Hisap jari ialah satu habit yang sering berlaku kepada si kecil. Jika kecil dahulu, mereka menghisap jari kerana untuk merangsang sensori. Tapi ia berlarutan sehingga melebihi usia 3 tahun, ia patut dibimbangi kerana boleh ganggu pertumbuhan gigi.
Ada sumber yang mengatakan kanak-kanak yang menghisap jari adalah disebabkan oleh tidak cukup rangsangan pada mulut semasa bayi. jadi, sewaktu kecil, mama papa tidak perlu melarang perkara ini. Ia normal. Cuma sekiranya ia berlarutan sehingga 3 tahun ke atas, langkah mencegah perlu diambil.
Dr Wan Nurhana Wan Chek
Menurut Dr Wan Nurhana Wan Chek, apabila anak menghisap jari yang paling terkesan adalah pertumbuhan gigi serta tulang muka anak. Terutama bila anak-anak berusia 3 tahun ke atas. Budak 2 tahun ke bawah dianggap normal jika menghisap jari. Dipanggil thumb sucking.
Kanak-kanak selalunya akan menghisap jari sehingga terlena.
APAKAH KESAN ” THUMB SUCKING”
#1 Rahang atas mengecut dan menyebabkan pertumbuhan gigi dan rahang yang tidak normal.
#2 Mouth breather. (bernafas melalui mulut. Mulut mudah kering menjadikan gigi mudah rosak)
Ads
#3 Open bite (gigitan terbuka). Gigi hadapan tidak rapat. Bila gigi hadapan tidak rapat sukar untuk mengigit makanan.
MENGAPA ANAK ‘THUMB SUCKING”/ MENGHISAP JARI?
Ads
Menurut catatan dari Puan Saleha Idris, Anak hisap jari dari kecil kerana kurang mendapat keperluan asas yang cukup ataupun ketika mereka sedang explore dunia semasa kecil hingga terbiasa melakukannya.
Maka ia dipanggil habit atau kebiasaan. Biasanya bayi menghisap jari kerana refleksi emosi seperti bosan, marah atau letih.
Ads
5 TIP HILANGKAN TABIAT HISAP JARI
Cara nya untuk menghilangkan tabiat menghisap jari anak atau ‘thumb sucking’ :
Tawarkan hadiah untuk proses tukaran dengan hisap jari. Jika berjaya maka dipanggil peneguhan positif. Kerana tingkahlaku yang dikehendaki berhasil.
Hukuman-Apabila hisap jari letakkan perisa yang tidak disukai atau rasa pahit
Memberi pujian dengan menyebut usaha dan doakan. “Bagus ani tidak hisap jari. Nanti kawan sayang ani. Jari ani pun bersih dan tak ada kuman . Jari ani wangi. Allah suka orang bersih. Kalau Allah suka boleh masuk syurga.”
Boleh sediakan carta plan tindakan tidak hisap jari. Kira satu hari berapa Kali. Dalam tempoh 20 hari fokus untuk kurangkan tingkahlaku dalam kekerapan.
Semasa anak tidur dan bedtime lakukan teknik tutup mata dan bayangkan kalau hisap jari nanti jari putus. Jari pun hilang. Sayang kan jari kita ada 5 tinggal 4.
Kemudian perlahan lahan dalam gelombang alpha beritahu dia esok mesti bangun tidur dengan gembira jari ada 5. Sebab kita tak makan jari.
Normal bagi bayi atau anak kecil yang menghisap jari. Tapi bila tabiat ini berterusan lebih dari usia dua tahun, ia boleh menyebabkan perubahan pada gigi susu atau gigi kekal yang boleh menggangu fungsi, perkembangan rahang dan estetik wajah.
Kesan buruk akibat tabiat menghisap jari bergantung kepada kekerapan dan tempoh masaserta kekuatan daya hisapan.
Menerusi perkongsian Konsultan Tangisan & Tidur Bayi, Puan Uswatun Hasanah, saintis menggelarkan hisap jari sebagai ‘sofisticated calming tool'(skil bertenang yang canggih):
✔ Kerana pada saat bayi mula pandai hisap jari dan menikmati perbuatan itu, bayi kini telah mempunyai 1 kemahiran menenangkan diri sendiri yang dia boleh buat tanpa perlu bantuan ibu atau alat.
✔ Kerana pandai hisap jari ini memerlukan kemahiran kawalan otot bukan saja untuk membawa tangan ke mulut tetapi juga untuk kekalkan jari di dalam mulut. Maksudnya, untuk pandai hisap jari, ia perlukan otak + otot bayi untuk berkerjasama menjayakannya. Ha, canggih kan?
So, siapa kata hisap jari tak elok. Ini satu bentuk pencapaian bayi mamalia yang perlu di raikan tau!
Bayi telah menghisap jari sejak di dalam rahim maka bayi telah kenal dengan nikmat yang hisap jari berikan.
Setelah lahir, jari sudah tak lagi ada di depan muka anak kerana anak tak lagi duduk berlipat (fetal positioning) seperti di dalam perut. Maka, pada bulan-bulan awal kelahiran, anak berusaha keras mendapatkan kembali skil hisap jarinya yang kini jadi lebih mencabar untuk dikuasai.
Ramai bayi kelihatan minat nak hisap jari bermula usia 2 bulan. Kerana, di usia 8 minggu (+/-), semua bayi manusia mengalami satu perkembangan mental yang di namakan:
Dunia Corak & Bentuk
Maka, anda dapat lihat kadang-kala bayi merenung kertas dinding atau lukisan dinding rumah. Atau menikmati jalur cahaya yang menerobos masuk melalui tingkap biliknya.
Bayi juga lebih fokus bila memandang muka anda dan nampak berminat nak berborak ‘uh’ ‘ah’ sebagai respon. ‘Uh’ , ‘Ah’ dan bunyi pendek lain yang dapat di hasilkan dari peti suara manusia juga adalah sejenis corak.
Corak & bentuk bukan pada penglihatan dan sensasi luar sahaja. Tetapi juga dalam badan bayi. Maka bayi akan mula suka bermain jari serta mula cuba-cuba hisap jari kerana bayi ‘merasai’ pergerakan di antara tulang dan tendonnya. Lalu, bayi mahu meneroka corak gerakan dan koordinasi otot.
Tetapi, SEMUA perkara di dunia ini ada masa dan tempatnya. Sampai masa, enough is enough.
Kredit: USWATUN HASANAH MOHD HABIB KONSULTAN TANGISAN & TIDUR BAYI DBL INSTITUTE THB EDU ASSC THE WONDER WEEKS ACADEMY SLEEPSMART EDUCATION BIG LITTLE FEELINGS
Kalau nak didik anak, dari kecillah sepatutnya kita mulakan. Ajarkan pada anak perkara-perkara penting supaya kelak pandai dia membawa diri. Salah satunya ajarkanlah cara untuk menjaga kehormatan diri.
Tak kiralah berapa pun umur anak dan sama ada dia lelaki atau perempuan, didiklah anak tentang soal kehidupan untuk masa hadapannya nanti.
Bercerita tentang menjaga kehormatan diri, Ardell Aryana yang merupakan pelakon dan aktivitis kemasyarakatan amat memandang berat tentang hal ini.
Melalui video yang dikongsikan di laman Instagram Ardell Aryana, dapat dilihat kemesraan dan jalinan kasih sayang antara seorang ibu dan anak.
Melalui ciuman dan pelukan dia tunjukkan kasih sayang terhadap anaknya Arwa Malaikha Urwa, tetapi paling penting tidak melakukannya pada bibir.
Antara komen warganet;
Seperti yang kita ketahui, ciuman pada bibir adalah tidak sesuai untuk kita lakukan pada anak. Mencium bibiranak adalah tidak baik dan sangat penting untuk kita ajarkan pada anak bahawa orang lain juga tak boleh melakukannya sesuka hati kepada mereka.
Urwa juga anak yang bijak, banyak mengikut rupa paras dan perangai ibunya. Dia juga petah berkata-kata dan suka mengusik ibu ayahnya. Semoga terus membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah yang membanggakan kedua orang tuanya.
Memang risau apabila anak prasekolah iaitu usia lima atau enam tahun tidak menjawab soalan atau bercakap sendirian. Jika bercakap pun, tidak menjawab soalan. Malah menurut terapis pertuturan ini, ia dikatakan antara kesan penggunaan gajet yang salah. Penjelasan Izzati Wan Azlee Terapis Pertuturan daripada Excel Qhalif diharap dapat memberi manfaat kepada ibu bapa.
“Anak saya boleh bercakap, tapi tak boleh jawab soalan”
“Anak saya ada words, tapi sangat limited”
“Anak saya pandai cakap, tapi pendek-pendek”
“Kalau dia main sorang-sorang dia cakap, tapi kalau saya tanya dia tak jawab”
Persoalan tersebut kedengaran familiar? Atau mungkin itu jugalah yang berlegar-legar di fikiran anda? Sebagai Speech Therapist, itu adalah antara beberapa keluhan dan persoalan yang sering kami hadapi tatkala berdepan dengan parents kepada anak yang mengalami masalah komunikasi.
Sedar atau tidak secara realitinya ramai parents di luar sana membiarkan anak-anak mereka berkawan rapat dengan gajet. Kini dalam era yang serba canggih dan moden, tidak dapat dinafikan memang dunia anak-anak kita lebih terjerumus kepada dunia robot (a.k.a gajet). Pendedahan kepada tablet, handphone, computer dan tv kepada anak-anak telah menjadi satu kebiasaan pada masa kini. So, jika terlihat anak-anak kecil memegang handphone atau tablet di tangan mereka—bukan satu situasi yang mengejutkan. Malah ramai mengatakan ianya NORMAL pada masa kini.
Sebagai Speech Therapist, secara peribadi saya juga tidak menghalang anak-anak untuk mendekati dunia gajet. Sememangnya itu adalah zaman mereka. Malahan, mereka belajar banyak perkara melalui gajet itu sendiri. Namun, adakah sampai di situ sahaja peranan kita sebagai parents? Hanya membiarkan anak-anak hanyut bersama gajet mereka sahaja? Tidak! Kita masih mempunyai peranan yang jauh lebih besar daripada HANYA membelikan mereka gajet semata-mata.
Anak-anak membesar sesuai dengan corak kehidupan mereka. Maka tidak hairanlah sekiranya kita pernah terjumpa dengan satu situasi di mana seorang anak yang mungkin sedang memegang gajet di tangan mereka sambil mulut mereka mengajuk satu dialog kartun yang mereka pernah dengar. Sama skripnya sama intonasinya.
“ oh no, what happen”
“Johny-Johny yes papa!”
“Ops, sorry. Its okay. I’m fine, thank you”
“What is your name? You are not Lala? You are Ms. Jenny! Oh no!”
Memang ianya kedengaran comel dan lucu. Namun sedarkah kita bahawa ianya boleh bertukar kepada satu perkara yang membimbangkan dan menyedihkan. Kenapa? Kerana tanpa kawalan dan pengawasan, anak-anak sebenarnya sedang belajar bercakap daripada sebuah mesin atau robot—iaitu GAJET! Iya, memang mereka sedang mempelajari sesuatu—memang mereka sedang bercakap, tapi adakah ia merupakan KOMUNIKASI bermakna? Adakah berlakunya komunikasi 2-hala di situ?
BERCAKAP seperti ROBOT—intonasi yang sama walaupun berulang-ulang kali diungkapkan—dialog yang sama dituturkan walaupun pada situasi berbeza—jawapan yang sama terhadap soalan yang berbeza atau tiada langsung respon apabila diajukan soalan. Itulah definisi percakapan robot secara ringkasnya! Kerana itu, anak-anak kita boleh bercakap tetapi tidak pandai menjawab soalan. Mengalami kesukaran untuk mem-variety-kan ayat mereka. Sukar berinteraksi dengan orang lain dan lebih banyak bercakap serorang diri.
KOMUNIKASI 2-HALA
Komunikasi yang bermakna adalah komunikasi 2-hala. Iaitu yang melibatkan turn taking dalam komunikasi—anak bercakap, parents mendengar—parents bercakap, anak mendengar—anak bertanya, parents menjawab—parents bertanya, anak menjawab. Secara ringkasnya itulah corak komunikasi yang kita semua inginkan. Kita mungkin tidak expect anak untuk menjawab kesemua soalan kita dengan betul, tapi at least mereka dapat berikan respon terhadap persoalan kita. Salah atau betul jawapan mereka—itulah proses pembelajaran untuk mereka!
Oleh itu, perbanyakkanlah interaksi bersama anak-anak. Tontonlah segala macam kartun, movie atau nursery rhymes BERSAMA-SAMA mereka—kerana di situlah kita dapat memainkan peranan sebagai GURU kepada anak-anak. Sambil menonton, sambil bersembang—komunikasi 2-hala! Interupt anak-anak semasa mereka sedang menonton tv atau bermain bersama tablet. Berinteraksilah dengan mereka. Jadikan tv atau tablet tersebut hanya sebagai medium perbualan atau alat untuk menarik perhatian dan minat mereka. Bukannya sebagai guru yang melekakan mereka.
Anak mungkin sedang mempelajari tentang buah-buahan daripada tablet—A for apple, B for banana. Maka apabila mereka melihat pisang di supermarket, secara automatic ayat yang terkeluar daripada mulut mereka adalah ‘B for banana’. Memang ianya tidak salah—tapi hanya sekadar itu sahaja. Berbanding kalau mereka pelajarinya daripada parents—Look, banana! Yellow banana. Yum…yum..yum…eat banana. Yummy! So input yang mereka terima adalah lebih banyak dan variety. Dan kemungkinan ayat yang mereka akan cakap sekiranya nampak pisang adalah ‘yellow banana! Yummy!’—lebih appropriate dan bermakna!
Kesimpulannya, anak-anak memang cepat belajar melalui apa yang mereka lihat dan dengar. Kebolehan mereka untuk mengingati sesuatu sememangnya jauh lebih hebat daripada kita yang dewasa. Oleh itu, gunakan lah kelebihan mereka ini dengan sebaiknya. Biarlah mereka berguru dengan KITA dan bukannya daripada ROBOT! Sekiranya anda ingin mereka berkomunikasi seperti manusia—maka bermain/berinteraksilah dengan mereka. Namun sekiranya anda ingin mereka berkomunikasi seperti robot—maka biarkan dunia mereka dengan gajet.