Semua ibu ayah mesti sentiasa mendoakan agar anak-anak mempunyai daya ingatan yang kuat terutama yang sudah masuk ke sekolah. Daya fokus dan ingatan yang kuat membantu anak untuk mudah belajar.
Selain daripada mengamalkan makanan yang boleh menguatkan daya ingatan anak-anak seperti makan kismis, kurma, madu, ikan salmon, telur, kekacang, susu dan yogurt, kita sering disarankan supaya rajin merangsang otak anak.
Rangsangan otak anak melalui aktiviti tertentu juga mampu meningkatkan daya ingatan serta tumpuan anak. Antara aktiviti yang disarankan seperti menari, belajar seni mempertahankan diri, belajar bermain bola dan berenang. Ini kerana aktviti ini membantu untuk meningkatkan fungsi frontal lobe otak.
Frontal lobe bukan setakat kawal emosi, ia juga membantu mengawal pengurusan, membuat keputusan dan memori.
Selain daripada menjaga pemakanan dan melakukan aktiviti, ada amalan yang boleh dilakukan oleh ibu ayah untuk menguatkan daya ingatan anak seperti dikongsi oleh seorang ayah, Mahadi Abdullah dalam videonya.
Ads
Semoga dapatlah kita memanfaatkan perkongsian beliau yang diperolehi dari seorang ustaz di sebuah sekolah tahfiz di Senggarang, Batu Pahat Johor.
Menurutnya, dia ada bertanyakan kepada ustaz tersebut apakah amalan yang boleh kita lakukan sebagai ibu bapa untuk bagi anak kita kuat daya ingatan. Jadi inilah yang dikongsikan oleh ustaz tersebut.
Ads
Amalan ini elok diamalkan selepas waktu solat dan ajak anak-anak untuk buat sama-sama.
1. Angkat tapak tangan kanan
2. Sebut Ya Qowi yang bermaksud Yang Maha Kuat
Ads
3. Kalau boleh baca 11 kali
4. Selepas itu jangan lepaskan tangan dulu tapi berdoalah kepada Allah
“Ya Alllah Ya Tuhanku kuatkan daya ingatanku, kuatkan daya fokusku, kuatkan hafazanku supaya mudah hafal al-Quran, kuatkan daya ketahanan tubuh badanku, kuatkan iman dan takwaku.
5. Selepas itu usap muka dan sebut Amin…
Semoga ibu ayah semua dapat mengamalkan amalan ini dalam usaha membantu anak mempunyai daya ingatan yang kuat dan dipermudahkan belajar terutamanya menghafal al-Quran agar menjadi hamba Allah yang taat serta berjaya dunia akhirat.
Sumber: Brainiq Khalifah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di rumah dan di sekolah kita sering memberi penekanan pada perkembangan motor (pergerakan) kanak-kanak kerana perkembangan itu dapat dilihat dengan jelas dan nyata. Kita juga sering memberi penekanan kepada perkembangan pemikiran (kognitif) kanak-kanak terutamanya keupayaan untuk membaca, menulis dan matematik (akademik semata-mata).
Itu juga dapat dinilai dengan jelas dan nyata. Kita juga sering memberi penekanan kepada perkembangan bahasa dan komunikasi kerana keupayaan berbahasa dapat kita lihat dengan jelas dan nyata.
Bagaimana pula dengan perkembangan emosi? Adakah ia juga turut diberikan penekanan?
Konfigurasi psikologi manusia terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu:
Spiritual, Kognitif, Emosi
1) Komponen SPIRITUAL mendorong manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan hidup berlandaskan taqwa kepada Allah SWT.
2) Komponen KOGNITIF pula melibatkan segala proses mental seperti menilai, menganalisa, merancang, dan membuat keputusan.
3) Komponen EMOSI pula merangkumi semua emosi yang kita rasa seperti gembira, sedih, marah, kecewa, cemburu dan sebagainya.
Walau bagaimanapun KOMPONEN EMOSI adalah komponen yang paling diabaikan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak kita baik di rumah mahupun di sekolah. Bagi kita, emosi kanak-kanak adalah sesuatu yang harus ditekan dan tidak seharusnya dilayan sedangkan emosi itulah yang paling banyak mendorong tingkah laku kanak-kanak di kala mereka masih belum berupaya untuk berfikir dan membuat keputusan dengan rasional.
BILA EMOSI BERMULA?
TAHUKAH ANDA emosi kanak-kanak berkembang SERENTAK dengan perkembagan fizikal, kognitif dan bahasa?
Dari lahir lagi, kanak-kanak dengan pesatnya membina keupayaan untuk merasai dan meluahkan emosi. Bayi yang menangis sedang merasai emosi dan sedang meluahkan emosi. Ia tidak berlaku tanpa matlamat dan tujuan. Apabila bayi ini ditenangkan, disentuh, didukung dan dilayan, mereka akan merasai emosi positif dan faham bagaimana rasanya apabila emosi negatif itu dibimbing.
RESPON POSITIF daripada ibubapa dan penjaga akan membantu mereka untuk memahami emosi sendiri, belajar untuk membimbing emosi sendiri dan juga belajar untuk memahami dan respon kepada emosi orang lain dengan positif juga.
EMOSI MEMBENTUK INDIVIDU YANG BAIK
Asas interaksi sosial ataupun keupayaan untuk membina perhubungan dengan orang lain terbina pada lima tahun pertama hidup manusia dan ia berkait rapat dengan kesejahteraan emosi kanak-kanak. Interaksi sosial ketika usia awal inilah yang menjadi asas penting kepada pembinaan persahabatan, perhubungan intimasi, keibubapaan yang efektif, keupayaan untuk bekerjasama dalam tugasan dengan orang lain dan juga keupayaan untuk menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.
Mengabaikan perkembangan emosi akan meninggalkan kesan kepada keharmonian keluarga dan juga masyarakat.
TAHUKAH ANDA bahagian otak yang mengawal emosi berkembang terlebih dahulu berbanding bahagian otak yang digunakan untuk berfikir dan membuat keputusan?
Di penghujung usia tadika, kanak-kanak yang memiliki asas perkembangan emosi yang kukuh didapati mempunyai kapasiti untuk meneka emosi, bercakap tentang emosi sendiri dan emosi orang lain dan menggunakan pengetahuan dan bimbingan tentang emosi ini untuk menguruskan interaksi sosial dengan orang lain.
Mereka mempunyai EMPATI.
Mereka faham apabila orang lain dalam kesusahan.
Mereka tidak mentertawakan orang lain yang dalam kesedihan.
Mereka tidak memperkecil-kecilkan masalah orang lain.
Mereka tidak mengambil ringan kekecewaan orang lain.
Mereka tidak ketawa apabila membaca berita orang bunuh diri ataupun dibuli seperti kes yang saya tulis semalam.
EMOSI MEMBENTUK INDIVIDU YANG BIJAK
Kajian saintifik* juga mendapati, perkembangan emosi berkait rapat dengan keupayaan untuk merancang, menilai, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Ini merupakan komponen kognitif yang menyeluruh dan bukan akademik sahaja.
Ia bermula dari peringkat usia tadika lagi. Apabila perkembangan emosi kanak-kanak tidak diberi penekanan pada usia 5 tahun terawal, kanak-kanak didapati memiliki keupayaan untuk fokus dan keupayaan membuat keputusan yang lemah.
BAGAIMANA MEMUPUK PERKEMBANGAN EMOSI?
Nampak remeh tetapi memberi impak yang besar. Kanak-kanak harus diajar untuk MENGENALPASTI emosi sendiri.
Apa perasaan kita apabila sesuatu situasi itu berlaku kepada kita?
Apakah yang dirasakan apabila sesuatu situasi itu berlaku kepada seseorang?
Emosi harus DIAKUI terlebih dahulu, bukannya diabaikan ataupun ditekan.
Apabila memahami apakah emosi yang dirasai, kita kemudiannya perlu MEMBIMBING emosi tersebut dengan PENYELESAIAN MASALAH.
Apakah yang harus dilakukan apabila merasa marah?
Apakah yang harus dilakukan apabila merasa sedih?
Apakah yang harus dilakukan apabila merasa kecewa?
Semua ini perlu dibincangkan dan dididik dari peringkat awal kerana ia akan menjadi panduan tingkah laku bagi kanak-kanak.
Jika tidak dibimbing, kanak-kanak tidak tahu bagaimana untuk mengawal emosi dan bagaimana untuk bertindak balas terhadap emosi.
Tidak ada alat atau peranti yang dapat membimbing emosi melainkan dengan meluangkan masa untuk mewujudkan perapatan, berinteraksi dan bersembang atau berbincang dengan kanak-kanak.
Jangan lupa, cara kita mengawal emosi kita juga akan menjadi panduan untuk anak-anak.
Ini merupakan proses yang paling sukar.
Memahami emosi TIDAK menjadikan anak lembik sebagaimana tanggapan sesetengah orang. Mereka yang membuli orang lain adalah mereka yang terabai emosinya dari awal. Tunjuk gagah di luar tetapi lembik di dalam. Itukah yang kita mahu?
Bukanlah sesuatu yang pelik apabila kita melihat ibu ayah memberikan gajet kepada anak-anak mereka. Gajet ini diberikan untuk membantu ibu ayah mengawal emosi dan tingkah laku anak.
Sudah banyak juga ibu ayah yang mulai sedar akan keburukan mendedahkan anak-anak dengan gajet, namun tetap ‘terlepas’ juga ada masanya. Tabiat ini sebenarnya menyebabkan otak anak-anak mengecut. Ini perkongsian dari Dr Ahmad Luqman Bukharimengenai keburukan gajet terhadap anak kecil.
Saya jadi risau sangat bila baca yang ramai parent lately mengadu anak-anak susah benar nak fokus dalam kelas.
Sampaikan cikgu pun complaint. Semua orang pun buntu nak buat apa.
Benda ni serius tau sebab ia mungkin kesan trend yang generasi kita amalkan selama ni. Hari ni mak ayah selalu tenggelam dalam kesibukan pelbagai perkara, maka ambil jalan mudah dengan jadikan televisyen atau smartphone sebagai babysitter anak.
Tak nak anak menangis, bagi smartphone.
Tak nak anak melalak bising, bagi smartphone.
Tak nak anak ganggu kerja, bagi smartphone.
Nak suruh anak behave dekat meja makan, bagi smartphone.
Tapi rupa-rupanya bila kajian dibuat, rangsangan berlebihan daripada gadget-gadget tu ianya mengecutkan otak anak! Terutama kanak-kanak berumur bawah 3 tahun. Hasilnya, bila makin membesar fokus anak makin mudah lari.
Otak anak tak berkembang bagus sebab tak banyak berfikir dan tak diransang aktiviti fizikal.
Itu yang bila buat brain scan, nampak kesan pada otak jadi mengecut.
Ada seorang Direktor di Center for Child Health, Behavior & Development dekat Seattle sana, nama dia Doktor Christakis, dia ada melaporkan yang budak-budak bawah umur 3 tahun memang akan berhadapan masalah fokus di sekolah nanti jika diletakkan di hadapan televisyen berjam-jam lamanya.
Katanya setiap 1 jam tontonan sehari akan menyebabkan 10% masalah fokus, 2 jam pula akan menyebabkan 20% masalah fokus.
Fuh, bukan main-main ya mak ayah semua. Betul lah, bila anak ralit dengan gadget, dengan tv, banyak kerja boleh kita selesaikan.
Tapi jangan lupa, bila mereka besar nanti, ‘banyak kerja’ jugak kita kena buat nak baiki balik masalah yang timbul tadi.
Pesan pada pasangan masing-masing ya, hadkan betul-betul masa untuk anak gunakan gadget. Untuk yang umur tak sampai 2 tahun, baik jangan bagi langsung.
Kawal sekarang, jangan menyesal kemudian.
#notaDrALB
Cara terbaik adalah dengan mencari alternatif lain bagi menggantikan penggunaan gajet dalam kalangan anak-anak. Perhatian mereka mudah untuk dialihkan, jadi lebih baik gantikan masa bermain gajet dengan aktiviti lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menurut Amyra Rosli melihat Aqeef Anaqi membesar dengan sempurna satu kepuasan buatnya dengan Amar Baharin. Lagi-lagi bila hero kecilnya ini dah pandai macam-macam dan banyak akal.
Menerusi perkongsian Amar di instagramnya kebetulan tahun ini sambutan hari lahir Aqeef Anaqi jatuh ketika mereka sedang mengerjakan umrah. Alang-alang dah ada di sana terus membawa Anaqi masuk melawat makam Rasulullah.
Rezeki Anaqi, dipermudahkan masuk ke kawasan Raudah
Menurut Amar, dia percaya bahawa rezeki anaknya membuat perjalanan menuju ke kawasan Raudah dipermudahkan. Baginya, itulah hadiah yang paling terindah.
“Alhamdulillah mendapat syafaat bila birthday boy Aqeef Anaqi bersama-sama jemaah lain dengan mudah memasuki kawasan Raudah. Rezeki Anaqi syukur alhamdulillah…”
“MasyaAllah bertuahnya Anaqi kecil-kecil dah pergi rumah Allah. Suci sangat muka..”
Ruangan komen Amyra dan Amar semuanya penuh dengan ucapan selamat hari jadi dan juga doa, agar Anaqi membesar menjadi anak yang soleh serta taat kepada ibu bapa.
Sumber: Amyra Rosli & Amar Baharin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!