Ayam Goreng Kunyit Masak Thai. Makan Dengan Nasi Panas Memang Ngam!

Share

Anak-anak kalau lauk ayam semua suka. Memang boleh makan bertambah. Tak kisahlah cara masakannya yang macam mana sekalipun. Biasa kalau dah tak ada idea ayam goreng kunyit pun dah cukup untuk mereka. Letak kicap dengan nasi panas, memang ngam.

Tapi kali ni, ibu boleh cuba buat menu Ayam Goreng Kunyit Masak Thai. Caranya simple je, cuma ada sedikit berkuah dan ayamnya juicy. Satu lauk ni pun dah cukup untuk hidangan anak beranak.

Nak tahu macam mana resipinya, ini yang dikongsikan oleh Yuni Kamaruddin.

Bahan tumbuk :-
* 6 ulas bawang merah
* 4 ulas bawang putih
* 5 biji cili padi
* 1/2 inci kuncit hidup

– Ayam, Serai 2 batang, Bunga kobis, Kacang panjang, Sos tiram, Sos tomato dan Daun limau purut

Cara masak saya selit di setiap gambar ya. Mudah dan cepat untuk di makan. Makan dengan nasi panas sedap urmmm..

Cara masak:

Tumbuk separuh lumat bahan tumbuk.

Cili padi ni nak tumbuk sekali dengan bahan tumbuk pun boleh saya tak nak pedas sangat tu potong saja.

Tumis bahan tumbuk berserta serai yang telah dititik dan cili padi. Tumis sampai garing ya.

Dah garing masukkan 2 sudu sos tiram. Kriok kirok dalam kuali tu sebab saya guna minyak lebihan ayam goreng tadi

Masukkan dua sudu sos tomato

Kacau rata masukkan sedikit air lepas tu taruk daun limau purut

Masukkan ayam goreng yang telah digoreng. Saya tabur serbuk lada sulah hihi rasa lagi sedap.

Kacau rata perasakan dengan garam dan megi cukup rasa. Dah siap. Saya suka sedikit juicy . Tak suka kering dan berkuah.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi: Yuni Kamaruddin

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN