Biarpun sebelum ini Izreen Azminda dan suaminya, Ude Wahid terpalit dengan pelbagai kontroversi namun mereka tidak menjadikan keadaan itu sesuatu yang sukar dalam perkahwinan.
Malah masing-masing mengambil sikap profesional dan terkini nampaknya kehidupan pasangan ini bertambah bahagia dan sedang menantikan kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.
Perkongsian terbaru Ude Wahid di instagramnya menunjukkan dia ada berkongsi gambar scan bayinya yang kelihatan senyum dengan kapsyen yang ditulis Baby belanja senyum untuk mama dan baba.
Pelakon Elfira Loy, memuatnaik Insta Story di laman instagramnya seolah memberi “Hint” dia kini berbadan dua.
“Kepala berpinar-pinar nak masak today, thank for cooking babysayang” kepsyen oleh Elfira dalam laman instagramnya.
Menjawab teka-teki ini, Elfira ditemubual disebuah pelancaran majlis semalam.
“Alhamdulillah Kalau orang directly tanya saya, saya jawab je tapi saya akan jawab masih baru lagi macam sekarang ni saya lebih confident sebab baru je lepas check-up dan kita tengok baby sihat jadi alhamdulillah. Saya harap semua orang terus mendoakan saya selalu”
“Perasaan El sangat gembira sebab sekarang ni kita dengar ramai sangat kes wanita yang susah nak mendapatkan cahaya mata jadi saya tak sangka rezeki saya datang awal, saya baru kahwin 4 bulan dan rezeki ni datang, ini blessing dan salah satu doa saya termakbul dengan cepat jadi saya happy dan excited”
El tidak mengalami alahan kerana dirinya tak sedar sedang hamil ketika menjalani pengambaran. “Itulah cabaran paling kuat sekali kerana pada 1st trimester saya sedang menjalani pengambaran dua drama, dua telemovie dan memang sangat penat, El cuba kuat kerana kerja. Bila dan balik kerumah barulah El muntah-muntah teruk”
“Pada mulanya saya dah check menggunakan UPT tapi saya tak percaya, orang kata susah benda ni. Tapi saya jumpa doctor, doctor sahkan. Suami pun happy sebab dia memang tak sangka secepat ini. Bila dapat rezeki ni kami memang betul-betul bersyukur. Harini saya boleh bagitahu pun dengan izin suami, supaya dapat lebih doa agar baby keluar dengan selamat”
“InsyaAllah hujung tahun Due Date El dan El tak kisah sama ada baby boy ataupun baby girl. Bestlah kalau dapat perempuan tapi mana-mana pun El tak kisah”
Elfira Loy yang mendirikan rumah tangga bersama Khairol Farish Anuar yang merupakan anak kepada seorang usahawan yang bergelar Datuk pada (1 Januari 2019) dalam sebuah majlis tertutup.
Tahniah diucapkan kepada Elfira dan suami dan diharapkan semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan berkenaan kehamilan dan kelahiran bayinya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehamilan memang mengubah banyak perkara dalam diri wanita. Dari bentuk fizikal, emosi, hormon hingga cara berfikir, semuanya mengalami transformasi besar. Namun, tahukah ibu bahawa kajian saintifik mendapati otak wanita juga boleh mengecil ketika hamil dan hanya akan kembali normal selepas kira-kira enam bulan bersalin?
Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Neuroscience, otak wanita mengalami pengecilan di bahagian tertentu semasa hamil. Bahagian yang terjejas ialah kawasan yang mengawal hubungan sosial, empati dan pemprosesan emosi.
Pakar menjelaskan, perubahan ini bukanlah sesuatu yang berbahaya. Sebaliknya ia adalah proses semula jadi tubuh dalam mempersiapkan wanita untuk menjadi seorang ibu yang lebih penyayang, peka dan responsif terhadap bayi.
Ramai ibu hamil atau baru bersalin sering merasakan diri mudah lupa, susah fokus dan cepat penat mental. Fenomena ini sering disebut sebagai mom brain. Kajian sains mengesahkan ia ada asasnya.
Perubahan otak ini dibantu oleh faktor lain seperti:
Kurang tidur kerana menjaga bayi.
Tekanan emosi selepas melahirkan.
Beban kerja mental sebagai ibu baru.
Kesan hormon estrogen dan progesteron yang tinggi.
Walaupun nampak seperti “kelemahan”, hakikatnya ia menjadikan ibu lebih sensitif terhadap tangisan bayi, lebih cepat memahami keperluannya dan lebih kuat secara emosi.
Berita baiknya, perubahan ini bersifat sementara. Struktur otak wanita akan kembali normal dalam tempoh sekitar enam bulan selepas bersalin. Walau begitu, sebahagian penyesuaian otak – khususnya yang berkait dengan naluri keibuan dan kepekaan terhadap emosi anak – mungkin kekal lebih lama demi menyokong peranan ibu.
Paling penting, pengecilan otak ketika hamil tidak bermakna ibu menjadi kurang bijak atau hilang keupayaan berfikir. Sebaliknya, ia adalah bukti betapa luar biasanya tubuh wanita yang sanggup berubah demi anak.
Perubahan otak ini normal dan tidak membahayakan. Namun, jika ibu mengalami gejala mental yang berlebihan seperti kemurungan, gangguan tidur yang teruk atau kehilangan fokus berpanjangan, sebaiknya dapatkan bantuan doktor atau kaunselor profesional.
✨ Kehamilan bukan sahaja mengubah tubuh wanita di luar, malah di dalam juga berlaku keajaiban. Walaupun otak ibu mengecil seketika, ia hanyalah proses indah yang menjadikan ibu lebih kuat, penuh kasih sayang dan bersedia menyambut si kecil.
Hamil lagi selepas bersalin ceasereansebelum tempoh dua tahun seperti disarankan? Mama jangan panik, baca dulu apa yang dikatakan doktor ini.
Lazimnya bagi ibu yang bersalin secara pembedahancaesarean, doktor akan menyarankan waktu selamat untuk hamil semula ialah selepas dua tahun. Tapi bagaimana kalau anda hamil lagi sebelum waktu itu….?
MINIMUM ENAM BULAN
Menurut Dr Norintan Zainal Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan, Hospital Columbia Asia Seremban, ibu tidak perlu panik kerana terdapat kajian yang menunjukkan jarak minimum untuk hamil selepas kelahiran adalah enam bulan sahaja. Sebagai contoh, sekiranya ibu hamil setelah anak pertama berusia sepuluh bulan, risiko dinding rahim terkoyak adalah amat rendah.
RISIKO UTERINE RUPTURE
Masalah dinding rahim terkoyak ini dinamakan sebagai uterine rupture selalunya berlaku sewaktu kontraksi ketika hendak bersalin. Ia dilaporkan berlaku kurang dari 1% bagi ibu yang mempunyai satu pembedahan caesarean sebelumnya.
Percubaan untuk bersalin secara normal selepas adanya pembedahan caesarean dikenali sebagai TOS atau (Trial of Scar). Bersalin secara normal melalui faraj selepas adanya pembedahan caesarean dikenali pula sebagai VBAC (Vaginal Birth After Caesarean Section).
MASIH BERPELUANG BERSALIN NORMAL
Jika wanita ingin melalui pembedahan caesarean bagi kandungan kedua, ini dikenali sebagai Elective Repeat Cesaerean Section ( ERCS). Bagi pesakit yang pernah mengalami pembedahan caesarean dan inginkan VBAC bagi kandungan keduanya, doktor hendaklah memberitahu bahawa VBAC lebih selamat daripada ERCS.
Ini bererti, pesakit yang berjaya melalui TOS tanpa berlakunya dinding rahim terkoyak dan bersalin melalui VBAC, mereka tidak banyak mengalami masalah. Jika ada 10 orang wanita yang melalui TOS, lapan daripadanya akan berjaya bersalin secara normal.
Amat penting bagi ibu untuk memahami bahawa dinding rahim terkoyak berisiko kepada wanita yang melalui proses TOS. Walau pun ibu terbabit dipantau di hospital yang mempunyai perkhidmatan doktor pakar perbidanan dan pakar bius, serta perkhidmatan tabung darah, hal ini boleh berlaku!
KESAN DINDING RAHIM TERKOYAK
Dr Norintan menasihatkan agar ibu yang hamil semula dalam jarak kurang dari enam bulan segera merujuk kepada pakar sakit puan & perbidanan supaya rekod pembedahan yang pertama boleh diperiksa atau disemak sebelum ibu boleh melalui TOS. Risiko dinding rahim terkoyak amat tinggi (jika ia berlaku).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangkitan cacing pada kanak-kanak boleh menyebabkan gatal dubur, sakit perut, anemia dan gangguan tumbesaran. Ketahui tanda bahaya dan cara mencegahnya.