Seorang wanita terpaksa menelan kekecewaan apabila mengalami kerugian lebih RM260,000 akibat terpedaya dengan sindiket ‘Love Scam’, kata Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman.
Menurut Harian Metro, mangsa berusia 32 tahun itu mula berkenalan dengan seorang lelaki asing yang mendakwa dirinya seorang ahli perniagaan di media sosial. Lelaki tersebut kemudian meminta wang kononnya untuk menyelamatkan perniagaannya yang dikatakan menghadapi masalah kewangan.
Katanya lagi, mangsa yang terpedaya telah membuat 14 kali transaksi kepada empat akaun berbeza bermula 14 Okt hingga Ahad lepas sebelum suspek mendiamkan diri dan wanita itu akhirnya menyedari dirinya telah ditipu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Wanita itu telah membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan
Ads
INFO TAMBAHAN
Kalau kita tengok makin ramai yang terjerat dengan ‘Love Scam’ ni, sebab biasanya scammer ni pandai guna psikologi. Mereka akan guna ayat-ayat manis, cerita sedih, dan tunjuk konon simpati untuk buat mangsa rasa yakin.
Ads
Nasihat penting untuk elak ‘Love Scam’ ni:
Jangan Terlalu Percaya Cepat – Kalau baru kenal, jangan terus buka hati atau kongsi maklumat peribadi, lagi-lagi kalau tak pernah jumpa muka.
Ads
Berhati-hati Kalau Diminta Duit – Kalau dia mula minta duit untuk ‘perniagaan’, ‘masalah kewangan’, atau apa saja alasan, terus alert. Orang yang betul-betul ikhlas takkan senang-senang minta duit dari kita.
Periksa Identiti – Gunakan internet untuk semak gambar atau nama yang dia bagi. Kadang-kadang scammer guna gambar orang lain dan buat akaun palsu. Boleh guna ‘reverse image search’ untuk pastikan gambar dia tak digunakan di tempat lain.
Rujuk Pada Kawan atau Keluarga – Kadang-kadang bila dah ‘jatuh cinta’, susah nak nampak tanda-tanda penipuan. Jadi, elok juga minta pandangan kawan atau keluarga yang boleh nasihat dari perspektif luar.
Laporkan Jika Rasa Curiga – Kalau rasa ada yang tak kena, lapor pada pihak berkuasa atau badan yang boleh bantu seperti CyberSecurity Malaysia. Mereka boleh bantu dan nasihatkan langkah seterusnya.
Berhati-hati ye, sebab scammers ni memang licik, dan mereka target orang yang mudah simpati atau mencari perhatian.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Sedih mummy haritu tengok tangan kena cucuk jarum semua…”
Hati ibu mana yang tak luluh bila lihat anak kecil kesakitan. Itulah yang dilalui oleh pengacara dan pelakon popular, Ain Edruce atau nama penuhnya Nurul Ain Edruce, 34, bila anak keduanya dimasukkan ke hospital akibat dijangkiti virus RSV (Respiratory Syncytial Virus).
Lebih menyayat hati, bayi Ain belum pun berusia sebulan waktu itu terlalu kecil untuk hadap jangkitan serius pada paru-paru dan saluran pernafasan.
Ain yang berkongsi momen itu di Instagram meluahkan rasa sebak bila terpaksa lihat tangan anak dicucuk jarum dan duduk dalam wad.
“Belum sebulan lagi awak lahir… baru berapa hari, dah masuk wad balik.”
Apa yang lebih menyentuh, ini bukan kali pertama Ain melalui detik mencemaskan ni. Anak sulungnya, Soraya, pun pernah kena RSV dulu. Kini, giliran adik pula diuji.
“RSV ni jahat…”
Itu luahan ringkas dari seorang ibu yang dah dua kali berdepan pengalaman yang sama — penuh trauma, risau dan tak tidur malam.
Menurut Ain, anaknya kini sudah dibenarkan keluar dari wad, namun masih belum sembuh sepenuhnya kerana sistem imun bayi yang masih lemah.
“Doakan adik Soraya sihat cepat macam kakak dia.”
Dalam masa sama, Ain juga pesan pada semua ibu bapa untuk jangan ambil ringan bila anak mula tunjuk simptom tak sihat — seperti batuk, demam, nafas laju atau kurang selera makan. Terutama untuk bayi dan kanak-kanak kecil.
Posting tu turut dibanjiri doa dan kata semangat daripada rakan selebriti dan peminat. Ramai yang turut berkongsi pengalaman anak mereka dengan RSV, dan sama-sama ingatkan ibu bapa lain supaya lebih peka dan cepat bertindak.
Wanita Kelantan guna duit syiling beli barang kemas. Walaupun harga emas kini menghampiri RM500 untuk setiap gram, minat orang ramai terhadap barangan kemas tetap tidak berkurang, khususnya menjelang sambutan Aidilfitri. Malah, membeli emas seakan sudah menjadi satu kebiasaan tahunan bagi sesetengah masyarakat.
Wanita Kelantan Guna Duit Syiling Beli Barang Kemas
Pegawai Sumber Manusia MZ Gold Sdn Bhd, Nur Akmal Ahmad Tajuddin, memaklumkan bahawa sebahagian pelanggan sanggup membuat bayaran menggunakan wang syiling demi memiliki barangan kemas idaman mereka.
Walaupun harga emas semasa hampir mencecah RM500 bagi satu gram, namun rakyat Kelantan tidak pernah mengeluh malah menjadi tradisi membeli emas setiap kali menjelang Aidilfitri.
Menurutnya, sepanjang bulan Ramadan ini, sebanyak lima pelanggan datang ke premis mereka dengan membawa duit syiling untuk membeli emas sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.
“Salah seorang pelanggan kami dari Gua Musang sanggup datang ke sini dengan membawa tabung simpanan yang dikumpul selama 17 tahun. Seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an pula berjaya mengumpul lebih RM3,000 dalam bentuk syiling dan membeli seutas gelang tangan dengan wang tersebut,” katanya ketika ditemui media.
Harga emas semasa yang melambung naik tidak menyekat keinginan peminat barangan kemas sehingga ada dalam kalangan mereka sanggup membayarnya menggunakan wang syiling untuk memastikan dapat digayakan semasa Aidilfitri nanti.
Nur Akmal mengakui bahawa pada mulanya, pihak kedai agak keberatan kerana proses mengira duit syiling mengambil masa yang lama dan memerlukan tenaga kerja tambahan.
“Namun, melihat keterujaan dan kepuasan pelanggan apabila dapat memiliki barangan kemas untuk dipakai semasa Hari Raya membuatkan kami rasa berbaloi dan sanggup menerima bayaran dalam bentuk syiling,” tambahnya.
Seorang pelajar Fakulti Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi kebanggaan kita apabila diberi kepercayaan menjadi imam solat tarawih di Masjid Manukau Islamic Youth Centre, Auckland, New Zealand.
Anak muda, Muhammad Hanif Zakaria, 24, mencipta sejarah tersendiri apabila terpilih untuk menjadi imam di sana selepas lulus temuduga pemilihan menyertai Program Mobiliti Antarabangsa.
“Terkejut juga tetapi saya sangat bersyukur kerana ini peluang keemasan, sekali seumur hidup.
“Saya telah memulakan tugas sebagai imam tarawih bermula 2 lalu hingga 26 Mac ini,” katanya pada Rabu.
Ujar Hanif lagi yang mengikuti pengajian dalam program Qiraat, dia menyifatkan pemilihannya sebagai satu kejutan kerana persaingan yang sengit dalam sesi temuduga.
Bertugas di negara asing bukan sesuatu yang mudah malah kata Hanif lagi dia perlu memastikan hafazannya lancar bagi memimpin solat dengan sempurna.
“Menariknya, ini merupakan pengalaman pertama saya di pentas antarabangsa, menjadikan tanggungjawab ini lebih mencabar namun penuh dengan pelajaran berharga,” katanya.
Selain memimpin solat, Muhammad Hanif turut mengajar al-Quran kepada jemaah setempat menjadikan pengalamannya di bumi Auckland lebih bermakna.
Sebagai wakil pertama USIM yang berkhidmat di New Zealand, Hanif juga berharap penglibatannya menjadi pembuka jalan kepada pelajar lain pada masa akan datang.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.