Bila berbicara soal anak-anak, bagi setiap ibu anaklah sumber kekuatan yang utama. Zahirnya nampak lemah lembut, namun jangan disangkal kekuatan seorang ibu terutama dalam menguruskan anak-anak. 

Begitulah gambaran yang diberikan oleh penulis novel, Bonda Nor apabila bertemu pelakon cantik manis, Puteri Sarah Liyana. Ikuti perkongsian beliau.

Puteri Sarah Liyana. Heroin drama yang diadaptasi daripada novel saya yang berjudul SAYA TUNGGU AWAK.

“Awak Boleh Tinggalkan Pada Pengasuh, Tapi Tetap Bawa Anak” Kagum Dengan Kegigihan Puteri Sarah

Masa kami sampai, dia tengah shooting. Tampak dia menekuni wataknya dan cuba mengikut arahan pengarah. Saya tunggu saja dengan sabar.

Usai shooting scene tersebut, producer maklumkan padanya kehadiran saya.

Tapi saya lihat dia tergocoh-gacah mendapatkan dua orang anaknya. Mendukung, memujuk. Ragam anak kecil, biasalah.

Saya juga biasa membawa anak kecil ketika bekerja, memang faham sangat. Letih nak cuba fokus kerja sambil kena fikir segala keperluannya.

“Awak Boleh Tinggalkan Pada Pengasuh, Tapi Tetap Bawa Anak” Kagum Dengan Kegigihan Puteri Sarah

Saya biasa bawa seorang pun sudah terasa letihnya. Dia urus dua! Dua orang anak-anak kecil yang sedang aktif.

Saya ibu yang sudah banyak pengalaman pun kadang kalut juga. Dia cuma seorang ibu muda yang masih cetek ilmu dan pengalaman!

Allahu, saya mampu memahami kepayahannya!

IKLAN

Pihak produser memanggil-manggil lagi namanya, untuk dipertemukan dengan saya.

Sambil mendukung si anak, dia pantas datang mendapatkan kami. Saya serahkan bunga buatnya.

“Awak Boleh Tinggalkan Pada Pengasuh, Tapi Tetap Bawa Anak” Kagum Dengan Kegigihan Puteri Sarah

Tampak wajahnya seperti gelisah memikirkan rengek si anak, tapi tetap juga bibirnya tersenyum mesra.

Diajak bergambar, dia ikutkan saja. Ditanya sepatah dua, dia tetap menjawab dengan mesra.

Ya, lembut saja orangnya. Sentiasa tersenyum. Tiada riak kesombongan langsung walaupun dia – selebriti yang punya 1.4 juta followers!

Usai melayani kami, saya lihat dia mendukung anak perempuannya dengan tangan kanan, anak lelakinya dipimpin dengan tangan kiri, menuju ke tandas.

Sekejap lagi, dia sudah datang kembali, sudah bertukar baju, sedia untuk melakonkan scene seterusnya.

IKLAN

“Awak Boleh Tinggalkan Pada Pengasuh, Tapi Tetap Bawa Anak” Kagum Dengan Kegigihan Puteri Sarah

Namun, sebelum scene bermula, ketika krew dan pelakon lain sibuk bersembang, dia terus ralit melayani tingkah anak-anaknya. Subhanallah!

Saya tahu isu keretakan rumah tangganya ketika itu, lalu satu hal terdetik di hati, rasa kagum pada ibu muda ini.

‘Kuat semangat awak, Sarah! Kuat semangat awak membesarkan sendiri anak-anak ini walaupun tanpa suami di sisi. Awak boleh tinggalkan pada pengasuh, tapi tak. Bukan itu pilihan awak. Awak usung juga mereka ke sana sini. Dalam kesibukan awak, tetap juga awak mahu meluangkan masa bersama anak-anak.’

Sungguh, rasa kagum saya bercampur sebak!

Hari ini, saya dapat tahu dia memfailkan satu saman setelah 4 tahun dia cuba bersabar dan terus bertahan. Saya melihat video penjelasannya dan kali ini, air mata saya tumpah.

IKLAN

“Sarah terpaksa lakukan ini demi maruah, demi anak-anak Sarah.”

Allahu Akbar.

Dia seorang ibu yang setia berjuang untuk anak-anaknya. Lalu saya mendoakan keadilan buatnya, juga yang terbaik buat rumah tangganya.

Saya tidak pernah minat ambil tahu atau masuk campur mana-mana konflik dan gossip artis itu ini, tapi kerana antara sisi perjuangan wanita ini pernah berlaku di depan mata saya, maka saya terpanggil untuk menyatakan sokongan terhadapnya.

Stay strong, Puteri Sarah!

Kudos to all women who fight for their happines and for all moms who fight for their children!

#BondaNor See less
— feeling hopeful.

Kredit: Bonda Nor

“Awak Boleh Tinggalkan Pada Pengasuh, Tapi Tetap Bawa Anak” Kagum Dengan Kegigihan Puteri Sarah

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI