Betul kata orang, bila anak diam tu yang bahaya. Ada saja ‘projek’ yang dia buat dan biasanya out of the box! Biasanya bila anak buat perangai pelik ni, dia tak main dengan toys sendiri tapi lebih suka memilih barang-barang ibu atau ayah.

Artikel Menarik: [Beli Produk Syahmi Sazli, Tak Sangka Menang Mercedes Benz. Rezeki Anak Baru Lahir!]

Sama seperti kes adik ni bila dia bermain dengan barang mekap ibunya. Habis dijadikan muka ayah sebagai ‘kanvas’ untuk hasil seninya. Bukan main berbakat, penuh satu muka disoleknya. Video yang tular ini telah dikongsikan oleh ibunya, sitinurfaseeha7 di akaun Tiktok.

Ketika itu si ayah sedang tidur dan tiba-tiba dihampiri ibu yang juga terkejut melihat perbuatan anaknya itu.

“Make up mama, adik buat apa?”

“Tak. Bukan adik. Make up papa, make up papa!”.

Tonton video ini;

IKLAN
@sitinurfaseeha7 Apa mama nak jawab dengan papa dik 😫! pantang mama masak, ada je kerja dia buat🥺🥺, Nak sedih dekat make up ke atau sedih dekat suami erk ?? 🥹🥹 #lawak #kelakuanlucu #babytiktok #sabar #komenandlike #fyp ♬ bunyi asal – Seha Meera

 Lebih lucu bila ayahnya bangun dari tidur dan melihat mukanya sendiri.

“Papa comot, papa comot.”

“Tak baik tau, dengki papa.”

Artikel Menarik: [Kalau Anak Banyak Tanya, Dia Sebenarnya Budak Pandai. Layankan Je!]

Taktik Takut Kena Marah Mekap Muka Ayah Tengah Tidur, Adik Ni Nangis Dulu. Bijak!

IKLAN

Nak elak kena marah, dia keluarkan ‘senjata’ tangisan!

Tonton video ini;

@sitinurfaseeha7 Membalas kepada @nurulamie menangis cara untuk lindungi diri 😂😂 #anakpapamama #lawak #babytiktok #fyp ♬ bunyi asal – Seha Meera

Sebenarnya anak yang sukakan seni ni bagus, banyak manfaatnya. Antara kebaikan apabila anak bermain dengan kerja seni adalah seperti:

1. Pupuk minat dalam aspek seni dan kreativiti
Setiap anak ada kreativiti tersendiri, apabila mendapat dorongan dari ibu ayah akan membuatkan mereka lebih berpotensi dan yakin untuk mengekspresikan bakat seni tersebut kepada orang lain.

IKLAN

2. Kemahiran motor halus makin mantap
Ketika anak melukis, mewarna dan menulis ia dapat melatih kemahiran motor halus mereka. Ibu ayah juga dapat mengenal pasti tangan dominan anak dan membantu mereka untuk lebih pandai menulis.

3. Sel otak berhubung 
Seni adalah salah satu cara untuk menghubungkan setiap deria iaitu deria lihat, sentuh, dengar, bau dan rasa. Dengan membuat kerja seni, ia dapat membantu neuron dan sel otak anak berhubung.

Artikel Menarik: [Dengar Lagu Siti Sarah, Shuib Tahan Sebak Dalam Konti. Jelas Nampak Rasa Rindu]

4. Cara terbaik luah perasaan
Melakukan kerja seni dapat membantu anak meluahkan perasaan mereka. Hasil seni seorang anak dapat menjadi hint sama ada mereka sedang gembira, bersedih, teruja dan sebagainya.

5. ‘Bonding time’ terbaik dengan anak
Jangan biarkan anak membuat kerja seni bersendirian. Mainkan peranan anda dan buatlah bersama mereka supaya anak merasa dihargai dan difahami. Bukan saja bagus untuk emosi anak, tetapi ia dapat membantu ibu ayah juga mengurangkan rasa stres.

Rata-rata warganet juga terhibur melihat telatah adik comel ini. Semoga dia terus membesar menjadi anak yang bijak. Kecil-kecil dah nampak bakat ni, mana tahu boleh jadi MUA suatu hari nanti kan!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI