Kalau sebut pasal kesihatan, mesti ada kaitan dengan pemakanan kan? Sebagai ibu bapa, wajar untuk anda menitikberatkan soal pemakanan dan periksa pengambilan makanan harian anak-anak.
Itulah yang dikongsikan oleh pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam yang mengutamakan pemakanan yang sihat untuk anak-anaknya. Kerana rasa sayang yang mendalam untuk anak-anak, Datin Rebecca meletakkan kesihatan sebagai keutamaan supaya anak-anak bebas dari sebarang penyakit yang akan memudaratkan diri mereka pada masa hadapan.
Berdasarkan perkongsiannya, salah satu cara untuk kawal pemakanan anaknya dengan hanya membenarkan anak-anak makan makanan segera dua bulan sekali sahaja.
Baginya, menjadi tugas ibu bapa untuk mengawal pemakanan anak-anak lebih-lebih lagi sewaktu usia mereka masih kecil ini supaya bebas dari penyakit seperti masalah berat badan yang berlebihan dan diabetes.
Ads
Tambahnya lagi, masakan dari seorang ibu lebih baik dari makanan yang didapati di luar dan sememangnya seorang ibu wajar rajin masak untuk keluarganya.
Perkongsiannya turut mendapat respon baik dari mengikutnya yang turut bersetuju untuk mengehadkan makanan segera untuk anak-anak.
Ads
Menurut Pegawai Dietetik, Hamidah Osman, makanan segera seperti nuget dan kentang goreng kebiasaannya amat digemari oleh kanak-kanak. Walaubagaimanapun, makanan ini merupakan makanan terproses dan kebanyakannya mempunyai kandungan garam dan lemak yang tinggi.
Justeru itu, ibu bapa perlu memainkan peranan dimana mengawasi pengambilan makanan tersebut oleh anak-anak dan memahami kandungan zat makanan berpandukan label yang dinyatakan.
Ads
Sebagai contoh perbandingan keperluan nutrisi kanak-kanak dan kandungan nutrisi nuget adalah seperti berikut:-
Nutrisi
RNI 2017 (Harian) bagi Kanak-Kanak Berumur 1-3 tahun
Kandungan Nutrisi (Bagi 4 biji nuget)
Tenaga
980 kcal (Kanak-kanak Lelaki)
900 kcal (Kanak-kanak Perempuan)
180-190 kcal
Karbohidrat
50-65% daripada keperluan tenaga sehari
(Anggaran 120-160gm )
10.5 gm
Protein*
12 gm
10 gm
Lemak
27-38 gm (Lelaki)
25-35 gm (Perempuan)
11-12 gm
Natrium (Garam)
1000mg
500-700 mg
Serat
20-30gm
–
Sumber: Ig Rebeccanuralislamahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tatkala melihat keadaan anak yang dilahirkan tak sama seperti kanak-kanak lain, hati ibu mana yang tak sedih. Lagi-lagi diuji dengan penyakit yang belum dapat dikenal pasti lagi. Tiada seorang ibu pun yang nak lihat anak sakit tapi jika dah ketentuan Allah, hati perlu reda menerima takdir ini.
Melalui perkongsian di FB Nor Siti, kisah adik Abdul Hanifah yang mengalami masalah abnirmal tongue ini mendapat perhatian orang ramai. Malah kisah si comel ini turut menarik perhatian bapa kepada adik Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin.
Keadaan yang dilalui Abdul Hanifah ini seakan sama dengan apa yang dilalui oleh Ainul ketika bayi dan mungkin selepas pemeriksaan secara terperinci doktor boleh menjelaskan keadaan sebenar.
Lahir normal, seberat 3.01kg
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kenalan kami. Ini anak kami Abdul Hanifah bin Muhammad Afiq, baru berusia 11minggu. Alhamdulillah dia dilahirkan secara normal dengan berat 3.01kg tetapi menghadapi masalah abnormal tongue (penyakit belum dikenalpasti).
Perlu jalani pembedahan secepat mungkin
Dia mengalami penyukaran menyusu melalui mulut dan kini dia bergantung menggunakan ricetube sahaja. Dia perlu menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur secepat mungkin dan masih menerima rawatan di HPSF dan HKL.
Terima kasih yang tak putus bagi kata semangat
Kami menyusun 10 jari meminta maaf kerana tidak memberitahu hal ini kepada adik beradik, saudara mara dan rakan handai. Kekangan dalam menguruskan hal-hal harian, keluar masuk hospital menyebabkan keadaan tidak mengizinkan untuk kami berkongsi hal ini. Diharapkan janganlah ada yang berkecil hati dan faham akan situasi kami.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi memberi dan mengumpulkan sumbangan kepada anak kami terutamanya staff-staff nurse KD Sungai Rambai dan guru- guru Sekolah Kebangsaan Sebatu.
Serta berterima kasih juga atas kunjungan dalam mengambil berat hal ini. Dalam musim covid yang melanda ini, kami perlu mengehadkan kedatangan kepada sesiapa yang ingin mengunjungi anak kami.
Sekiranya sesiapa yang ingin memberi sumbangan di atas kos keperluan dan rawatan dia, boleh menyalurkan sumbangan tersebut di akaun ibu Abu Hanifah 154053489623 -Maybank (Norliza Binti Jamain)
Terima kasih sekali lagi diatas pemberian sumbangan anda yang kami hargai. Akhir kata dari kami, doakan semoga dipermudahkan segala urusan kami di hospital dan kami tabah dalam mengharungi dugaan /ujian ini.
** Teringin nak dapatkan keperluan anak pada harga berbaloi, lihat di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terlalu banyak sangat arahan dalam satu masa akan membuatkan anaktidak mendengar kata. Punca inilah yang membuatkan anak menjadi degil. Anak tidak mendengar kata boleh jadi puncanya dari kita sendiri, bila mana kita tidak banyak mendengar mereka bercakap-cakap.
Kita sebagai ibu bapa juga tidak banyak bercakap dengan anak-anak. Salah satu sebab mengapa anak tidak mendengar nasihat ke dua ibu bapa mereka bukan kerana mereka degil dan tidak mendengar kata. Tidak!
“Eh apa pula Ustazah, saya selalu bercakap-cakap dengan anak saya, tapi memang dia yang tak nak dengar cakap.. Degil! Berbuih mulut cakap baru nak jalan..!”
Ya, betul. Kita memang selalu bercakap dengan anak, tapi, pernah tak kita AUDIT apa yang kita CAKAP DENGAN ANAK-ANAK tu?
Maksudnya, adakah kita BERCAKAP BENDA YANG BETUL dengan anak-anak selama ini, iaitu benda yang anak-anak perlu dengar?
Atau kita sekadar cakap dan bercakap tanpa pernah audit apa yang kita cakap itu samada itu yang perlu anak dengar atau tak?
“Contohnya macam mana tu Ustazah?”
Contohnya, kita selalu cakap dengan anak-anak. Tapi asal kita bercakap saja dengan anak, kita fokus pada ARAHAN dan benda-benda yang kita ‘anggap penting’ sahaja.
“Kakak, pergi mandi. Kakak, jangan kacau adik. Kakak, kerja sekolah dah siap belum?”
“Kakak, ibu penat ni. Dah jangan nangis lagi..”
Dan KITA TERUS BERCAKAP DENGAN ANAK-ANAK TENTANG BENDA YANG PENTING!
Kerana kita rasa itu penting, maka kita cakap dengan anak-anak tentang perkara-perkara ‘penting’ itu SEPANJANG MASA!
Kena Tahu Isi Hati Anak
Walhal, sebenarnya BERCAKAP ‘perkara-perkara yang penting’ bagi seorang anak adalah sebenarnya ‘bercakap perkara-perkara yang tidak penting’ bagi diri kita!
“Kakak rasa cantik tak sikat baru kakak yang Hanim bagi semalam?”
“Ehhh… Kakak buat suara macam kataklaaa… Ongggg onggggg…!! Lucu ibu dengar!”
“Kakak… Comotnya makan! Sampai hidung kakak pun makan nasi jugak! Sedap sangat ke atau kakak yang lapar sangat?”
“Teddy bear kakak dah minum susu belum?”
Yes. ITU BENDANYA.Benda-benda remeh yang memang kita rasa tak sepenting memasak di dapur, sidai baju, pantau kerja sekolah anak-anak dan menguruskan rumahtangga, tetapi itulah yang SANGAT PENTING untuk MENGIKAT KETAATAN dan KEPATUHAN dalam diri anak-anak. Sehingga hatinya terikat untuk sentiasa menyenangkan kita, dan MENDENGAR KATA KITA.
“Apa kaitan perbualan dan cakap-cakap ‘tak penting’ tu dengan kepatuhan anak-anak dalam mendengar kata kita..?”
Begini..
Bila kita tanya soalan-soalan dan timbulkan perbualan ‘tak penting’ macam tu, anak-anak akan CENDERUNG, DIDORONG untuk MELUAHKAN RASANYA, PENDAPATNYA, DUNIANYA kepada orang yang dia paling cinta dan puja.
Hati dan perasaan, itu ibarat isi dalam gelasnya. Yang mesti dikosongkan dahulu, sebelum menerima ‘isi’ baru.
Apabila anak-anak dah kosongkan ‘gelas’ dia. Agak-agak boleh tak dia nak terima air dan muatan baru? Tentulah boleh!
Tapi kalau gelas dia sendiri dah penuh, kita nak isi dan tambah muatan baru, hasilnya tentulah melimpah dan tersia-sia!
Tak masuk dalam gelas, sebab itu anak jadi tak dengar cakap.
Sebab, kata-kata itu semuanya ibarat limpahan air ke dalam cawan yang sudah sedia penuh. Tak tersimpan malah terbuang!
Sebab itu, KOSONGKAN GELAS ANAK itu sangat penting sebelum anda sendiri tuangkan isi baru kepada mereka.
Dengar Luahan Anak
Belajar mendengar mereka, sebelum kita mahu didengari. Biar mereka luah, sebelum kita menambah!
Luahan cerita dan emosi anak-anak akan membuatkan anak-anak rasa tenang, lega, difahami, dihargai, dipercayai, DEKAT, RAPAT dengan insan yang paling penting dalam hidup.
Anak-anak yang CUKUP YAKIN DIRINYA DIDENGARI DAN DISAYANGI, takkan mempunyai sebab lain untuk dia bersikap degil, rebel dan tidak mendengar kata. GELAS DIA SUDAH KOSONG! DIA BERSEDIA UNTUK MENERIMA ‘ISI-ISI’ BARU DARI KITA!
Hasilnya nanti bila gelasnya kosong, dia akan SANGAT MUDAH BEKERJASAMA dengan kita dalam apa jua aktiviti yang melibatkan dirinya dan arahan dari kita.
InshaALLAH, bila kita bercakap benda yang betul dengan anak-anak dengan MENCUKUPI, anak-anak pun akan SANGAT MUDAH MENDENGAR KATA kita.
Jadi, cuba dulu. Ubah TOPIK APA yang kita cakap dengan mereka, PILIH TOPIK YANG MEMBANTU MEREKA MENGOSONGKAN ‘GELAS’ MEREKA dan inshaALLAH, lihatlah perubahan dalam diri anak-anak kita nanti.
Sudah menjadi harapan ibu ayah untuk anak-anak ‘celik’ Al-Quran dan boleh membacanya dengan lancar. Mengajarkan anak-anak untuk menghafal dan memahami Al-Quran adalah salah satu tanggungjawab penting dalam pendidikan Islam.
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk membantu anak-anak menjadi pandai mengaji Al-Quran:
1. Mula dengan Niat yang Jelas
Sebelum bermula, pastikan niat kita adalah untuk menyampaikan ilmu agama kepada anak-anak dengan penuh kasih sayang dan dedikasi.
2. Pilih Guru yang Berkelayakan
Cari guru yang berpengalaman dalam pengajaran Al-Quran kepada kanak-kanak. Pengalaman dan pendekatan guru akan memainkan peranan penting dalam kejayaan anak anda.
3. Waktu yang Sesuai
Pilih waktu yang sesuai untuk pengajaran Al-Quran. Biasanya waktu pagi selepas Subuh atau waktu petang selepas sekolah adalah masa yang baik kerana anak-anak lebih segar dan fokus.
4. Pelajar Secara Berperingkat
Mulakan dengan pengajaran huruf-huruf Alif Ba Ta dan perlahankan prosesnya. Pastikan anak-anak memahami dan lancar membaca sebelum melangkah kepada bahagian berikutnya.
5. Gunakan Pendekatan Visual dan Auditif
Gunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian seperti kad perkataan atau aplikasi interaktif yang boleh membantu anak-anak memahami dengan lebih baik.
6. Amalkan dengan Pengulangan
Amalkan pengulangan kerana menghafal Al-Quran memerlukan masa dan kesabaran. Selalu ulangkaji surah-surah yang telah dipelajari.
7. Berikan Motivasi dan Pujian
Berikan pujian dan dorongan kepada anak-anak untuk setiap kemajuan yang mereka capai. Ini dapat meningkatkan motivasi mereka untuk terus belajar.
8. Libatkan dalam Amalan Harian
Ajak anak-anak untuk mengamalkan apa yang mereka pelajari dalam kehidupan harian mereka, seperti solat dengan surah yang telah dipelajari.
9. Contohi dengan Teladan
Jadilah teladan yang baik dalam kehidupan beragama. Anak-anak lebih cenderung untuk mencontohi perilaku orang dewasa di sekeliling mereka.
10. Doa dan Perlindungan
Berdoalah kepada Allah SWT untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran anak-anak. Memohon perlindungan dari gangguan syaitan dalam setiap langkah.
Mengajar anak-anak untuk mengaji Al-Quran memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi. Dengan ikhtiar dan doa, kita boleh membantu mereka menjadi pandai dan cinta akan Al-Quran. Semoga panduan ini bermanfaat bagi anda dalam membimbing anak-anak menuju ke arah yang benar dalam memahami dan mengamalkan ajaran suci Islam.
Setiap tahun Pa&Ma akan membawakan program digital Pa&Ma Superb Huffaz yang mengetengahkan kanak-kanak bijak mengaji. Mereka akan berkongsi bacaan pelagai jenis doa dan surah lazim yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.
Tahun ini, program digital Pa&Ma Superb Huffaz telah diserikan oleh Kenanga Investors bersama Ustaz Adnin Roslan dan Ustaz Fakhrul Radhi dengan adik-adik cilik yang comel.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Paksa bersalin dilakukan bagi membantu mempercepatkan proses kelahiran apabila ibu masih belum mengalami kontraksi selepas cukup bulan. Ketahui 4 kaedah induce yang biasa dilakukan di hospital serta tip penting untuk ibu hamil.