Dikurniakan sepasang lagi kembar, angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Syukor dan isterinya Datin Dr Halina Mohd Yunos memanjatkan rasa syukur atas kurniaan rezeki yang diberi.

Sejak kelahiran bayi kembar kedua mereka pada Jumaat, 20 November lalu, baik Dr Sheikh Muszaphar mahu pun Dr Halina di lihat sering berkongsi beberapa gambar dan video kembar mereka. Seronok melihat video-video yang dikongsikan, penuh emosi dan keterujaan menyambut kelahiran bayi kembar yang cukup bermakna dalam hidup mereka sekeluarga.

Paling mencuit hati pastinya melihat gelagat keempat-empat anak mereka yang cukup teruja menerima kehadiran adik-adik baru dalam hidup mereka. Kata Dr Sheikh menerusi videonya, keempat-empat mereka sudah menanti di depan pintu untuk menanti adik-adik mereka dari hospital. Tidak sabar melihat wajah-wajah comel yang bakal menyinari hidup mereka sekeluarga.

Perkongsian sebuah video menerusi instagramnya pagi ini, Dr Sheikh Muszaphar turut memuatkan sebuah video anak keduanya, Tasha yang mendodoikan bayi kembar mereka. Kata Dr Sheikh lagi, keterujaan Tasha membuatkan dia terharu.

“Anak-anak cukup teruja dengan twin, lebih-lebih lagi Tasha.

IKLAN

“Seawal jam 6 pagi dia sudah berada dalam bilik baby untuk bermain dengan mereka. Tasha sememangnya mengejutkan saya.

“Dia seperti menjadi seorang yang lain, kalau sebelum ini dialah tolong sakat adik beradik, kali ini dia cukup penyayang, penenang dan penuh dengan sifat kasih sayang,” katanya berkongsi.

 

Bukan itu sahaja, malah video yang dikongsikan oleh Dr Sheikh itu cukup mengujakan. Bagi meredakan tangisan adik kembarnya, bukan hanya menyanyikan sebuah lagu bahkan Tasha membacakan surah Al-Fatihah untuk menyenangkan adiknya. Jelas mempamerkan sifat seorang kakak yang penyayang kepada adik-adiknya.

Dalam pada itu, menerusi satu entri berlainan, Dr Sheikh Muszaphar turut berkongsi sebuah video yang memperlihatkan keterujaan keempat-empat anaknya ketika baru pulang dari hospital.

Momen-momen indah yang seharusnya disimpan kemas untuk ditunjukkan pada anak-anak apabila mereka besar nanti.

 

Baik Bella, Tasha, Adam dan juga Noah, semuanya cukup gembira malah menanti di depan pintu untuk menyambut kepulangan ibu dan adik-adik kembar mereka. Malah mereka juga berebut-rebut untuk mengendong adik-adik kembar mereka. Cukup teruja.

Terdahulu, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Datin Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah serta dua kembar kedua mereka.

Artikel berkaitan:Sayunya Mommy Tinggal Anak Untuk Berjuang-Dr Sheikh Muszaphar Setia Temani Isteri Bersalin!

Dr Halina Selamat Bersalin Anak Kembar-Dr Sheikh Muszaphar Rancang Nak Anak Ketujuh!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents