Sayunya tengok raut wajah bayi comel ini yang diuji dengan kesakitan sejak lahir apabila doktor sahkan adik Raudhah Adawiyah menghidap dua penyakit iaitu JANTUNG BERLUBANG dan ada air di kepala (CONGENITAL HYDROCEPHALUS).
Dimaklumkan selain menguruskan Raudhah yang sakit, Suami Dila juga baru sahaja kemalangan patah kaki, suami dan ayah dila juga baru sahaja dibuang kerja, ibu dila pula sakit. Allah nasib… kita bantu sorang sikit mana yang termampu. semoga adik Raudhah segera sembuh. Allah permudahkan segala urusan keluarga Dila. Juga semoga kita semua terus dilindungi Allah. Amin.
Bagaimanapun anak kecil ini mempunyai semangat yang kuat kerana di usianya lima hari, sudah menjalani pembedahan membuang air di kepala dan sehingga kini berulang alik ke Hospita Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan pakar.
Menurut ibunya, Siti Norfadila Tahir, apa yang menjadi kekangan mereka sekeluarga untuk mendapatkan rawatan terbaik buat anaknya, ayah Raudhah juga telah diberhentikan kerja dan mereka putus sumber pendapatan.
“Dengan keadaan sekarang, ia sedikit menyukarkan untuk memberi rawatan buat Raudhah. Ditambah pula dengan kos berulang alik ke HKL setiap minggu.
Ads
“Sekarang masih dalam pemerhatian doktor pakar lagi. Tiap-tiap minggu kena pergi untuk buat pemeriksaan susulan. Ulang alik ke Hospital Kuala Lumpur. Jadi disebabkan itu memerlukan perbelanjaan yang banyak,” katanya.
Sementara itu, menurut Juliana Sharin yang juga kenalan Norfadila, selain menguruskan adik Raudhah, difahamkan Norfadila juga sekarang terpaksa menjaga suaminya yang baru sahaja kemalangan dan mengalami patah kaki.
Ads
“Dahlah dibuang kerja, bila sakit lagi bertimpa ujiannya. Tidak setakat itu saja, ayah Norfadila juga turut dibuang kerja dan ibunya pula sakit.
“Mana tahu sedikit sumbangan orang ramai dapat meringankan bebannya. Jika kita tak mampu berikan sumbangan, doa pun dah memadai untuk dipermudahkan urusan mereka sekeluarga.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menurut Dr. Jalina Karim yang merupakan Pensyarah Kanan Jabatan Kejururawatan, Fakulti Perubatan, Pusat Perubatan UKM, ketika proses bersalin ketika bayi dilahirkan, pembukaan vagina boleh terbuka dengan besar bagi membolehkan bayi keluar.
Di samping itu, bukaan vagina boleh dibantu untuk dibesarkan dengan melakukan turisan yang dikenali sebagai episiotomi atau pintu vagina boleh terkoyak dengan sendirinya akibat dari tekanan ketika bayi keluar.
Luka pada pintu vagina yang teruk boleh berlaku sehingga ke peringkat ketiga atau keempat. Luka peringkat ketiga adalah luka sehingga melibatkan otot keliling anus, manakala luka peringkat keemapt boleh memanjang sehingga ke lapisan mukosa yang menyelaputi bahagian rektum.
Selepas bayi dan plasenta keluar, jururawat atau doktor akan memeriksa kawasan vagina samada ada memerlukan jahitan atau tidak. Sekiranya episiotomi dilakukan ketika bayi hendak keluar, ianya akan dijahit, begitu juga kalau ada kekoyakan, ia juga akan dijahit. Luka di perineum akan dijahit dengan benang boleh larut.
Benang ini lama kelamaan akan melarut dengan sendiri dan tidak memerlukan prosedur untuk membuka jahitan, biasanya dalam tempoh 3 minggu. Kekuatan memegang (tensile strength) untuk benang ini adalah 2 minggu.
Walaupun cebisan benang masih ada selepas tempoh ini, tetapi ianya tidak berfungsi untuk mengikat luka tersebut. Adakalanya anda akan melihat benang tersebut mula tercabut dengan sendirinya.
Apa Kepentingan Jagaan Luka Perineum?
Penjagaan luka di perineum amatlah dititiberatkan dalam tempoh berpantang. Ini adalah untuk mengurangkan risiko luka tersebut mendapat jangkitan. Di samping itu juga ia boleh membantu dalam memberi keselesaan kepada anda serta mengurangkan kesakitan di Kawasan berkenaan.
Langkah-Langkah Yang Boleh Membantu Dalam Penyembuhan Luka Perineum
Di sini terdapat beberapa langkah yang perlu anda lakukan demi untuk memastikan luka anda sembuh dengan cepat tanpa sebarang komplikasi. Kawasan perineum perlu dibersihkan setiap kali anda membuang air kecil atau air besar. Selepas itu, anda perlu memastikan kawasan luka tersebut kering. Ini adalah kerana kawasan yang lembab akan menyebabkan pembiakan bakteria.
Pastikan tangan dicuci dengan bersih. Cara mencuci adalah dari depan ke belakang untuk mengelakkan dari kuman di kawasan rektum merebak ke bahagian hadapan. Begitu juga dengan selepas membuang air kecil, kawasan perineum perlu dicuci dengan bersih dan dikeringkan. Untuk mengurangkan rasa sakit, pada awalnya selepas bersalin, anda boleh menggunakan pek ais untuk memberi keselesaan.
Di samping itu, anda boleh menggunakan bantal untuk duduk. Sekiranya doktor ada memberi ubat tahan sakit, anda perlu mengambilnya demi membantu untuk mengurangkan rasa sakit, sekaligus memberi keselesaan pada anda.
Pad perlu ditukar sekurang-kurangnya 4 jam untuk memastikan kawasan perineum adalah bersih dan mengurangkan risiko mendapat jangkitan di kawasan tersebut.
Ketegangan juga boleh menyebabkan anda merasa kurang selesa. Langkah mengurangkan ketegangan adalah anda perlu untuk mengelakkan kawasan tersebut menjadi tegang.
Contohnya apabila anda duduk bersilang kaki. Ini akan menambahkan ketegangan di kawasan perineum atau kawasan luka di perineum. Cuba elakkan daripada meneran atau mengangkat barang-barang yang berat sebab ini boleh menyebabkan ketegangan.
Bersin juga boleh menyebabkan kawasan perineum mengalami ketegangan. Anda dinasihatkan untuk tidak menambahkan tekanan pada kawasan perineum seperti menggunakan tampon atau melakukan douches sebab ia dikhuatiri akan menyebabkan tekanan pada luka. Di samping itu, anda dilarang melakukan hubungan seks sebelum pulih sepenuhnya, sebab tekanan ke atas kawasan tersebut boleh menyebabkan luka semula di kawasan tersebut.
Melakukan senaman otot lantai pelvik dengan kerap boleh membantu mengurangkan bengkak serta menggalakkan penyembuhan luka atau tempat jahitan di perineum.
Jangkamasa luka sembuh juga bergantung kepada jenis kekoyakan bahagian perineum ketika bersalin. Sekiranya tahap 3 atau 4, ianya akan mengambil masa yang lama berbanding tahap 1 atau 2.
Faktor Menggalakkan Penyembuhan Luka
Pemakanan yang tinggi protein vitamin adalah perlu untuk menggantikan sel-sel yang tercedera ketika proses kelahiran. Anda perlu memakan makanan yang tinggi serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan untuk mengelakkan ketegangan pada perineum atau meneran ketika membuang air besar.
Di samping itu, anda boleh menggunakan air ring atau pelampung atau bantal lembut ketika duduk untuk mengurangkan rasa tidak selesa akibat hujung benang yang mencucuk di kulit anda.
Pemantauan atau pemerhatian ke atas luka setiap hari adalah penting untuk mengesan tanda-tanda jangkitan pada luka perineum. Untuk langkah ini, anda boleh menggunakan cermin kecil melihat proses penyembuhan.
Di samping itu anda boleh melakukan senaman kegel untuk menggalakkan proses penyembuhan. Selain dari itu, ia juga menggalakkan pengaliran darah ke kawasan perineum dan ini membolehkan luka cepat sembuh.
Anda juga dilarang meletakkan losyen , krim atau apa-apa bahan di tempat luka, dikuatiri ia boleh menyebabkan jangkitan kuman. Ada juga sebelum ini, yang meletakkan bahan-bahan herba seperti serbuk manjakani untuk menggalakkan penyembuhan.
Tanda Jangkitan Dan Langkah Seterusnya Sekiranya Ada Tanda Jangkitan
Tanda-tanda jangkitan seperti bengkak, kemerahan, rasa berdenyut-denyut, atau mencucuk di kawasan luka, ada nanah, luka berbau busuk. Sekiranya ada tanda tanda tersebut atau anda rasa seperti tanda-tanda nak mengalami demam, menggigil, anda boleh mendapatkan rawatan segera di klinik yang berdekatan.
Beritahu apa tanda-tanda yang anda alami. Pemeriksaan teliti akan dijalankan dan rawatan lanjut akan diberikan. Jangan risau, yang penting adalah dapatkan rawatan awal, supaya jangkitan tidak merebak.
Pada keseluruhannya, bayi akan lebih tidur pada waktu siang dan malam hari, dia hanya akan terjaga apabila tiba waktu makan.
Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam dan boleh tidur dalam purata 16 jam sehari, 2 hingga 4 jam terus-menerus di antara waktu makan.
Gaya Tidur
Posisi Tidur
American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah “TIDUR TERLENTANG” dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS) telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992. Posisi ini dikecualikan pada bayi yang cacat di bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat penafasan.
Tempat Tidur
Cadangan tempat tidur bayi:
Mengikut laporan, bayi yang berkongsi katil dengan orang lain boleh membahayakan bayi tersebut. Ikutilah panduan-panduan berikut:-
Membantu Bayi Tidur
Anda boleh menidurkan bayi anda dengan mengenalpasti masa yang sesuai untuk tidur dan menyediakan tempat tidur yang selesa dan selamat.
Hindarkan rangsangan yang berlebihan ketika menyusukan bayi di waktu malam dan ketika menukar lampin.
Gelapkan bilik dan pastikan bilik adalah selesa dan senyap.
Pakar menasihatkan agar bayi dipangku sebelum tidur dan dialihkan ke katil sebelum bayi tidur. Dengan cara ini bayi akan belajar tidur dengan sendiri.
Memainkan muzik yang berirama perlahan bila tiba waktu tidur, bantuan muzik boleh membentuk jadual tidur berkala.
Kredit: MyHealth
Gambar: Freepik
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mendirikan rumah tangga, sudah tentulah kita mengharapkan agar ada penyeri dalam keluarga. Setiap pasangan pasti mahu menimang cahaya mata secepat mungkin. Sebaik sahaja disahkan hamil, hati rasa teruja. Segala persiapan untuk menyambut kelahiran bayi pun dibuat dengan rasa teruja kan?
Bercerita tentang kehamilan dan kelahiran bayi, tahniah diucapkan buat Alieff Irfan dan Bella di atas kelahiran bayi kembar mereka hari ini. Selepas penantian selama dua tahun, akhirnya kini mereka bergelar ibu dan ayah!
Menurut perkongsian di IG story Bella, dirinya terpaksa menjalani kelahiran melalui pembedahan kerana sudah mengalami kontraksi berulang sejak 8.30 malam semalam serta air ketubannya juga sudah ‘pecah’.
Tambah Bella lagi, dia sepatutnya bersalin pada 13 September yang akan datang tetapi tidak menyangka bayi kembarnya dilahirkan pada tarikh kemerdekaan Malaysia.
“Tak sangka pulak dapat tarikh merdeka 31/08/2022. Alhamdulillah. Cantik sungguh aturan Allah SWT.”
Selain itu, Bella juga berterima kasih kepada semua yang mendoakan untuk dirinya. Bukan saja Bella, tetapi Alieff juga telah berkongsi berita gembira tentang kelahiran bayi-bayinya di IG story.
Influencer dan model, Intan Saleh juga turut melahirkan rasa teruja di atas kelahiran bayi kembar Alieff dan Bella. Membahasakan dirinya sebagai Muksu, Intan mengucapkan kelahiran bayi kembar kepada Belle yang dipanggil Along dalam keluarga.
“Alhamdulillah ya Allah.. Tahniah Along and Aliff, baby merdeka!! Tak sabar nak jumpa baby twin. Bertambah dah cucuku hihihiii.. Arhhh muksu sebak,” tulis Intan melalui IG storynya.
Juga sedang menunggu hari, didoakan supaya proses kelahiran Intan akan dipermudahkan. Buat Alieff dan Bella, tahniah sekali lagi di atas kelahiran bayi kembar lelaki dan perempuan mereka. Mungkin selepas ini content di Youtube channel akan berkisar tentang bayi mereka pula, tak sabar nak tengok. Selamat berpantang Bella!