Penggiat industri seni dan hiburan dikejutkan dengan berita pemergian pelakon terkenal Ashraf Sinclair akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia pada pagi Selasa.
Desas-desus mengenai tahap kesihatan arwah mula diperkatakan apabila pemergiannya boleh dikatakan terlalu awal iaitu pada usia yang baru mencapai 40 tahun.
Namun, menurut pengurus kepada isteri Allahyarham, Bunga Citra Lestari, Ashraf tidak menghidap sebarang penyakit.
“Enggak ada (riwayat). Dia sehat banget. Di antara kami semua, dia paling sehat,” kata Doddy di rumah mayat di Pejaten Barat, Jakarta Selatan dalam laporan berita tempatan Kompas.
Doddy turut meminta agar ahli keluarga, sahabat dan kenalan Allahyarham tabah dalam menghadapi saat duka ini.
Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair lahir di London, England pada 18 September 1979. Beliau mengahwini penyanyi Bunga Citra Lestari pada 2008.
Allahyarham juga merupakan abang kepada penyampai radio Mix FM dan pelakon Aishah Sinclair, 39
Allahyarham sangat rapat dengan anak lelakinya, Noah Sinclair. Buktinya dia sentiasa memuatnaik gambar bersama anak lelakinya. Melalui gambar-gambar tersebut jelas kelihatan mereka sangat akrab. Kehilangan arwah tentu sangat dirasai oleh Noah.
Salam Takziah buat seluruh ahli keluarga Sinclair
Sumber: Awani, Ashraf Sinclair
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental menikam mati adiknya yang berusia sembilan tahun dalam kejadian di kediaman mereka di Kampung Kinapulidan di sini pada Khamis lalu.
Suspek berusia 19 tahun menikam adiknya menggunakan pisau pada jam 5.40 pagi dan mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira enam jam kemudian di Hospital Ranau.
Ketua Polis Daerah Ranau, Simiun Lomudin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.27 pagi hari yang sama.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa merupakan kanak-kanak lelaki yang telah ditikam oleh abangnya sendiri di bahagian perut semasa berada di ruang tamu rumah mereka.
“Suspek menikam dengan menggunakan sebilah pisau dan mangsa kemudiannya telah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan oleh jirannya sejurus selepas kejadian.
“Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 11.10 pagi semasa mendapatkan rawatan di unit kecemasan Hospital Ranau,”
Simiun berkata, suspek berjaya ditangkap pada hari yang sama di sekitar lokasi kejadian.
“Pihak polis masih menyiasat motif sebenar kejadian dan tidak menolak kemungkinan suspek mengalami masalah mental.
Tiada siapa yang minta untuk diuji dengan ujian yang sebegitu berat. Lagi-lagi dengan wabak Covid-19 yang sangat bahaya dan telah meragut banyak nyawa di seluruh dunia.
Sebagai manusia kita hanya mampu berdoa dan mencegahnya dari terus merebak. Namun semua itu Allah Yang Maha Mengetahuinya.
Melalui perkongsian Di Facebook Aiza Syafinaz Aiza dia telah berkongsi pengalamannya yang dijangkiti Covid-19 dan lebih menyedihkan apabila suaminya, Inspektor Mohd Fairos Saberon baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya pada 26 Mac yang lalu akibat wabak ini.
Positif Covid-19, kontak utama arwah suami
Saya sedang di uji Allah SWT dengan ujian yang hebat, insyaAllah saya perlu kuat untuk semua rakan wanita di luar sana. Saya sayang anda semua kerana Allah illahitaala. Saya telah disahkan positive covid-19 pada 30 hb Mac 2020. Setelah membuat saringan di PKD Titwangsa pada 22 mac 2020 jam 11.30 pagi.
Oleh kerana saya adalah contact utama arwah suami saya yang meninggal dunia pada 26.3.2020 akibat covid, korban ke 24 ( kes ke 1056) maka saya juga telah di sahkan positif walaupun saya tiada mengalami simptom apa-apa. Saya kini berada di wad di raja (wad covid) HKL tingkat 4 wad 14 katil C (maaf tidak boleh melawat) jaga diri anda.
Ayah saya Haji Shahak juga sedang di kuarantin di Hospital Permai JB sejak 19 hb mac yag lalu sehingga kini dan sehingga hari ini beliau stabil dan sihat. Beliau juga positif covid-19 walaupun tiada simptom kerana mempunyai sejarah bersalaman dengan anak kepada jemaah Tabligh ( itu asbab). Mohon doakan ayah saya juga akan sihat dan cepat keluar dari wad.
Keluarga yang lain di Simpang Renggam setakat ini adalah negative. Mohon sahabat semua agar mendoakan kami tabah, sabar, redha, cekal, kuat semangat hadapi segala ujian Allah SWT ini. Sesungguh nya ujian yang Allah beri ini untuk kita kerana kita mampu dan kuat untuk menghadapinya dan inilah bukti kekuasaan Allah untuk kita beriman dan tunduk kepadaNYA. Kita mohon doa agar Allah ampun kan kita, maafkan kita. Allah uji kerana Allah sayang.
Hanya Allah yang mengetahui, serahkan pada-Nya
Saya serahkan jiwa dan raga saya di atas aturan dan perancangan Allah SWT, sesungguhnya kita semua makhluk Allah yang dikasihi dan disayang. Ya Rahman Ya Rahim, Yang Maha Agong. Jaga diri semua, stay at home, ikut arahan kerajaan. Jaga kebersihan dan mari kita berdoa agar virus ini akan lenyap dari dunia. Amalkan minum lemon, makan suppliment, kuatkan antibodi ya. Kuatkan imunisasi, jangan fikir bukan-bukan, always thinking positive.
Kami tak minta sakit ini, tolong jangan kecam
Tidak semua pesakit covid akan tewas dan kecundang, mohon jangan kecam pesakit covid seperti kami. Kami tidak minta sakit ini, kami insan terpilih. Mohon doakan kami terus kuat berjuang kerana Allah SWT dan sentiasalah send aura positive kepada kami, jangan call kami nangis nangis ya.
Al fatihah untuk Allahyarham suami ku tercinta, Mohd Fairos bin Saberon. Damailah di sana dengan tenang sebagai negarawan dan syahid, Al fatihah (di baca). Salam kasih sayang untuk semua.
Terima kasih sahabat yang mengirimkan aura positif untuk saya. Yang solat hajat untuk saya, yang mendoakan saya dan yang pinjamkan semangat kepada saya. Always call saya bagi semangat dan kirim doa. Saya sayang semua, tak dapat nak tag nama sahabat kerana semuanya sangat baik.
Ikatan perkahwinan ibarat melengkapi hidup antara satu sama. Jika salah seorang pergi dulu, pastinya kerinduan itu sukar nak diungkapkan dengan kata-kata. Sama seperti Shuib, pemergian bidadarinya benar-benar buatkan hidupnya terasa kosong, apatah lagi dengan anak yang masih kecil.
Menerusi perkongsian Shuib di instagram, sempena hari lahir arwah Siti Sarah hari ini (15 September), ia benar-benar buatkan dirinya terasa sayu apatah lagi bayi pramatang yang dilahirkan sebelum arwah pergi sudah dibenarkan pulang ke rumah sehari sebelumnya.
Shuib akui tahun ini tak sama seperti tahun-tahun sebelumnya namun sebagai pemegang amanah menjaga empat cinta hati mereka, kesedihan itu tidak boleh ditunjukkan depan anak. Dia harus kuat demi anak!
Malah apa yang membuatkan Shuib bersyukur, Allah ambil insan yang dia sayang tetapi digantikan dengan kehadiran bayi lelaki sebagai hadiah terakhir dan sangat bernilai buatnya seisi keluarga.
Selepas sebulan pemergian arwah Siti Sarah dan bersempena dengan hari lahir arwah, Shuib telah membawa ketiga-tiga anaknya selain Ayash ke pusara Siti Sarah yang telah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 yang lalu.
Menerusi kapsyen di instagramnya itu, Shuib memberitahu yang dia serta anak-anak datang untuk menyambut hari lahir arwah di ‘rumah’ baru arwah. Walaupun keadaan tak sama seperti tahun sebelum ini namun pelawak tersebut memaklumkan yang kasih sayangnya tetap utuh.
“Selamat Ulang Tahun kelahiran yg ke-37 Sayang. Harini I dengan Anak2 sambut Birthday U dekat rumah baru U. InsyaAllah, walaupon berbeza keadaan, I tau u ade je dengan kitorang, RASA CINTA YG TETAP SAMA INSYAALLAH. Semoga Allah ampunkan segala dosa, dan Allah letakkan U disyurga Tertinggi. InsyaAllah, SEMOGA ALLAH SATUKAN KITA SEMUA DI SYURGA. AMIN, AL FATIHAH SITI SARAH BT RAISSUDDIN 5 Sept 1984 – 09 Ogos 2021,” tulisnya
Sehari sebelum ulang tahun kelahiran ibu, Shuib yang juga seorang usahawan dan pelawak berkongsi kegembiraan seluruh ahli keluarganya menyambut kepulangan anak bongsu tersayang selepas lebih sebulan berada di hospital sejak dilahirkan.
Jelas sekali terpancar senyuman di wajah abang dan kakak menyambut kehadiran adik baru dan masing-masing sanggup menjaga Ayash. Andai kata arwah Siti Sarah ada, pasti arwah gembira melihat gelagat anak-anaknya yang begitu teruja dengan adanya adik baru.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...