Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan bulan lalu adalah satu langkah yang bijak bagi memutuskan rantaian Covid-19. Ia bukanlah keputusan yang mudah untuk dibuat oleh kerajaan.

Ramai pengusaha diarah untuk menutup operasi, tadika, sekolah dan universiti diarahkan tutup sebagai langkah pencegahan daripada merebaknya Covid-19. Ramai yang meminta agar yang berada dikampung boleh pulang ke rumah di Kuala lumpur kerana tempoh PKP dilanjutkan. Namun isunya, jika masih ada pergerakan keluar masuk adakah kita mampu memutuskan rantaian Covid-19. Mahukah kita tetap berada dalam tempoh PKP sehingga akhir tahun ini? Jika tidak mahu, renungkan perkongsian daripada Mohd Fadli Salleh ini.

Bagi Yang Terpisah Dengan Keluarga, Bersabarlah. Jika Tidak Semua Usaha Frontliner & Rakyat Jadi Sia-Sia!

Ibu-ibu mula merindukan anak yang keseorangan terperangkap di asrama di IPTA/IPTS. Isteri mula gelisah, sudah hampir sebulan terpisah dengan suami dan anak-anak. Suami balik ke kampung dengan anak sebelum PKP bermula dan sebaik nak pulang semula PKP dikuat kuasa.

Bahkan ramai ibubapa terpisah dengan anak-anak yang dihantar ke kampung masa awal cuti sekolah mula tidak senang duduk.

Keluhan kesedihan, keluhan kerinduan, keluhan tidak selesa tinggal di rumah mertua yang sempit dengan perlu menjaga aurat dengan adik-adik ipar mula kedengaran.

Ramai mereka meminta kerajaan memberi kelonggaran untuk bergerak pulang. Isteri mahu disatukan dengan suami. Anak mahu bertemu ibu dan ayah. Yang berkeluarga mohon pulang ke rumah sendiri setelah lama terperangkap di rumah mertua.

IKLAN

Dan pengumuman dari PM hari ini menambah gusar mereka. Tempoh PKP dilanjutkan lagi sehingga 28 April 2020.

Tempoh itu sudah masuk bulan Ramadan. Bagaimana suami nak makan sahur? Bagaimana dengan anak-anak? Bagaimana nak hadapi kesesakan dalam rumah mertua yang kecil?

Ramai sangat memohon agar diberi kelonggaran kembali pulang bersatu dengan keluarga di rumah sendiri. Mereka sanggup berkurung di rumah. Mereka sanggup patuhi semua perintah PKP.

Cuma mereka mohon diberi SEKALI sahaja kebenaran bergerak pulang ke rumah sendiri dan berkumpul bersama keluarga mereka. Setelah itu mereka akan diam-diam di rumah.

Tapi itu lah. Ia akan melibatkan pergerakan yang sangat besar hingga akan merosakkan semua rancangan dari kerajaan.

Negara kita semakin hari semakin memulih. Sebab itu kerajaan strict sangat tetap tidak membenarkan pergerakan sebegini.

IKLAN

Semua usaha dan pengorbanan barisan frontliners akan menjadi sia-sia jika kebenaran diberi.

Berpuluh ribu pelajar yang terperangkap, beribu lagi keluarga yang terpisah bergerak pulang dan berkumpul bersama akan membuat risiko serangan COVID-19 bermula kembali.

Bukan mereka tidak faham tentang suara hati semua orang. Tapi tiada satu jalan penyelesaian yang membolehkan semua yang terpisah kembali bertemu saat sukar seperti ini melainkan pergerakan besar-besaran.

Kepada yang terpisah, bersabarlah. Bertahanlah. Keadaan bertambah baik, dan kita akan menang perang melawan musuh halimunan ini jika kita terus berdisiplin dan patuh pada arahan kerajaan.

IKLAN

Sudah jauh perjuangan kita menentang musuh ini. Hanya sedikit sahaja lagi kesabaran diperlukan untuk kita mencapai kejayaan.

Boleh lihat statistik serangan COVID-19 peringkat Antarabangsa. Setiap hari kita menuruni tangga. Setiap hari banyak berita gembira.

Kadar kematian makin rendah, kadar jangkitan baru makin sedikit dan kadar sembuh 100% makin banyak.

Itu petanda kita sedang menghampiri kejayaan. Maka kawan-kawan, tolong bertahan. 🙏

#StayAtHome
#MFS

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI