Kehadiran anak memberi kebahagiaan buat semua pasangan suami isteri. Bagaimanapun, jika belum ada rezekinya, siapa kita untuk menolak takdir Allah. Bagi penyanyi, Azmi Saat yang juga vokalis kumpulan Caliph Buskers selepas pemergian anak sulung mereka tahun lali, dia dan isteri, Nazira Muhammad belum lagi mempunyai perancangan untuk mengambil anak angkat.

Cuba dulu dapat zuriat sendiri

Azmi berkata mereka masih berpeluang untuk mencuba mendapatkan zuriat sendiri dan pernah mencadangkan kepada isteri untuk membuat rawatan kesuburan intrauterine insemination (IUI) namun ditolak.

Azmi Saat Belum Sedia Ambil Anak Angkat. Isteri Mahu Cuba Hamil Lagi

“Buat masa sekarang belum terfikir nak ambil anak angkat. Dulu saya pernah tanya kepada isteri, dia kalau boleh tak nak sebab kita masih berpeluang ada anak sendiri.

“Banyak juga pengalaman orang dah ambil anak angkat baru beberapa bulan, tiba-tiba mengandung pula. Jadi, takut nanti terbahagi kasih sayang.

“Sementara ada peluang lebih baik kita cuba. Saya cakap dekat isteri kalau nak cepat kita buat rawatan IUI. Tapi dia suruh tunggu sebab takut nanti dah buat tak menjadi lagi kecewa,” katanya kepada mStar Online.

Azmi Saat Belum Sedia Ambil Anak Angkat. Isteri Mahu Cuba Hamil Lagi

IKLAN

Dah reda tapi masih lagi rindu pada anak 

Berkongsi lebih lanjut, Azmi berkata raya tahun ini seperti kebiasaan akan menziarahi pusara arwah anak mereka seperti yang dilakukan isterinya setiap minggu.

“Tahun ini beraya di Terengganu kampung isteri selama tiga hari selepas itu di kampung saya pula di Johor. Kami naik kapal terbang balik kampung.

Azmi Saat Belum Sedia Ambil Anak Angkat. Isteri Mahu Cuba Hamil Lagi

“Saya rasa suasana raya sama saja sebab lagipun dah berapa bulan arwah meninggal dunia. Tak ada kaitan dengan raya, tapi boleh kata setiap minggu nak kena pergi kubur anak, nak lepas rindu.

IKLAN

Azmi Saat Belum Sedia Ambil Anak Angkat. Isteri Mahu Cuba Hamil Lagi

“Isteri kata dah boleh terima kehilangan tapi perasaan rindu saja tak boleh hilang. Kami pun tak pernah rasa beraya dengan anak, jadi tak ada apa la,” katanya.

Sebelum ini Azmi hanya sempat bergelar bapa selama tiga hari selepas bayi sulungnya yang diberi nama Khairul Afnan meninggal dunia akibat kegagalan fungsi otak.

Zuriat yang ditunggu-tunggu sejak 10 tahun itu menghembuskan nafas terakhir dalam pangkuan Nazira.

IKLAN

Kredit: mStar; IG Azmi Saat

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!

Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Azmi Saat Belum Sedia Ambil Anak Angkat. Isteri Mahu Cuba Hamil Lagi

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI