Pengambilan ubat tanpa saranan doktor atau ahli farmasi sangat berbahaya. Tidak boleh suka-suka makan ubat atau pil hanya kerana ia viral dan dikatakan mempunyai fungsi tertentu seperti membesarkan payudara, menegangkan punggung, melangsingkan badan dan sebagainya.

Sekiranya anda mahu mengambil sebarang pil, sangat penting untuk bertanya dahulu tentang dos serta kesannya terhadap tubuh. Jangan sesekali beli ubat dari penjual atas talian hanya kerana terpedaya dengan strategi pemasaran mereka.

Melalui perkongsian di Medical Mythbusters Malaysia, Dr Amirul Amzar menerangkan tentang pil Postinor yang dikatakan mampu membesarkan payudara. Ikuti penjelasan ini.

Viral Ambil Pil Postinor Untuk Besarkan Payudara. Jangan Buat, Salah Makan Boleh Mandul!

PIL PEMBESAR PAYUDARA (wajib baca sampai habis kalau nak guna)

Tular baru-baru ini perkongsian netizen berkaitan sejenis pil bernama Postinor yang dikatakan mampu membesarkan payudara penggunanya. Kata netizen ini, pil tersebut mengandungi hormon estrogen yang membantu meningkatkan saiz payudara sekiranya diambil dua kali seminggu.

Perkongsian ini bukan sahaja SALAH malah berpotensi MEMUDARATKAN.

Viral Ambil Pil Postinor Untuk Besarkan Payudara. Jangan Buat, Salah Makan Boleh Mandul!

Postinor adalah pil hormon levornogestrel (sejenis hormon progestogen, BUKAN estrogen) yang mana berfungsi sebagai pencegah kehamilan dalam keadaan kecemasan (emergency contraception). Ianya adalah Racun Kategori C, bermakna boleh didapati di farmasi tanpa preskripsi doktor, tetapi perlu dijual dengan kehadiran ahli farmasi bertauliah.

Pil ini tidak disarankan diambil secara berterusan. Oleh itu, penjualan pil ini di internet atau media sosial adalah SALAH dan melanggar undang-undang.

IKLAN

Artikel Lain: [Mak-Mak Kena Jaga Emosi, Kalau Emosi Kacau, Satu Keluarga Pun Ikut Kacau!]

Kenapa penjualannya dikawal?

Pil ini berpotensi menyebabkan beberapa kesan sampingan serius, antaranya:
1) risiko interaksi bersama ubatan lain
2) risiko membebankan fungsi hati
3) risiko kitaran haid tidak teratur sekiranya digunakan dengan kerap
4) risiko peningkatan tekanan darah
5) risiko kemandulan sekiranya digunakan tanpa kawalan

Oleh itu, pengambilan Postinor secara berterusan dengan bertujuan membesarkan payudara bukan sahaja tidak berkesan, malah ianya boleh memudaratkan. Ianya TIDAK MENGANDUNGI estrogen.

Saiz payudara dipengaruhi secara amnya oleh faktor genetik. Wanita asia secara umumnya mempunyai saiz payudara yang kecil berbanding wanita barat. Selain itu, secara amnya bentuk payudara dipengaruhi oleh jenis tisu yang membentuknya. Payudara dibentuk oleh 2 jenis tisu utama iaitu lemak dan juga kelenjar.

IKLAN

Viral Ambil Pil Postinor Untuk Besarkan Payudara. Jangan Buat, Salah Makan Boleh Mandul!

Wanita di peringkat umur subur mempunyai lebih tisu kelenjar berbanding lemak. Kelenjar ini berfungsi dalam penghasilan susu selepas bersalin. Oleh itu wanita yang mengandung mempunyai saiz payudara yang lebih besar. Apabila wanita berumur, tisu kelenjar akan berkurang dan lebih banyak tisu lemak menjadikan payudara kurang anjal.

Ada kajian yang menunjukkan payudara akan lebih menarik sekiranya seseorang itu tidak merokok dan tidak mengambil alkohol. Kajian yang dijalankan dalam kalangan saudara kembar ini juga menunjukkan berat badan berlebihan juga menjadikan payudara tidak menarik.

Artikel Lain: [Lepas Bersalin, Isteri Rasa Down Tengok Badan Sendiri. Suami Pujuklah Dia Dengan Ayat Ni]

Oleh itu, jikalau mahukan payudara yang menarik, berhenti merokok, jangan minum alkohol dan dapatkan berat badan ideal. Bukan dengan makan pil hormon yang merbahaya dan tidak berkesan.

IKLAN

Viral Ambil Pil Postinor Untuk Besarkan Payudara. Jangan Buat, Salah Makan Boleh Mandul!

Dan terakhir, wanita yang mempunyai saiz payudara yang besar akan lebih berisiko mempunyai masalah sakit tengkuk, belakang dan bahu berbanding mereka yang berpayudara kecil. Maka bersyukurlah dengan kurniaan semulajadi.

Sumber rujukan:
1. Postinor – 2 Package Insert
www.bayerresources.com.au › file9408

2. Determinants of breast size in Asian women
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5775321/

3. Determinants of breast appearance and aging in identical twin
https://academic.oup.com/asj/article/32/7/846/220534

4. Relationship between brassiere cup size and shoulder-neck pain in women https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3322448/

Dr Amirul Amzar
Medical Mythbusters Malaysia, M3.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI