Tiga bulan pertama menjaga bayi yang baru lahir banyak cabarannya. Salah satunya adalah kemungkinan si kecil mama kerap berjaga malam dan tidurnya yang kurang lena. Bukan sahaja perlu bangun untuk menyusukan bayi, malah berdepan pula dengan bayi yang tidurnya tak nyenyak.
menurut Konsultan Tangisan dan TIdur Bayi, Pn Uswatun Hasanah Mohd Habib, kaedah, corak dan proses tidur bayi yang berusia 3 bulan ke bawah adalah berbeza daripada bayi yang berusia 4 bulan ke atas. baru sahaja mengenali dunia, pasti sahaja bayi mama juga sedang menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
Nak tahu bagaimana caranya untuk tidur baby 0-3 bulan yang lena, ikuti perkongsian Pn Uswatun ini:
Kaedah, corak dan proses tidur bayi newborn 0-3 bulan BERBEZA dengan bayi 4 bulan ke atas.
Ya BERBEZA ya !
Ads
Kita tengok bayi newborn pun tak sama dalam banyak hal bila dibandingkan dengan bayi yang lebih berusia.
Jadi, tentulah cara tenangkan dan tidurkan mereka juga lain dan ada cara khasnya.
Berita baiknya, kaedah tidur kan bayi newborn LEBIH straight forward berbanding bayi lebih berusia!
Ads
Ini kerana bayi newborn BELUM ada kematangan otak untuk ‘sabotaj’ tidur, buat drama dan tantrum elak masuk tidur, belum lasak : memanjat, naik turun katil serta keluar masuk bilik, serta belum mudah terganggu atau excited dengan suasana sekeliling.
Tapi, bila ibubapa tak tahu cara, 3 bulan pertama boleh jadi tempoh paling sukar mengurus anak
Ads
…kerana dalam masa yang sama, ibubapa perlu beradaptasi dengan jadual bangun menyusu hampir setiap 2 jam sekali, badan yang belum pulih sepenuhnya dari proses hamil dan melahirkan serta ibu masih dalam proses membiasakan diri dengan amalan penyusuan ibu.
Demam selepas bersalin, adakah bahaya kepada ibu? Demam selepas bersalin atau ‘postpartum fever’ adalah satu keadaan yang mungkin dihadapi oleh sesetengah ibu selepas melahirkan anak.
Keadaan ini boleh menimbulkan kebimbangan kerana ia mungkin menandakan adanya jangkitan atau komplikasi lain. Ketahui punca, tanda-tanda, dan tindakan yang perlu diambil jika mengalami demam selepas bersalin.
Punca Demam Selepas Bersalin
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan demam selepas bersalin, termasuk:
Jangkitan Rahim (Endometritis)
Jangkitan pada lapisan rahim adalah punca utama demam selepas bersalin. Ia boleh berlaku jika terdapat sisa plasenta yang tertinggal atau jika terdapat jangkitan bakteria semasa proses kelahiran.
Jangkitan Luka Episiotomi atau Cesarean
Luka akibat episiotomi (luka yang dibuat untuk memudahkan kelahiran) atau pembedahan cesarean boleh dijangkiti bakteria, menyebabkan demam dan rasa sakit.
Mastitis
Jangkitan pada payudara, yang dikenali sebagai mastitis, juga boleh menyebabkan demam. Ia biasanya disebabkan oleh penyumbatan saluran susu atau jangkitan bakteria.
Jangkitan Saluran Kencing
Kencing yang tidak lancar atau penggunaan kateter semasa proses kelahiran boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing, yang juga boleh menyebabkan demam.
Tanda-tanda Demam Selepas Bersalin
Tanda-tanda demam selepas bersalin boleh berbeza-beza bergantung kepada punca demam tersebut. Namun, beberapa tanda umum termasuk:
*Suhu badan yang melebihi 38°C (100.4°F)
*Menggigil atau berpeluh
*Sakit di bahagian perut atau pelvis
*Pelepasan vagina yang berbau tidak menyenangkan
*Kemerahan, bengkak, atau nanah di sekitar luka episiotomi atau cesarean
*Sakit atau bengkak pada payudara
*Kencing yang sakit atau kerap
Adakah Bahaya kepada Ibu?
Demam selepas bersalin boleh menjadi tanda kepada masalah kesihatan yang serius jika tidak dirawat dengan segera. Jangkitan yang tidak dirawat boleh merebak dan menyebabkan komplikasi yang lebih teruk, seperti sepsis, yang boleh mengancam nyawa.
Oleh itu, adalah penting untuk ibu yang mengalami demam selepas bersalin untuk mendapatkan rawatan perubatan segera.
TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL
Jika seorang ibu mengalami demam selepas bersalin, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil:
Dapatkan Rawatan Perubatan Segera
Segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan yang sesuai. Doktor mungkin akan melakukan ujian darah, air kencing, atau imbasan untuk mengenalpasti punca demam.
Mengambil Antibiotik
Jika jangkitan bakteria dikenal pasti, doktor akan memberi antibiotik untuk merawat jangkitan tersebut. Penting untuk mengambil antibiotik mengikut arahan doktor sehingga habis.
Menguruskan Luka dengan Baik
Pastikan luka episiotomi atau cesarean dijaga dengan baik, bersih, dan kering. Ikuti arahan penjagaan luka yang diberikan oleh doktor.
Pemeriksaan Payudara
Periksa payudara secara berkala untuk tanda-tanda mastitis dan pastikan bayi menyusu dengan baik untuk mengelakkan penyumbatan saluran susu.
Demam selepas bersalin bukanlah sesuatu yang boleh diabaikan. Ia mungkin menandakan adanya jangkitan atau komplikasi yang memerlukan perhatian perubatan segera. Ibu yang mengalami demam selepas bersalin perlu mendapatkan rawatan segera untuk memastikan kesihatan mereka tidak terjejas. Dengan tindakan yang cepat dan penjagaan yang betul, kebanyakan komplikasi selepas bersalin boleh dirawat dengan berkesan.
Demi cucu, apa saja nenek dan datuk sanggup buat! Daripada tak boleh, terus kata boleh semata-mata tak mahu menghampakan harapan cucu yang sesekali balik ke kampung. Kadang kita sebagai ibu bapa terpaksa mengalah bila anak-anak dapat ‘lesen besar’ dari nenek dan datuknya.
Begitulah kasih sayang orang tua kita bila dengan cucu. Tambah pula bila jarang-jarang balik, terubatlah kerinduan yang dipendam selama ini. Malah bila dapat tahu anak cucu nak balik, segala persediaan dah dibuat awal-awal untuk mengembirakan hati insan tersayang.
Sama jugalah situasi yang dikongsi oleh seorang pengguna di TikTok atas akaun @ciknanaa yang berkongsi mengenai idea ibu mertuanya sanggup buat kolam mini di ruang tamu rumah semata-mata untuk cucu.
Idea ibu mertuanya itu untuk memberi keseronokan pada cucu-cucu yang datang ke rumah. Maklumlah kanak-kanak dan air memang tak boleh dipisahkan. Jadi ini antara satu kegembiraan untuk seorang nenek selagi ada peluang untuk melayan cucu.
Kolam ini hanya akan berfungsi bila cucu datang sahaja. Jika tak ruang kolam ini akan dijadikan tempat untuk berehat dan menonton televisyen. Fungsinya dua dalam satu!
Dalam video lain yang dikongsikan juga, bagi tujuan keselamatan, paras air yang diisi hanya paras buku lali saja demi keselamatan cucu.
Sementara itu, memandangkan ada yang bertanya persoalan bagaimana air dimasukkan dan dikeluarkan, Cik Nanaa turut berkongsi video bagaimana ibu mertua melakukannya.
Dengan hanya menyambung paip khas, air dapat dimasukkan dan dikeluarkan dengan cara lebih selamat. Tiadalah isu mengangkat baldi air semata-mata nak memenuhkan ruang kolam tersebut.
Hebat sungguh kasih sayang nenek! Ini bukan cucu je seronok balik kampung, orang dewasa pun boleh lepak sekali tepi kolam tu sambil menonton televisyen. Kenangan ini sungguh mahal dan pasti menjadi memori terindah semua cucu bila besar nanti.
Kredit: TikTok ciknanaa
Buat mama papa yang mahu anak lancar bahasa Inggeris, jom sertai e-workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Bersama barisan panel berkredibiliti seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato Dr Sheikh Muzaphar. E-workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000! Jom, daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Salah satu aktiviti yang sering diperkenalkan oleh mak ayah di masa kecil adalah mewarna. Anak-anak juga terujanya berlebih-lebihan bila nampak pelbagai warna di depan mata. Namun menarik minat anak-anak juga perlukan cara yang tepat. Ada ketikanya penggunaan pensil warna yang salah boleh membuatkan anak kecil hilang minat.
Perkongsian Puan Mahfuzah Zainol mengenai cara tepat memilih pensil patut mak ayah jadikan panduan.
8 Tips on Colouring Skills : Crayon or Colour Pencil?
1. Ramai juga guru-guru pendidikan khas dan guru tadika yang tanya saya, “nak suruh guna pensel warna atau nak guna krayon?”
2. Penggunaan krayon sebenarnya adalah untuk latihan tripod grip.
3. Oh lagi satu, krayon haruslah yang untuk kanak-kanak. Sebab kalau krayon jenama Buncho adalah untuk orang dewasa, sebab itu bentuk dan saiznya sekata dan kecil.
4. Krayon untuk kanak-kanak adalah yang hujungnya berbentuk segi tiga dan badannya bentuk silinder yang besar. Untuk promote tripod grip semasa memegang. Rujuk gambar.
5. Tripod grip pula adalah pegangan efektif yang menggunakan tiga jari. Melibatkan ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
6. Disebabkan pada masa sekarang sudah wujud pensel warna yang bersaiz besar dan berbentuk segi tiga untuk menyokong tripod grip kanak-kanak, tiada lagi dilema nak guna krayon atau pensel warna. Boleh guna pensel warna besar itu menggantikan krayon.
7. Diharap info ini merungkai dilema nak guna krayon ke pensel warna.
8. Jika kanak-kanak sudah pandai tripod grip, bolehlah beralih kepada pensel warna saiz biasa. Tiada masalah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!