Hujung minggu ini pasti ada tetamu yang bakal berkunjung ke rumah selepas kerajaan membenarkan segala aktiviti dengan SOP yang perlu dipatuhi. Bosan dengan menu rasa biasa, apa kata kita hidangkan menu makan tengahari tetapi special untuk keluarga dan anak-anak, begitu juga tetamu.
Resipi ayam pandan memang sudah terbiasa namun resipi yang dikongsikan oleh doktor popular di media sosial, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini cukup special. Ayam Pandan Thai ala Siam yang disediakan beliau nampak cukup enak. Nak buat pun senang.
Bosan makan ayam goreng? Apa kata kita masak ayam goreng gaya orang Siam, nak? Jom masak ‘gai hor bai toey’, atau lebih dikenali sebagai:
Ayam Pandan Thai by Kamarul Ariffin Nor Sadan
1 kg ayam (separuh ayam) dipotong kecil
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 sudu cili kisar
1 batang serai
2 sudu gula Melaka / nipah
¼ sudu kecil serbuk ketumbar
¼ sudu kecil serbuk jintan manis
¼ sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar santan
2 sudu besar sos tiram
1 susu besar minyak bijan
10 helai daun pandan
Ayam potong kecil, boleh buang tulang dan kulit jika mahu. Saya tak buang kerana malas. Bahan-bahan lain, potong kasar dan masuk dalam pengisar kisar. Kisar semua sampai halus. Banyak gila bahan digunakan untuk buat bumbu(perencah) ayam ni. Jenuh nak cari semua. Hehe.
Satukan bumbu dengan ayam. Tabur garam secukup rasa. Gaul sebati. Gaul gunakan tangan baru mesra.
Alamak lupa nak letak gula Melaka masa kisar tadi. Tak apa, campak sekarang. Kemudian perap sekejap dalam peti ais. Sambil tu, ambil pisau dan bawa ke belakang rumah.
Kita pergi kebun kita yang sekangkang kera ni. Cari pokok pandan. Jangan tanya macam mana saya ambil ambar ni.
Sekarang kita belajar cara balut ayam. Mula-mula silangkan daun pandan macam ni. Buat poket. Ini pandangan belakangnya. Hujung daun yang tadi, kita masukkan ke belakang pula, seperti ditunjukkan oleh anak panah.
Jadi macam ni. Kemudian pusingkan semula, untuk lihat bahagian hadapan.
Goreng ayam tadi! Hati-hati, minyak pasti terpercik sebab daun tu ada air. Pakai perisai muka, pakai lengan panjang, pakai apron. (yang lelaki, jangan pakai boxer je)
Dah siap! Hidang dengan sos cili Thai! Boleh ratah begitu sahaja, atau makan dengan nasi putih! Rasanya berempah tapi tak keterlaluan, dan sedikit manis. Aroma daun pandan tu, memang membangkitkan selera!
Tip untuk sediakan pada anak:
Ayam memang paling disukai oleh anak-anak kita, pun begitu sama seperti telur, ayam juga cukup sensitif jika tidak dimasak dengan baik. Ini antara perkara-perkara yang mak ayah perlu berikan perhatian ketika menyediakan ayam goreng untuk anak.
* Pastikan ayam dibasuh dengan bersih. Bilas berkali-kali.
* Nak lagi senang anak nak makan, potong ayam kecil-kecil. Senang anak nak pegang.
* Paling penting, ketika menggoreng pastikan penggunaan api yang sederhana supaya ayam masak sekata.
* Ayam yang dibalut dengan daun memerlukan sedikit masa untuk masak, jadi perhatikan betul-betul supaya samada ayam masak dengan elok atau tidak.
* Apabila diangkat, periksa dahulu samada ayam telah masak dengan baik atau tidak.
* Jika ayam masih berdarah, buang semula daun, bungkus semula dan kemudian dimasak lagi hingga masak.
* Ayam yang masih berdarah terdedah kepada bakteria Salmonella dan sebagainya yang membahayakan anak-anak dan keluarga. Please alert
* Resipi yang dikongsikan oleh doktor tidak menggunakan garam, malah anda boleh kawal penambahan sos tiram jika terlebih masin.
Nak menggoreng ni pun perlukan peralatan yang sesuai untuk bantu mudahkan mak-mak nak masak. Nak senang boleh cari kelengkapan menggoreng di SINI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI