Pakar bedah terkenal, Dr Amalina Che Bakri berkongsi berita gembira kepada pengikut media sosial yang dia kini sedang hamil.

Menerusi kemas kini di instagram, Dr Amalina berkata, dia mengambil masa yang agak lama untuk berkongsi berita berkenaan kerana media sosial yang merupakan sebuah platform perkongsian boleh bertukar sebagai medium untuk orang menghakimi.

“Saya sangat teruja untuk berkongsi berita indah ini dengan anda semua, saya hamil!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri)

Mencoretkan berita gembira itu melalui laman media sosial Instagram, Dr Nur Amalina, 35, nyata amat teruja berkongsi pengalaman kehamilannya.

“Saya akui bertugas dalam tempoh panjang dan pada masa sama menyiapkan PhD (Ijazah Doktor Falsafah) sememangnya sukar dan memenatkan.

“Saya melalui trimester pertama kehamilan yang sukar sehingga awal trimester kedua, terutama dengan alahan dan muntah sehingga kehilangan berat badan.

Awal Hamil Alami Alahan Kuat, Kini Dr Amalina Teruja Dah Rasa Gerakan Bayi

“Keletihan juga memainkan faktor. Apabila anda terpaksa menyiapkan pelbagai tugas, kadang-kala ia boleh menjadi cabaran yang nyata. Perkara yang dahulu boleh saya lakukan tiba-tiba menjadi satu tugas yang sukar,” katanya.

Dr Nur Amalina berkata, kajian diterbitkan dalam jurnal JAMA Surgery menunjukkan pakar bedah berkemungkinan mengalami kesukaran ketika hamil dan melahirkan anak sehingga terpaksa menangguhkan kehamilan mereka untuk mencari masa sesuai.

IKLAN

Suami & ibu banyak membantu dan memahami

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana dikurniakan suami, Alexander Charles dan ibu, Sabariah Hassan, yang sentiasa memahami serta menyokongnya.

Awal Hamil Alami Alahan Kuat, Kini Dr Amalina Teruja Dah Rasa Gerakan Bayi

“Saya sangat bertuah kerana mempunyai suami yang sangat menyokong untuk melalui perjalanan ini bersama-sama. Dia sangat teruja dan membaca semua buku berkaitan bayi yang disyorkan.

“Malah, mungkin dia lebih banyak tahu mengenai kehamilan berbanding saya.

IKLAN

“Ibu saya sangat mengagumkan dan sentiasa memastikan saya makan dengan mencukupi. Ibu membekukan banyak makanan dalam peti sejuk sebelum pulang ke Malaysia baru-baru ini,” katanya.

Awal Hamil Alami Alahan Kuat, Kini Dr Amalina Teruja Dah Rasa Gerakan Bayi

Alahan makin kurang, mula rasa gerakan bayi

Dr Nur Amalina berkata, keadaannya kini bertambah baik dan berasa seronok melalui perjalanan sebagai wanita hamil apabila merasai pergerakan bayi dalam kandungan.

“Saya teruja berkongsi pengalaman terutama berkaitan realiti dan cabaran sepanjang kehamilan ini, termasuk perkara pendidikan perubatan berhubung kehamilan,” catatnya.

IKLAN

Awal Hamil Alami Alahan Kuat, Kini Dr Amalina Teruja Dah Rasa Gerakan Bayi

Dr Nur Amalina melangsungkan perkahwinannya dengan Alexander Charles itu di London, tahun lalu.

Beliau adalah pelajar cemerlang yang pernah mencatat sejarah dengan kejayaan meraih 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004.

Kredit: IG Dr Amalina & BH

Awal Hamil Alami Alahan Kuat, Kini Dr Amalina Teruja Dah Rasa Gerakan Bayi

Nak buat persiapan kehadiran ‘orang baru’ kena reaady mental dan fizikal. Jom kumpul ilmu di Bengkel Pa&Ma To Be: Belajar Sampai Terer!

Hanya RM20, ada banyak hadiah istimewa. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/belajar-sampai-terror/

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI