Apapun yang kita lakukan sehari-hari hendaknya ikhlaskan dengan niat yang baik. Begitu juga ketika proses mencuci beras. Niatkan dalam hati supaya dilembutkan diri sendiri, pasangan dan juga anak-anak.
Apa yang kita makan tidak hanya sekadar mengenyangkan perut tapi juga menyihatkan badan, hati dan fikiran. Jika fikiran dan hati sihat segala kebaikan yang kita lakukan pun dengan ikhlas. Jadi niatkan yang baik ketika mencuci beras.
Nampak je amalan membasuh beras ni satu cara yang simple tetapi jika semua kalangan ibu amalkan dan sentiasa letakkan niat yang baik nak semua ahli keluarga dalam rahmat Allah, ini lah yang sebaiknya.
Dalam bahagia kita suami isteri, ada hari tak bercakap jugak. Ada hari tak bertegur sapa, ada hari masam muka, ada hari tengok muka pun meluat tak kira masa. Tapi tetap bahagia sebab bahagia tu bukan hari-hari gembira, hari-hari ketawa, hari-hari riang ria.
Ada hari yang kita tak berlaga angin, orang utara kata. Ada hari yang ada konflik, ada hari yang tak sama pandangan, ada hari yang berbeza pendapat. Ada perkara yang buat kita suami isteri jadi macam tu.
Pastu bila dah baik balik, bercakap pun macam biasa dah. Tak ada masam muka, mulut muncung, dah bertegur sapa macam tak ada apa-apa. Suami masuk tandas pun dah rindu bila masa tengah baik ni.
Lumrahnya kehidupan suami isteri ni begitulah. Itu bagi kita dan kita still tafsirkan situasi dan keadaan tu sebagai BAHAGIA.
Jangan limitkan atau kecilkan skop bahagia tu mestilah tak boleh bergaduh langsung, tak boleh merajuk, kena bercakap, kena senyum, kena gembira sentiasa. Hidup ni bukannya drama yang skripnya dah ada. Kadang-kadang kita tak tahu apa yang akan berlaku esok dan hari seterusnya. Perangai dan mood pasangan juga kita tak boleh nak jangka.
Ada org kata dia tak bahagia, tapi dia sendiri tak tahu apa yang dia perlu buat untuk bahagia. Bahagia perlu dimulai dengan syukur, kemudian redha. Mungkin apa yang kita lalui dan hadapi tu perlu disyukuri terlebih dahulu dan perlu redha untuk kita rasa bahagia yang sebenar. Orang lain mugkin melalui hari yang lebih teruk daripada hari kita.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap ibu bapa ada cara tersendiri dalam menyediakan kelengkapan menyambut Hari Raya.
Begitu juga dengan Siti Sarah Raissuddin. Dia mendedahkan diriya dan suami, Shuib mengamalkan sikap bersederhana dalam menyediakan kelengkapan menyambut Aidilfitri.
Dia dan suami sebenarnya tidak lokek untuk berbelanja namun mereka enggan menjadikan persediaan menyambut raya dengan berbelanja secara berlebihan sedangkan masih banyak pakaian yang elok untuk digayakan.
Mereka tidak mahu ia menjadi penyebab ketiga orang anak mereka menjadi pemboros.
“Mungkin sesetengah keluarga akan menyediakan beberapa helai pakaian sedondon untuk digayakan sekeluarga pada hari raya tetapi itu bukan tradisi kami.
Mana-mana pakaian yang masih boleh dipakai, itulah baju raya kami. Kami bukannya berkira tetapi mahu sikap bersederhana menjadi pedoman untuk anak-anak kami membesar dan bukannya bermewah-mewah.” kata Sarah.
Sumber: Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masa kanak-kanak merupakan masa yang paling penting dalam proses kehidupan manusia. Masa ini merupakan tahap awal pertumbuhan seorang anak untuk menjadi manusia dewasa, apakah dia akan menjadi manusia baik atau sebaliknya, adakah dia akan jadi ‘terror’ atau ‘terrorist’?
Mendidik anak boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara iaitu, memberi nasihat, arahan, petunjuk, kelembutan, toleransi, penghargaan ataupun contoh teladan. Tapi kalau tak jalan juga, iaitu jenis yang tak makan saman, cara memberi hukuman dapat diterapkan.
Perlu diingat bahawa menghukum anak bukan hanya dengan memukulnya sahaja, tetapi hukuman boleh diberi dalam pelbagai cara, malahan kadang-kadang pemberian hukuman dengan cara memukul sangat tidak berkesan malah dapat menimbulkan impak yang negatif.
Di bawah ini disenaraikan 8 tip cara-cara memberi hukuman sebagai pendidikan kepada anak, sebagai pendidikan kepada anak. Teknik menghukum anak ini sebagaimana yang disarankan oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusoh dari Universiti Islam Antarabangsa.
Pandangan mata ibu bapa yang memancarkan rasa cinta dan kasih sayang dapat menanam rasa cinta dalam diri seseorang anak. Begitu juga pandangan mata yang sinis dapat menimbulkan peringatan pada si anak dan boleh membuat anak terdiam.
Bertukar suara dan intonasi sebagai tanda tidak bersetuju dan peringatan kepada anak terhadap apa yang telah dan akan dilakukannya.
Puji orang lain depan anak, tetapi dengan syarat untuk memberi contoh kepada si anak dan mendorong si anak untuk menjadi sebagus yang dipuji.
Buat-buat macam tak pedulikan si anak. Ini merupakan keterbalikan daripada sikap memberi perhatian yang dapat menanam rasa cinta pada diri anak. Contohnya, jika anak melakukan kesalahan dan hendak diberi hukuman, apabila si anak mengajak berbicara, maka palingkanlah wajah (konon-konon jual mahal la…) sehingga si anak menyedari kesilapannya. Dalam hal ini hendaklah dijelaskan kesalahannya dengan cepat dan tidak membiarkannya terus sebab peranan kita ialah mendidik bukan menyeksa.
Tidak bagi duit, tak mengajaknya berekreasi atau tidak memberikan sesuatu yang dia suka seperti basikal, bermain video game, menonton TV, berkunjung ke rumah teman, saudara atau seumpamanya.
Putuskan hubungan dengan anak tapi tidak lebih tiga hari dengan niat untuk menghukumnya, hubungan harus kembali seperti biasa jika anak telah mengakui kesalahannya atau menyesali perbuatannya.
Beri ancaman dengan syarat ancaman tersebut tidak terlalu berat. Ancaman tersebut juga tidak boleh dilaksanakan sekiranya belum melewati tempoh yang diberikan untuk si anak mengakui dan memperbaiki kesalahannya.
Memukul sebagai alternatif terakhir. Oleh itu tidak dibenarkan memukul kecuali telah dilakukan semua cara-cara mendidik dan menghukum lainnya. Memukul anak dapat dilakukan jika cara-cara yang lain tidak lagi berfungsi dan si anak telah mencapai umur, sebab anak yang belum mumaiyyiz tidak dapat membezakan yang benar atau yang salah serta tidak menyedari kesalahannya.
Jika dilakukan juga dikhuatiri anak menerima impak negatif seperti tekanan jiwa/batin, terbiasa untuk memukul, rasa takut, kencing malam dan penyakit kejiwaan lainnya.
Demikian juga dilarang memukul anak di bawah umur 10 tahun, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W: Maksudnya: “Perintahlah anakmu menunaikan solat pada usia tujuh tahun, dan pukullah mereka kerana tidak melakukannya pada usia sepuluh tahun.”
Testis tidak turun atau cryptorchidism sering tidak disedari oleh ibu bapa. Ketahui tanda, risiko terhadap kesuburan, kanser testis serta kepentingan rawatan awal untuk melindungi kesihatan anak lelaki.