Penyanyi Jacyln Victor mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anak-anaknya, Jonah Joshiah Rivera dan Molly Marguerite Rivera.
Kata Jac, dia tidak akan lagi membenarkan gajet dan teknologi melekakan dan menjadi pengasuh anak-anaknya mulai sekarang.
“Perkara paling teruk yang saya lakukan sepanjang menjadi ibu ialah membenarkan televisyen dan gajet berperanan sebagai pengasuh.
“Mudah bukan, tayangkan sahaja apa yang anak-anak suka dan biarkan mereka. Adoi.
“Anak-anak saya memang hebat. Mereka membesar dengan sihat dan gembira tetapi saya pasti mereka mampu melakukan lebih daripada itu.
Ads
“Saya mahu mereka memaksimumkan untuk memperbetukan kesilapan saya, kembali mendidik dengan cara old school sepertimana saya dibesarkan oleh ibu saya,” katanya.
Memikirkan tentang peranannya sebagai ibu, kata Jac lagi sudah menjadi pilihannya untuk membesarkan anak-anak tanpa bantuan pengasuh.
“Saya banyak memikirkan betapa teruknya saya sebagai ibu mereka.
Ads
“Saya memilih untuk membesarkan mereka tanpa pertolongan pengasuh sebab tidak mahu terlepas melihat mereka. Kiasu bukan?
“Saya ingat saya sudah melakukan perkara terbaik buat mereka dengan membantu mereka menguruskan diri tetapi saya sepatutnya membiarkan mereka melakukan perkara itu dengan berdikari,” tambahnya.
Penyanyi lagu Gemilang itu telah berkahwin dengan penyanyi Amerika Syarikat, Shawn Rivera pada Julai 2014 dan berpisah 2020.
“Danial!!! Mommy cakap apa tadi?? Jangan main dekat TV kan??? Sekarang apa dah jadi! Pecah!”” tangan mommy laju memukul anak, amarah menguasai diri. Anak kecil dalam ketakutan, tak tahu bagaimana nak meminta maaf hanya mampu menangis.
YA, SEBENARNYA ANAK FAHAM LOGIK MUDAH DAN ALASAN DAHULU SEBELUM PANDAI BERTUTUR
Teringat zaman anak-anak masih kecil.
Zaman TERtumpah, TERtolak, TERlanggar, TERjatuhkan, TERpecahkan dan banyak TER lagi kerap berlaku.
Budak baru dapat kaki, tangan dan akal. Dunia macam playground besar. Tenaga macam magnet kekal. Logik fikiran saja yang masih mentah dan kasar.
Jadi letih ibubapa menghadap. Jadi tak kuat ibubapa nak menahan sabar.
Geramnya rasa.
Tak boleh tahan. Rasa macam puas jika dapat di cubit, di pukul dan di jerit anak itu.
Namun, PUAS DAN LEGA TAK SAMA.
Puas cuma seketika. Datang hanya bila sesuatu berjaya di capai dan di lakukan.
Namun PUAS belum tentu buat kita LEGA.
Kerana itu, setelah puas naik tangan dan naik suara, mula bertubi-tubi rasa menyesal.
Rasa teruk. Rasa jahat.
Melihat anak suci yang menangis kesakitan. Melihat sinar matanya yang kebingungan di perlakukan sedemikian.
TIADA RASA LEGA YANG IBUBAPA RASAKAN.
Lebih teruk bila hal serupa asyik berulang.
Tiada luka, tiada darah, tiada patah dan lebam TIDAK BERMAKSUD TIADA KESAN.
Kelakuan ibubapa PALING TINGGALKAN KESAN. Anak jadikan panduan. Anak jadikan rujukan. Anak jadikan ikutan.
Kemudian dia menjadi EXACTLY seperti apa yang dia dibiasakan.
ITU PUNCA UTAMA MENGAPA TIDAK SESUAI MENGGUNAKAN KEKERASAN FIZIKAL DAN VERBAL KEPADA ANAK KECIL.
Pengalaman demi pengalaman jadi binaan asas struktur otak anak.
Tak mengapa ia cuma sekali-sekala. Ibubapa juga manusia biasa.
Namun usahalah untuk ubah JIKA ternyata ia sudah jadi hal biasa.
Belajar: Berhenti. Tarik Nafas dan Beredar Seketika.
Yang perlukan time out itu ialah ibubapa. Bukan anak.
Kerana yang lebih kawalan kendiri itu ialah ibubapa. Bukan anak.
Datang semula kepada anak setelah ibubapa lebih tenang dan rasional.
Ajar anak selesaikan masalah yang telah dia timbulkan.
Tunjukkan kepadanya cara lebih baik untuk melakukan sesuatu.
Terangkan dan lakonkan semula mengapa perbuatannya bahaya atau tidak patut.
Beritahunya perasaan anda tentang apa yang telah dia lakukan.
Percayalah, anak semuda usia 4-5 bulan sudah boleh mula kenalpasti perkataan biasa yang kerap di ulang. Sudah belajar kenalpasti cara berinteraksi dengan dunia melalui intonasi, bahasa badan, mimik muka dan respon yang dia terima.
🔥Sebahagian ibubapa awal-awal dah rasa anak tak akan faham 😩
Lalu mereka tak kisah untuk cuba menerangkan dan memberi tunjuk ajar.
Tiba -tiba ibubapa expect anak tahu buat begitu dan begini. Dan marah-marah pula bila jadi sebaliknya.
ADIL kah?
➡️ Kita layan anak macam orang tak faham bahasa langsung. Kemudian kita marah-marahkan anak bila dia benar-benar berkelakuan macam orang tak faham bahasa langsung ⬅️
LUCU bukan? Kita inilah yang sebenarnya lucu!
Yes, benar. Anak perlu ‘pandai’ cakap untuk ‘pandai’ terangkan tentang perasaan dan kehendaknya
NAMUN….
Anak TIDAK PERLU PANDAI CAKAP untuk faham logik mudah (deductive reasoning) dan alasan.
Anak TAK PERLU PANDAI BERBAHASA untuk pandai berfikir.
Ada anak nak masuk darjah satu tahun depan? Hah, dah boleh fikir tentang “persediaan” anak-anak untuk ke sekolah dah.
Bukan sekadar persediaan uniform, buku, beg & kasut sahaja tau. Tapi bersedia juga mental & fizikal dia.
5 kemahiran penting mental & fizikal anak kena ada untuk ke sekolah :
1 – Sosial
Ada anak menangis, tak nak sekolah gara-gara ada sosial anxiety. Sebut sekolah je dah boleh buat dia rasa resah & ketakutan.
Sosial anxiety ni kerap terjadi pada anak-anak yang kurang jumpa orang, pendiam, introvert dan jarang bersosial di luar rumah.
Kemahiran sosial bermula dari kecil. Perlu biasakan berbual dengan anak, bawa buat aktiviti luar, jumpa dengan orang dan ajar bersosial. Baru anak tak culture shock kat sekolah.
2 – Komunikasi
Penting penting penting! Acap kali dengar anak darjah satu yang sampai terberak dalam seluar kerana dia takut nak bagitahu kat cikgu dia nak berak. Aduhai.
Komunikasi ini wajib. Latih anak skil komunikasi penting seperti ;
– minta izin
– minta tolong
– bertanya soalan
– minta maaf
– ikut giliran
– ikut arahan mudah
– ikut peraturan
3 – Self control
Ini la yang membezakan budak tadika & budak sekolah rendah, iaitu self control. Diorang main-main juga, galak-galak juga tapi diorang tak over.
Berpada-pada dalam bermain dan mampu kawal diri sendiri. Bila loceng berbunyi je semua dah ready untuk belajar.
Self control ni juga banyak manfaat. Ia buat anak kita jadi lebih terkawal emosinya, fikirannya & paling penting adab dia.
4 – Fokus
Di tadika 80% main, 20% belajar, tetapi di sekolah boleh kata 80-90% belajar je. Super penting kemahiran fokus ni ketika belajar.
Risau sekarang ni silibus sekolah dah kategori “advance”. Jika anak tak boleh duduk diam, tak boleh fokus, lemah 3M dan sebagainya memang risiko tercicir tinggi.
5 – Self manage ( urus diri )
Wajib sangat latih anak urus diri sejak di tadika lagi, kurangkan micromanage anak-anak.
– biar dia pack beg sekolah sendiri
– biar dia pakai baju seluar sendiri
– biar dia buat kerja sekolah sendiri
– biar dia ingat jadual sendiri
– biar dia berani tanya soalan sendiri
– biar dia urus rutin dia sendiri
Berhenti jadi PA anak-anak. Tanpa sedar kemahiran berdikari & urus diri sendiri boleh jadi lemah.
Di sekolah nanti, tiada orang nak jadi PA anak, semua kena buat sendiri dah..Masih ada masa berbulan-bulan lagi ni, usah berlengah persiapkan anak-anak dari sekarang.
Misi mempersiapkan anak-anak untuk alam persekolahan sebenar!
Biasanya ibu bapa tak nampak kekuatan atau kelebihan lain pada anak kerana apa yang mereka nilai adalah pencapaian dari akademik semata-mata.
Malah masyarakat pun akan membandingkan antara anak dia dan anak orang lain melalui cara yang sama. Sedangkan banyak lagi kelebihan anak yang kita tak perasan.
Mungkin lima orang anak, ada lima kekuatan yang berlainan. Bagaimana kita nak pastikan ia digilap dengan baik dan anak-anak ni berjaya, ibu bapa kena main peranan.
Perkongsian dari Puan Noor Afidah Abu Bakar ini memberi panduan untuk kenal pasti kekuatan anak kita.
Ramai ayah dan ibu selalu bertanyakan bagaimana caranya untuk mengenal pasti kekuatan yang ada pada diri anak.
Bagi anda yang sering mengikuti hantaran-hantaran saya, anda mungkin telah menghafal tentang 9 jenis Kecerdasan Pelbagai (9 Multiple Intelligence) oleh Howard Gardner, yang sering saya ulang kongsi sejak beberapa tahun yang lalu. Teori tersebut memberi panduan tentang JENIS kekuatan dan kelebihan yang mungkin dimiliki oleh anak-anak.
Bagaimanapun, terdapat 3 elemen* yang PERLU ada pada anak untuk membentuk sesuatu kekuatan.
Luangkan masa bersama anak anda dan perhatikan tingkahlaku dan kecenderungan anak.
Tanya diri anda 3 soalan ini:
1) Adakah saya melihat PENCAPAIAN?
Perhatikan sama ada anak berkebolehan dalam sesuatu bidang atau skil melebihi tahap usianya.
Adakah anak mempelajari atau menguasai skil dalam bidang tersebut dengan cepat dan mencapai kejayaan demi kejayaan dalam usahanya?
Contohnya:
Anak kecil yang lincah menggelecek bola seperti Messi ataupun anak sekolah rendah yang mahir menggunakan bahasa yang tinggi dengan susunan ayat seumpama seorang sasterawan. Ataupun mungkin anak yang mempunyai tahap sensitiviti dan empati yang tinggi melebihi seorang dewasa.
2) Adakah saya melihat TENAGA?
Kekuatan sepatutnya memberikan semangat kepada anak. Semakin anak menggunakan kekuatan yang ada pada dirinya, dia menjadi semakin bersemangat untuk terus perolehi manfaat daripadanya.
Adik saya memiliki bakat yang luar biasa dalam lukisan sejak kecil. Melukis memberikan semangat dan ketekunan yang luar biasa baginya. Semakin dia melukis semakin galak semangatnya untuk meneruskannya. Adakah anak anda juga begitu?
3) Adakah saya melihat KEKERAPAN?
Perhatikan apakah yang dilakukan anak ketika waktu lapangnya. Berapa kerapkah dia melakukan sesuatu aktiviti yang tertentu? Adakah dia bersemangat bercerita dan berkongsi tentang aktiviti tersebut?
Kepada ibu bapa yang bertanya kepada saya, begitulah panduan untuk mengenalpasti kekuatan dan kelebihan anak anda.
3 elemen tersebut perlu ada untuk sesuatu itu menjadi satu KEKUATAN. Apa yang penting adalah LUANGKAN MASA dan PERHATI.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.