasan apa dan undang-undang apa tentera dilibatkan, MENHAN menjelaskan melalui Seksyen 5 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, adalah bidang kuasa Menteri Kesihatan untuk mendapatkan bantuan daripada pihak tentera dan polis.
Kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju membenarkan rakyat Malaysia untuk terus bekerja di Singapura dan kerajaan Singapura akan menyediakan tempat tinggal selama dua minggu di sana.
Pekerja Malaysia akan disaring di sana sebelum dibenarkan pulang ke Malaysia, semua ini ditanggung oleh pihak Singapura.
Cuti sekolah akan diteruskan sehingga 31 Mac, jadi kepada keluarga yang berada di kampung-kampung di luar Kuala Lumpur, teruskan tinggal di Kampung, jangan pulang ke Kuala Lumpur.
Kerajaan akan menangung perbelanjaan makanan ditanggung sepenuhnya untuk semua pelajar yang tidak pulang dari kolej-kolej kediaman mereka. Diharap ibu bapa tidak perlu bimbang dengan keadaan anak-anak mereka.
Warga Malaysia dari Itali(94) dan Iran(55) akan pulang Malaysia pada 22 March Dan 23 March dan akan dikuarantinkan selama 14 hari.
Pihak polis akan meneruskan sekatan jalanraya dan hebahan akan terus dilaksanakan, setakat semalam 11,000 kenderaan telah diperiksa. – KSU akan mengeluarkan surat kebenaran untuk melancarkan pekerja yang melalui sekatan polis.
Sumber- Bernama TV
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum terkorban dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kereta dan enam motosikal di Kilometer 4 Jalan, Kampung Acheh, Setiawan, Perak, seorang suami sempat menghantar gambar swafoto kepada isterinya yang sedang hamil anak pertama mereka.
Mohd Nur Hisham Hassan, 29, yang bertugas sebagai juruteknik di sebuah syarikat minyak dan gas, bersama seorang lagi penunggang motosikal Mohd Suhail Zainal, 22, dan pemboncengnya, Hasrandy Bahrum, 27, maut di tempat kejadian akibat cedera parah dalam kemalangan pada pukul 5.30 petang.
Rasa tak sedap hati panggilan tak jawab
Isteri Mohd Nur Hisham, Nur Syahirah Abdullah, 25, berkata beliau berasa tidak sedap hati dan mengesyaki sesuatu terjadi apabila suaminya yang dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja gagal dihubungi.
Kredit: Berita Harian
Beliau berkata suaminya sempat menghantar gambar swafoto 10 minit sebelum habis kerja pada pukul 5 petang dan berasa pelik suaminya masih belum pulang kerana kebiasaannya dalam 10 minit sudah sampai rumah.
“Saya kemudian mencari suami di rumah rakannya di sekitar taman perumahan dan terkejut apabila mereka memberitahu sedang mengenal pasti mangsa rempuhan kereta melalui sebuah video yang tular di aplikasi WhatsApp.
“Saya kemudian bergegas ke tempat kejadian tetapi semua mangsa telah dibawa ke hospital. Saya cuma dapat mengecam sebuah topi keledar di tempat kejadian yang saya pasti milik suami saya, luluh perasaan saya ketika itu,” katanya ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Seri Manjung, di sini hari ini.
Nur Syahirah reda dengan pemergian suaminya itu biarpun mereka sepatutnya sedang ‘berbahagia’ menanti cahaya mata apabila beliau disahkan hamil tujuh minggu selepas berkahwin dua tahun lalu.
Kredit: Bernama
Tak sangka perbualan mengenai kematian jadi kenyataan
Beliau juga tidak menyangka perbualan dengan suami mengenai kematian, akhirnya menjadi kenyataan seawal ini, namun tidak akan lupa nasihat suami agar menjaga akhlak dan sentiasa kuat sekiranya apa-apa terjadi kepada dirinya.
“Cuma saya berasa sedih apabila semalam beliau pergi kerja tanpa memegang dan bercakap dengan baby (bayi) dalam perut seperti kebiasaan sebelum ini. Allah lebih sayangkan dia,” katanya yang bekerja sebagai pereka baju di sebuah syarikat pakaian di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata kejadian berlaku apabila kereta jenis Proton Preve tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke lorong bertentangan dan merempuh kumpulan penunggang motosikal.
Katanya kemalangan itu turut menyebabkan empat penunggang motosikal dan dua penumpang kereta Proton Preve itu cedera parah dan dirawat di Hospital Seri Manjung, manakala pemandu kereta berusia 38 tahun tersebut, melarikan diri.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memiliki Raut wajah cantik persis bondanya Yang Amat Mulia (YAM) Che’ Puan Besar Khaleeda, YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah atau mesra di sapa Puteri Lili kini sudah berusia 6 tahun.
Walaupun masih kecil, namun anak sulung daripada 4 beradik ini telah pun mewarisi sikap berani daripada ayahndanya pewaris takhta Johor, Tunku Mahkota Johor, YAM Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail.
YAM Che’ Puan Khaleeda berkongsi beberapa keping foto di laman rasmi instagramnya di mana Puteri Lili sedang bermain dengan seekor ular di sebuah taman.
Memiliki wajah dan mewarisi senyuman persis bondanya, kecantikan Puteri Lili telah mencuri tumpuan ramai.
nisahmad Dia punya sweet sampai tak perasan lili tgah pgg snake sbnrnya hahahahahaha. Tgk lagi sekali bru perasan ada snake . Huwaaa beraninya
Pretty and precious ❤️
farahllyana Princess Lili so pretty like her queen 😍
__petiteyounglady Brave Princess 👸. Masya Allah ❤️
raihanishak 😍 Doakan saya dapat anak perempuan. ❤️
maizayacob MasyaAllah, manisnye Princess Lili ❤️
Cucu pertama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah ini dilahirkan di wad diraja Hospital Sultanah Aminah pada tahun 2016.
Tunku Ismail dan Che’ Puan Khaleeda mendirikan rumah tangga pada Oktober 2014. Pasangan diraja ini dikurniakan empat cahaya mata, Tunku Khalsom Aminah Sofiah, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim, Tunku Abu Bakar Ibrahim dan Tunku Zahrah Zarith Aziyah.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.