Memasuki usia kandungan 40 minggu dan dijangka bersalin bila-bila masa sahaja, pelakon Dynas Mokhtar dinasihati doktor untuk memakan durian dengan banyak bagi memudahkan proses kontraksinya.
Perkara itu dikongsi Dynas menerusi entri di akaun instagramnya dengan menunjukkan dia memegang sebiji durian.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai respon dan mendoakan Dyas agar dipermudahkan urusannya untuk bersalin.
Ads
Dynas aktif buat senaman
Ads
Bukan itu sahaja, sepanjang kehamilan kali ini, Dynas sangat aktif walaupun sewaktu di awal kehamilan dia turt mengalami alahan teruk seperti tak boleh bangun dan makan.
Namun selepas trimester kedua semuanya dah kembali ok dan Dynas rajin melakukan senaman khusus untuk ibu hamil.
Ads
Senaman ini bukan sahaja untuk mempermudahkan urusan bersalinnya tetapi bagi mengekalkan staminanya sepanjang mengandung.
Ramai wanita yang sedang Trying To Conceive (TTC) berusaha pelbagai cara untuk mendapatkan zuriat dari menjaga pemakanan, mengambil suplemen sehinggalah menjalani rawatan kesuburan. Namun menurut pakar pemakanan, salah satu sebab utama wanita masih sukar hamil walaupun telah berusaha ialah kekurangan vitamin D3 dalam badan.
Pakar pemakanan berdaftar, Syaza Lyana, menjelaskan berdasarkan pengalamannya, hampir 90% wanita subfertil di Malaysia mempunyai paras vitamin D3 yang rendah. Sedangkan, vitamin ini sangat penting untuk membantu keseimbangan hormon dan meningkatkan peluang kehamilan.
Vitamin D3 bukan sahaja berfungsi untuk menguatkan tulang, malah ia juga mempengaruhi hormon reproduktif seperti estrogen dan progesteron yang memainkan peranan besar dalam proses ovulasi serta penebalan dinding rahim.
“Apabila tahap vitamin D mencukupi, peluang wanita untuk hamil secara semula jadi akan meningkat kerana sistem hormon berada pada tahap optimum,” jelas Syaza.
Namun, laporan daripada Public Health Malaysia (PHM) turut mendapati bahawa 60 hingga 70 peratus wanita di negara ini kekurangan vitamin D, menjadikannya antara masalah nutrisi yang paling kerap berlaku dalam kalangan kaum hawa.
Walaupun ramai mengambil suplemen atau berjemur di bawah matahari, paras vitamin D3 dalam darah masih tidak meningkat. Menurut Syaza, hal ini berlaku kerana lemak visceral di bahagian perut boleh mengganggu penyerapan vitamin D.
“Vitamin D ialah vitamin larut lemak. Jadi apabila badan mempunyai lemak berlebihan, vitamin ini akan ‘terperangkap’ dalam tisu lemak dan tidak dapat digunakan dengan baik oleh tubuh,” katanya.
Individu yang mengalami obesiti juga lebih berisiko kerana sel lemak mereka sukar memproses vitamin D disebabkan oleh keradangan dalaman dan pengurangan enzim aktif, sekali gus menjadikan penyerapan vitamin D3 tidak optimum.
Kekurangan vitamin D3 dan berat badan berlebihan sebenarnya saling berkait rapat. Lemak berlebihan menyebabkan vitamin D tidak aktif, manakala kekurangan vitamin D pula mengganggu pembakaran lemak.
Akibatnya, berat badan menjadi sukar diturunkan, hormon tidak stabil dan risiko gangguan kesuburan seperti PCOS (Sindrom Ovari Polisistik) serta rintangan insulin meningkat.
Selain berat badan, gaya hidup juga memainkan peranan. Syaza menjelaskan bahawa tidur lewat dan tabiat makan malam selepas jam 9 malam boleh menjejaskan penyerapan vitamin D3.
“Bila kita makan lewat malam, enzim dalam hati dan buah pinggang yang sepatutnya bantu serap vitamin D akan terganggu. Sebab itu tubuh tidak dapat gunakan vitamin D dengan baik,” katanya.
Vitamin D3 terhasil apabila sinaran UVB menembusi kulit dan menukar kolesterol semula jadi dalam tubuh kepada bentuk aktif yang boleh digunakan. Nilai harian yang disarankan ialah 800 IU (20 mcg).
💗 Kesimpulannya, vitamin D3 bukan sekadar suplemen biasa. Ia memainkan peranan penting dalam keseimbangan hormon, kualiti telur dan kesuburan wanita. Jadi, buat para ibu yang sedang berusaha mendapatkan zuriat, jangan lupa beri perhatian kepada vitamin D3 kerana kadang-kadang, rahsia besar untuk hamil bermula dari satu perkara kecil yang kita selalu abaikan.
✨ Pa&Ma nasihatkan: Rujuk doktor atau pakar pemakanan sebelum mengambil apa-apa suplemen. Setiap tubuh wanita berbeza, dan pendekatan yang betul boleh membawa anda lebih dekat kepada rezeki yang ditunggu-tunggu.
Hanis Zalikha mengalami sakit belakang semasa hamil dan suspek sciatica. Namun hikmah tersembunyi, akhirnya si kecil Yusuf boleh tidur sendiri hasil ketegasan Hairul.
SAKIT BELAKANG SUSPEK SCIATICA. YUSUF SUDAH TIDUR KATIL SENDIRI
Yusuf dah betul2 tidur dekat katil dia and tak meleset dekat Mommy Daddy dah. Semuanya terjadi apabila, ingat tak lower back pain Keknis alami hari tu, yang suspected sciatica tu?
SAKIT SAMPAI NAK JEJAK KAKI KE LANTAI PUN NANGIS-NANGIS
Ya Allah sakit dia sampai nak jejak kaki ke lantai pun nangis2 mintak tolong suami. Tapi lepas dapat banyak cadangan, bila jumpa doctor dia recommended buat physio. Di samping tu kita cari alternatif lain dan look into chiropractor. Chiropractor ni yang lipat lipat badan kita pastu crack crack kan tulang tu lol. Memang macam scary tapi lagi scary kalau sepanjang pregnancy takleh jalan jadi ku gagahi jua.
“YUSUF, MOMMY IN PAIN. YOU CANNOT TOUCH HER & SLEEP CLOSE”
Tak semua chiropractor buat untuk wanita mengandung jadi kena call and ask. So back to Yusuf, waktu Mommy sakit sangat tu, Daddy explain dekat dia dengan nada yang sangat sangat tegas, “Yusuf Mommy is in pain. You cannot touch her. You cannot sleep close to her ok?”.
TERANGKAN BAHAWA MOMMY IN PAIN
Dia macam termerajuk tapi dia tak berani nak ekk atau nak ukk bila Daddy dia yang cakap ? Mulai dari hari tu terus bila dia nak tidur sekatil je Mommy akan cakap “Yusuf, Mommy is in pain”. Dia pun terus baring diam diam kat katil dia. Sambil ditemani Bujibu. Setiap malam.
IS SAKIT BELAKANG DAH PULIH
Pastu Mommy pun dah baik pada hal buat satu sesi je, baguslah chiropractor, bila buat tak seram and complicated pun sebenarnya. Dan yang penting sleeping arrangement dah setel untuk menanti kelahiran baby. Walaupun bila bangun nampak lah Yusuf cuba nasib melepasi border tu ?? I love you my son, you’re gonna be a big brother soon.
Ramai di kalangan ibu hamil yang mengalami praeklampsia atau tekanan darah tinggi dan kelebihan kadar protein dalam urin (proteinuria) sewaktu kehamilan. Penyakit ini adalah sangat serius kerana ia berlaku pada sekitar 5% daripada populasi wanita hamil dan biasanya terjadi pada usia 20 minggu kehamilan.
Peningkatan tekanan darah biasanya akan mengakibatkan pengecilan pembuluh darah di rahim. Perlu diingat, pembuluh darah berfungsi memberi janin, oksigen dan semua nutrisi yang diperlukan. Kesannya, perkembangan bayi yang ada di dalam kandungan menjadi terbantut.
Oleh kerana itu anda diwajibkan untuk memeriksa kehamilan secara teratur. Pemeriksaan kehamilan penting, agar anda dapat mengetahui perkembangan kehamilan, tahap kesihatan bayi dalam kandungan dan mengetahui kemungkinan penyakit atau kelainan pada kandungan.
Gejala utama praeklampsia adalah tekanan darah tinggi, tetapi mungkin ada juga sebab-sebab lain yang mempengaruhinya seperti kenaikan kadar protein dalam urin, pembengkakan di kaki atau kelainan pada hati atau ginjal.
Faktor yang berbeza dapat meningkatkan risiko anda untuk mendapat praeklampsia Ini termasuklah:
Selain faktor-faktor di atas, penyebab yang pasti mengenai praeklampsia tidak diketahui dengan jelas sehingga kini. Selain itu ia berkemungkinan disebabkan oleh keadaan plasenta, kekurangan oksigen atau ada gangguan di pembuluh darah. Keadaan ini harus mendapat perhatian serius kerana akibatnya boleh membahayakan kandungan.
Ketika tekanan darah sudah terlalu tinggi, misalnya sehingga mencecah 170 atau 200, satu-satu tindakan yang harus dilakukan doktor adalah segera mengeluarkan janin, agar tekanan darah anda kembali normal. Jika tidak, nyawa anda mahupun bayi boleh terancam. Memang penting untuk menyelamatkan kedua pihak. Namun, keutamaan adalah keselamatan diri anda.
Faktor makanan juga dikatakan penyebab praklampsia berlaku dalam kehamilan. Kekurangan kalsium dalam tubuh boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang berakhir menjadi praeklampsia. Hal ini kerana kalsium mencukupi dapat membantu menjaga pembuluh darah dan memastikan tekanan darah tetap normal. Selain itu, kekurangan protein, protein yang berlebihan, minyak ikan, vitamin D dan faktor makanan lainnya juga berperanan sebagai penyebab praeklampsia.
Obesiti juga antara penyebab praeklampsia. Indeks jisim tubuh yang tinggi berkaitan dengan diabetes, tekanan darah tinggi serta rintangan insulin, dapat mempengaruhi sistem inflamasi.
Sebagai langkah pencegahan, anda perlu lakukan beberapa perkara agar tidak terjebak dalam masalah praeklampsia. Untuk mencegah praeklampsia, ia perlu dilakukan sejak sebelum hamil. Anda yang merancang hamil harus melakukan pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan kesihatan adalah penting untuk melihat tekanan darah tinggi, diabetes, tiroid dan ginjal.
Ketika hamil pula, pemeriksaan kesihatan harus dilakukan dengan lebih kerap. Selain itu, makanlah makanan berkhasiat dan mengurangkan makanan bergaram, berlemak serta mendapatkan rehat yang cukup. Jangan mengambil sebarang ubat. Mintalah nasihat doktor supaya dosnya terjaga dan tidak membahayakan janin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!