Usahawan kosmetik popular, Datin Rita Sosilawati berkongsi kini dirinya hamil 14 minggu. Rita atau nama sebenarnya Erni Dekritawati Yuliana Buhari berkongsi berita gembira itu dalam hantaran terbaru di akaun instagram miliknya.
Menurut Rita, dia bersyukur kerana diberi peluang untuk sekali lagi merasai nikmat memiliki cahaya mata selepas gugur pada awal tahun 2022.
“Hari Jumaat yang baroqah ini, saya ingin mengumumkan saya sudah hamil 14 minggu. Dah tak boleh nak sorok perut dah.
“Awal tahun 2022 saya keguguran..Memang sedih tetapi dengan doa yang tidak putus-putus..Allah ganti balik rezeki baby untuk saya akhir tahun ini.
Ads
“Percaya pada rezeki Allah, terima kasih Ya Allah. Aku sangat bersyukur pada Mu. Alhamdulillah untuk rezeki Allah yang sangat berharga ini.
“Doakan saya dan baby sihat ya sehingga proses melahirkan nanti,” tulisnya.
Sebelum ini, Rita mengalami keguguran ketika kandungan berusia 10 minggu.
Ads
Terdahulu Rita mendirikan rumah tangga dengan Datuk Khamarulzaman Mohammad hanafiah pada 4 Disember 2011.
Pasangan tersebut kemudian dikurniakan empat cahaya mata iaitu Kaisar Raees, 10, Khalid Rashad, 9, Khaylila Rafaahiyah, 7, dan Khalil Rizqullah, 5.
Insyaallah Januari 2020! Suami pelakon Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria berkongsi rasa syukur dengan perkembangan terbaru isterinya yang sedang hamil.
Menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya, Faizal menyatakan rasa syukur dan memaklumkan anak yang dikandung isterinya itu berada dalam keadaan sihat.
Faizal mendedahkan tarikh jangkaan bersalin Abby mengikut perkiraan doktor adalah pada Januari 2020.
“Hari ini dengan my love @abby_abadi112 ke klinik lagi sebab ada temu janji untuk scan.
“Best tengok baby, semua sihat. Insya-Allah Januari 2020 dapat melihat kebesaran ciptaan dan nikmat yang Allah berikan kepada hambaNya.
“Moga Allah berikan kesihatan yang terbaik untuk my love & my baby…” tulisnya.
Terdahulu pada tahun 2017, Abby mendedahkan pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan.
Sebelum ini, Abby ada berkongsikan fotonya di sebuah klinik serta memberitahu dia membuat imbasan seperti memberi gambaran bahawa dia kini sedang hamil pada usia 42 tahun.
Turut meluahkan rasa syukur, bagaimanapun, Abby berkata dia belum bersedia untuk berkongsikan berita gembira itu kepada umum kerana masih terlalu awal.
“Suami bawak saya pergi buat imbasan tadi. Alhamdullillah syukur. Nantilah saya cerita ye, segan nak cerita sekarang. Awal lagi.
“Untuk doktor-doktor & adik-adik di klinik, jangan serik jumpa saya setiap bulan mulai bulan ni ye,” tulisnya.
Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015. Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Sumber: ig jaiezzany
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama hero malaya, Remy Ishak sekali lagi menjadi bualan netizen hari ini bila mana ramai yang mula mendakwa isterinya, Ezza Yusof kini hamil anak pertama.
Semuanya selepas perkongsian video Remy dan isterinya di Tik Tok yang memperlihatkan bentuk baby bump yang cukup jelas ketara.
Pun begitu baik Remy, mahu pun isterinya, kedua-duanya tidak membarang sebarang pengumuman berkenaan kehamilan itu.
Melalui beberapa video yang dikongsikan oleh Ezza menerusi akaun Tik Toknya, isteri kesayangan aktor kesukaan ramai itu dilihat tampil dengan blause longgar dan sopan namun saiz baby bump cukup jelas kelihatan.
Biarpun tiada sebarang pengesahan dari Remy mahupun isterinya, wargamaya sudah mula mengucapkan tahniah apa lagi beberapa keping gambar Ezza turut dikongsikan pasangan itu mengesahkan kehamilan itu.
Rata-rata wargamaya mengucapkan tahniah di atas kehamilan sulung itu malah turut mendoakan agar dipermudahkan hingga detik melahirkan kelak.
Terdahulu, Remy dan isterinya, Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021. Pasangan ini masih menantikan kehadiran zuriat dalam hidup mereka.
Perjalanan rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) yang dilakukan pelakon dan pengacara, Elizad Sharifuddin sememangnya diikuti oleh para pengikutnya di instagram. Menantikan khabar gembira daripada tuan punya badan, namun pagi ini Elizad memaklumkan dia mengalami keguguran kerana berlaku pendarahan.
Namun kata Elizad dia sempat merasai nikmat menjadi ibu sebelum mengalami keguguran. Satu nikmat yang cukup berharga bagi dirinya. Menurut Elizad lagi, kandungannya tidak kuat dan berlaku pendarahan.
“Allah bagi rasa nikmat jadi Ibu tu minggu lepas tapi Dia ambil balik. Terjentik sungguh “rasa “ itu.
“Dimaklumkan hamil minggu lepas. Masyaallah dia punya gembira tu tak tau nak kata, sebab dah lama menanti.
“Tapi kandungan tak kuat dan bleeding. Tak tau nak gambarkan perasan macam mana . Terduduk seketika,” katanya berkongsi menerusi instagramnya awal pagi tadi.
Namun Elizad sememangnya wanita yang cukup kuat dan tabah. Malah dia sentiasa positif dan bersangka baik dengan setiap aturan Allah untuknya.
Jalani rawatan sekali lagi
Katanya lagi, dia juga tidak akan berputus asa untuk mendapatkan cahaya mata, zuriat dari darah dagingnya sendiri.
Menerusi entri yang sama juga, kata Elizad, dia akan kembali menjalani rawatan IVF seterusnya pada Januari 2021 nanti. Kita doakan buat Elizad dan suami. Pastinya sesuatu yang lebih indah diaturkan Allah SWT sebaiknya.
“Tak mengapa, Insya-Allah ada rezeki lain. Husnuzon, bersangka baik. I will never give up. I will always be positive & will keep on praying.
“See you again doctor on January 2021. Thank you to those who been very supportive & keep praying for my IVF journey,” katanya.
Tidak mengapa, Allah pastinya sudah merencanakan yang terbaik buat Elizad dan suami. Stay strong!
Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2015. Pada Oktober lalu, Elizad menjalani sesi IVF di sebuah hospital swasta dalam usahanya untuk memperoleh zuriatnya sendiri.