Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat terpaksa ditahan di sebuah pusat perubatan selepas disahkan mengalami masalah mild slipped disc.
Menurut perkongsian Ayda menerusi Instagramnya, dia sebelum ini mengalami kesakitan di bahagian belakang sebelum menjalani pemeriksaan dan disahkan mempunyai masalah pada tulang belakang.
“Assalamualaikum! Baru tau ada mild slipped disc. Okay saya rest daripada lasak jap.
“Terima kasih semua yang mendoakan, yang dm, whatsapp tanya khabar. Tak sangka ramai sayang! Saya akan ingat sampai bila-bila. Sayang korang. Teruskan doa biar cepat sihat,” kongsinya menerusi Instagram.
Masih menerima rawatan, hantaran terbaru yang dimuatnaik semalam mengundang rasa sebak wargamaya.
Ads
Rindu dukung anak
Ibu kepada dua cahaya mata ini meluahkan rasa rindu untuk mengendong dan memeluk anak-anak tercinta, Nayla dan Aali.
Ads
“Rindu nak dukung Nayla and Dedek. Mama promise jaga diri then I can carry you guys lagi okay?
“If not, Nayla and Dedek jela dukung mama bila mama tua,” katanya menerusi kapsyen.
Meninjau diruangan komen, rata-rata pengikut setiap Ayda turut mendoakan agar cepat sembuh dan dapat kembali bersama anak-anaknya.
Pengalaman bersalin bagi setiap wanita lain-lain. Ada yang mudah, ada yang perlu melalui sakit yang lama dan bagi sesetengah kes kena czer.
Ibaratnya kita tak boleh nak jangka kesakitannya cuma hanya perlu sentiasa bersedia dan mendapat sokongan dari suami.
Bagi seorang suami, Saswandi Abdul Rahman, pengalamannya melihat sendiri pengorbanan isteri nak melahirkan zuriat mereka benar-benar buatkannya insaf. Hebatnya seorang isteri bertarung nyawa.
Mungkin bagi lelaki belum tentu dapat melalui kesakitan tersebut. Walaupun orang kata wanita lemah, tapi bab melahirkan anak seolah-olah wanita ada satu kuasa luar biasa.
Berikut antara perkongsiannya
Debaran dua hari menunggu kelahiran anak sulung kami. Tapi masih 3cm. Disebabkan isteri contraction terlalu kuat, isteri saya di tahan wad. Semenjak isteri masuk wad, sepanjang waktu melawat saya sentiasa menemani isteri saya.
Pada ketika itu sempat saya bertanya isteri apakah makanan yang beliau nak makan tapi masih belum dapat, maklum lah nak berpantang lepas ni tak boleh makan makanan yang sedap sedap untuk beberapa bulan nanti.Keesokan harinya contraction masih kuat dan doktor mengambil keputusan untuk masukan alat bantuan bersalin seperti (belon) untuk lebih cepat jalan dibuka dan memudahkan isteri saya bersalin secara normal.
Jam menunjukan pukul 7 petang, isteri saya mengadu terlampau sakit sampai kan tak dapat lagi menahan kesakitan yang dialami lalu saya memanggil nurse yang bertugas ketika itu untuk memeriksa keadaan isteri saya.
Setelah diperiksa nurse bagi tahu kami bahawa jalan sudah buka 5cm, nurse bergegas tolak isteri saya masuk ke labour room.
Cuak punya pasal membuatkan saya hendak buang hajat besar dan saya sempat berbisik ke telinga isteri saya bertanya adakah sempat untuk saya ke tandas.
Nampak riak wajah mukanya macam kecewa mungkin dia ingat saya takut nak teman dia dalam bilik bersalin kerana sebelum ni saya sudah berjanji untuk teman dia didalam bilik bersalin.Perut makin meragam lalu saya terus mencari tandas, Alahaii…saat saat kritikal ni boleh pulak lupa tandas dekat mana…
Setelah selesai menunaikan hajat lalu saya bergegas ke bilik bersalin. Bilik depan kiri dan kanan semua dah dengar suara bayi nangis. Doktor cakap sudah buka bacaan 9cm.
Dalam 10.15 macam tu sudah buka 10cm 3kali push. Tepat 10.45pm malam nisfu syaaban hari isnin, lahir la putera sulung kami.
Saya tidak terus keluar bilik malahan saya masih disitu menemani isteri saya. Bahagian ni ramai lelaki yang tidak sanggup lihat.
Tapi saya sanggup, depan mata saya tengok benang jarum dan darah. Saya lihat sehingga nurse tu habis jahit.
Bagi lelaki yang tidak tahan tengok darah memang digalakkan keluar. Nurse tu cakap ramai lelaki pengsan lepas tengok darah.
Sebelum tambah kerja nurse. Nurse akan suruh keluar. Nasib saya jenis tidak takut darah .
Darah tanpa henti keluar. Wajah isteri memang lemah longlai. Disebabkan bayi disisi isteri saya senyum je.Hebatnya kuasa Allah mencipta wanita menahan kesakitan melahirkan anak. Kalau la lelaki boleh beranak, confirm banyak yang arwah kot.
Kuatnya seorang isteri. Suami dan bakal jadi ayah, hargai la isteri anda. Pengalaman pertama kali masuk bilik bersalin. Atas permintaan isteri tercinta memang dia nak saya ada kat sisi dia masa dia bersalin.
Didikan yang betul akan membentuk peribadi mulia dalam diri anak-anak. Ia bermula dari rumah, ibu ayah haruslah menunjukkan contoh yang baik serta sentiasa mengingatkan anak untuk sentiasa berbuat baik terhadap orang lain.
Sebuah video yang menjadi tular di Tiktok menyaksikan seorang kanak-kanak lelaki yang menyuap rakannya yang merupakan seorang anak istimewa. Tampak penuh keikhlasan dan kasih sayang yang mendalam biarpun video tersebut hanya berdurasi 8 saat sahaja.
Melihatkan kebaikan yang ditunjukkan kanak-kanak lelaki itu, sudah tentulah ibu ayahnya yang banyak mengajarnya untuk menjadi individu yang sentiasa membantu orang lain yang memerlukan.
Untuk kita menolong orang lain, ia tidak memerlukan kemewahan. Cukuplah dengan niat ikhlas dan melakukannya tanpa mengharapkan sebarang balasan.
Biarpun bantuan yang diberikan kecil, ia memberi makna yang mendalam buat insan yang ditolong. Dipercayai video ini dirakam ketika waktu rehat dan dikongsikan melalui akaun Tiktok edwinpiusentak
Tonton video ini;
Meninjau ke ruangan komen, warganet memberi komen positif yang memuji kebaikan kanak-kanak tersebut;
Tak dinafikan, biarpun sekejap saja video ini memang menyentuh perasan. Semoga persahabatan mereka berdua berkekalan sehingga bila-bila dan adik ini akan terus membesar menjadi individu yang sentiasa membantu golongan yang memerlukan. Salute buat ibu ayah dan gurunya yang berjaya membentuk akhlak yang baik di dalam dirinya.
Mendidik anak tidak perlu memerlukan kekerasan. Cukup dengan nasihat yang baik, pendekatan penuh kasih sayang dan disiplin yang konsisten. Namun dalam realiti kehidupan berkeluarga, ada ibu bapa yang masih beranggapan sentuhan fizikal seperti merotan atau memukul adalah cara paling cepat untuk “mengajar” anak.
Hakikatnya, tindakan tersebut boleh meninggalkan kesan yang jauh lebih besar daripada yang kita sangkakan.
Menurut pakar neurologi dari University of California, Dr. Michael Merzenich, memukul anak boleh memberi kesan terhadap perkembangan otak mereka, termasuk fungsi memori, kawalan diri serta keupayaan berfikir secara fleksibel. Otak anak kecil sedang berkembang dengan sangat pesat. Trauma fizikal dan emosi boleh mengganggu proses perkembangan ini dan memberi kesan pukul anak dalam jangka panjang.
Dalam konteks agama pula, Islam sendiri menekankan didikan penuh hikmah dan kasih sayang. Walaupun terdapat perbahasan mengenai disiplin, ibu bapa tetap perlu berhati-hati dan tidak sesekali menyentuh bahagian tubuh yang boleh membahayakan anak.
Berikut antara bahagian tubuh yang sangat sensitif dan berisiko jika terkena pukulan:
Bahagian ini sangat berbahaya kerana melindungi struktur penting otak. Menurut The Royal Children’s Hospital Melbourne, pukulan pada belakang kepala boleh menyebabkan gegaran otak, masalah penglihatan, gangguan pernafasan, sawan, muntah serta pengsan. Dalam kes yang lebih serius, ia boleh mengancam nyawa. Inilah antara kesan pukul anak yang paling membimbangkan.
Telinga bukan sekadar untuk mendengar. Ia juga berperanan dalam mengawal keseimbangan badan. Dipetik daripada Kids Health, kecederaan pada telinga boleh menyebabkan kehilangan pendengaran sama ada separa atau sepenuhnya, gangguan pertuturan dan bahasa, serta masalah keseimbangan. Tamparan kuat pada telinga juga boleh merosakkan gegendang telinga dan meninggalkan kesan pukul anak yang kekal.
Pelipis terletak di antara dahi dan telinga, dan tulangnya sangat nipis. Hentakan kuat di kawasan ini berisiko menjejaskan saraf penglihatan, menyebabkan keretakan tengkorak serta kecederaan otak. Bahagian ini antara kawasan paling sensitif di kepala dan boleh membawa kesan pukul anak yang serius.
Hidung dipenuhi salur darah yang halus. Sekali terkena pukulan, ia mudah berdarah dengan banyak. Selain itu, kecederaan pada hidung boleh menjejaskan mata, mulut dan tulang muka. Menurut Healthy Children, sebarang trauma pada hidung perlu diperiksa doktor terutama jika bentuknya berubah atau pendarahan tidak berhenti.
Ramai menganggap punggung sebagai kawasan paling “selamat” untuk hukuman fizikal. Namun hakikatnya, terdapat banyak saraf dan tisu lembut di kawasan ini. Selain risiko kecederaan fizikal, pukulan di punggung juga boleh memberi kesan pukul anak dari sudut emosi seperti rasa malu, rendah diri dan trauma yang berpanjangan.
Bahagian belakang termasuk tulang belakang yang menempatkan sistem saraf utama. Jika tercedera, ia boleh mengganggu sistem saraf pusat, menyebabkan masalah keseimbangan dan dalam kes tertentu mengakibatkan kecacatan jangka panjang. Lebih membimbangkan, tulang anak kecil masih belum matang dan sangat mudah tercedera akibat kesan pukul anak.
Menurut kajian oleh US National Library of Medicine, perut ialah kawasan berisiko tinggi kerana ia melindungi organ vital seperti hati, usus dan pankreas. Trauma pada bahagian ini boleh menyebabkan pendarahan dalaman yang sukar dikesan dan boleh membahayakan nyawa jika tidak dirawat segera. Ini juga termasuk dalam kategori kesan pukul anak yang berbahaya.
Mungkin suatu ketika dahulu, pendekatan keras dianggap perkara biasa dalam mendidik anak. Namun zaman telah berubah. Anak-anak hari ini membesar dalam persekitaran yang berbeza, dengan cabaran emosi dan sosial yang lebih kompleks.
Disiplin tetap penting, tetapi ia boleh dibentuk melalui komunikasi, contoh teladan, konsistensi dan hubungan yang rapat antara ibu bapa dan anak. Anak yang dididik dengan empati lebih mudah memahami kesalahan dan belajar memperbaiki diri tanpa rasa takut. Pendekatan ini jauh lebih berkesan berbanding meninggalkan kesan yang boleh terbawa hingga dewasa.
Kerana pada akhirnya, tujuan kita bukan sekadar menghentikan kesalahan mereka hari ini, tetapi membentuk peribadi mereka untuk masa hadapan.
Didiklah anak dengan penuh hikmah supaya mereka membesar dengan rasa dihargai, bukan disakiti.
Sumber: National Institute of Health, Healthy Children, The Royal Children’s Hospital Melbourne
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!