Sayu luahan hati isteri kepada Elmi Nu Zamani Aizat Azim, 25, pemuda yang ditemukan lemas selepas terjatuh dari Kilometer 2.8, Jambatan Pulau Pinang di sini, kelmarin menyifatkan suaminya itu sebagai lelaki terbaik buat mereka sekeluarga.
‘Awak tak sakit dah dekat dunia, awak lelaki terbaik”
Khabar duka ini begitu meruntun jiwa. Jasad lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh di Kilometer 2.8, Jambatan Pulau Pinang pada Ahad malam akhirnya ditemukan pada Selasa pagi. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat.
Menerusi akaun TikTok ‘mummylee’, wanita yang dikenali dengan nama Nurul Natasha Amyra Ishak, 19, itu berkata, berita pemergian suami tercinta itu adalah suatu perkara yang paling mendukacitakan.
Ads
“Pemergianmu sangat menyayat hati sayang. Tunggu saya dekat sana, doa saya selalu mengiringi awak cinta.
“Awak tak sakit dah dekat dunia. Allah tahu apa yang awak buat. Awak lelaki yang terbaik. Pergi awak tinggalkan amanah awak sayang. Al-Fatihah,” demikian tulis ibu kepada dua anak itu, sebentar tadi.
Ads
Terdahulu, media melaporkan mayat pemuda yang dilaporkan terjatuh di Kilometer 2.8, Jambatan Pulau Pinang, menghala ke Perai, Ahad lalu ditemukan dalam keadaan terapung berhamipran jeti di Pengkalan Weld di sini, pagi tadi.
Mayat lelaki itu dijumpai masih lengkap berpakaian seluar jeans dan kemeja-T berwarna putih, kira-kira pukul 9.35 pagi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat mangsa dari pasukan Polis Marin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada sesetengah orang terpaksa keluar ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini dijalankan. Mungkin perlu keluar bekerja atau mencari barangan keperluan buat keluarga. Dalam keadaan sekarang, sangatlah berisiko untuk berada di luar rumah.
Ustaz Khairul Anuar Basri berkongsi zikir ringkas yang boleh diamalkan untuk memohon perlindungan dari bahaya ketika berada di luar rumah.
Ini zikir WAJIB yang sangat powerful. Ringkas, padat dan menyeluruh.
Tambah-tambah dalam fasa kawalan pergerakan asbab Covid-19 sekarang ni.
Zikir ni saya dapat dari hadith Rasulullah SAW riwayat Tirmizi. Zikir ini juga ada disebut dalam kumpulan doa-doa Al-Ma’tsurat:
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم
“Bismillāhilazī lā yadhurru ma’asmihī syai un fil ardhi walā fissamā’ wa huwassamī’ul ‘alīm”.
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat sesuatu apa pun yang di langit dan di bumi, dan Dialah yang maha mendengar lagi maha mengetahui”.
❤️ Amalkan zikir ini 3 kali di waktu pagi dan 3 kali di waktu petang. InsyaAllah, kita akan terhindar daripada :
✅ Bahaya dan malapetaka.
✅ Keracunan makanan.
✅ Sihir dan santau.
✅ Gangguan makhluk halus.
✅ Wabak dan virus.
Orang-orang yang selalu berurusan dengan orang lain, elok sangat la amalkan. Especially orang yang berniaga dan sebagainya.
Atau kalau kita kena keluar rumah dalam masa 2 minggu ni. Amalkan baca setiap kali nak melangkah keluar dari rumah.
So, itu saja yang saya nak kongsi pagi ini. Semoga bermanfaat.
#KAB
– semuanya dengan izin Allah, kepada Allah kita kembalikan segala urusan.
Semoga dengan perkongsian Ustaz Khairul Anuar ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Perbanyakkan bacaan zikir untuk melindungi diri anda dari segala kesulitan sekiranya keadaan memerlukan anda keluar rumah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesetengah suami mungkin suka keluar malam untuk minum-minum bersama kawan. Tak salah, kerana ia umpama me time untuk suami. Malangnya ada sesetengah suami gemar melepak sehingga awal pagi, tinggalkan isteri dan anak-anak sendirian. Mungkin seronok dapat bersembang dan minum kopi sehinggakan terlupa ada yang menanti.
Perkongsian dari seorang suami yang juga pemilik akaun Facebook Mohamad Faizal Bin Saedon, memuat naik sebuah posting yang bercerita tentang pengalaman rumahnya dipecah masuk oleh perompak ketika dia tiada di rumah. Mujurlah isteri dan anak-anaknya selamat.
Dalam ceritanya itu, Faizal memberitahu yang dia keluar minum bersama kawan yang datang jauh dari Kota Bharu. Tidak mahu menghampakan kawannya itu, dia menerima pelawaan untuk keluar minum bersama. Ketika dia pulang ke rumah pada jam 2 pagi, dia dapati beg tangan isterinya berterabur di atas lantai tetapi masih tidak mengesyaki apa-apa kerana sudah menjadi tabiat anak-anaknya bermain dengan beg tangan itu. Kemudian dia ternampak tingkap rumahnya terbuka luas.
Pada waktu itulah dia mula mengesyaki ada yang tidak kena lantas berlari ke bilik. Dia melihat bilik sudah diselerakkan dan banyak barang yang hilang pada malam itu. Selain barang kemas, komputer riba dan gajet juga diambil perompak. Mujurlah isteri dan anak-anaknya tidak diapa-apakan. Sejak kejadian itu, Faizal tidak keluar malam lagi atau jika terpaksa dia akan cuba pulang seawal yang mungkin.
Tambah Faizal, buat suami yang suka keluar malam dan meninggalkan isteri dan anak-anak bersendirian, hentikanlah tabiat itu.
PERHATIAN LELAKI YANG SUKA KELUAR MALAM BALIK LEWAT.
Sudah 5 tahun berlalu. Kisah menakutkan berlaku dalam kehidupan kami.
Malam tu, 16 September 2014 sebenarnya tiada niat nak keluar rumah. Tapi dapat call dari sahabat dari Putrajaya ajak minum di Kota Bharu.
Bersembang sampai lewat, sampai kerumah pada pukul 2:15pg. Buka pintu rumah seperti biasa, tiba tiba tertengok beg wife yang berterabur atas lantai ruang tamu.
Tak syak apa apa sebab anak anak biasa main beg mummy dia macam tu. Sehinggakan terlihat tingkap yang terbuka. Memang tingkap tu tak pernah dibuka.
Berdebar dan berlari tengok anak anak dan isteri. Kebetulan malam tu, tak pernah lagi mereka tidur berasingan. Malam tu, Maryam Faqihah Amsyar tidur dalam bilik dia, Aishah Nusaibah di depan televisyen dan Nik Azlinda Nik Wan dalam bilik kami.
Suasana dalam bilik pun berterabur, semua laci dibuka. Banyak yang hilang pada hari tu, kerugian barang kemas, laptop, gadget semua disapu pencuri tu.
Tapi dalam kerugian tu, syukur tak terhingga isteri dan anak anak selamat. Masa tu wife tengah kandungkan Adam Abdulrahman.
Wife saya ni sebenarnya telinga lintah semasa tidur. Dia amat mudah bangun kalau bunyi apa apa. Tapi syukur malam tu dia tak bangun. Biarlah pencuri tu ambik semua yang bernilai, asalkan kalian selamat.
Banyak benda saya belajar dalam hal ni, selepas kejadian ni berlaku saya sudah tidak keluar malam. Kalau keluar pun saya akan cuba balik awal dan pastikan pagar berkunci. Ya, malam tu pagar rumah terbuka seluas luas alam.
Ini kisah yang banyak impak dalam kehidupan kami. Dulu hanya fikir orang lain je akan terkena, tidak! Ianya boleh berlaku pada diri sendiri.
Kepada yang baca post ni dan ada tabiat keluar rumah setiap malam balik hingga 2,3 pagi tinggalkan anak bini. Berhentilah! Tindakan kalian akan mudah dibaca utk pencuri buat keputusan utk pecah rumah kalian. Ingat, kisah ini mungkin berlaku pada kalian.
Sesekali kalau mahu keluar malam tidak salah, tetapi beringatlah. ada isteri dan anak-anak yang sedang menunggu di rumah. Pastikan juga semua tingkap dan pintu dikunci rapat sebelum masuk tidur. Lebih baik mencegah, dari menyesal di kemudian hari.
Suasana pilu menyelubungi malam pengebumian seorang pelajar tingkatan satu yang terkorban dalam kemalangan SMK Tanjung Mas yang tragis di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Mas.
Jenazah Allahyarhamah Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13 tahun, selamat disemadikan sekitar jam 9 malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Gayong, berhampiran Taman Uda Murni.
Lebih menyentuh hati, arwah kini ‘pulang’ ke sisi ibunya, Siti Maheran Noor, yang telah pergi meninggalkannya lima tahun lalu. Seolah-olah rindu yang terpendam akhirnya terubat dalam cara yang paling menyayat perasaan.
Dalam kemalangan SMK Tanjung Mas ini, sekitar 200 orang terdiri daripada ahli keluarga, jiran tetangga, sahabat handai, guru serta rakan-rakan sekolah hadir mengiringi perjalanan terakhir arwah. Tangisan dan doa mengiringi setiap langkah, menggambarkan betapa besar kehilangan yang dirasai oleh semua yang mengenalinya.
Rakan-rakan sekolah dilihat tidak dapat menahan sebak, malah ada yang menitiskan air mata sebaik sahaja jenazah dibawa ke tanah perkuburan. Kehilangan seorang sahabat yang dikenali sebagai ceria dan baik hati benar-benar memberi kesan mendalam kepada mereka.
Terdahulu, kejadian menyayat hati dalam kemalangan SMK Tanjung Mas itu dilaporkan berlaku apabila arwah bersama seorang lagi pelajar dilanggar sebuah kenderaan yang dipandu seorang wanita di hadapan surau sekolah.
Dalam insiden tersebut, Nur Fatimatul Hawa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala rakannya mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.
Kejadian yang berlaku secara tiba-tiba ini mengejutkan ramai pihak, khususnya warga sekolah yang tidak menyangka tragedi sebegini boleh berlaku di kawasan yang sepatutnya selamat untuk pelajar.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri, siasatan awal mendapati kejadian sekitar jam 1.50 tengah hari itu dipercayai berlaku apabila pemandu wanita berkenaan tertekan pedal minyak secara tidak sengaja.
Akibatnya, kenderaan hilang kawalan sebelum merempuh mangsa yang berada berhampiran kawasan surau. Punca ini menjadi fokus utama dalam siasatan kemalangan SMK Tanjung Mas bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.
Pihak polis turut menggesa orang ramai agar lebih berhati-hati ketika memandu, terutamanya di kawasan sekolah yang sering dipenuhi pelajar pada waktu tertentu.
Kisah ini juga menjadi peringatan kepada masyarakat tentang betapa pentingnya keselamatan di kawasan sekolah. Tragedi seperti kemalangan SMK Tanjung Mas ini wajar dijadikan pengajaran agar langkah pencegahan dapat dipertingkatkan.
Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang beriman, dan keluarga yang ditinggalkan diberi kekuatan menghadapi ujian berat ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jahitan Selepas Bersalin memerlukan penjagaan yang betul untuk mempercepatkan pemulihan. Ketahui punca koyakan perineum, episiotomi, tempoh penyembuhan, tanda jangkitan dan tip penjagaan selepas melahirkan anak.