Wanita yang pernah melahirkan anak melalui pembedahan biasanya mengharapkan untuk bersalin normal untuk kelahiran yang seterusnya. Mungkin juga kerana terlalu banyak mendengar cerita tentang kesukaran jika selalu melahirkan secara Caesarean, takut luka terbuka dan sebagainya. Asalkan berpantang secara berdisiplin dan luka dijaga dengan baik, mudah-mudahan tiada sebarang masalah besar akan berlaku.

Untuk kelahiran normal selepas pembedahan, ada kemungkinan ia boleh dilakukan. Ibu harus mendapatkan nasihat pakar supaya tiada masalah akan berlaku ketika proses melahirkan anak. Ikuti penerangan daripada Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan tentang topik BERSALIN NORMAL SELEPAS CAESAREAN, ADAKAH IA BOLEH DILAKUKAN?

“Saya ada 1 caesar – boleh ke saya bersalin normal lepas ni?”

Jika ibu pernah menjalani 1 pembedahan Caesar sebelum ni ada 2 pilihan yang boleh dipilih. Bawak berbincang dengan teliti dengan doktor anda ye.

Artikel Menarik: [Kira-Kira 1 Daripada 10 Lelaki Berisiko ‘Meroyan’ Selepas Isteri Bersalin]

Boleh pilih antara Vaginal birth after caesarean (VBAC) ataupun terus memilih untuk bersalin secara caesar sekali lagi – Elective Repeat Caesarean Section ( ERCS )

Kedua-dua pilihan ada kebaikan dan keburukannya.
Dalam menentukan pilihan mana yg SELAMAT, doktor perlukan semua maklumat ni:

☘️Kenapa buat caesar yg terdahulunya?
☘️Pernah ke bersalin normal lepas caeser tu?
☘️Masa operation, ada pape masalah? Atau masalah timbul semasa berpantang?
☘️Jenis potongan dibuat pada rahim?
☘️Pendapat ibu untuk kelahiran yang sebelumnya?
🍀Kandungan skang ni ada masalah atau apa apa komplikasi
☘️Berapa banyak anak yang ibu mahukan? – risiko meningkat dgn setiap kali pembedahan, jadi jika ibu mahukan banyak anak, kena avoid pembedahan caesarean jika boleh.

Saya perlukan intraoperative notes (apa yang berlaku masa Caesar itu) untuk membolehkan keputusan bersalin secara normal atau tak itu dibuat dengan teliti.
Intraoperative notes ni biasanya dibekalkan / diberikan oleh doktor yg melakukan pembedahan tersebut.

Ibu-ibu akan diberikan kaunseling ini pada kandungan berusia 34-36 minggu. Tidak terlalu awal, dan tak terlalu lewat. Lepas 1 pembedahan caesar, 3 dari 4 wanita dgn kehamilan yg tidak bermasalah BOLEH bersalin normal

Apa faktor-faktor yg meninggikan kejayaan bersalin normal?

🌺Pernah melahirkan secara normal, sebelum atau selepas pembedahan caesar. (9 dari 10 wanita)
🌺Sakit bersalin tu datang secara semulajadi
🌺BMI ibu kurang 30

Kelebihan bersalin secara normal lepas 1 pembedahan Caesar:

⭕️Komplikasi dibandingkan dgn Caesar sgt KURANG
⭕️Peratusan kejayaan utk bersalin normal kehamilan berikutnya tinggi
⭕️Pemulihan menjadi cepat, boleh kembali ke aktiviti harian dengan mudah
⭕️Duduk hospital pun sekejap je
⭕️Senang nak mulakan breastfeeding
⭕️Risiko-risiko operation dapat dielakkan

Artikel Menarik: [Masih Tak Bersalin Walau Dah Sampai Waktu. Risiko Anak Tertelan Najis]

Keburukan bersalin normal lepas ada 1 pembedahan Caesar:

🔆Mungkin kena emergency Caesar ketika cuba bersalin normal. 25 dalam 100 wanita. Pembedahan Caesar yg dilakukan secara kecemasan membawa risiko yg lebih jika dibandingkan dengan pembedahan yg dirancang.

🔆Rahim pecah. 1 dalan 200 wanita. Risiko ini meningkat 2-3 kali ganda jika anda kena induce. Jika ada tanda-tanda bahaya yg menandakan rahim nak pecah, pembedahan caesarean akan segera dilakukan.

🔆Mungkin ada koyakan bersalin yang teruk pada vagina

KEADAAN TAK DINASIHATKAN BERSALIN NORMAL lepas ada pembedahan Caesar:

❌Ada 2 atau lebih pembedahan caesarean
❌Rahim pernah pecah untuk kehamilan sebelumnya
❌Pembedahan caesar sebelum ini melibatkan pemotongan di bahagian atas rahim (classical lscs)
❌Kehamilan sekarang ada masalah, dan tak sesuai untuk bersalin normal

Kelebihan bersalin secara ERCS:

📝Risiko rahim pecah kecil – 1 dalam 1000
📝Ibu boleh plan nak beranak tarikh bila. Walaubagaimanapun 1 dalam 10 wanita dah sakit bersalin sebelum tarikh yg dipilih ini.

Keburukkan bersalin secara ERCS

⛔️Bukan senang nak buat, mungkin lebih lama dari pembedahan Caesar yg pernah buat sebelum ni
⛔️Jangkitan kuman
⛔️Senang kena darah beku di kaki dan pulmonary embolism
⛔️Nak pulih tu mungkin lama sikit dan perlukan pertolongan ekstra kat umah
⛔️Dah ada 2 pembedahan, selalunya next pregnancy mmg akan dinasihatkan untuk caesar. Lagi banyak Caesar dilakukan, lagi Tinggi risiko uri melekat masuk dalam rahim ( placenta accreta). Kalau berlaku ni, pendarahan boleh jadi terlampau banyak dan mungkin kena buang rahim. Lagi banyak caesar yg dilakukan lagi tinggi risikonya.
⛔️Baby terluka akibat terkena pisau pembedahan – 2 dalam 100
⛔️Masalah pernafasan pada bayi, selalunya sekejap je. 5 dalam 100 bayi yg lahir secara caesar pada 39 minggu kehamilan akan mengalami masalah pernafasan , jika dibandingkan 2 dalam 100 untuk bayi yg lahir secara normal.
Kalau bayi yg lahir secara caesar lebeh awal dari 39 minggu, masalah pernafasan bayi lagi kerap berlaku – 6 dalam 100 jika dilahirkan pada 38 minggu.

Maka da jelas? Bincang dengan doktor yang mana satu terbaik untuk anda. Bila doktor explain tu tumpukan perhatian, bukan main whatssap. Doktor tak boleh buat keputusan untuk anda. Doktor hanya membantu anda membuat keputusan. Yang decide tu korang sendiri.

Artikel Menarik: [Tuhan Je Tahu Sakitnya Indius Tu Macam Mana. Bukan Saja-Saja Doktor Nak Bagi]

Semoga dengan penerangan berkaitan hal ini, seperti yang dikongsikan oleh Dr Izzat dapat membantu para ibu yang mungkin dalam dilema untuk melahirkan secara normal jika sebelum ini terpaksa melalui pembedahan Caesarean. Paling penting, dapatkan nasihat dengan doktor yang menjaga kes anda dan mintalah saranan cara kelahiran yang paling selamat buat anda dan bayi yang bakal dilahirkan.

Sumber: Dr Muhammad Izzat Abd Razak