Awan Nano Jr. Hafiz Suip & Isteri Pilih Nama Alkaf Zayne Untuk Anak Kedua

Share

Penyanyi Hafiz Suip dan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah memilih nama Alkaf Zayne untuk cahaya mata kedua mereka yang dilahirkan 1 Mac lalu.

Nama tersebut didedahkan menerusi ruangan Instagram (IG) anak pertama mereka, Muhammad Riyadh Zafri.
Menerusi foto terbaru di akaun Instagram Nureffy atau lebih mesra dengan panggilan Effy itu juga sudah mula menggunakan hashtag #mybabyAZ.

Bagaimanapun buat masa ini, Effy dan Hafiz masih belum mendedahkan wajah anak kedua mereka.

Menerusi tinjauan di laman sosial masing-masing, Hafiz dan Effy hanya mendedahkan bahagian tangan, kepala, kaki dan mulut Alkaf.

Dalam pada itu, pengikut IGnya juga mengucapkan tahniah kepada pasangan itu selain meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat wajah comel Alkaf.

Awan Nano Jr

“Rambut dah sama… Ni nangis mesti ikut suara bapak die, vokal terbaik tu,” komen @miszleina

“Tahniah Hafiz dan isteri, comel baby walaupun nampak kakinya,” tulis @jamalroha

Hafiz yang juga juara Akademi Fantasia musim ketujuh bernikah dengan Nureffy pada 14 Mei 2016, dan pada akhir Disember 2017 mereka menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Muhammad Riyadh Zafri.

Sumber: Gempak; IG Hafiz Suip & IG Nureffyj

IKLAN