Walau sudah punya enam cahaya mata, menanti debaran kelahiran bayi baru sememangnya mendebarkan.
Pasangan doktor yang penuh dengan tip parenting, Dr Sheikh Muszaphar Syukor dan Dr Halina bakal menerima seorang lagi cahaya mata ketujuh mereka yang dijangka dilahirkan dalam jangka masa terdekat.
Menerusi Instagram Dr Sheikh Muszaphar, Dr Halina sudah pun dimasukkan ke hospital untuk bersalin bayi ketujuh mereka.
Biarpun merancang untuk bersalin secara normal namun disebabkan beberapa perkara Dr Halina terpaksa bersalin melalui kaedah pembedahan.
“Dr Halina admitted hari ni for delivery.
Ads
“Planned nak Czer sebab Amniotic Fluid makin berkurang dengan placental insufficiency.
“Tak kesampaian untuk normal vaginal delivery. InsyaAllah, semoga dipermudahkan semua. Amin,” tulisnya berkongsi.
Menerusi entri yang dikongsikan oleh bapa penyayang ini, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina dilihat baru sahaja sampai dengan segala peralatan peribadi untuk bersalin.
Ads
Namun wajah riang Dr Halina tetap tersenyum biarpun bakal melalui detik mencemaskan.
Semoga proses kelahiran bayi comel Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina dipermudahkan.
Bagi ramai wanita, menjadi seorang ibu atau isteri bukan sekadar tanggungjawab menjaga diri sendiri, tetapi juga menjaga keluarga dan anak-anak. Dalam sekelip mata, satu diagnosis boleh mengubah seluruh dinamik kehidupan. Hakikatnya, kanser payudara semakin muda dan kini dilihat semakin agresif, sekali gus menjadi ancaman senyap kepada wanita dan keluarga mereka.
Kanser payudara semakin muda bukan sahaja mengancam nyawa wanita, malah memberi kesan besar terhadap emosi pasangan, anak-anak serta kestabilan sesebuah keluarga. Apabila seorang ibu jatuh sakit, seluruh keluarga turut menanggung kesannya.
Seorang doktor pakar radiologi berkongsi pengalaman mengejutkan sepanjang kerjayanya berhadapan pesakit kanser. Menurut beliau, sel kanser payudara sangat licik, agresif dan sering kali tidak mengikut “buku teks” perubatan.
Setiap hari, beliau berdepan pesakit baharu, melakukan imbasan untuk tujuan staging, dan dalam banyak keadaan terpaksa melakukan biopsy bagi memastikan diagnosis sebenar. Apa yang lebih membimbangkan, kanser payudara semakin muda dan tidak lagi terhad kepada golongan berusia.
“Dulu-dulu jarang2 dapat berita kanser. Sekarang hampir sesiapa sahaja kita dengar dapat kanser. Dan ada orang boleh dapat 2 kanser atau sampai 3 jenis kanser dalam hidupnya.”
“Kerja saya sebagai doktor pakar radiologi sangat menginsafkan. Setiap hari jumpa pesakit kanser baru. Setiap hari buat scan untuk staging kanser. Kadang buat biopsy untuk diagnose kanser.”
Seorang wanita lewat usia 50-an datang mendapatkan rawatan kerana benjolan di payudara. Hasil scan awal menunjukkan ketumbuhan itu kelihatan benign. Namun, keputusan biopsy mendedahkan hakikat pahit — kanser tahap empat.
Lebih mengejutkan, kanser tersebut bukan berasal dari payudara, sebaliknya dari rahim semasa kehamilan (choriocarcinoma) dan telah lama merebak. Kanser payudara semakin muda dan agresif ini memberi tamparan hebat kepada keluarga, terutama anak-anak dan pasangan yang masih bergantung kepada si ibu.
Seorang lelaki berusia 70-an yang pernah menghidap kanser saluran hempedu tiga tahun lalu hadir untuk pemeriksaan rutin. Scan terkini menunjukkan ketumbuhan baharu di pangkal hempedu bersama pembesaran kelenjar limfa.
Kes ini membuktikan bahawa sel kanser boleh “tidur” dan muncul semula selepas bertahun-tahun. Bagi wanita yang menjaga keluarga, hakikat kanser payudara semakin muda menjadikan pemantauan kesihatan lebih kritikal kerana kesihatan ibu sangat mempengaruhi kesejahteraan anak-anak.
Seorang wanita dalam lingkungan 60-an yang pernah menghidap kanser payudara 10 tahun lalu datang ke hospital akibat sakit belakang. Hasil MRI menunjukkan kanser telah merebak ke tulang di seluruh badan.
Anak-anak terpaksa melihat ibu mereka menanggung kesakitan, manakala suami menjadi penyokong utama dari segi emosi dan fizikal. Kes ini menguatkan realiti bahawa kanser payudara semakin muda dan boleh berulang walaupun selepas tempoh yang lama.
“Gambar ni adalah gambar ultrasound ketulan yg tumbuh di payudara. Memang nampak ciri kanser yang malignant dgn permukaan menggerutu (irregular outline). Gambar ultrasound guided biopsy menunjukkan jarum masuk dalam ketulan ambik sampel untuk dihantar ke makmal patologi. Pakar patologi akan baca slaid specimen untuk tahu apa ketumbuhan atau ketulan tu.”
Menurut doktor tersebut, sel kanser payudara boleh bersembunyi dalam badan tanpa simptom jelas, merebak secara senyap dan muncul kembali apabila sistem imun menjadi lemah. Oleh itu, pencegahan bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan demi kesejahteraan wanita dan keluarga.
Kanser payudara semakin muda menuntut kesedaran awal, pemeriksaan berkala dan perubahan gaya hidup yang konsisten.
Walaupun kita tidak mampu mengawal takdir sepenuhnya, gaya hidup sihat boleh membantu mengurangkan risiko kanser dan menguatkan sistem imun.
Suku pinggan protein seperti ikan, ayam atau telur.
Suku pinggan karbohidrat kompleks seperti beras perang, quinoa atau oat.
Separuh pinggan sayur-sayuran dan buah-buahan segar yang kaya serat dan antioksidan.
Pengambilan gula berlebihan boleh melemahkan sistem imun dan merangsang pertumbuhan sel kanser. Kurangkan minuman manis, kuih dan pencuci mulut bergula sebagai langkah pencegahan.
Makanan segera, sosej dan makanan tinggi bahan pengawet boleh menjejaskan kesihatan jangka panjang. Pilih makanan segar dan semulajadi setiap hari.
Aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, yoga atau berenang membantu mengekalkan berat badan sihat dan menyokong sistem imun, sekali gus mengurangkan risiko kanser.
Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari bagi membantu proses detoksifikasi badan.
Gunakan rempah semulajadi seperti halia, kunyit dan bawang putih yang bersifat anti-radang.
Pastikan tidur berkualiti antara tujuh hingga lapan jam setiap malam.
Kawal stres dengan meluangkan masa bersama keluarga dan melakukan aktiviti yang menenangkan.
Libatkan seluruh keluarga dalam gaya hidup sihat agar amalan ini berterusan.
Kanser payudara semakin muda bukan sekadar isu kesihatan wanita, tetapi isu kesejahteraan keluarga secara keseluruhan.
Sepasang suami isteri dari Sabah terpaksa hidup dalam keadaan daif bersama sembilan orang anaknya di sebuah pondok usang tanpa dinding sejak 18 tahun lalu.
Tular di laman media sosial baru-baru ini malah orang ramai terkejut melihat keadaan pasangan ini bersama anak-anaknya yang hidup serba daif.
Kesusahan yang dialami oleh pasangan yang dikenali sebagai Aidil dan Vernnah didedahkan oleh aktivis kebajikan, Adrian Edy yang menziarahi mereka pada 31 Oktober lalu.
Menurut Adrian di laman Instagramnya, tambah menyedihkan pondok yang dihuni 11 isi sekeluarga itu tidak mempunyai bekalan elektrik serta air di mana mereka akan pergi ke sungai berhampiran rumah untuk membersihkan badan.
Pendapatan bulanan pasangan ini tidak menentu memandangkan Aidil bekerja sendiri dengan membantu membersihkan kebun penduduk setempat.
“Sudah 18 tahun mereka tinggal di situ, sejak kak Vernnah kahwin dan melahirkan anak pertama mereka, mereka sudah pun tinggal di situ, rumah mereka tiada elektrik, tiada bekalan air, ibarat sebuah pondok kecil sahaja.
“Mereka mandi di sungai berdekatan rumah, suami kak Vernnah, abang Aidil kerja sendiri bantu bantu bersihkan kebun orang, itupun tidak tentu juga, kalau ada orang panggil kerja, adalah pendapatan untuk beli makanan.” katanya berkongsi.
Aktivis kebajikan ini juga turut membantu dengan membelikan lampu solar, kipas solar,tilam dan bantal serta bekalan makanan buat mereka.
“Syukur kita bantu pasangkan lampu solar, kipas solar, berikan tilam, bantal dan beri bekalan makanan buat mereka, kalau mereka mahu keluar ke kedai beli barang makanan memang jauh.
“Rasa sedih sangat bila nampak rumah mereka kosong sahaja, hanya ada baju baju, tilam dan bantal memang tiada, mereka tidur di atas papan sahaja setiap hari, belajar pun kadang tidak dapat belajar kalau malam sebab tiada lampu,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, pasangan suami isteri tersebut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Adrian yang sanggup datang memberikan pertolongan walaupun kediaman mereka jauh daripada orang ramai.
Musim hujan ni memang banyak haiwan berbisa berpindah dari habitat asal mereka dan mencari tempat perlindungan yang lebih panas. Antaranya di dalam rumah, dalam enjin kereta dan juga kasut atau tempat penyimpanan kain.
Sebab itulah, kita perlu memastikan Kawasan persekitaran berada dalam keadaan selamat dan tidak mengundang haiwan-haiwan seperti ular, kala jengking dan sebagainya masuk ke Kawasan kediaman kita.
Tapi ya lah malang memang tak berbau, menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh Zack Zai, seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali dengan nama Iman Sufi dipatuk seekor ular berbisa yang bersembunyi di dalam kasutnya.
Iman sufi dipatuk di tangan dan kini dia sedang dirawat dihospital kerana insiden tersebut. Perkongsian tersebut juga memohon orang ramai untuk mendoakan Iman Sufi agar cepat sembuh.
“Mohon doakan adik Iman Sufi agar cepat sembuh kerana di patuk ular pada tangannya. Ular berkenaan duduk dalam kasut dan adik ini tak perasan. Diharap semua berhati2 ketika meletakkan kasut di luar rumah. sebelum pakai cek dulu ya”
Melalui posting tersebut juga Zack Zai sempat menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika meletakkan kasut di luar rumah. Dia juga menyarankan orang ramai untuk periksa kasut terlebih dahulu sebelum memakainya.
Perkongsian itu juga turut mendapat respon ramai warga net dan kebanyakkannya mendoakan kesembuhan buat adik Iman Sufi.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.