Bukan orang dewasa sahaja gemarkan rasa dari resipi buttermilk, untuk bayi juga tidak salah jika ibu bijak mengolah rasanya. Namun resipi yang satu ini cukup unik. Bukan resipi buttermilk biasa tetapi diolah dengan jagung segar untuk menghasilkan kuahnya yang berkrim seperti rasa buttermilk.
Resipi hebat perkongsian Puan Norlaila Mohd Yusoff buat anaknya Irfan yang berusia lapan bulan ini mama wajib cuba. Lain dari yang lain malah rasanya juga berlemak dan paling sesuai disajikan buat bayi. Hidangkan bersama nasi lembik buat anak. Jom cuba!
Alang-alang ada jagung setongkol, Ibu olah buat resepi baru untuk Irfan. Mula-mula ingat nak buat nasi jagung, tapi tiba-tiba bertukar jadi lain. Resepi ni sesuai untuk baby 8 bulan dan ke atas.
Bahan-bahan (untuk lunch dan dinner 2 hari)
Jagung
Bawang putih
Isi ayam (dipotong kecil)
Kailan (dicincang)
Susu full cream (setengah cawan)
Santan (setengah cawan)
Chicken Feet Stock (CFS)
Unsalted butter
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit tepung jagung
Ads
Mula-mula gaul isi ayam dengan serbuk kunyit dan tepung jagung. Goreng dengan minyak. Jangan goreng terlalu garing nanti ayam jadi keras, anak susah nak makan. Dah siap tu asingkan.
Kisar hancur jagung bersama susu full cream dan santan. Asingkan.
Panaskan unsalted butter. Kemudian tumis bawang putih sampai naik bau. Lepas tu masukkan bahan dikisar tadi (jagung, susu full cream, santan). Masukkan CFS.
Ads
Masak sampai kuah pekat. Kuah dah pekat tu masukkan ayam yang digoreng tadi dan sayur kailan.
Gaul-gaul sebati. Tutup api. Siap !
Ads
Ibu letak dalam bekas kecik. Untuk makan esok Ibu frozenkan. Nanti esok pagi turunkan kat bahagian chiller.
Ibu rasa tadi. Memang sedap le ! Patut buat lebih untuk Ibu. Oh..ye. Irfan makan nanti dengan nasi lembik.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi yang tercari-cari menu berbuka untuk Ramadan ini, apa kata anda cuba resipi Pepes Ayam istimewa ini untuk hidangan keluarga. Resipinya cukup ringkas malah senang hendak disediakan.
Gabungan rempah ratus dengan ayam yang cukup sedap dan istimewa. Jom cuba resipi perkongsian Pn Puteri Hana Sofea ini.
Bahan-bahan:
Isi ayam bahagian dada – 2pcs size besar dikisar dapat dalam 20pcs pepes
(ikut creativity masing-masing kalau size pepes kecik-kecik dapat la banyak)
2 biji telur
2 sudu ketumbar
2 sudu jintan manis
2 sudu jintan putih
Lada putih/lada hitam
(ikut selera masing-masing kalau suka pedas letak)
3 batang serai
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 biji buah keras
1 inci halia
1 inci kunyit
Segenggam cili kering
2 kiub ayam
250 ml santan kara
Secukup rasa
Garam
gula
Daun pisang untuk membungkus
(salai atas api supaya semasa lipat pepes daun pisang tak terkoyak)
Blend semua bahan-bahan diatas kecuali isi ayam dan telur hingga lumat dan tuangkan dalam kuali, masukkan sedikit minyak, kiub ayam, secukup rasa, garam, gula dan santan.
Kemudian masak semuanya hingga pekat dan sejukkan sambal.
Isi ayam kisar digaul dengan telur, setelah sambal sejuk campurkan dengan ayam kisar tadi. Gaul rata-rata isi ayam dan sambal. Pepes ayam ni nak rasa pedas-pedas manis.
Letakkan 1 sudu adunan pepes atas daun pisang dan bungkus macam kuih koci kemudian kukus/bakar selama 20 minit.
Masa nak makan bakar sekejap atas dapur. Makan panas-panas, sedapnya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di usia 12 bulan, bayi anda sudah boleh membiasakan diri minum dalam cawan dan makan sendiri menggunakan sudu dan juga tangannya. Bentuk makanan juga haruslah berubah lebih kasar sedikit berbanding ketika usianya 6 bulan.
Kalau mama nak cuba resepi baru yang sesuai untuk anak 12 bulan jom ikuti resepi yang dikongsi ini. Selamat mencuba!
“Bosan dah asyik makan bubur je… Shauqi pun dah nak setahun .. slow-slow ibu tukar tekstur makanan. Bagi ada bentuk, warna untuk tarik minat shauqi makan..Alhamdulillah habis Shauqi makan.”
Salah satu bahan wajib ada tentunya ayam mentah segar. Ayam biasanya kita beli sama ada seekor atau pun dua ekor untuk kegunaan masak memasak sepanjang minggu. Bila sudah simpan ayam di bahagian sejuk beku, tentulah ayam akan kerus kejung.
Menyimpan barang-barang basah seperti ayam, daging dan makanan laut dengan betul dalam peti sejuk dan ruang sejuk beku adalah penting untuk memastikan keselamatan makanan dan menjaga kualiti. Hujung minggu memang waktu biasa mak-mak menambah stok barang basah.
Berikut dikongsikan petua yang boleh memudahkan kerja mak-mak di dapur. Cara ini memudahkan mak-mak untuk menyimpan ketulan ayam supaya tidak melekat dan mudah dikeluarkan bila hendak dimasak.
Ayam bila sudah beku, faham-faham sajalah kerasnya macam mana. Ada kala perlu masak 2-3 ketul sahaja, tapi kena rendam hampir semua. Cuba petua perkongsian Suzana Zainal ini. Nampak sangat praktikal, lebih mudah dan cepat. Jom lihat cara-caranya.
Berikut dikongsikan cara untuk menyimpan ayam, daging dan juga ikan.
Cara-caranya:
1. Basuh ikan atau ayam atau daging bersih-bersih.
2. Selepas itu, letak dalam dulang. Pastikan tidak melekat antara satu sama lain.
3. Masukkan ke dalam peti sejuk, ruang sejuk beku dalam 2 hingga 3 jam.
4. Selepas sudah beku, ambil satu persatu dan masukkan ke dalam plastik atau bekas yang kita nak. Jadi nanti nak masak dah senang. Tak payah rendam semua. Cuma ambil berapa ketul yang kita nak masak dan rendam.
Pilih beku dengan baik: Pastikan ayam yang anda beli berada dalam keadaan baik. Elakkan membeli ayam yang sudah rosak atau punya bau yang pelik.
Pengasingan: Untuk mengelakkan percampuran bau dan rasa, ayam perlu disimpan dalam bekas kedap udara atau plastik pembungkus yang sesuai. Anda boleh memisahkan potongan-potongan ayam dengan menggunakan pembungkus plastik atau aluminium foil.
Tarikh luput: Sentiasa perhatikan tarikh luput pada bungkusan ayam yang dibeli. Gunakan ayam sebelum tarikh luput untuk memastikan kesegaran dan keselamatan makanan.
Suhu yang betul: Pastikan suhu peti sejuk adalah di bawah 4 darjah Celsius (39 darjah Fahrenheit) untuk makanan sejuk dan -18 darjah Celsius (0 darjah Fahrenheit) atau lebih rendah untuk makanan beku. Gunakan termometer peti sejuk untuk memastikan suhu yang betul.
Simpan dalam bahagian yang sesuai: Letakkan ayam dalam bahagian peti sejuk yang sesuai.
Tanda tarikh: Tandakan tarikh apabila anda menyimpan ayam dalam peti sejuk atau ruang sejuk beku. Ini akan membantu anda mengenal pasti berapa lama ayam telah disimpan.
Penyimpanan selamat dalam ruang sejuk beku: Jika anda ingin menyimpan ayam dalam ruang sejuk beku untuk tempoh yang lebih lama, pastikan ayam diletakkan dalam bekas kedap udara dan tulis tarikh penyimpanan. Gunakan plastik pembungkus untuk mengelakkan udara daripada meresap masuk ke dalam bekas.
Cara penyediaan semula: Apabila anda ingin menggunakan ayam yang telah dibekukan, alihkannya ke peti sejuk pada malam sebelumnya untuk membolehkannya mencair dengan perlahan dalam keadaan selamat. Anda juga boleh menggunakan mikrowave untuk mempercepatkan proses pencairan, tetapi pastikan ayam dimasak dengan segera selepas pencairan.
Jangan simpan semula ayam yang telah dimasak: Ayam yang telah dimasak tidak sepatutnya disimpan semula dalam peti sejuk beku kerana boleh meningkatkan risiko jangkitan makanan.
Amalkan kebersihan: Sentiasa amalkan kebersihan ketika menangani ayam. Basuh tangan anda dan alat-alat memasak dengan baik sebelum dan selepas menyentuh ayam untuk mengelakkan sebarang jangkitan kuman.
Dengan mengikuti panduan ini, anda boleh memastikan ayam anda disimpan dengan selamat. Kualitinya juga dapat dikekalkan semasa dalam peti sejuk dan ruang sejuk beku.
Kredit: Suzana Zainal
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kos bersalin hospital kerajaan terkini bagi Kelas 1, 2 dan 3 termasuk bersalin normal, caesarean dan kes khas. Panduan lengkap untuk bakal ibu bapa di Malaysia.