Semuanya bermula dari rumah. Bukan hanya ilmu keagamaan, adab dan sivik, bahkan soal kebersihan dan kesihatan diri pun penting untuk kita terapkan pada anak kita diusianya ketika masih bayi.

Mak ayahnya segala input ini diperolehi. Maka jangan lokek untuk berkongsi segala ilmu kebaikan buat anak kita. Pentingnya untuk kita beritahu anak bahawa mengambil makanan manis atau membuang sampah misalnya adalah tidak wajar dan patut dielakkan. Barulah anak faham dan apabila dia besar kelak, ilmu ini dibawanya bersama.

Jangan lokek mendidik anak sejak anak lahir. Inilah tanggungjawab kita, barulah ia mampu menjadi pelindung bila anak berdepan dengan dunia luar kelak. Inilah yang dikongsikan oleh Pn Wawa Shauqi, Penulis Keibubapaan.

Mak Ayah Guru Pertama Anak, Ajarkan Tentang Adab & Kebersihan, Boleh Jadi ‘Filter’ Anak Berdepan Dunia Luar!


Waktu melipat kain dalam bilik tadi, saya perasan pintu rumah dibuka tutup berkali-kali. Anak-anak berlari keluar dan masuk.

Telinga saya menangkap bunyi yang suspicious. Macam bunyi bekas gula-gula dibuka dan ditutup berkali-kali.

“Tak boleh makan banyak. 3 je cukup. Nanti gigi rosak.”

Sah! Diorang dah jumpa bekas gula-gula yang saya sorok kat atas almari. Terus saya berlari keluar bilik. Mencicit anak-anak lari ke luar rumah.

Mak Ayah Guru Pertama Anak, Ajarkan Tentang Adab & Kebersihan, Boleh Jadi ‘Filter’ Anak Berdepan Dunia Luar!

IKLAN

Tapi Aqlan tak sempat. Dia dah tersadung depan pintu. Dengan senyuman kantoi, dia cakap kat saya,

“Sorry mama. Aqlan dah makan 2 gula-gula. Aqlan janji ni last.”

“Thank you Aqlan jujur dengan mama.”

Kata saya. Geram juga rasa. Mana pulak dia tau tempat simpan gula-gula!

Mak Ayah Guru Pertama Anak, Ajarkan Tentang Adab & Kebersihan, Boleh Jadi ‘Filter’ Anak Berdepan Dunia Luar!

IKLAN

Tapi yang leganya, diorang berpegang pada 2 peraturan :
1) Anak-anak tau peraturan max gula-gula hanya 3 biji sehari (tanpa tambahan makanan ringan lain).

2) Diorang tak buang sampah merata-rata. Sanggup balik semula ke rumah semata-mata nak buang sampah plastik gula-gula.

Alhamdulillah tak sia-sia saya pesan berkali-kali dari kecil tentang bahaya makan benda manis belebih-lebihan. Dan betapa buruknya sikap buang sampah merata-rata ni.

Mak Ayah Guru Pertama Anak, Ajarkan Tentang Adab & Kebersihan, Boleh Jadi ‘Filter’ Anak Berdepan Dunia Luar!

Ammar pernah sound seorang kakak sebab buang sampah dalam longkang. “Inilah penyebab nyamuk eades!” kata dia. Sebijik ikut cara mak dia cakap.

IKLAN

Saya sangat percaya pada peranan mak ayah sebagai guru pertama anak-anak. Sebab tulah kita kena sentiasa pesan pada anak.

Ajar anak tentang :
– ilmu agama
– adab
– sivik
– penjagaan kesihatan (bahaya gajet, junkfood)
– penjagaan maruah diri (untuk elak jadi mangsa seksualiti)
– and anything that can and cannot do

Mak Ayah Guru Pertama Anak, Ajarkan Tentang Adab & Kebersihan, Boleh Jadi ‘Filter’ Anak Berdepan Dunia Luar!

Pesanan-pesanan macam nilah yang sedikit sebanyak jadi filter bila anak berdepan dengan dunia luar. Kita pernah jadi kanak-kanak. Kita tau betapa kuatnya pengaruh rakan-rakan, kan.

Tapi ingat. Makin banyak kita pesan, makin banyak kita tunjuk teladan, makin tebal filter untuk lindung anak-anak dari ikut pengaruh yang bukan-bukan.

Iya anak-anak ini kuat dengan sifat suka meneroka. Terlalu banyak melarang pun boleh buat mereka hilang keberanian.
Tapi, kalau kita biarkan mereka meneroka tanpa hala tuju dan tanpa sempadan, bimbang juga tersontot di tempat yang salah.

Artikel berkaitan: Punca Anak Tak Nak Makan Hidangan Utama Sebab Asyik Makan Manis & Keropok

Anak Kecil Lagi Biasalah Sepah, Jangan Biasakan Sepah, Kena Ajar Anak Kemas Lepas Main Walaupun 1 Mainan!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI