“Awak Tak Sakit Dah Dekat Dunia…” Luahan Isteri Hamil 5 Bulan Meruntun Jiwa

Share

Sayu luahan hati isteri kepada Elmi Nu Zamani Aizat Azim, 25, pemuda yang ditemukan lemas selepas terjatuh dari Kilometer 2.8, Jambatan Pulau Pinang di sini, kelmarin menyifatkan suaminya itu sebagai lelaki terbaik buat mereka sekeluarga.

‘Awak tak sakit dah dekat dunia, awak lelaki terbaik”

Khabar duka ini begitu meruntun jiwa. Jasad lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh di Kilometer 2.8, Jambatan Pulau Pinang pada Ahad malam akhirnya ditemukan pada Selasa pagi. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat.

Menerusi akaun TikTok ‘mummylee’, wanita yang dikenali dengan nama Nurul Natasha Amyra Ishak, 19, itu berkata, berita pemergian suami tercinta itu adalah suatu perkara yang paling mendukacitakan.

“Pemergianmu sangat menyayat hati sayang. Tunggu saya dekat sana, doa saya selalu mengiringi awak cinta.

“Awak tak sakit dah dekat dunia. Allah tahu apa yang awak buat. Awak lelaki yang terbaik. Pergi awak tinggalkan amanah awak sayang. Al-Fatihah,” demikian tulis ibu kepada dua anak itu, sebentar tadi.

Terdahulu, media melaporkan mayat pemuda yang dilaporkan terjatuh di Kilometer 2.8, Jambatan Pulau Pinang, menghala ke Perai, Ahad lalu ditemukan dalam keadaan terapung berhamipran jeti di Pengkalan Weld di sini, pagi tadi.

Mayat lelaki itu dijumpai masih lengkap berpakaian seluar jeans dan kemeja-T berwarna putih, kira-kira pukul 9.35 pagi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat mangsa dari pasukan Polis Marin.

 

Published by
Nor Yusoff