Bapa mana yang tidak sayangkan anak-anaknya. Sebolehnya baik ibu mahupun ayah tetap mahu memberikan yang terbaik dan perjalanan kehidupan yang dirahmati Allah SWT.
Satu pengharapan besar dan amanat buat anak perempuannya, Aeril Zafrel membingkas ucapan penuh indah buat anak keduanya, Hayla Adzkiya sempena sambutan hari lahir keenamnya semalam.
Kata Aeril menerusi Instagramnya, kehadiran Hayla enam tahun yang lalu, menyempurnakan hari-hari bahagia bagi keluarga kecilnya.
Malah kata Aeril lagi, kehadiran anak-anak dalam hidupnya juga menjadi pemangkin semangat buat dirinya untuk menjadi seorang walid terbaik dalam membawa amanah Tuhan sebagai ketua dalam keluarga kecilnya.
“Bismillah, ditulis catatan untuk masa depan ini buatmu sang puteri cinta hati ayah, Hayla Adzkiya di hari ulang tahun kelahiran yang ke-6.
“Saat datangnya kamu dalam hidup ayah dan mama di sisi abang Attar lebih menyempurnakan hari-hari kebahagiaan kami. Ayah bulatkan hati dan nekad mahu jadikan keluarga kita ‘Syurga Kecil’ di dunia yang tak kekal ini.
“Semoga semuanya jadi kenang-kenangan indah yang mengindahkan perjalanan hidup Hayla sampai bilapun. Sekurangnya, menjadi bukti dan saksi yang ayah mencuba menjadi seorang walid terbaik dalam membawa amanah Tuhan sebagai ketua dalam keluarga kita ini,” kongsinya menerusi Instagram.
Ads
Jadi wanita membanggakan ayah & mama
Malah bapa kepada tiga orang cahaya mata ini juga turut mendoakan agar perjalanan anak keduanya itu dipermudahkan dan menjadi wanita solehah dan membanggakan kelak.
“Ayah mohon maaf seawalnya, jika selepas ini hingga Hayla berusia remaja; ayah akan sedikit tegas dalam menjaga dan menuntun Hayla. Segalanya demi kasih sayang murni ayah dan ‘bekalan’ pada Hayla, meraih kejayaan dan keselamatan dunia akhirat. Insyallah.
“Kerna ayah mengerti, selepas usia remaja, masa untuk Hayla selalu bersama ayah dan mama akan makin berkurangan. Ayah redha semua itu nanti, tapi yang ayah bimbang dan tidak redha jika Hayla kelak ‘tertipu’ dengan permainan dunia dan ‘dipanggang’ dengan jilatan api neraka (Na’uzubillah).
Ads
“Jadi, ke mana pun Hayla pergi nanti, ayah mahu Hayla bawa dan jaga ‘hak’ ALLAH sebaiknya. Mahu berbuat apa pun, selalu bayangkan ayah dan mama – jangan pecahkan hati dan perasaan kami. Insyaallah selamanya Hayla kan’terjaga’ dan dicucuri rahmat kejayaan.
“Nanti ayah akan sambung catatan ini lagi dan ayah yakin satu hari nanti Hayla akan membaca dan mengerti pesanan ini. Mungkin waktu itu ayah sudah tiada lagi tapi tolong buatkan ayah ‘bangga’ di hadapan Tuhan, punya anak solehah seperti Hayla.
“Demi ALLAH, ayahlah lelaki pertama yang sayang dan cinta seluhurnya kepadamu duhai puteriku. Selamat ulangtahun ke-6 sayang, Hayla Adzkiya,” luahnya lagi.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @aeril_zafrel
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita tak paksa anak kecil kita di bawah usia enam tahun untuk berpuasa tetapi semasa kecil inilah ibu bapa harus latih si kecil untuk berpuasa. Tak kisahlah separuh atau suku hari, latih anak kita untuk bangun sahur dan seterusnya menahan lapar.
Ada beberapa jenis makanan yang dikenal pasti mampu buat anak bertahan lebih lama. Bukan memaksa tetapi tip yang dikongsikan oleh Puan Rose Hanizan, Pegawai Diatetik KPJ Pakar Perdana, Kota Bharu Kelantan ini boleh anda praktikkan buat anak.
Bagi melatih anak kecil kita berpuasa, ibu bapa juga mengambil kira kemampuan mereka untuk menahan lapar dan dahaga di samping memberikan tenaga dengan pemakanan seimbang bagi membantu daya tahan anak kita.
Ibu bapa perlu memberikan zat yang cukup, seimbang dan pelbagaikan jenis makanan. Malah ibu bapa perlu pandai memilih makanan yang sesuai untuk anak masing – masing supaya mereka makan dengan penuh berselera.
Seeloknya banyakkan masakan di rumah berbanding membeli makanan di luar seperti bazar atau pasar. Makanan luar nampak menyelerakan tetapi kita belum tentu lagi tahu akan kebersihan dan kandungan zat dalam makanan tersebut.
Di antara tips yang boleh dikongsikan untuk memastikan anak – anak kita dapat berpuasa dengan baik adalah seperti berikut:
Tip Masa Sahur * Pastikan ibu sediakan makanan yang berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau biskut pada anak-anak. Makanan yang berasaskan karbohidrat kompleks ini dapat mengurangkan rasa lapar kerana ia mengambil masa yang lama untuk dicernakan
* Pastikan ada sumber protein seperti ikan, ayam atau telur kerana ia juga lambat dicerna dan anak akan rasa kenyang berpanjangan.
* Wajib berikan anak susu ketika sahur supaya anak kekal cergas sampai petang.
* Jangan lupakan sayur untuk anak.
* Sebolehnya elakkan makanan bertumis atau berlemak pada anak semasa sahur. Lemak akan menyebabkan perut rasa tidak selesa dan mempercepatkan rasa lapar.
* Makanan berminyak juga kerana buat anak lebih cepat penat.
* Pastikan juga anak makan sedikit buah, mungkin jadikan oat bersama buah-buahan di dalamnya. Buah dapat kurangkan rasa lapar di siang hari.
* Ibu harus pastikan tidak memberikan anak dengan makanan yang tinggi garamnya seperti ikan masin, jeruk, belacan, kicap terutamanya semasa bersahur. Ini bagi mengelakkan rasa dahaga yang teramat sangat ketika bulan puasa.
Tip Masa Berbuka * Minta anak-anak berbuka dengan kurma dahulu untuk pastikan tenaga mereka cepat kembali.
* Elakkan memilih deretan makanan yang terlampau manis.
* Minta anak minum air kosong pada kuantiti yang banyak.
* Larang anak ambil minuman berkafein tinggi ketika berbuka.
* Gantikan dengan jus buah-buahan atau air kosong sahaja yang lebih berkhasiat untuk anak-anak.
* Selain air, buatkan juga makanan berbentuk sup atau bubur untuk meningkatkan pengambilan air seharian.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehidupan zaman sekarang memang sangat mencabar. Tak hairanlah ramai isteri yang keluar bekerja, ramai isteri suri rumah sanggup berniaga untuk membantu suami. Demi mencukupkan keperluan.
Jika anda dikurniakan suami yang tahu tanggungjawab, yang tahu menghargai usaha isteri anda sangat bertuah kerana tak semua bernasib baik seperti anda. Sebenarnya isteri tak kisah mengeluarkan duit sendiri untuk kebahagiaan keluarga, namun suami juga harus membantu isteri dalam meringankan beban mereka menguruskan keluarga. Jangan dibiarkan isteri buat semua benda seolah-olah dia seperti tiada suami.
Isteri jadi isteri, suami jadi suami.
Kita tak boleh letak isteri jadi suami.
Selalunya sebelum maghrib, saya akan tgok Astro Oasis…akan ada slot motivasi dan ceramah agama dari kul 7 smpai 8 malam…petikan kata-kata diatas adalah dari salah seorang penceramah dalam rancangan tersebut.
Hakikat yang umum mengetahui, banyak isteri yang jadi “suami” pada hari ini…isteri menguruskan rumahtangga from A to Z…dari perihal kebersihan rumah, kebajikan anak-anak, kelengkapan harian, keperluan dapur dan sebagainya.
Dia yg buat seorang diri.
Dia juga bekerja, dia juga berniaga, dia juga cari pendapatan…pendapatan yang dia dapat, disumbangkan utk keluarga…dia beli barang dapur, dia bayar yuran anak, dia tanggung bil utiliti dan hutang si suami.
Nafkah kat dia pun suami tak bagi…duit yang dikeluarkan pun tak diganti suami…
Jadi, mana suaminya…ada…apa fungsinya…entah…suami ada dunianya sendiri…suami ada halnya sendiri.
Isteri tak boleh kata apa-apa, isteri tak boleh tegur, isteri tak boleh menasihat…menderhaka digelarnya nanti…kurang ajar dipanggilnya nanti.
Itulah yang dinamakan isteri jadi “SUAMI” sebab fungsi isteri, peranan isteri, tugas isteri, tanggungjawab isteri, beban isteri LEBIH daripada seorang suami.
This is a fact…look around you to acknowledge this story.
Kredit: Firdaus Shakirin
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum bayi lahir lagi, mak ayah pastinya dah sediakan tilam tebal dan bantal paling cantik dan selesa untuk anak. Pun begitu, tilam dan bantal tebal ini sebenarnya tidak perlu untuk bayi. Cukup hanya sederhana nipisnya dan elakkan bantal.
Menurut Dr Ahmad Luqman Bukhari, adalah amat bahaya jika ibu bapa terutama ibu bapa yang baru tidak tahu mengenai ilmu ini.
Bahayanya kalau mak ayah tak tahu ilmu ni sebab mungkin boleh jadi punca bayi meninggal dunia masa tengah tidur.
Kadang tu kita nak sangat si comel tu baring dan tidur dalam keadaan selesa. Kita pun excited lah belikan set tilam yang tebal dan lembut. Siap sekali pakej dengan bantal empuk. Ingatkan itu yang terbaik.
Tengok-tengok rupanya itulah salah satu punca kenapa bayi tiba tiba mati mengejut – Sudden Death Infant Syndrom (SIDS).
Waktu ditidurkan atas tilam lembut tu, tubuh bayi berisiko untuk tenggelam dari paras selamat hinggakan terbenam mukanya.
Akhirnya pernafasan bayi yang masih belum pandai nak berpusing ke kiri dan kanan tu terhalang hinggakan lemas akibat tilam dan bantal sendiri.
Sebab tu paling selamat, mak ayah – biarkan je si comel tu tidur tanpa perlu pakai bantal – gunakan tilam baby yang leper, padat dan tak terlalu lembut – dalam masa sama, alihkan selimut tebal, pad tepi atau soft toys daripada tilam.
Jika dibiarkan berada di sekeliling bayi, risiko untuk mengalami SIDS ni jadi makin meningkat.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.