Ayah Merokok Luar Rumah Pun Tak Selamat, Anak Tetap Berisiko Sakit!

Share

Merokok di luar rumah tidak menjamin anak selamat daripada kesan racun daripada asapnya. Anak tetap tetap boleh sakit!

Bahaya rokok memang bahaya. Jika orang dewasa yang terdedah kepada asap rokok boleh sakit, inikan pula bayi dan kanak-kanak. Perkongsian daripada Dr Farhanah Ibrahim ini berdasarkan pengalamannya merawat tiga pesakit kanak-kanak & bayi berusia 2 tahun, 5 bulan dan 1 tahun yang menderita lelah (asma), pneumonia dan batuk teruk.

SAKIT ANAK PUNCA DARIPADA BAPA!

Bapa-bapa ini tidak menyedari yang punca kesakitan anak menjadi teruk adalah habit merokok yang mereka lakukan.

Anak keluar masuk wad & perlu ambil gas nebulizer berkala serta dipantau. Usahakan beri suntikan vaksin pneumacoccal walau pun mahal. Tapi bapa merokok, jadi anak pun hisap asap rokok setiap hari.

Ayah risau anak diberi antibiotik tapi diri sendiri perokok tegar

Merokok menyebabkan keadaan bertambah teruk kepada paru-paru anak yang sedia ada jangkitan.

Anak batuk krong-krong krong nak semput, ayah merokok. Walau pun tak merokok kat rumah kesannya tetap ada.

Walau pun tak merokok secara live, partikel asap akan melekat pada sekeliling & kekal bertahun-tahun. Bila sedut asap itu tetap beri kesan negatif.

Boleh cuba berhenti merokok.

Carilah tempat yang asing untuk merokok, ada ke? Berhenti jelah

Kalau dalam proses berhenti merokok, cuba tidak merokok dalam rumah. Pastikan mandi, gosok gigi, kumur mulut dengan antiseptic mouthwash, syampu & tukar bahu seluar baru pegang anak isteri.

Respek ayah-ayah ini tapi tak perasan bukan vaksin, antibiotik, ubat yang tak bagus, cuma penyakit anak itu berpunca daripada ayah. 

Bayi baru lahir boleh jadi passive & third hand smoker

Sumber: Farhanah Ibrahim

IKLAN