Sebagai ibu bapa, kita pasti rasa gembira apabila anak tumbuh gigi. Terserlah kecomelan mereka apabila senyuman dibarisi gigi-gigi kecil itu. Walau bagaimanapun, ibu bapa kini telah mempunyai 1 lagi tanggungjawab tambahan. Inilah masanya untuk anda mula fikirkan mengenai kesihatan gigi anak. Ibu juga perlu tahu mengenai bilangan gigi susu anak.
Tetapi, mengapakah penjagaan gigi perlu dimulakan secepat mungkin? Percaya atau tidak, gigi boleh reput sejurus ia tumbuh. Sebab itulah, kita perlu menjaga gigi anak dan melengkapkan mereka dengan ilmu penjagaan gigi yang betul.
Sebagai ibu bapa, sudah pastilah kita inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Malah, kita juga ingin pastikan gigi anak sentiasa sihat dan bebas daripada sebarang cela.
Jika anda ingin tahu mengenai pertumbuhan gigi anak serta jumlah gigi susu yang bakal tumbuh, mari ikuti penjelasan kami dalam artikel di bawah.
Fakta ringkas mengenai gigi dan bilangan gigi susu bayi
Bayi sebenarnya bukanlah lahir tanpa gigi! Sebenarnya, anak kita mempunyai 20 batang gigi. Cuma, ia belum tumbuh lagi!
Anak akan mula tumbuh gigi pada sekitar usia 6 bulan sehingga 3 tahun. Gigi pertama yang akan tumbuh ialah gigi depan mereka, atau turut dikenali sebagai gigi kacip.
Lapisan enamel yang melindungi gigi lebih nipis dalam kalangan bayi. Oleh sebab itu, mereka lebih berisiko mengalami kaviti.
Ads
Gigi anak jarang-jarang? Jangan risau, ini merupakan sesuatu yang normal. Apabila gigi kekal mereka tumbuh, ia tidak akan lagi menyebabkan gigi tumbuh jarang-jarang.
Apabila anak menginjak usia 6 hingga 12 tahun, mereka mempunyai kombinasi gigi susu dan juga gigi kekal. Lama-kelamaan, kesemua gigi ini akan digantikan dengan 32 batang gigi kekal.
Sewaktu anak tumbuh gigi, bilangan gigi susu yang bakal menghiasi senyuman anak adalah sebanyak 20 batang.
Bayi juga akan mempunyai:
4 batang molar kedua.
4 batang molar pertama.
4 batang gigi taring.
4 batang gigi insisor lateral.
4 batang gigi insisor tengah.
Gigi yang terletak di tengah rahang akan tumbuh terlebih dahulu dalam masa 4 hingga 10 bulan pertama.
Walau bagaimanapun, jangan terlalu taksub mengira bilangan gigi anak. Setiap bayi tumbuh gigi dalam masa yang berbeza-beza. Namun, jika anda risau mengenai bilangan gigi anak, bercakaplah dengan doktor secepat mungkin.
Ads
Gigi anak dan rahang akan mula tumbuh. Lama-kelamaan, gigi kekal akan mula menggantikan gigi susu anak satu demi satu, bermula ketika anak berusia 6 tahun.
Bila anak akan mula mengalami pertumbuhan gigi?
Selalunya, bayi akan mula tumbuh gigi ketika mereka berusia 4-7 bulan.
Gigi kacip tengah akan tumbuh terlebih dahulu. Lama-kelamaan, bilangan gigi akan bertambah dengan tumbuhnya 4 batang lagi gigi kacip. Dalam masa sebulan selepas itu, gigi taring anak pula akan mulai tumbuh dan diikuti pula dengan gigi geraham.
Apabila anak berusia 3 tahun, bilangan gigi susu yang tumbuh adalah sebanyak 20 batang.
Dalam sesetengah kes, bayi boleh tumbuh 1 atau 2 gigi dalam masa 2 hingga 3 minggu selepas lahir. Jika anak masih lagi tidak tumbuh gigi dengan sempurna, bawa anak berjumpa doktor gigi dengan segera.
Ads
Bagi ibu yang mengalami masalah ini, jangan risau ya! Jika gigi tersebut tidak menyebabkan sebarang masalah, ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan.
Jaga gigi bayi sebaiknya, jangan kisah mengenai bilangan gigi susu anak
Gigi bayi boleh mereput sejurus ia tumbuh. Malah, proses pereputan akan menjadi semakin cepat jika anak dibiarkan mengambil terlalu banyak minuman manis.
Selepas makan, pastikan anda lap gusi anak dengan kain bersih. Ketika anak mula tumbuh gigi, anda sudah boleh mula memberusnya dengan ubat gigi. Pada waktu ini, ajar anak untuk tidak menelan ubat gigi dan berkumur.
Untuk mengurangkan risiko gigi reput:
Jangan sesekali biarkan anak tidur dengan botol dalam mulut.
Jangan bagi anak minum terlalu banyak minuman atau makanan yang manis.
Jumpa doktor gigi secepat mungkin, jika boleh dalam tahun pertama bayi.
Tidak dinafikan, anak tumbuh gigi merupakan satu perkembangan yang sangat mengujakan untuk ibu bapa. Walau bagaimanapun, ingatlah bahawa perkembangan bayi berbeza-beza. Jadi, jangan risau jika bilangan gigi susu anak tidak seperti bayi lain.
Vokalis kumpulan Spider, Tam atau nama sebenarnya, Rustam Mustafa mengakui dirinya buntu untuk memilih baju untuk anak perempuannya.
Baru sahaja menimang cahaya mata pada penghujung April lalu, Tam mengakui sedikit kekok menerima kehadiran bayi perempuan.
“Selama ini saya menguruskan tiga orang anak lelaki dan menimang cahaya mata perempuan membuatkan saya rasa teruja.
“Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami untuk menerima bayi perempuan dan akhirnya isteri saya mempunyai ‘geng’ di rumah.
“Namun begitu, saya sedikit kekok kerana tiada pengalaman dengan anak perempuan. Pernah saya keluar untuk membeli baju bayi perempuan, tetapi saya rasa buntu untuk memilih baju berwarna merah jambu yang sesuai dengan anak saya kerana sebelum ini terbiasa membeli baju untuk bayi lelaki,” katanya.
Sebelum ini, isteri Tam, Aida Mustafa, 36, telah melahirkan bayi perempuan secara pembedahan kerana dua kelahiran sebelum ini turut melalui kaedah pembedahan.
Bayi perempuan ini ibarat penyeri dalam rumah tangga Tam dan isterinya kerana ia telah dinantikan sejak sekian lama.
Sehingga kini Tam belum lagi berkongsi wajah anak perempuannya.
Sumber: astro gempak & Ig Tam Spider
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Chantelle Broughton, 29, selamat melahirkan bayi lelaki bernama Ayon dan kembarnya bayi perempuan bernama Azirah di Hospital Bandar Nottingham pada April lalu.
Memetik laporan, wanita dari Nottingham, England itu melahirkan bayi kembar lelaki dan perempuan namun kedua-duanya mempunyai warna kulit yang berbeza.
Apa yang membezakan kedua-dua bayinya dengan kembar lain adalah, Ayon memiliki mata hijau dengan kulit cerah manakala Azirah mata coklat dan berkulit gelap.
Menurut pakar genetik, kelahiran ini adalah luar biasa dan ia terjadi satu dalam sejuta kes kelahiran.
Malah dari genetiknya, wanita itu memiliki darah campuran kerana datuk sebelah ibunya berasal dari Nigeria, manakala suaminya pula berdarah kacukan Jamaica dan Scotland.
Menurut wanita itu lagi, semasa dilahirkan anak kembarnya itu tidak kelihatan berbeza tetapi perubahan ketara mula dilihat sejak empat bulan lalu.
Selain penampilan berbeza, kedua-dua kembar itu juga dikatakan mempunyai personaliti bertentangan antara satu sama lain.
Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang menggembirakan dan ia adalah masa yang sibuk. Sebelum mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi anda, beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak.
Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.
Namun tidak ramai yang berjaya untuk melakukan penyusuan ibu sehingga anak berusia 2 tahun. Dilema setiap ibu adalah untuk memberikan susu terbaik buat si kecil. Ramai yang tertanya-tanya susu formula apa yang terbaik untuk anak mereka. Puan Fizah Sobri antara Dietitian yang terkenal merungkai susu yang terbaik untuk si kecil.
Soalan begini kerap juga saya dapat
Soalan Puan saya nak kenalkan susu kepada anak saya yang usia 8 bulan sebab susu saya dah kering. Apakah susu formula yang paling sesuai untuk anak saya
Jawapan dari saya
Seeloknya cuba untuk restart susu ibu, sebab tiada istilah susu dah kering sebenarnya. Susu boleh jadi banyak semula jika caranya adalah betul. Boleh jumpa dengan kaunselor laktasi anda atau pegawai sains pemakanan di klinik kesihatan terdekat dan mereka sangaaat happy untuk tolong anda naikkan susu badan semula
Jika nak cuba susu formula sementara, tiada susu formula yang TERBAIK untuk anak. Semua berdasarkan kepada penerimaan anak kepada susu formula tersebut. Apa yang membezakan harga susu formula di pasaran? Ada yang semurah rm30/pack hingaa rm90/pack..mesti yang mahal lagi bagus kan?
Tidak semestinya
Semua susu formula baby yang dipasarkan di pasaran antarabangsa perlu mengikut guideline yang bernama Codex Alimentarius
Guideline ini memberitahu berapa macronutrient serta micronutrient yang perlu ada susu formula tersebut agar dapat memenuhi keperluan anak tanpa membahaykan kesihatan anak yang sangat fragile sekarang.
Maka dari segi kandungan ni semua brand sama saja. Tiada perbezaan.
Yang jadi mahal adalah pertambahan zat/komposisi yang tidak terkandung dalam Codex Alimentarius tetapi telah dibuktikan melalui kajian selamat dan memberi manafaat kepada baby. Antaranya probiotic,prebiotic, omega 3,dha dan epa. Pertambahan bahan bahan ini akan membezakan kos setiap brand dan jadi daya penarikan kepada pembeli.
Yang penting cara anda kenalkan susu formula ke dalam diet baby…Cara anda kenalkan akan menentukan samada anak boleh terima atau tidak formula tersebut.
Jawapan akhir saya : tiada formula yang terbaik untuk anak anda. Yang terbaik hanya SUSU IBU.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.