Setelah sebulan berada di hospital, wanita mangsa keganasan rumah tangga yang sebelum ini koma dipukul suaminya, Jahidah Nordin, 43, disahkan positif Covid-19 ketika dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban.

Menerusi laporan Utusan, adik Jahidah, Fauziah Nordin, 40, berkata, pihak hospital memaklumkan Jahidah dijangkiti Covid-19 berikutan terdapat kes pesakit lain positif di wad sama sebelum ini.

“Baby Nufail Meragam Seolah Tahu Ibunya Sakit.” Jahidah Positif Covid-19

“Menurut pihak hospital, kakak positif (Covid- 19) tahap dua dan telah dipindahkan ke Wad Covid-19. Sebelum ini, memang ada kes pesakit katil sebelah kakak juga positif Covid-19, tapi saya tidak pasti berapa ramai yang positif dalam wad itu,” katanya.

Menurut Fauziah, dia bimbang memikirkan tahap kesihatan kakaknya tambahan pula Jahidah belum pernah divaksin atas nasihat doktor.

“Dengan keadaan kakak Jahidah macam itu, demam tinggi dengan ‘bedsore’ (kudis) baharu naik di belakang badan lagi. Dia bukan macam orang normal lain tidak boleh bercakap atau merengek kalau sakit.

“Tahun lepas memang doktor tidak berani beri suntikan vaksin Covid-19 pada kakak kerana keadaannya koma,” katanya lagi

Menurut Fauziah, memandangkan Jahidah belum divaksin pihak hospital akan membuat pemantauan selama 10 hari.

Pada 21 Januari lalu, Jahidah dikejarkan ke HTJ dengan ambulans selepas tahap kesihatannya dilaporkan tidak stabil akibat demam, muntah dan nafasnya turun naik.

IKLAN

“Baby Nufail Meragam Seolah Tahu Ibunya Sakit.” Jahidah Positif Covid-19

Jelas Fauziah, dia juga melahirkan kekecewaan apabila berlaku kes Covid-19 dalam wad hospital sedangkan pelawat perlu membuat pemeriksaan pengesahan ujian Covid-19.

“Saya hanya mampu berserah apabila menerima berita kakak positif Covid-19, lebih sedih penjaga tidak dibenarkan masuk sebelum ini,” katanya.

Bayi meragam seolah faham ibu sakit

Fauziah berkata, permata hati Jahidah iaitu bayi lelakinya, J Eshan Nufail yang menginjak dua bulan berada dalam keadaan sihat, namun meragam sejak semalam seolah-olah mengerti ibunya sedang sakit.

IKLAN
@ziahzara15 Bila sebut ibu,Nufail senyap..rindu sangat kat ibu ye ..#mangsaderasuamidayus #braindamage #covidfighter #EshanNufail #kakjahidah #ziahzara ♬ suara asli – 🕊𝕍𝕚𝕖_𝟘𝟝🕊

“Bayi okay tapi meragam sikit, bila saya tidurkan dan selimutkan guna baju ibunya, dia senyap, mungkin dia rindukan ibunya,” katanya sayu.

Jahidah selamat melahirkan bayi lelaki, J Eshan Nufail secara pembedahan pada 30 November 2021.

Dalam kejadian pada 4 Mei 2021, Jahidah yang menetap di Johor Bahru koma disebabkan kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.

@ziahzara15 moga sihat ,baik² perjalanan hidup Nufail ..#babyajaib #braindamage #mangsaderasuamidayus #ziahzara #EshanNufail #kakjahidah ♬ suara asli – rafaaldiansyah

Jahidah pada mulanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kemudian dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital.

IKLAN

Sebelum ini pada 17 Jun 2021, suami mangsa, Rosmaini Abd. Raof mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor atas pertuduhan memukul isterinya yang hamil sehingga koma.

Kredit: Utusan & TikTok ziahzara

“Baby Nufail Meragam Seolah Tahu Ibunya Sakit.” Jahidah Positif Covid-19

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI