Sembilan bulan melalui pelbagai keinginan ketika hamil, akhirnya isteri kesayangan pelakon Harris Annuar selamat menimang cahaya sulung mereka pada malam semalam.
Menerusi Instagramnya, Harris berkongsi khabar gembira itu kepada pengikutnya yang mengikuti perjalanan kehamilan isterinya.
Isteri Harris, Asha Merican yang juga pelakon selamat melahirkan bayi perempuan mereka tepat jam 11.51 malam tadi di sebuah pusat perubatan swasta di Perlis.
“11.51PM 26/3/23 5 Ramadan. Alhamdulillah Ya Allah.
Apa yang menariknya, Harris sempat berseloroh dengan menyatakan anaknya itu merupakan baby lato-lato Asha kerana sebelum ini isterinya mengidam bermain lato-lato ketika sedang hamil.
Menerusi hantaran itu, Harris turut berkongsi gambarnya bersama puteri kesayangan mereka yang sudah pun diberikan nama indah, Aura Medina.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikutnya di Instagram menzahirkan rasa syukur dan gembira atas kelahiran puteri sulung mereka.
Pernah tak anda rasa stres sampai menangis terketar tangan dan tiba-tiba rasa benci pada semua orang?
Pernah tak dengar perkataan ”mummy meltdown”?
Ia adalah satu situasi atau keadaan stres yang berlaku ke atas wanita bergelar isteri dan ibu apabila terlalu banyak bebanan tugas hingga melebihi tahap kemampuannya.
Kebanyakan surirumah yang menguruskan rumah tangga setiap hari tanpa adanya ‘me time’ seketika tentu rasa stres atau tertekan apatah lagi jika tidak mendapat bantuan dan sokongan daripada suami sendiri.
Perasaan tertekan dan hilang kawalan pada suasana dalam rumah serta anak-anak kadangkala boleh mengundang bahaya sekiranya tidak dikendalikan dengan baik.
Sokongan dan bantuan suami sudah tentu menjadi peranan penting membantu ibu melalui fasa sukar ini tanpa sebarang tindakan yang tak terkawal.
Ibu yang pernah melalui “mummy meltdown”, Puan Nur Liyana Mohd Nazli berkongsi pengalamannya dan bagaimana beliau berjaya mengatasi fasa tersebut dengan bantuan suami tercinta.
MUMMY MELTDOWN
Kadang-kadang saya seperti tahu apa agaknya rasa sensory overwhelmed tu. Suatu hari, selepas sepanjang hari yang sangat sibuk, kepala terasa seperti hendak meletup.
Saya dengar suara anak-anak bermain dan bunyi rancangan TV mereka seolah-olah lebih kuat daripada biasa. Bersahut-sahutan. Bingit!
Saya rasa lampu di rumah terlalu terang. Lalu saya masuk sendirian ke dalam bilik yang malap, cuba untuk bertenang.
Tetapi badan terasa rimas dan panas walaupun kipas di pasang selaju mungkin. Tiba-tiba saya rasa tak selesa dalam tubuh sendiri. Rasa macam nak cabut kandungan yang memboyot.
“Kenapa ayang nampak penat?”
“Sebab saya memang penat!”
Suami hanya diam selepas itu. Dia sudah faham tanda-tanda saya stress. Semakin banyak dia bercakap, semakin buruk nanti keadaannya. Lalu dia bawa anak semua keluar dari rumah dan suruh saya berehat di bilik.
Saya cuba tidur. Tetapi semua bunyi-bunyi bingit tadi masih terngiang-ngiang di telinga. Saya tiba-tiba jadi benci pada semua orang di sekeliling saya. Saya rasa mereka hanya menyusahkan.
Masuk waktu maghrib saya bersiap untuk solat. Then the ultimate breakdown came. Saya menangis semahu-mahunya. Terketar-ketar tangan menahan. Suami tak berkata apa.
Hanya duduk di sebelah, memeluk dan menggosok bahu untuk menenangkan. Anak-anak berdiri di depan. Tercengang-cengang melihat ibu menangis.
Suami minta saya solat dulu sambil dia menguruskan anak-anak. Selepas solat, entah bagaimana akhirnya saya berada di dalam kereta. Memandu tanpa arah entah ke mana. Saya pasang ayat al Quran dalam radio. Tapi air mata masih turun selaju-lajunya.
Saya memandu sehingga ke pantai. Tapi tak tergerak hati mahu turun. Akhirnya saya berhenti di kedai kopi. Saya minta secawan air lemon dan madu hangat. Saya hirup dengan tenang bersama sepotong kek carrot panas.
Perlahan-lahan fikiran yang kusut kembali lurus. Saya hantar mesej kepada suami menyatakan saya di luar menenangkan diri. Sebentar lagi saya pulang. Suami kata ok.
Saya pulang apabila anak-anak semua sudah lena tidur. Suami masih di meja kerja menyiapkan tugasan pejabatnya yang masih belum selesai. Saya pandang mereka sayu. Tuhan sahaja yang tahu betapa sayangnya saya pada insan-insan ini.
Saya cuba membayangkan kalau suami masih belum pulang ketika saya hampir breakdown tadi. Pasti anak-anak yang akan menjadi mangsa. Tidak hairan apabila kita dengar kes ibu mendera anak. Apabila emosi tidak lagi mampu dikawal mengalahkan kewarasan.
Saya cuba membayangkan kalau suami juga berkeras tak mahu berkompromi. Dia juga kepenatan baru pulang dari kerja. Dengan sebahagian tugasan pejabat yang masih belum selesai. Pulang pula disambut isteri yang stress. Tidak hairan ada rumah tangga yang berantakan.
Stress sometimes get in your way. No matter how hard you try to remain calm and keep everything in order. Stress is real, bukan sesuatu yang dibuat-buat atau mengada-ngada. Ia kadang datang tanpa dijangka.
Ini bukan episod pertama ‘mummy meltdown’ saya. Entah yang ke berapa kali. Suatu hari, sewaktu lepas solat, selepas satu episod yang sama, suami genggam tangan dan berkata,
“Maaf ibu, ayah tak tau macam mana nak bantu ibu.”
Acknowledgement.
That is all needed sometimes. Acknowledge yang bukan mudah menguruskan rumahtangga sendirian. Yang si isteri juga manusia biasa yang ada batas kemampuan dan kesabarannya.
Memberikan sedikit waktu privasi walau hanya sejam dua. Untuk ibu rumahtangga meluruskan urat dan menjernihkan fikirannya. Kerana dia pasti akan kembali lebih bertenaga dan ceria.
Kita pun mak-mak, kalau perlu masa rehat perlu pandai minta. Hatta ultraman pun berkelip-kelip lampu di dadanya tanda habis tenaga.
Beritahu pasangan apa yang kita rasa, ajarkan dia apa yang perlu dilakukannya. Bukan mengharapkan kuasa telepati semata. Lepas tu marahkan orang tak faham isi hati kita. Huhu!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berpantang sememangnya momen indah setiap ibu. Begitu juga yang dilalui oleh selebriti yang satu ini, Shakilla Khoriri yang masih berpantang, selepas melahirkan anak sulungnya, Ameena Sofea pada 15 Mac lalu.
Shakilla sempat berkongsi rasa penatnya ketika menjaga Ameena sepanjang berpantang namun tidak dapat menzahirkan rasa nikmatnya kepenatan bergelar ibu. Tak mampu diluahkan dengan kata-kata.
Masa tengah pregnant duduk berkurung dalam rumah. Konon takut terlebih guna tenaga, takut terberanak kat luar, takut kesian baby.
Bila dah beranak dan dalam pantang, nah! Langsung duduk rumah tak boleh curi keluar langsung. Dapat keluar depan pintu rumah pun rasa nikmatnya lah Ya Allah.
Tapi nikmat yang tak boleh aku nak share. Maybe Mak-mak je tau feeling ni.
Segalanya sekarang ni pasal DIA walaupun dia nampak aku cuma bayang-bayang hitam.
Kadang bila Cik Meena tidur aku tengok je. Even tengah malam tu terjaga aku tengok muka dia. Aku fikir. Anak aku ke?
Satu kejadian yang aku boleh kata cepatnya masa berlalu, depan mata aku sekarang anak aku, yang aku gendong dalam perut 40 minggu ?
Aku tenung dia lagi aku tak henti tanya diri sendiri, anak aku ke?
Hmm..betul lah anak aku. Anak yang aku sama2 ajak pi badminton, jogging , hiking , Shooting, berlari , shopping, buat kerja itu ini.
Anak aku lah. Dah keluar pun.
Tapi satu perkara yang yang aku tak habis fikir sampai sekarang ni, tanggungjawab besar aku dengan Fizi kena pikul untuk besarkan Cik Ameena ni.
Seram.
Takut.
Tapi macam aku pesan kat Ameena masa dia tak nak keluar perut,
“Keluar lah nak, ini takdir kita. Walaupun dunia ni memang tak adil, kejam dan banyak benda yang tak baik, kita kena tempuh juga sebab Allah dah tulis setiap jalan cerita kita semua termasuk lah awak.”
Takpa lah, kalau aku tak boleh jadi Mak yang baik pada @ameenasofia_ , mungkin aku boleh jadi kawan baik dia.
Sweet je luah Shakila ni. Peminat tak kurang juga mengucapkan tahniah, berkongsi tip dan semangat buat Shakilla ketika berpantang.
Kredit: @shakillakhoriri
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak nak masuk 2 orang & bakal bersalin bulan ini, aktres ini membayangkan anak ramai selepas 10 tahun usia perkahwinan. Syatilla juga berharap proses beranak semudah bersin.
Ibu kepada si comel Syeriv Samheizy ini dijangka bersalin pada bulan April. Dia yang tidak sabar untuk menyambut kelahiran anak keduanya berharap proses kelahiran dipermudahkan.
Isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini juga membayangkan sekiranya perkahwinan mencecah 10 tahun, tentu anak ramai. Tilla juga turut memohon doa daripada peminat agar proses bersalin semudah bersin hari-hari.