Allahuakbar! Sedih tak dapat nak dibayangkan jika kita berada di tempat ibu bapa adik Ayra Safiyya.
Sungguh hebat ujian yang dilalui oleh mereka. Jika kita sendiri diuji dengan anak sakit sikit pun rasa dah tak mampu apatah lagi dengan ujian dan dugaan berat buat ibu ayah adik Ayra.
Melalui perkongsian ibu adik Ayra, Zalwani Zulkifi di Facebook dia berkongsi keadaan anaknya dan memohon orang ramai membantunya untuk dapatkan rawatan yang terbaik buat Ayra.
Tak salah rasanya kita sama-sama doakan kesembuhan buat adik Ayra dan ketabahan buat seluruh ahli keluarganya.
Berikut perkongsian ibunya di FB…
Perkembangan 17 April 2019
Ayra Safiyya…
Ads
Kedudukan ayra dah tak mcm dulu…bdn nya melengkung…punca? mungkin sawwan atau 0tak dia dah tak blh kawal bdn dia dah…
ari ni kalau dibenarkan balik…nk cuba berubat kg…utk sawan dia. dia blh lurus bdn dah ok rasanya…kesian…nmpk seperti menahan sakiit…
klau ade sesiapa yg pernah mengalami keadaan seperti ini..blh la dm dan share dgn sy..ape yg perlu sy buat…
Ads
terima kasih atas doa semua dan sumbangan ikhlas anda..
moga Allah memudahkan segala urusan kalian semua atas kebaikan utk anak syurga sy ni Aamiin..
Ads
Perkembangan 11 April 2019
semoga puteri ummi dan ayah ni cpt sembuh…cpt kua wad….
ari ni besday ayah…happy birthday ayah..ayra kata….happy birthday abg…ummi kata…sory..takde surprise utk ayah…ummi duduk wad jaga adik…
semoga ayah pjg umur dan murah rezeki…dan sihat selalu….Aamiin…
Setelah berkongsi tentang pembedahan akibat komplikasi hamil luar rahim baru-baru ini, pelakon, Shima Anuar memaklumkan tahap kesihatannya kini sudah menunjukkan tanda-tanda positif.
Berkongsi keadaan terkininya di Instagram, menurut Shima dia kini perlu memakai bengkung agar dapat tegakkan badannya.
“Day 3 after operation. Slowly dah boleh tegakkan badan. And i need my bengkung to support me. Bengkung ni memang khas untuk czer. Beli masa beranakkan Sophia.
“Kalau tak asyik bongkok je bila bangun. Macam nak patah dah pinggang ni tahan sakit. Last night perut sakit sgt sebab banyak angin. Kentut pun malu-malu nak keluar. Caner tah. Ishh! Stress betul,” kongsi Shima
Dalam pada itu, pelakon drama Suamiku Lelaki Pendosa ini turut mendedahkan bahawa dia akan tetap menjalani proses berpantang seperti biasa demi menjaga menjaga tubuhnya dan berharap luka dalaman lebih cepat sembuh dengan berpantang.
“This morning minum air halia. Baru la ok. And tomorrow baru start pantang dgn my CL. Actually haritu doc kata takyah pantang pun takpe. U can eat whatever u want to eat. Hahah kite pulak takut wakkk.
“Kite sayang badan. Better pantang jela. Hopefully luka kat dalam tu cepat baik. Later kite share2 lagi ok? Bengkung tu dulu beli dgn staff my husband. rasanya dia dah tak jual. maybe korang boleh google kat mana nak dapatkan ok?,” ujarnya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata peminat dan juga rakan artis gembira dengan keadaan terkini kesihatan Shima yang semakin baik.
Beberapa hari lalu, Shima berkongsi tentang kandungan yang ketiga yang terpaksa dibedah dan juga kehilangan banyak darah sewaktu pembedahan tersebut berlaku.
Untuk rekod, Shima mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Mohd Solih Toha pada 8 April 2017.
Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophia, 3 dan Mikhael Imaan yang kini berusia dua tahun.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa kata penjagaan mulut dan gigi anak kurang penting untuk mama papa fikirkan. Masalah mulut dan gigi sebenarnya jika tidak dibendung sejak kecil akan mendedahkan anak-anak dengan risiko penyakit kronik.
Ya ini bukan main-main. Menurut Dr Ezairy M Salleh, Doktor Telinga, Hidung & Tekak (ENT) dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, mendedah anak dengan makanan manis akan menyebabkan risiko penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis.
Jadi selain mengehadkan anak dengan makanan manis, ada perkara lain yang mama papa wajib ambil tahu akan bahaya jenis pemakanan seperti ini.
PENJAGAAN MULUT & GIGI
Menurut Dr Ezairy M.Sallih, hakikatnya, kesemua masalah yang melibatkan penjagaan mulut dan gigi mampu untuk diselesai dan ditangani dengan baik jika langkah pencegahan dapat dilakukan lebih awal pada peringkat di dalam rumah lagi.
Beberapa punca masalah penjagaan gigi dan dalam mulut yang berlaku adalah disebabkan oleh beberapa keadaan.
Kurang kesedaran di kalangan ibu bapa
Ini yang biasa berlaku. Pemupukan akan kepentingan menjaga kesihatan dan kebersihan di dalam mulut seharusnya disemai sejak awal usia lagi. Ini penting bagi memastikan anak-anak kita dibesarkan dengan cara dan budaya yang sihat. Apabila mereka masuk ke alam persekolahan dan remaja, kesemua perkara yang telah dilatih semenjak kecil dapat dilaksanakan tanpa sebarang paksaan dan masalah.
Karenah anak-anak
“Anak saya ini susahlah, doktor. Setiap kali nak suruh gosok gigi mesti menjerit-jerit, menangis-nangis. Tak kan setiap pagi nak macam itu?” Ini merupakan antara kata-kata daripada ibu bapa yang sering diperolehi apabila soalan diajukan kepada mereka. Takut kepada rengekan dan kerenah anak-anak bukanlah alasan untuk kita mengabaikan penjagaan di dalam mulut mereka.
Tidak semestinya ia perlukan paksaan. Ibu bapa boleh mempelbagaikan teknik dan cara agar anak-anak tidak merasakan bahawa itu ialah satu tindakan yang terbeban. Jadikan amalan memberus gigi dan lain-lain dalam penjagaan mulut ini sebagai suatu aktiviti yang menyeronokkan. Rajin beli berus gigi baru untuk anak-anak contohnya, ajak mereka gosok gigi bersama-sama dan berbagai-bagai lagi cara untuk memupuk minat dan keseronokan di kalangan anak-anak kita.
Tiada temu janji bersama doktor
Ini tidak bermakna ibu bapa perlu membawa anak-anak berjumpa doktor setiap minggu atau setiap bulan. Sebagai ibu bapa, kita harus pastikan bahawa kesihatan dalam mulut anak-anak berada di dalam keadaan yang baik. Seminggu sekali cuba periksa dalam mulut anak.
Lihat kalau ada gigi yang rosak, jika ada ulser yang menyebabkan anak kurang makan, dan lain-lain lagi. Sekiranya ibu bapa dapat mengesan kesemua perkara ini dengan lebih awal, maka pemeriksaan dan rawatan awal daripada doktor adalah amat membantu.
GALAKKAN ANAK SECARA POSITIF
Kurangkan makanan ringan
Ini penting kerana pelbagai jenis makanan ringan yang ada di pasaran seperti manisan dan gula-gula bukan sahaja boleh menyebabkan anak-anak kita mendapat nutrien yang tidak sepatutnya, bahkan ia juga boleh mendatangkan kerosakan gigi kepada anak-anak.
Bersihkan mulut sekerap mungkin
Perkara ini sering ditekankan kepada setiap pesakit. Rajin bersihkan mulut seperti berkumur sebelum dan selepas makan. Memberus gigi pastinya lebih baik. Ini amat penting untuk mengelakkan berlakunya karies gigi dan pengumpulan sisa makanan pada tonsil yang seterusnya boleh menyebabkan jangkitan.
Dapatkan pemeriksaan doktor
Jangan bertangguh apabila anda dapati anak-anak anda mengalami sebarang masalah di dalam mulut. Kerosakan pada gigi contohnya boleh menyebabkan jangkitan pada ruang sekitarnya dan seterusnya boleh juga menyebabkan jangkitan seperti pengumpulan nanah. Rawatan seperti ubat antibiotik adalah perlu apabila keadaan ini berlaku. Sekiranya rujukan untuk berjumpa doktor lewat untuk dilakukan, jangkitan yang berlaku amat sukar untuk ditangani dan pembedahan untuk mengeluarkan nanah adakalanya terpaksa dilakukan. Oleh itu, jangan bertangguh. Jumpa doktor jika anda ada sebarang masalah.
Benar bukan anak-anak dan golongan muda ini sangat suka kepada makanan dan minuman manis? Bagi kanak-kanak, adalah amat sukar untuk mengelakkan kesemua jenis makanan yang manis.
Masalah gigi rosak dan lain-lain banyak berpunca daripada amalan seperti ini. Maka, sedarlah dan hati-hati. Kalau bukan kita yang mahu berubah, siapa? Sayangi anak-anak kita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau sebut pasal kesihatan, mesti ada kaitan dengan pemakanan kan? Sebagai ibu bapa, wajar untuk anda menitikberatkan soal pemakanan dan periksa pengambilan makanan harian anak-anak.
Itulah yang dikongsikan oleh pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam yang mengutamakan pemakanan yang sihat untuk anak-anaknya. Kerana rasa sayang yang mendalam untuk anak-anak, Datin Rebecca meletakkan kesihatan sebagai keutamaan supaya anak-anak bebas dari sebarang penyakit yang akan memudaratkan diri mereka pada masa hadapan.
Berdasarkan perkongsiannya, salah satu cara untuk kawal pemakanan anaknya dengan hanya membenarkan anak-anak makan makanan segera dua bulan sekali sahaja.
Baginya, menjadi tugas ibu bapa untuk mengawal pemakanan anak-anak lebih-lebih lagi sewaktu usia mereka masih kecil ini supaya bebas dari penyakit seperti masalah berat badan yang berlebihan dan diabetes.
Tambahnya lagi, masakan dari seorang ibu lebih baik dari makanan yang didapati di luar dan sememangnya seorang ibu wajar rajin masak untuk keluarganya.
Perkongsiannya turut mendapat respon baik dari mengikutnya yang turut bersetuju untuk mengehadkan makanan segera untuk anak-anak.
Menurut Pegawai Dietetik, Hamidah Osman, makanan segera seperti nuget dan kentang goreng kebiasaannya amat digemari oleh kanak-kanak. Walaubagaimanapun, makanan ini merupakan makanan terproses dan kebanyakannya mempunyai kandungan garam dan lemak yang tinggi.
Justeru itu, ibu bapa perlu memainkan peranan dimana mengawasi pengambilan makanan tersebut oleh anak-anak dan memahami kandungan zat makanan berpandukan label yang dinyatakan.
Sebagai contoh perbandingan keperluan nutrisi kanak-kanak dan kandungan nutrisi nuget adalah seperti berikut:-
900 kcal (Kanak-kanak Perempuan)
(Anggaran 120-160gm )
25-35 gm (Perempuan)
Sumber: Ig Rebeccanuralislamahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu bapa sudah tentu kita ingin anak kita mempunyai imaginasi yang tinggi serta kreatif. Kemahiran berfikir secara kreatif boleh dipupuk sejak dari kecil...